Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Julai 25, 2010

Jalan-jalan Perak sebelah barat : Makam Puteri Bunian, jejak kegemilangan Beruas Gangganegara



Kami singgah di Muzium Beruas...

 
Selain melihat artifak-artifak lama yang dikaitkan dengan keberadaan kerajaan lama Melayu Beruas juga kerajaan purba Gangganegara, Al-Rasyid dapat bermain dengan meriam yang ada...

  Keluar dari muzium terlihat papan-tanda ini...

  Apa-apa pun kena makan tengahari dahulu...

  Kemudian baru menuju ke Ulu Licin yang kami sekeluarga belum pernah sampai sebelum itu...

  Keluar sedikit dari pekan Beruas kelihatan bangunan berbentuk pagoda 'leper'.

  Dipendekkan cerita saya pun mandi-manda di Ulu Licin. Lihat artikel Cooling down at Ulu Licin di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.

  Oleh kerana bab mandi untuk menghilangkan kepanasan dan mengembalikan keseimbangan badan telah diceritakan, bolehlah saya membuka cerita mengenai sesuatu yang dilihat di muzium. Ia adalah sebuah gambar dengan tajuk "Makam Puteri Bunian". Peliknya, bukankah orang daripada bangsa Bunian ini ghaib, tidak kelihatan dengan mata kasar? Jadi bagaimana pula boleh ada makam Puteri Bunian? Kenapa pula gambar ditunjukkan di muzium?

  Kalau saya sebut ada gambar sebegini ditayangkan di muzium mungkin ada yang tidak percaya. Maka itu saya bercadang mahu menunjukkannya di sini... tetapi terlupa pula hendak mengambil gambar semasa berada di sana! Nasib baik saya memiliki sebuah buku bertajuk "Beruas : Kerajaan kuno di Perak" terbitan jabatan muzium. Itupun awalnya saya tidak dapat menemui gambar yang berkaitan...

  Saya berehat membuat minuman lalu mula menghirupnya. Tiba-tiba tergerak untuk membuka sahaja mana-mana mukasurat. Terus terbuka mukasurat 84 iaitu gambar sebelum di atas. Ternyata mukasurat sebelumnya, mukasurat 83 ada memaparkan gambar sama seperti yang terdapat di Muzium Beruas! Mukasurat 84 pula menunjukkan gambar batu nesan sama tetapi tanpa orang di dalamnya...

  OK. Kenapa saya buka bab makam Puteri Bunian? Kerana setelah beberapa kali sampai ke Beruas, baru kali ini saya tergerak untuk mencarinya...

  Semasa saya ke Beruas ketika ini, tak terfikir pun nak bawa buku yang ada. Nasib baik peta yang tertera di muzium dapat menunjukkan arah. Kebetulan saya memang menghala ke arah itu iaitu ke barat...


Gambar di simpang tiga. Saya masuk ke arah bertentangan papan-tanda...

 
Ini adalah jalan ke Pantai Remis...

 
Sedikit ke hadapan kelihatan jambatan menyeberangi Sungai Rotan seperti ditunjukkan peta.

 
Dari situ saya harus masuk jalan tanah merah ke sebuah rumah. Tuan rumah sudi memberikan panduan... saya harus berjalan kaki melepasi sebuah kebun kelapa sawit, isteri dan anak menunggu dalam kereta.

 
Seterusnya perlu menyusur sungai...


Kemudian kena masuk hutan mendaki bukit.

 
Alhamdulillah! Tidak lama kemudian kelihatan pokok besar mati seperti disebut tuan rumah.

 
Dari situ tidak susah untuk menemui sebatang pokok kecil yang diikat kain kuning. Di sinilah letaknya makam Puteri Bunian. Lihat Makam Puteri Bunian (Tomb of the elfin princess) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

 
Oleh kerana cerita makam sudah dilepaskan kita bercerita pula tentang satu subjek, kegemilangan Beruas Gangganegara. Lihat maklumat yang terdapat di hadapan Muzium Beruas. Buka di windows baru. Perhatikan perkataan di hujung baris lapan pengenalan...


 
Ada cerita tentang batu bersurat. Pernah dengar "Batu bersurat Beruas"? Fikirkan sambil kita meneruskan perjalanan ke Pantai Remis.

 
Beberapa tahun lalu pernah keluar satu cerita di suratkhabar. Katanya sudah berlaku sesuatu, kalau tak salah ingatan, jatuh taik bintang satu perkara yang sewaktu dengannya. Lalu cerita itu menyebut akan berlaku sesuatu seperti yang tertera pada "Batu bersurat Beruas".


 
Lama saya terpinga-pinga. Kalau "Batu bersurat Terengganu" memang biasa dengar. Ada juga orang menyebut tentang "Batu bersurat Pulau Pangkor" dan saya pernah melihatnya. Pada saya tak ada apalah yang tersurat sangat kecuali sedikit lukisan pada batu menunjukkan anak kecil dibawa lari harimau, ada tanda VOC, syarikat perdagangan Belanda yang sebenarnya satu usaha penjajahan menyamar di sebalik nama perniagaan. Tapi "Batu bersurat Beruas"? Ia terasa begitu asing, tidak pernah disebut orang.


 
Kemudian baru saya sedar, cerita dalam suratkhabar itu sebenarnya satu iklan untuk perkhidmatan telefon bimbit. Namun selepas itu dan tanpa dirancang, 8 tahun lalu kalau tak salah ingatan, saya telah sampai ke Muzium Beruas lalu mendapati "Batu bersurat Beruas" memang pernah wujud satu masa dahulu.

 
Saya diberitahu oleh penduduk tempatan bahawa "Batu bersurat Beruas" ada ditemui di pekan Beruas kira-kira 20 tahun lalu. Tetapi ia telah diambil satu pihak, mungkin pihak muzium, mungkin universiti kemudian terus lenyap, tiada khabar berita. Di atas adalah masjid di Pengkalan Baru, kira-kira 3 km sebelum Pantai Remis. Saya pernah tidur di situ sekurang-kurangnya 2 kali dalam pengembaraan yang lalu.


Saya masuk ke sebuah kampung berdekatan dengan niat untuk menunjukkan kepada isteri kesan tinggalan Kota Kulit Kerang, katanya sebuah kota purba yang memang dibuat dari kulit kerang. Saya pernah ditunjukkan sedikit tinggalan berupa longgokan kulit kerang seperti bahagian dari tembok pecah beberapa tahun lalu. Tapi kini langsung tidak kelihatan...

 
Ini pula Sungai Beruas yang mengalir sebelah masjid...

 
Saya cuba mencari satu kawasan yang pernah ditunjukkan kepada saya dahulu, kawasan yang dipanggil Padang Antah Berantah. Katanya ada kena-mengena dengan cerita-cerita dongeng Melayu yang melibatkan kayangan...

 
Seterusnya saya mencari sebuah kedai makan kegemaran...

 
Kedai ini istimewa kerana masakan udang lipan yang jarang dimakan orang apa lagi mahu dihidangkan di restoran. Lihat sahaja menu yang ada. Udang lipan mungkin kelihatan seperti serangga pelik yang hodoh, tapi isinya cukup manis... kalau kena pada hidangan, ia amat menyelerakan! :]

 
Selepas makan perjalanan diteruskan. Masuklah ke Pantai Remis...

 
Boleh kelihatan bukit-bukit Segari di latar-belakang. Kalau tak salah ingatan, yang paling tinggi dipanggil Gunung Tunggal, satu tempat mistik yang turut disebut dalam siri cerita buku terkenal zaman saya kanak-kanak, "Bercakap dengan jin". Entah kenapa, setiap kali melihat bukit ini saya terasa di situlah pusat asal kerajaan purba Gangganegara, kerajaan besar bersifat keHinduan yang kemudian digantikan oleh kerajaan Melayu Beruas yang Islam.

Oh... oleh kerana cerita sudah cukup panjang dan sudah banyak gambar digunakan, biar difast-forward terus ke hadapan. Sambil memandu, saya menceritakan kepada isteri bagaimana saya pernah berjalan kaki dari Pengkalan Baru ke Pantai Remis menuju lebih jauh lagi ke selatan seorang diri dengan membawa beg galas besar. Perjalanan yang dimulakan sekitar jam 6 petang berakhir dengan saya berehat di sebuah stesyen minyak di kaki Gunung Tunggal jam 9 malam, 12 km kemudian. Saya turut membawa isteri masuk ke satu bahagian kaki bukit dengan niat mahu melihat muara Sungai Beruas. Lihat Looking for Beruas river estuary behind the hills of Segari. Sekarang biar disambung cerita berkenaan "Batu bersurat Beruas"...


Beberapa tahun lepas saya pernah singgah ke "Istana Kuning" milik "Sultan Melaka". Sebenarnya ia adalah sebuah rumah tradisional Melayu di Melaka yang disewa oleh si Noor Jan yang mengaku dirinya Sultan Melaka yang sah. Ketika melihat salasilah yang tertera, kelihatan satu perenggan menyebut tentang "Batu bersurat Beruas". Menurut ceritanya ia adalah batu bersurat yang ditinggalkan Raja Suran, moyang Raja-raja Melaka dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain yang pernah memerintah seluruh dunia. Saya agak terperanjat kerana itulah pertama kali saya mendengar sedikit penerangan tentang "Batu bersurat Beruas". Di atas adalah gambar ketika masuk ke tempat yang dipanggil Baitul Hilal...

 
Menurut cerita pada salasilah lagi, batu bersurat ini menandakan tempat di mana terdapat banyak harta untuk bekalan akhir zaman. Memang ada disebut dalam kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang bahawa Raja Suran ada meninggalkan batu bersurat selepas menyuruh orang menanam sejumlah harta... katanya untuk kegunaan anak-cucunya akhir zaman. Ini berlaku selepas Raja Suran dikatakan masuk ke laut untuk melihat kerajaan dalam laut. Sebelum itu baginda yang datang dari benua Hindi dikatakan telah menakluki Gangganegara dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Di atas adalah Baitul Hilal. Ia adalah tempat melihat anak bulan...



Tapi Sejarah Melayu tidak pernah menyebut di manakah batu bersurat itu diletakkan, apalagi hendak menyatakannya sebagai "Batu bersurat Beruas". Yang pasti, ada sesuatu tentang Beruas yang membawa satu erti kegemilangan. Ini adalah pantai berdekatan Baitul Hilal.

 
Berdekatan ini terdapat pusat pembiakan penyu...

 
Kemudian saya membawa anak dan isteri masuk ke hutan simpan berdekatan...

 
Bukan apa... saya mahu menunjukkan kepada isteri bagaimana rupanya pohon Beruas yang kini amat susah ditemui. Saya pun menceritakan beberapa pengalaman berkaitan dari siri pengembaraan yang lepas. Semaklah apa yang tertulis di dalam artikel-artikel bawah. Insyaallah anda akan nampak apakah kaitan segala yang sudah diceritakan... :] 











4 ulasan:

Al Mahadaya berkata...

Sultan Iskandar Zulkarnain adalah pengikut agama nabi Ibrahim. Nabi yg diturunkan al quran bernama Ahmad penyambung keturunan nabi2 dari jurai keturunan yg sama. Bangsa Melayu adalah dari bangsa Asara Yala(Israel) yg sangat di takuti di dunia. Musuh2 tuhan merosakkan al quran dgn meletakkan baris dan mencipta agama baru iaitu Islam. Seluruh kandungan al quran, tuhan firmankan mengikuti agama nabi Ibrahim iaitu agama nenek moyang bangsa Asara Yala dan bangsa Melayu. Kebangkitan agama tuhan sudah termaktub dan keturunan dari Sultan Iskandar Zulkarnain akan sekali lagi menakluk dunia.

Tanpa Nama berkata...

Allah memberi jaminan Al-Quran terpelihara. Tiada unsur agama baru, kerana Nabi Muhammad tetap mengajak menyembah Allah swt.

Aku nak tanya kau Mahadaya, sekarang ni kau pakai apa yer sebagai pedoman sementelah kan kau kata Muhammad membawa agama baru. Ada yg lebih terperinci dalam syariat Muhammad, penutup segala Nabi2 dan Rasul.

Disarankan Mahadaya mendalami bahasa Al-Quran dan bahasa Arab sendiri. Jika tiada baris, setiap orang akan bertelingkah membaca ikut pentafsiran dan bunyi sendiri samada baris depan dan atas.

Tidak kah penetapan standard bacaan lebih membuat semua bermuafakat walau pun tiada salah juga jika tidak berbaris.

Yang salah adalah mentohmahkan, kepada yg memakai baris sebagai membentuk agama baru dan terus2an mengatakan ugama Nabi Ibrahim masih unggul hingga sekarang.

Tidak tahukah walaupun nabi ibrahim membawa kepada penyembahan allah yg esa, syariatnya telah terbatal, bila dikemaskini oleh syariat yg akhir yg sesuai utk umat zaman ini dan terbatal lah segala syariat sebelum nya, kerana apa yg ada dalam syariat sebelum ada didalam syariat Muhammad.

Kau tak boleh pakai asal logik shj, belajar agama kena berguru, kalau tidak syaitan yg menjadi gurumu.

Tanpa Nama berkata...

oiii ko musyrikin ke

Nohunozatullah29 berkata...

Jgn lah saling berbantahan dikeranakan berasa lebih pandai dan disebabkan. Pengakuan yg berbeza yg penting isi nya benarkan diri peribadi kita mengenal dan menuju kita kepada yg satu saja ..bukan ada duanya begitu lah fikrah pemikiran sifat yg. Maujad yg wujud tetap Allah buat apa saling berbantahan pada jalan kita masing masing yg bijak mahu pun yang kurang faham itu kita saling melengkapi jgn lah dikritik terlalu mudah namun ingat bukan nya senang utk kita mencapai pandangan yg sama jika tidak ada izin Allah biarpun Betapa tinggi ilmu yg kita miliki itu bukan syarat utk kita memperolehi redho Allah ..namun ingat wahai saudara2 ku bahawa nasihat ku kepada diri peribadi kita khususnya hanya satu tujuan iaitu sedar akan apa yang kami smpikan ini ada hal yg hak utk kita lestarikan menjadi sebuah perjuangan seblm menghadap Allah jgn tertipu dgn apapun. Ujian semoga kita dirahmati Allah set