Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, November 01, 2011

Misi makam Tun Saban : Dari Temong, pusing kuale lalu ke Parit


Ahad 23 Oktober 2011. Selepas bermalam di sebuah surau di Kampung Temong kami pun bersedia untuk berjalan lagi.


Mula-mula ziarah makam Tok Temong, seorang pembesar perempuan hulu Perak yang bersama Tun Saban pernah bertanggungjawab menabalkan Sultan pertama Perak lebih 500 tahun lalu.





Kemudian kami melihat bahagian Sungai Perak yang berdekatan.





Adapun sudah menjadi adat sejak beberapa lama setiap Sultan Perak yang baru ditabalkan hendaklah menziarahi sejumlah makam di sepanjang Sungai Perak bermula dengan makam Tok Temong.


Di sinilah Sultan harus turun dari rakit kerajaan yang dipanggil Balai Gambang kemudian naik tangga untuk ke makam Tok Temong.


Dari Kampung Temong kami naik ke Kati sebelum turun ke Kuala Kangsar melalui jalan utama ke Lenggong dan Gerik. Terus sampai ke Kuala Dal lalu melihat masjid lama yang dibuat dari anyaman buluh juga masjid baru di sebelahnya. Lihat artikel Masjid (Mosque of Ihsaniah Iskandariah), Kuala Dal dan Masjid (Mosque of) Al-Wahidiah, Kuala Dal di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Kemudian baru masuk ke bandar diraja Kuala Kangsar... atau disebut orang, kuale.


Singgah di makam Sheikh Abdul Qadir kemudian masjid utama tengah bandar. Lihat Masjid (Mosque of) Ridzwaniah, Kuala Kangsar.


Naik ke Bukit Chandan terus ke belakang Istana Iskandariah untuk masuk ke Kampung Padang Changkat menziarahi makam Daeng Selili.


Naik balik Bukit Chandan ingat nak masuk muzium diraja yang dahulunya istana singgah. Tapi masih lagi tak siap-siap 'renovasi'. Entah bila nak siap? Rasanya masuk ni dah dekat 5 tahun tutup atas alasan sama...


Apapun, kalau dah kat sini tak sah kalau tak masuk Masjid Ubudiyah.




Kemudian masuk ke kawasan pemakaman diraja untuk menziarahi makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin juga makam beberapa orang kerabat terutama dari belah hilir Perak, kawasan keluarga saya belah bapa.


Perjalanan diteruskan ke Parit. Singgah di masjid utamanya... lihat Masjid jamek (Main mosque) of Parit.


Kami juga ingin makan di sini. Terserempak pula rakan lama saya, Pak Tam Manjung (duduk di kanan) yang sudah beberapa tahun tidak ditemui.


Rasyid sedang nyenyak tidur.


Di Parit kami mahu pergi ke sebuah pulau di tengah Sungai Perak yang dipanggil Pulau Chempaka Sari.


Mana boleh tinggalkan Rasyid? Dia tentu ikut. Lihat artikel The island called Chempaka Sari in Parit di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Ini adalah sebuah rumah menarik yang dilihat dalam perjalanan menghala lebih selatan ke Bota Kanan. Kami ada singgah di satu lagi masjid. Lihat Sebuah masjid berhampiran Bota Kanan (A mosque nearby Bota Kanan).


Masjid jamek Bota Kanan adalah persinggahan seterusnya. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Bota Kanan. Di sini saya sempat melihat kawasan persekitaran dari menara masjid. Lihat Bota Kanan from the tower of its mosque.


Sebenarnya kereta kami menghadapi masalah sejak dari Manong lagi, antara Kuala Kangsar dan Parit. Satu spark plug mati... di Parit di mana terdapat satu bengkel yang dibuka hari itu baru kami tahu yang rosak bukan spark plug tetapi coil yang menyalurkan letrik. Masalahnya tak dapat cari spare part. Kereta kami kurang kuasa dan ini menghambat perjalanan. Kalau tidak tentu kami akan menziarahi makam beberapa orang Sultan Perak terutama 3 orang yang bernama Muzaffar di sekitar Bota Kanan. Sebaliknya kami cuma dapat menziarahi makam Keramat Kuala Bidor di pinggiran Teluk Intan, itupun sampai waktu Maghrib.


Ini adalah gambar tengahari Isnin di empangan Hulu Selangor berdekatan Kuala Kubu Baru.


Kami bermalam di pekan Kuala Kubu dan alhamdulillah, dapat menukar coil yang set eletroniknya agak mahal. Ini adalah pemandangan ke bawah dari bangunan Telekom sana. Lihat Kuala Kubu Baru from the Telekom building. Dalam perjalanan kembali ke rumah kami sempat singgah satu masjid. Lihat Masjid (Mosque of) As-Sajidin, Batang Kali. Dengan ini tamatlah cerita perjalanan ke Perak seminggu lalu. :]


6 comments:

Anonymous said...

Tak banyak makam di perak yang masih bernesankan batu acheh, boleh saudara jelaskan kenapa nesan2 lama ditukar?

Anonymous said...

Vet-RMAF as salam pak radzie,nape ya tk singgah ziarah maqam Tok Sagor Sena di Telok Pedayong waktu dlm perjalanan menghilir ke kg gajah, utk pengetahuan ianya berbatu nisan Acheh, tk jauh dari jalanraya. saya pernah memberitahu hal ini rasanya 2 tahun lepas gitu.(orang tempatan memanggilnya maqam Tok Sagor)

Radzi Sapiee said...

Anon Nov 2 - banyak batu nesan Aceh terutama di makam Sultan2 Perak ditukar semasa Sultan Idris II memerintah 1963-1984. Alasannya, batu nesan dahulu sudah buruk. Pada saya mungkin kaitan dengan Aceh mahu dihilangkan. Difahamkan kaum kerabat sekarang yang rata2 keturunan Sultan Idris I (memerintah 1887-1916) takut hendak menjejakkan kaki di Aceh kerana ada sumpahan boleh muntah darah. Mungkin ada kesalahan telah dilakukan nenek moyang mereka terhadap kaum kerabat dari keluarga belah Aceh?

Vet-RMAF, wassalam. Saya dah lupa pasal makam tu. Mungkin belum ada gerak...

Anonymous said...

Apa yang susah benor yeop? Benornye tokang ukir batu ni memang kepandaian warga suku Acheh. Idak ler makna asal nesan batu acheh, mesti anak ato darah raja Acheh. Lain dari itu warga pendatang cina.

Batu penanda jer.

Radzi Sapiee said...

Takda susah apa. Tak pernah pun teman cakap asal pakai batu nesan Aceh je mesti keturunan Aceh. Cuma kelihatan ada percubaan untuk menafikan hubungan dengan Aceh. Sebab memang ada Raja Perak yang keturunan Aceh selain dari keturunan Bugis dan Melaka, tu je...

Ashraf Syamim said...

Assalamualaikum Tuan, harapnya komen ini dapat dibaca memandangkan ianya adalah entry lama. Saya berhajat ingin meminta sedikit pertolongan andai tuan tahu.

Adakah tuan tahu surau/masjid lama didalam Sayong, Kuala Kangsar yang mempunyai maqam wali? ataupun surau/masjid yg berdekatan dengan Sayong?

Terima kasih