Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, April 09, 2014

Misi HIKMAH Aceh - Dari Lampulo ke Lampuuk

Siang tadi 9 April adalah hari mengundi pilihan raya umum di seluruh Indonesia. Aceh terlibat sama dan dalam keadaan kempen sedang rancak berlangsunglah kami ke sana 23-30 Mac. Selepas Zuhur tadi saya tergerak untuk memulakan penceritaan perjalanan hari kedua. Namun saya perlu menyiapkan dahulu 6 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 6 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Malam selepas jam 10 baru ini selesai. Sekarang bolehlah disambung penceritaan dari Misi HIKMAH Aceh - Makam Maharajalela dan panggilan mistik Lamuri.



Pagi Isnin 24 Mac 2014. Selepas tidur malam pertama di Hotel Lading di tengah Banda Aceh kami bersedia untuk berjalan lagi.


Tempat pertama dituju adalah bot nelayan tersangkut atas rumah di Lampulo akibat dibawa ombak ganas Tsunami yang mengorbankan lebih 200,000 jiwa di Aceh 26 Disember 2006. Lihat  The boat on top of houses at Lampulo.



Lampulo terletak dalam perjalanan ke makam ulamak besar Aceh bertaraf wali, Sheikh Abdul Rauf Singkel atau Sheikh Abdul Rauf al-Fansuri. Tak sah rasanya kalau berada di Banda Aceh tanpa menziarahi makam ulamak abad ke-17 yang turut dikenali sebagai Syiah Kuala ini.


Kami bersarapan di warung luar kawasan kompleks makam.



Menariknya komplek telah diperbaiki begitu kemas dan cantik.


Perubahan struktur dalaman membolehkan saya buat pertama kali menyentuh makam Syiah Kuala, setelah beberapa kali ke sini sejak 2009. Lihat Rupa baru makam Syiah Kuala (The new look of the tomb of Syiah Kuala). Ia juga membolehkan saya menyentuh makam seorang anak murid beliau yang menerbitkan sultan-sultan Aceh sejak tahun 1727, seorang yang saya percaya adalah moyang terus sebelah bapa. Lihat Makam (Tomb of) Maharajalela Abdul Rahim.



Jika tadi kami ke Lampulo dan makam Sheikh Abdul Rauf dengan menghala ke timur kuala Sungai Aceh, selepas itu kami ke barat kuala sungai.


Pemandu dan kawan kami, Agam menunjukkan satu kawasan yang dipercayai adalah pusat kerajaan awal Aceh sekitar 800 tahun lalu tetapi sudah menjadi tempat pembuangan sampah. Nasib baik masih ada kawasan berdekatan dijaga dan diberi batu tanda sebagai tapak pusat. Lihat  Tapak pusat kerajaan awal Aceh (Site of the centre of Aceh early kingdom).



Agam juga menunjukkan satu kawasan berlumpur di mana ratusan keping duit emas lama Aceh telah ditemui secara tidak sengaja oleh orang mencari kerang 4 bulan lalu. Lihat  The muddy are near the mouth of Aceh river. Ketika ini berlaku saya sepatutnya berada di Aceh tetapi dilarang menaiki kapal terbang. Lihat Lawatan tak dijangka ke Putrajaya, Hulu Langat dan sekitar ganti lawatan tak dijangka ke Aceh



Di kawasan ini terdapat banyak makam-makam lama para pembesar/ulamak/kerabat diraja yang dikeliling atau ditenggelami lumpur, Ini menandakan pernah wujud penempatan penting kerajaan di situ... tetapi ramai nampaknya tidak menyedarinya. Batu nesan malah ada yang dijadikan tempat penambat bot. Lihat Makam-makam di kawasan berlumpur Kandang Aceh (Tombs at the muddy area of Kandang Aceh).



Seterusnya kami kembali ke pusat kota lalu ke Muzium Aceh. Saya mahu membawa keluarga melihat pameran dalam bangunan tradisional yang dipanggil Rumah Aceh. Saya sendiri belum pernah masuk walaupun dah beberapa kali ke muzium. Untuk pengetahuan acara ke-10 HIKMAH yang mana sebab itu siri ini dipanggil "Misi HIKMAH Aceh" mahu diadakan di bawah rumah ini. 



Sayangnya Rumah Aceh sedang ditutup ketika itu. Kami pun bersolat dan berehat di wakaf surau sebelah...







Selepas itu baru melihat barangan yang dipamerkan di halaman, antaranya adalah Loceng Cakra Donya yang merupakan hadiah Maharaja China Dinasti Ming kepada Sultan Pasai yang dibawa oleh Laksamana Cheng Ho 600 tahun lalu.



Dan tentunya kami menziarahi makam raja-raja Aceh Dinasti Bugis yang terdapat di bahagian lain halaman. Saya percaya keluarga sebelah bapa yang memakai gelaran Laksamana Raja Mahkota di Perak terkait terus dengan dinasti ini. Dan saya mahu anak kecil saya Muhammad Alauddin Johan yang pertama kali sampai ke Aceh menjejakkan kaki di makam moyangnya.



Tempat yang diziarahi seterusnya adalah Gunongan yang dibina oleh Sultan Iskandar Muda (memerintah Aceh 1607-1636), untuk seorang permaisuri baginda yang berasal dari Pahang. Lihat Bringing the family to Gunongan.


Saya mengambil peluang untuk turut menziarahi makam Sultan Iskandar Thani yang terletak di sebelah Gunongan. Bukan tidak pernah ke sini tetapi dahulu kurang peduli kerana menganggap baginda adalah punca kejatuhan Aceh selepas zaman Iskandar Muda. Lihat Makam (Tomb of) Sultan Iskandar Thani.


Untuk mengimbangi lawatan ke makam-makam sekali lagi saya membawa keluarga ke tempat kesan Tsunami. Jika pagi tadi melihat bot atas rumah di Lampulo kali ini kapal besar yang menghancurkan terus rumah-rumah. Lihat  Going on top the Tsunami stranded ship.



Selepas itu ke tempat bernama Ulee Lheue melihat pemandangan sebelum ke masjid berdekatan tepi laut yang turut dilanda Tsunami.


Makan tengah hari lewat di kedai hadapan masjid, jam 4 petang baru makan.



Tapi sungguh puas hati kerana masakan asli Aceh yang enak.



Kemudian baru ke masjid.



Dari Ulee  Lheue kami ke Pekan Bada yang terletak ke barat.



Saya pernah ke sekitar 2-3 kali sebelum ini tetapi baru kali ini mahukan kepastian di manakah terletak tempat lama yang bernama Indrapurwa, tempat yang dikatakan membentuk satu macam segi tiga kuasa/pertahanan Aceh bersama Indrapuri ke selatan dan Indrapatra ke timur. Agam menunjukkan kawasan ini. Katanya pusat Indrapurwa telah jatuh ke laut selepas Tsunami.


Dari Pekan Bada kami ke Lampuuk yang terletak ke barat lagi. Saya membawa keluarga ke satu masjid yang mungkin paling teruk dilanda Tsunami sekurang-kurangnya di sekitar Banda Aceh.



Di sini baru ibu terasa betul-betul puas. Rupa-rupanya inilah masjid kesan Tsunami yang paling mahu diziarahinya di Aceh. Saya pula mengambil peluang melihat pemandangan dari atas bumbung masjid. Lihat Views from the roof of Rahmatullah mosque.


Dari masjid kami ke pantai peranginan Lampuuk.



Memang perjalanan hari itu dirancang agar berakhir di sini. Ini kerana saya mahu melihat pemandangan matahari terbenam di Lautan Hindi dan untuk itu pantai inilah yang paling dekat dari Banda Aceh. Lihat To Lampuuk beach again for the sunset.
.


Kami solat Maghrib di sebuah masjid berdekatan sebelum kembali ke hotel. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Mujib, Lhoknga



Selepas Isyak saya mengajak bapa membawa Rasyid berjalan kaki ke Masjid Baiturrahman, sekitar 2-3 minit sahaja dari hotel.


Jika malam sebelumnya kami mengikuti qasidah dan maulud di sebuah dewan, malam itu kami mendengar ceramah sebelum berzikir. Alhamdulillah. Terasa setiap saat di Aceh dapat kami manfaatkan sebaik mungkin. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1,188 di blogspot ini.



Tiada ulasan: