Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Jun 11, 2008

Kamera digital murah ku juga "bersara" akhirnya!




Lihat gambar ini betul-betul... Teliti rupa serta reka-bentuk kamera digital murah yang terpapar di dalamnya. Amacam? Cantik kan!


Semasa bertemu dengan beberapa orang pembaca setia blogspot ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 di PWTC (lihat artikel Perjumpaan di Pesta Buku Antarangsa Kuala lumpur di PWTC 2008), ada yang begitu terperanjat melihat kamera ini apabila saya membawa ia keluar untuk mengambil gambar. "Begini ke rupanya kamera yang telah mengambil begitu banyak gambar yang tertera dalam blogspot-blogspot Merah Silu?" tegur seorang pembaca... Ya! Percaya atau tidak, inilah kameranya... Kamera yang telah mengambil beribu-ribu gambar di pelbagai tempat seluruh Semenanjung Malaysia!

Saya tak exaggerate atau menokok-tambah cerita... Untuk perjalanan terbaru saya ke Pantai Timur yang tamat sejurus sebelum Pesta Buku KL 2008 bermula (lihat wrap-up nya di http://merahsilu.blogspot.com/2008/05/tamat-cerita-kembara-terbaru-pantai.html ) sahaja saya telah mengambil lebih 1,200 gambar! Itu baru untuk satu siri pengembaraan sedangkan kamera itu telah digunakan untuk tidak kurang 20 siri pengembaraan panjang dan pendek di tempat-tempat terpilih seluruh Semenanjung...

Apapun, daripada koleksi beribu gambar yang diambil sepanjang hampir 2 tahun ia digunakan itulah sejumlah telah dipilih untuk membentuk 99 peratus gambar-gambar yang dipaparkan di blogspot-blogspot saya. Lalu hasil kerja kamera digital murah ini juga telah dikutip menjadi penghias beberapa buah website malah majalah arus perdana pun ada! Jadi jangan dipandang lekeh kamera buruk yang nilainya pada orang lain mungkin tidak seberapa ini...

Hmm... Biar saya meneruskan cerita dengan nukilan nostalgia berjinak-jinak dengan penggunaan kamera.

Kalau tak salah ingatan, kamera pertama yang saya miliki adalah kamera murah bukan digital yang dibeli daripada gedung apa entah lupa namanya di kota London tahun 1995... Rasanya mereka yang pernah belajar di England mesti tahu nama gedung yang memiliki rangkaian seluruh negara Orang Putih itu... Di mana setiap barangan yang dibeli datang dengan jaminan pulangan duit ataupun money back warranty tanpa banyak tanya kalau dipulangkan kembali dalam tempoh 30 hari setelah dibeli gitu. Lalu ramai juga para pelajar Malaysia menggunakan peluang ini untuk membeli barangan seperti TV dan CD player sebelum memulangkannya semula dalam tempoh yang ditetapkan untuk mendapatkan kembali wang 100 peratus. Macam-macam perangai student kita di London!

Saya pula tidak berniat untuk memulangkannya kembali. Adapun kamera itu dibeli kerana saya mahu mengambil gambar untuk pengembaraan keliling Eropah yang dilakukan sekitar bulan Julai kalau tak salah ingatan. Allah, saya pun sudah lupa bila ia sebenarnya bermula tapi yang pasti ketika musim panas tahun itu.

Sayangnya kamera ini dicuri orang ketika saya dibawa menumpang tidur di rumah seorang warga tempatan di kota Prague dalam negara Republik Czech. Sedikit ceritanya ada diletakkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , dalam artikel Trip to Europe 1995... The ugly side of Prague...

Untuk makluman, ia adalah satu daripada 10 artikel berkenaan pengembaraan ke Eropah yang ditulis sekitar tahun 1997 ketika sedang berkhidmat sebagai wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times. Lihat sidebar kanan atas blogspot itu untuk artikel-artikel berkaitan... Beberapa artikel awal telah muncul dalam akhbar tetapi artikel seterusnya tidak dipaparkan akibar teguran seorang warga Belanda yang bekerja di Malaysia kerana tidak puas hati dengan satu isi artikel yang ada menyebut kadar jenayah tinggi di Amsterdam, satu teguran yang dipaparkan dalam akhbar di ruangan Letters to the editor!

Nasib baik saya sempat mencuci satu roll gambar sebelum kamera dicuri. Ketika itu, pengembaraan ke Eropah ini telah masuk 2 minggu. Sudah sampai ke tempat-tempat tertentu di Peranchis, Belanda dan Jerman. Satu roll lagi gambar hilang bersama kamera... Lalu saya terpaksa membeli sebuah kamera second-hand jenis lama di Prague. Dapat juga digunakan untuk mengambil gambar di tempat-tempat seterusnya termasuk di negara Slovakia, Austria, Switzerland, Lichtenstein, Itali, Monaco dan Belgium!

Kemudian saya tak ingat apa yang berlaku pada kamera itu. Rasanya diluputkan bersama beberapa barangan lama apabila saya kembali ke tanah air sekitar Oktober 1995 gitu... Lalu seterusnya saya pernah memiliki kamera adalah hampir penghujung 1997. Ketika itu saya baru confirm kerja di NST selepas setahun di sana lalu baru dibenarkan bercuti... Dan saya juga baru beberapa bulan membeli motosikal besar baru Yamaha Virago 535cc... Lalu mengambil cuti lebih sebulan untuk mengembara secara solo keliling Semenanjung Malaysia dan mengambil gambar mana yang saya suka.

Seingat saya, selepas itu saya lama tidak menggunakan kamera. Tak ingat pula apa yang jadi pada kamera boleh tahan elok yang dibeli tahun 1997 itu. Selepas itu, saya cuma memakai kamera lagi ketika mahu ke Peranchis tahun 2000 untuk membuat liputan sukan kuda lasak... Dan kamera itu juga akhirnya hilang entah ke mana. Untuk cerita-cerita tentang sukan berkuda di Peranchis itu, sila masuk ke blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Baca artikel-artikel Equestrian endurance in France, Equestrian sports gaining ground? dan Equestrian again? Why not? yang pernah keluar di akhbar NST dahulu...

Lama kemudian, baru saya tergerak untuk kembali memakai kamera. Ketika itu, saya telah dijemput hadir ke majlis pengembalian jasad Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dan Menteri Ngah Ibrahim daripada Singapura ke Perak 9 September 2006... Rugi kalau tak ambil gambar. Lagipun saya mahu membuat cerita untuk akhbar tabloid Kencana kelolaan seorang kenalan! Lihat side-bar kanan blogspot ini, bawah chatbox untuk membaca cerita-ceritanya...

Untuk majlis itu, saya telah meminjam sebuah kamera digital milik seorang sepupu, kamera digital pertama yang digunakan saya. Pengalaman menggunakan kamera digital itu yang terasa begitu senang, tidak perlu memikirkan masalah membeli atau pembaziran roll - apa-apa kesilapan boleh dipadam begitu sahaja dan senang pula dialihkan gambar ke dalam komputer -membuat saya terasa elok memiliki kamera digital sendiri...

Ketika itu, selain sudah menerbitkan buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti", saya juga sudah mula aktif berinteraksi di Internet terutama melalui sebuah forum di mana saya telah membuka sebuah thread yang agak popular, thread yang kini sudah masuk 320 mukasurat dan ada lebih 92,000 hits!... Ini link nya - Forum Rawatan Alternatif... Soal-jawab Berpetualang ke Aceh...

Sekurang-kurangnya gambar-gambar yang diambil boleh dimanfaatkan di thread itu selain untuk ruangan di tabloid Kencana. Cuma disebabkan kekurangan dana, saya harus ke sana ke mari mencari kamera digital yang paling murah tetapi cukup berguna...

Akhirnya, saya telah memilih kamera GrandVision seperti yang terpapar di atas, dibeli di gedung membeli-belah Mydin di Masjid India... Kerana dengan harga RM299, ia adalah kamera digital termurah di pasaran ketika itu. Di Mydin pula dapat sekali memory card 512Mb percuma. Apapun saiznya terasa cukup kecil dan selesa, cukup berguna untuk dibawa dalam pengembaraan-pengembaraan saya lebih-lebih lagi apabila mula membuka blogspot BERPETUALANG KE ACEH diikuti blogspot ini seterusnya blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ...

Cuma ternyata kamera murah itu tidak dapat mengambil gambar elok apabila kurang cahaya... Dan ia juga sangat sensitif, tidak boleh bergoyang sedikit pun apabila mengambil gambar kerana akan jadi blur, kabur... Gambar jadi melengkong bengkak-bengkok pun ada!

Keadaan ini menyebabkan saya tidak dapat mengambil gambar malam atau gambar baik daripada dalam kenderaan yang bergerak... Hampir-hampir sahaja saya ingin membuang kamera itu tetapi apabila memikirkan saya tidak memiliki banyak duit, saya terpaksa juga menerimanya seadanya.

Alhamdulillah, ternyata ia masih boleh digunakan asal kena caranya dan inipun sudah terbukti dengan jumlah gambar-gambar yang terpapar elok di blogspot-blogspot saya. Cuma seminggu lepas, saya telah tergerak untuk membeli sebuah kamera baru yang jauh lebih canggih. Maka dengan ini saya memberitahu bahawa kamera digital lama ini sudah pun "bersara".

Ah... Selesai sudah satu luahan rasa. Sebenarnya gambar kamera lama ini sudah diambil lebih dahulu daripada gambar-gambar dalam artikel Komputer Sinclair ZX81... Satu kenangan lama 25 tahun lalu! dan Komputer laptop TwinHead 12D hadiah daripada Nur. Mengenang jasa besarnya... Tapi barulah ini saya dapat melepaskan kata-kata mengenainya, kata-kata yang juga menandakan tamat satu episod dalam hidup saya... Sekian. Selamat malam! :]

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam bro..
waaah banyak yg baru dah dalam hidup bro skrg ni yek..
gaya penceritaan baru, laptop baru, kamera baru.. kehkeh caya lah.. kena tambah "baru" yg lain plak bro.. tp bro xyah le jd MS yg baru.. kalo ada 'bro MS yg baru', nnt takut jadi x best plak kut.. heh heh mana tahu kan..
memang dlm banyak perkara, yg baru baik dpd yg lama, tapi kadang2 yg lama lagi baik dpd yg baru.. mcm tu le pusing2 kita ni kan.. betui dak bro? hehehe
tp apa2 pun, bila ada yg baru2 ni baru semangat sikit kan heh!!
selamat maju jaya bro

hazratji

Tanpa Nama berkata...

Salam MS,
Lama takde idea nak memeriahkan suasana disini. Memang bukan mudah melalui hari2 yg. datang.

Fasa demi fasa, cubaan demi cubaan, dan kita pun berubah. Sesuatu yang baharu itu berubah keadaannya.

Cuma ada yang tiada apa2 perubahan,
sama ia dahulu, sama juga sekarang, akan datang pun begitu juga.

Ok, bro ... ada izin kita bertemu.
Salamsss
-awanbadai-

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Dalam bab baru atau lama ni yang penting kita semakin menghampiri kebaikan. Teringat kata Nabi atau ayat Al-Quran, lupa plak... Apapun bunyinya lebih kurang begini:-

Bukan seorang Mukmin jika kehidupan hari ini tidak lebih elok daripada yang semalam... Kehidupan esok lebih elok daripada hari ini!

Takrif elok di sini bukanlah naik gaji, bertambah harta atau lain-lain definisi kemajuan materalistik. Yang dimaksudkan adalah peningkatan hidup daripada segi dapat mengecapi dan merasai kelazatan hidup itu sendiri. Dan dalam hal ini, kita tahu mustahil dapat mengecapi makna sebenar hidup tanpa peningkatan kesedaran atas keberadaan serta hubungan dengan Yang Maha Pencipta!

Maka itu Insyaallah, saya ambik benda baru yang elok aje. Jika yang lama itu lebih elok maka saya kekalkannya... Misalnya tahu menghargai kawan-kawan lama... Bukan putus hubungan untuk mendapat kawan-kawan baru yang kononnya lebih class apabila seseorang itu meningkat taraf hidup seperti yang dilakukan sesetengah orang apabila jadi kaya, naik pangkat, jadi popular dan sebagainya.

Apapun prinsipnya sama sahaja ... Setiap ketika kita memasuki fasa baru kehidupan, buang yang keruh, ambil yang jernih. Itu sahaja. Wassalam! :]

Tanpa Nama berkata...

salamssss .. .. dan setiap sesuatu itu hadir dgn kelebihan dan kelemahan yg tersendiri .. .. dan setiap sesuatu itu juga melihat kepada keserasiannya untuk bisa hadir dalam hidup kita secara harmonis dan sejahtera .. .. agar ia bisa menjadikan sesuatu yg lama itu menjadi lebih baik lagi dalam rangka waktu yg menguji diri .. .. pastinya setiap sesuatu yg berbeda membawa definisi, makna dan rasa yg cukup berbeda jua .. .. ;-) .. .. selamat!! .. ..



/Jiwa