Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Mei 26, 2008

Laporan perjalanan terbaru ke Perak... Ada perkembangan yang memberangsangkan tentang makam Raja Ahmad!


Assalamualaikum semua. Di atas adalah gambar makam Raja Ahmad @ Sultan Ahmad Waliyullah Johan Berdaulat yang diambil ketika menziarahinya sekitar 5 bulan lalu. Gambar ini berserta beberapa gambar lain yang menunjukkan betapa dhaifnya ketika itu keadaan makam kepada kerabat diraja Perak yang menjadi moyang kepada hampir keseluruhan kerabat diraja terdekat serta Sultan-sultan dan para Raja Bergelar Perak sejak lebih seabad kebelakangan ini telah dipaparkan dalam posting bertajuk Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 3... pertengahan Februari 2007.

Alhamdulillah, tadi malam saya sempat menziarahi makam ini sekali lagi... Lalu sukacita dilaporkan bahawa keadaan makam ini kini sudah cantik dan terbela malah lebih cantik dan elok keadaannya berbanding pada mana-mana ketika saya pernah menziarahinya dahulu iaitu sejak penghujung tahun 2006. Mungkin kerana posting Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 3... itu mendapat perhatian pihak tertentu lalu mereka lah yang membela makam itu? Entahlah... Yang pasti keadaannya kini menyebabkan saya rasa begitu senang hati.

Insyaallah nanti akan saya paparkan sedikit gambar-gambar makam ini yang terbaru... Cuma harus dimaklumkan, saya sampai ke sana hampir jam 9 malam, maka itu saya tidak dapat mengambil gambar yang elok disebabkan kegelapan malam tapi cukuplah untuk menunjukkan keadaan kawasan yang cukup terjaga kini. Yang menarik, sudah ada jalan menggunakan batuan halus masuk 200 meter ke dalam malah ada roundabout kecil betul-betul di hadapan makam untuk memudahkan kenderaan keluar masuk... Menarik!

Apapun, saya menulis ini untuk menyambung cerita yang tergantung melalui posting bertajuk Salam daripada tepian Sungai Perak yang dibuat jam 5 petang tadi daripada sebuah kawasan hentian makan dan minum sekitar 10 km ke Teluk Intan daripada arah Hutan Melintang... Alhamdulillah, posting itu dapat dibuat kerana ada wi-fi free! Kalau tidak, tak terfikir pun saya hendak membuat apa-apa posting hari itu... Paling cepat pun mungkin keesokannya iaitu siang hari ini nanti?

Selepas selesai makan petang merangkap makan tengahari lambat di hentian itu, saya berserta sepupu saya dan seorang rakannya pun pergi ke masjid lama Batak Rabit untuk menziarahi kawasan pemakaman keluarga Laksaman Raja Mahkota di sisi masjid. Kemudian kami pergi ke rumah seorang ibu saudara sebelum menuju ke Sungai Durian yang terletak betul-betul berhadapan Batak Rabit tetapi di seberang Sungai Perak untuk mencari makam Keramat Sungai Durian @ Laksamana Tok Jambu.

Ada cerita yang menarik tentang proses pencarian makam ini tetapi biarlah diceritakan nanti ya... Selepas itu, kami pergi keluar balik ke jalan menghala ke Lekir dan Lumut lalu pergi ke Pasir Salak melalui jalan ke Ulu Dedap... Singgah dahulu di masjid lama Pasir Salak yang terletak di celah kawasan Pasir Salak Resort untuk bersolat jamak Maghrib dan Isyak sebelum pergi melangkah ke tempat Residen British ke Perak J.W.W. Birch dibunuh oleh pahlawan-pahlawan Melayu tahun 1875.

Kemudian kami mengikut jalan pesisir Sungai Perak untuk ke jambatan menyeberang ke Kampung Gajah. Dari situ, kami menghala balik ke Teluk Intan, sempat singgah ke makam Raja Ahmad kemudian ke makam Keramat Kuala Bidor, lebih hampir ke Teluk Intan.

Sampai sahaja ke bandar, kami singgah sebentar ke istana Raja Muda yang sudah amat buruk akibat lama tidak berpenghuni (lihat artikel Istana Raja Muda (The regent's palace), Teluk Intan, Perak yang dibuat Oktober 2007) sebelum pergi ke makam Sultan Perak ke 22, Sultan Abdullah Muhammad Shah @ Marhum Durian Sebatang yang memerintah pertengahan abad ke 19 Masihi. Sayangnya, makam ini masih tidak terjaga, masih teruk bersemak seperti yang dipaparkan dalam artikel Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 3... malah rasanya lebih teruk lagi kerana semaknya semakin menebal...

Apapun, kiranya kami selesai perjalanan ziarah-menziarahi makam-makam lama serta tempat-tempat tertentu di Perak ini sekitar jam 10 malam... Makan malam sebentar di hadapan Menara Chondong Teluk Intan sebelum kembali ke Batak Rabit untuk pergi lagi ke rumah ibu saudara kerana siang tadi tidak sempat bertemu dengan suaminya...

Jam 11 malam kami pun meninggalkan Batak Rabit... Sampai di Kuala Lumpur selepas jam 1 malam lalu saya tidak dapat masuk ke rumah ibu saudara tempat saya menumpang di Ampang kerana tidak mahu mengganggu penghuni rumah yang biasa tidur cepat... Apalagi, saya pun berehat sebentar di surau berdekatan sebelum mandi, makan sedikit untuk lewat malam kemudian ke Internet Cafe lalu membuat posting ini!

Dengan ini, bolehlah saya membuat posting seterusnya... Seperti yang telah dijanjikan, sampailah kita kepada bahagian serius dalam penceritaan melalui klip video yang dibuat berdasarkan perjalanan ke Negeri Sembilan Ahad minggu lalu... Nanti apabila selesai proses penceritaan ini, barulah saya buat sedikit cerita tentang perjalanan terbaru ke Perak yang baru selesai tadi ya. Selamats! :]

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Gembira saya dengan maklumat terbaru ni... rasanya xsabar nak balik kampung... :)

Radzi Sapiee berkata...

Hmm... Balik le kampung dan pi ziarah kat tempat-tempat yang pernah saya tunjuk tu kemudian bagi feedback kat sini... :}