Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, April 11, 2014

Misi HIKMAH Aceh - Sambutan di Pidie dan perjalanan ke Takengon

Salam Jumaat lagi. Masuklah penceritaan hari ke-3 perjalanan di Aceh 23-30 Mac. Bersambung dari Misi HIKMAH Aceh - Dari Lampulo ke Lampuuk.


Awal pagi Selasa 25 Mac 2014. Setelah solat Subuh di Masjid Baiturrahman saya berjalan-jalan di sekitar.





Tidak jauh dari masjid ada tapak Hotel Aceh.


Di sini Sukarno pernah berunding untuk mendapatkan pertolongan Aceh agar Indonesia dapat dimerdekakan dari tangan Belanda.


Terjumpa sekumpulan penziarah yang datang dari Padang. Kata mereka naik bas 2 hari 2 malam baru sampai Subuh lalu solat di masjid. Mereka yang merupakan jemaah Tariqat Syattariah mahu ke makam Sheikh Abdul Rauf @ Syiah Kuala. Selepas it terserempak pula dengan seorang pakcik yang mengaku datang dari Pulau Jawa mahu kembali setelah bermalam satu hari di Banda Aceh kerana urusan perniagaan, Cerita punya cerita rupanya dia  orang Aceh yang sudah lama menetap di Bandung. Apabila diberitahu saya menginap di Hotel Lading terus disebut itu milik keponakan atau anak saudaranya, dipanggilnya Tuanku Anwar.

Kebetulan orang yang dipanggil Tuanku Anwar tetapi lebih selesa mengenalkan diri sebagai Pak Anwar itu ada memberi kad perniagaannya kepada saya. Sebelum itu saya sudah diberitahu bahawa beliau itu adalah ahli keluarga Sultam Muhammad Daud, sultan terakhir Aceh. Kalau begitu pakcik yang menyebut namanya Sofyan itu juga kerabat diraja Aceh. Menggunakan nombor telefon yang tertera pada kad itu dapatlah beliau berbual dengan anak saudaranya yang sudah 10 tahun tidak dihubungi.


Asbab dapat menghubungkan kembali dua ahli kerabat diraja Aceh yang sudah hidup seperti rakyat biasa itu boleh dianggap sebagai petunjuk bahawa memang benarlah keluarga saya sebelah bapa ada terkait. Kata Pakcik Sofyan datanglah ke rumah bila-bila masa apabila ke Bandung. Beliau mengajak berbual lama tetapi saya harus balik ke bilik di mana keluarga sudah siap menunggu untuk keluar. Kali ini kami akan berjalan jauh meninggalkan Banda Aceh. Sebelum itu pergi ke pejabat muzium sebelah Gunongan untuk berjumpa kawan kami, Ustaz Mujibburizal yang bertanggungjawab mendapatkan Muzium Aceh sebagai lokasi acara ke-10 HIKMAH.

Mujib juga seorang penyanyi nasyid, pernah bersama kumpulan terkenal Malaysia iaitu Raihan. Beliau turut menjalankan perniagaan travel and tours lalu mendapatkan kenderaan sewa buat kami. Sebelum ini kenderaan saya dan isteri di Aceh sering disediakan kenalan lain, seorang rakyat Malaysia yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Mujib sedang mengendalikan rombongan 47 orang pelancong dari Malaysia, jemaah sebuah masjid di Shah Alam. Ketika itu mereka sedang melawat Gunongan, sebab itu berjumpa di situ... 


Mujib meminta kami berhati-hati kerana lokasi yang hendak dituju, bandar atas gunung Takengon merupakan salah satu tempat berlaku kekacauan. Keadaan boleh membahayakan sehingga tembak-menembak akibat persaingan politik menjelang pilihan raya umum 9 April. "Kalau hati rasa tak sedap berpatah baliklah ke Banda Aceh," dia berpesan. Sebelum meninggalkan kota kami menghantar pakaian kotor ke sebuah kedai dobi timbang. 


Ketika keluar dari Banda Aceh tiba-tiba pemandu kami Agam bertanya : "Mahu ikut jalan biasa atau jalan desa?" Saya sudah selalu ikut jalan biasa atau jalan besar. Maka ikut desalah kami kali ini.


Ternyata pemandangannya lebih menarik dan menenangkan jiwa. Ada tempat bersejarah yang sudah lama ingin diziarahi boleh dicapai, misalnya makam raja-raja Darul Kamal, sebuah kerajaan lama yang telah diserapkan ke dalam Aceh Darussalam. Lihat artikel Makam raja-raja Darul Kamal (Tombs of the rulers of Darul Kamal) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Ini pula pemandangan di hadapan sebuah masjid lama. Sebelum itu singgah di makam seorang ulamak tempaant bertaraf wali. Lihat Makam seorang alim di pendalaman (Tomb of a knowledgeable person inland) dan Masjid (Mosque of) Teungku Fakinah.


Masuk kembali ke jalan besar kami sampai ke Indrapuri lalu masuk ke masjid lamanya.



Sampai di Seulimeum kira-kira 50 km ke selatan Banda Aceh baru kami sarapan, sempat singgah di masjidnya. Lihat Masjid jamik (Main mosque of) Al-Ittihadiyah, Seulimeum.


Selepas itu baru saya dapat melihat Gunung Seulawah Agam yang merupakan satu mercu tanda utama Aceh sekitar daerah keliling Banda Aceh yang dipanggil Aceh Besar. Biasanya gunung berapi mati setinggi lebih 5,000 kaki ini dapat dilihat dengan terang dari Banda Aceh... inilah yang biasa disaksikan setiap kali sampai ke Banda Aceh. Cuma keadaan udara kali ini nampaknya berjerebu lalu menutup pandangan dari jauh. Apabila dah mula mendaki kawasan lereng bukit di sekitar baru boleh nampak jelas.






Seperti biasa apabila lalu di lereng Gunung Seulawah, jalan utama dari Banda Aceh ke timur dan selatan hingga ke Medan mesti singgah di pekan Saree yang terletak kira-kira 2,000 kaki dari paras laut. Seronok berehat minum kopi sambil menikmati udara dingin tapi terlupa mengambil gambar. Perjalanan diteruskan turun lereng ke kota Pidie berdekatan Selat Melaka. Kami dijadualkan bertemu dengan beberapa orang rakan warga tempatan.


Adapun kawan-kawan tersebut terlibat menjayakan HIKMAH di Banda Aceh. Fikir saya jumpalah seorang dua, mungkin paling ramai pun 4-5 orang untuk membincangkan persediaan acara. Tengok-tengok ramai yang menyambut malah berbusana penuh tradisional. Rupa-rupanya mereka sudah menunggu sejak jam 11 pagi di kedai kopi yang merupakan markas persatuan mereka... kerana biasanya perjalanan dari Banda Aceh ke Pidie memakan masa 2 jam sahaja dan kami  telah bertolak sekitar jam 9. Tapi kami sampai dekat jam 2 petang kerana selalu berhenti untuk singgah-singgah tempat.


Terharu sungguh rasanya disambut penuh meriah seolah-olah saya pemimpin penting masyarakat. Nampaknya kawan-kawan ini dan ramai kenalan baru amat menghargai usaha saya menjayakan HIKMAH. Melalui HIKMAH pernah dibawa satu delegasi Aceh untuk berkongsi misi menyelamatkan satu situs sejarah sehingga ia akhirnya diambil peduli pihak atasan. Ramai juga sudah sedia maklum betapa sejak beberapa tahun dahulu saya sering menyentuh Aceh dalam tulisan terutama melalui siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" yang terbit 2006-2007. Saya malah ditemuramah panjang lebar oleh seorang wartawan dari akhbar Serambi Indonesia. Lihat video bawah.






Selain perbualan dan jamuan di markas kami dibawa menikmati juadah pada satu sambutan Maulidur Rasul. Butiran boleh dilihat pada artikel Sambutan Komunitas Pakaian Adat Aceh di Pidie di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Mereka turut mengiringi kami bersolat di sebuah masjid yang pernah menjadi tempat persinggahan kegemaran pemerintah agung Aceh, Sultan Iskandar Muda 400 tahun lalu. Iringin diteruskan ke makam ulamak besar kerabat diraja Aceh/Bugis bernama Daeng Mansur yang saya percaya adalah seorang leluhur utama keluarga sebelah bapa. Lihat artikel Masjid persinggahan Sultan Iskandar Muda di Pidie (Mosque where Sultan Iskandar Muda stopped at in Pidie) diikuti Visiting the tomb of Daeng Mansur with friends from Pidie di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Setelah lewat jam 6 baru kami berpisah untuk menyambung perjalanan ke Takengon. Masuk Maghrib baru sampai ke Gelumpang Tiga lalu bersolat di masjid sana. Ini masih begitu jauh dari tempat yang hendak dituju. Lihat Masjid (Mosque of) Baitul Istiqamah, Gelumpang Tiga.


Kami sampai ke kota Bireun di mana terletak persimpangan naik bukit dan gunung ke Takengon pun hampir jam 10 malam. Dari Bireun ke Takengon yang jalannya berliku-liku dan ada rosak masih lagi 100 km. Fuh, jauh lagi tu nak jalan malam-malam. Kami makan dahululah di Bireun. Layan kerang bakar situ yang besar-besar...


Tiada ulasan: