Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Disember 04, 2012

Berbusana tradisi melaksanakan misi di Istana Kesultanan Melaka

Kiranya ini menyambung cerita daripada artikel Car Book Sale di Perpustakaan Negara.


Ahad 2 Disember 2012. Selepas solat Subuh saya dan isteri menghantar anak-anak ke rumah pengasuh kemudian berkejar ke negeri Melaka untuk satu acara. Dalam perjalanan kami menghadapi masalah enjin kereta overheating kerana ada sesuatu yang tidak berfungsi, mungkin radiator tersumbat. Dua kali kami harus berhenti merehatkan enjin sebelum menambah air yang banyak kehilangan pada sistem penyejuk, kali pertama minta daripada pemandu sebuah lori yang kebetulan ada berhenti berdekatan, kedua... dengan sedikit air bekalan yang diterima dari pemandu tadi kami menambah air yang diberi polis bantuan merangkap peronda PLUS yang berhenti apabila melihat kenderaan kami menghalang bahu jalan.

Akibatnya kami sampai ke pusat bandar raya Melaka selepas jam 10 pagi. Selepas singgah di sebuah masjid (lihat artikel Masjid (Mosque of) Pengkalan Rama, Melaka blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) kami terus ke tempat homestay Apa Kaba Guest House yang terletak di kawasan Banda Kaba, sebelah Banda Hilir. Di situ kami berehat sebentar sebelum bertukar memakai pakaian tradisi. Kelihatan dalam gambar saya di hadapan Guest House yang merupakan sebuah rumah tradisional di tengah kepesatan bandar raya.


Kami memilihnya sebagai tempat berehat dan bertukar pakaian kerana letaknya cukup dekat dengan tempat acara. Sekurang-kurangnya kami boleh meletakkan kereta kalau takut tempat letak di sana dan sekelilingnya dipenuhi. Oh, terima kasih kepada saudara Kenny yang sudi menyediakan sebuah bilik buat kegunaan kami secara percuma. Beliaulah yang secara sukarela dan tanpa dipinta menawarkan penginapan kepada sejumlah wakil HIKMAH untuk acara di Kolej Yayasan Melaka 25 Nov. Lihat artikel Berkonvoi 10 Muharam membawa misi HIKMAH ke Melaka blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Dari Apa Kaba Guest House kami berjalan kaki 500 meter ke lokasi iaitu Istana Kesultanan Melaka yang merupakan sebuah muzium.


Di sinilah diadakan acara yang dipanggil Pertemuan Busana Tradisi & Pendekar Melaka.


Dianjurkan oleh Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) ia menonjolkan persembahan silat daripada berpuluh aliran persilatan dan perguruan dari Melaka dan beberapa negeri lain.


Turut menganjurkan adalah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan kerajaan negeri.


Selepas meninjau-ninjau lokasi kami berjalan keluar sebentar terus ke pintu gerbang A Famosa.


Seronok juga dapat berjalan berpakaian begini siap berkeris di pinggang.


Kami juga berjalan-jalan di Dataran Pahlawan, kalau tak salah kali pertama saya masuk ke pusat membeli-belah itu. Ketika keluar dari satu pintu bersebelahan pusat kedai-kedai makan ataupun food court terlihat pula mural Laksamana Cheng Ho.


Kemudian terlihat tinggalan kota yang wujud di satu bahagian.


Selepas itu baru kami masuk ke dalam Istana Kesultanan Melaka. Tadi tu cuma berlegar-legar di perkarangan sahaja. Melihat mural Hang Tuah ini saya pun cuba mengambil sedikit semangat perjuangan. Bila timbul semangat tu memang boleh timbul gerak kerja mantap yang sanggup meredah segala macam halangan. Ibarat kata pepatah, membujur lalu melintang patah.


Petang jam 4 saya harus duduk bersama barisan VVIP acara ataupun majlis. 


Saya juga diberi ruang untuk menyatakan 10 perkara yang diharap dapat dilaksanakan demi mendaulatkan orang Melayu dan Islam.


Selesai beberapa upacara berkaitan kami bergambar beramai-ramai di hadapan istana.


Tadi siang Selasa 4 Disember saya diberitahu gambar di hadapan istana itu ada terpampang pada muka surat 2 akhbar Utusan Malaysia terbaru.


Selepas Zuhur saya singgah di kedai untuk membeli senaskah. Nampaknya gambar yang terpampang cuma sebahagian daripada gambar sebenar. Nampaklah muka saya kerana kebetulan berdiri ke kanan VVIP utama yang mewakili Ketua Menteri Melaka. Tetapi muka isteri di kanan saya pula terkeluar...

Untuk melihat lebih banyak gambar acara berserta cerita, baca artikel Pertemuan busana dan pendekar di Istana Kesultanan Melaka sebagai lancutan wacana yang dilaksanakan HIKMAH 25 Nov.Untuk mengetahui tentang 10 perkara yang diketengahkan lihat Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman?.



-------------------



Nota : Selesai membuat artikel ini saya rasa bolehlah memberitahu. Adapun saya telah dijemput memberi ceramah ilmu di masjid terbesar Kelantan, Masjid Sultan Ismail Petra di Kubang Kerian, Kota Bahru pada hari Sabtu akan datang, 8 Disember 2012. Dipanggil "Program ceramah sejarah perkembangan Islam di Nusantara bersama pengarang buku - Merah Silu sempena Maal Hijrah 1434" (itu yang dihantar wakil orang Kelantan tengah hari Ahad melalui sms) ia dijadualkan berlangsung 5 petang hingga 8.30 malam. Program ini tercetus setelah kami berhubung beberapa kali melalui panggilan telefon dan sms. Ini kerana ada orang sana tertarik dengan isi buku "Berpetualang ke Aceh" tulisan saya juga penganjuran "Suai Kenal HIKMAH" 4 Nov. Lihat artikel HIKMAH 4 Nov - Dari pagi ke Zuhur berkongsi ilmu dan HIKMAH 4 Nov - Lepas Zuhur hampir ke Maghrib masih tak balik-balik!.

Sesungguhnya ini adalah penghormatan sangat tinggi buat diri ini. Sebelum ini saya pernah berpeluang bercakap tentang siri buku "Berpetualang ke Aceh" di masjid yang lebih besar iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau masjid negeri di Shah Alam, Selangor. Tetapi itu untuk lebih kurang sejam dan sebelum itu ada seorang penulis lain bercakap, di bawah satu program 3 hari yang lebih besar. Lihat artikel lama Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh. Kali ini di masjid terbesar Kelantan, satu program diadakan semata-mata untuk mendengar beberapa pendapat dan kajian dari saya. Semua dijemput datang. :]


5 ulasan:

Anaknda Bertuah berkata...

Syabas dan tahniah abang Radzi... teruskan usaha dan perjuangan...

qalam_timur berkata...

saya mengikuti perkembangan blog dan perjuangan tuan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Wrt...

Sy ingin berkongsi dengan abg bahawa Imam Mahdi dah sampai...Imam Mahdi dah sampai...Imam Mahdi dah sampai...
marilah kita bersama2 Mohon kepada Allah mudah2han Diberi petunjuk tentang Beliau..(nie bukan abuya atau imam2 mahdi palsu dan bukan cobaan tapi betul2 Sang Imam Mahdi)...

Wallauallam
-playboy-

Tanpa Nama berkata...

memang dah agak.. sikit saja apa yg keluar dalam media perdana..itu pun setakat gambar...takde Pernyataan HIKMAH , takde tujuan perhimpunan..
kalau dah org politik tu..politik juga.. takde niat dia nak berubah..

Nai Cau berkata...

Ana waris mutlak YMM Merong Maha Wangsa. Hahahaha!

http://kedahcybersybury.blogspot.com/2012/12/pewaris-mutlak-kerajaan-islam-kedah-tua.html