Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Julai 29, 2010

Jalan-jalan Perak sebelah Barat : Keindahan 'seberang Lumut'...

Adapun tadi saya telah membuat 4 artikel baru di blogspot BERPETUALANG KE ACEH sehingga jumlah artikel di situ menjadi 545 kesemuanya. Blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pula sudah memiliki 383 artikel sementara blogspot ini ada 707 jika tidak dicampur artikel terbaru ini. Nombor-nombor yang ada simetri ini membuatkan saya sengaja melewatkan artikel ini sehingga lewat petang. Sekarang biarlah disambung cerita daripada artikel Jalan-jalan Perak sebelah barat : Atlantis Gangganegara?.


Dari pantai di hadapan 'Atlantis' kami keluar balik ke simpang tiga jalan besar...


Kami membelok ke kanan terus menghala ke selatan. Kelihatan masjid Segari yang pernah menjadi salah satu tempat saya bermalam ketika sering keluar mengembara seorang diri secara hitchike, juga berjalan kaki dan menaiki kenderaan awam...


Papan-tanda menunjukkan beberapa tempat pelancongan yang boleh dilawati sekitar ini...


Namun kami ingin pergi ke satu tempat yang tidak disebut papan-tanda...



Selamat datang ke Damar Laut...




Ia adalah satu kawasan tepian sungai yang terletak betul-betul berhadapan pekan Lumut, di seberang Sungai Dinding. Lihat artikel Lumut from Damar Laut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.





Puas melihat pemandangan di Damar Laut, kami berpatah balik sebelum mengambil satu simpang ke kiri...




Kali ini kami mahu melihat sebuah pusat peranginan persendirian yang dipanggil Damai Laut.





Jalan masuk melalui tepian bukit turut memberikan pemandangan menarik...





Sampai di kawasan peranginan saya terus menuju ke menara tinjau. Malangnya ia telah ditutup sejak beberapa lama...






Nasib baik menara tinjau terletak berdekatan sebuah sungai yang mengalir masuk ke Sungai Dinding. Sungai ini sendiri memiliki pemandangan menarik dengan kedudukannya juga membolehkan kita melihat pekan Lumut. Lihat Views at Sungai Sepit.





Kemudian kami pergi ke bangunan utama pusat peranginan yang dipanggil Damai Laut Swiss Garden Resort.




Tempat peranginan bertaraf 4 atau 5 bintang ini mengadap ke Selat Melaka dengan pemandangan Pulau Pangkor di sisi. Namun kedudukan geografinya berdekatan Sungai Sepit menyebabkan ia masih boleh dikira sebagai kawasan 'seberang Lumut', seberang Sungai Dinding dari Lumut...






Ia juga memiliki pantainya sendiri.






Di sinilah anak kecil kami Al-Rasyid pertama kali merasa bermain-main di atas pasir.





Untuk banyak lagi pemandangan menarik lihat The scene at Damai Laut Swiss Garden Resort.





Malamnya pula Rasyid dapat bermain pondok-pondok. Lihat Night time at Teluk Senangin .


Tiada ulasan: