Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, April 28, 2010

Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Perjalanan malam ke Kuala Kangsar

Hmm. Setelah melihat kembali koleksi gambar-gambar perjalanan Perak yang diambil 9-11 April baru ini saya rasa elok juga penceritaan dimulakan...


OK. Seperti telah disebut beberapa kali dalam artikel-artikel sebelumnya, perjalanan ke Perak ini asalnya mahu dibuat pada 26 Februari, hari Maulidur Rasul. Sebaliknya saya, isteri dan anak pergi ke Aceh untuk menyambutnya di Perlak, setelah beberapa lama barulah perjalanan ke Perak dapat direalisasikan. Apapun, perjalanan ini dirancang lebih 2 bulan lalu setelah mendapat tahu identiti alternatif seorang Sultan Perak. Lihat artikel Jalan semakin terang : Kaitan sebenar kerabat diraja Aceh-Bugis dalam pemerintahan Perak... yang dibuat sebelum ke Aceh.

Untuk pengetahuan setelah membuat artikel itu berserta sebuah artikel berkaitan, baru kami mendapat jemputan untuk menyambut Maulidur Rasul di Perlak, secara tiba-tiba. Maka sambutan di Perlak dan perjalanan ke Perak ini sebenarnya ada kaitan. Elok juga siri cerita "Maulidur Rasul di Aceh" disambung dengan siri ini pula.


Dua-dua gambar di atas menunjukkan anak dan isteri saya di hadapan Masjid Sheikh Ismail, Ulu Bernam, 200 meter dari sempadan utara Selangor. Saya terasa harus singgah dahulu ke sini sebelum masuk ke Perak melalui Tanjung Malim. Berbalik pada identiti alternatif Sultan Perak yang baru saya sedari 2 bulan lalu. Adapun makam Sultan ini belum pernah saya ziarahi sebelumnya, cuma makam yang lagi satu atas nama lain sahaja saya sudah pergi.

Jangan terperanjat jika seseorang itu memiliki lebih dari satu makam. Ada kes di mana suatu makam itu sebenarnya makam tanda tempat seseorang itu pernah sampai atau kali terakhir dilihat sebelum menghilangkan diri. Kemudian orang itu muncul di negara lain lalu mangkat dan dibina makam kedua untuknya. Ada kes di mana yang dimakamkan di satu tempat itu adalah tongkat sebagai lambang. Jasad sebenar ditanam di makam lain. Ada pula kes pelik di mana seseorang itu dilihat meninggal dunia kemudian sempat dimandikan orang ramai. dan dikapankan Namun apabila sampai ke liang lahat, jasadnya hilang ghaib begitu sahaja.

Perkara sebegini bukanlah pelik bagi orang-orang dahulu yang berilmu. Ada yang bertaraf wali lalu mampu membuat pemecahan wajah untuk muncul di beberapa tempat berlainan sekali gus. Ada pula yang boleh menerbitkan beberapa identiti dengan cara menyamar secara fizikal sahaja. Ketika dihadap orang ramai di istana baginda menjadi raja. Ketika mahu keluar melihat keadaan sebenar rakyat dan negara tanpa mahu dikenal sebagai raja atau kelihatan melanggar protokol dan adat-istiadat istana, baginda boleh sahaja memakai pakaian pengemis atau pengembara malah boleh menjadi hulubalang dan laksamana pula...

Apapun, makam rasmi Sultan Perak yang dimaksudkan terletak tidak jauh dari Teluk Intan. Maka itu rancangan asal saya untuk perjalanan ke Perak ialah setakat ke sana, paling jauh pun mungkin ke Kampung Gajah sedikit ke utara Teluk Intan. Sebaliknya ketika tarikh semakin hampir untuk membuat perjalanan, timbul rasa untuk pergi hingga ke Kuala Kangsar. Ini kerana apabila disemak kembali perjalanan saya setahun dua, ternyata saya tidak pernah ke Kuala Kangsar lagi sejak singgah bersama isteri dan seorang kawan penghujung 2008. Lihat artikel lama Projek buku masjid - bertemu penunggu masjid lama tinggal!.

Sudah begitu lama rupanya saya tidak ke Perak. Selain perjalanan balik hari ke Lata Kinjang bulan Mac (lihat artikel Menikmati air terjun Lata Kinjang yang baru dibuat tadi), saya cuma pernah membawa anak dan isteri ke Tanjung Malim juga balik hari, ketika isteri masih dalam pantang. Lihat artikel Ke Tanjung Malim bersama Al-Rasyid... untuk mendapatkan 'feel' jejak Raja Kamala. Apa pula 'kebetulan' nombor yang berlaku? yang dibuat November 2009. Sebelum bulan puasa tahun sama iaitu ketika isteri sedang mengandungkan anak 7 bulan kami ada menziarahi makam-makam di sekitar Teluk Intan. Tapi itulah paling jauh saya masuk ke Perak sejak penghujung 2008.

Memandangkan sudah begitu lama saya tidak ke Perak selain Teluk Intan lalu tidak menziarahi makam saudara-mara di luar lingkungan itu, saya telah membuat keputusan. Kali ini saya akan menziarahi makam setiap orang Sultan Perak yang ada selain beberapa makam lain yang patut. Untuk pengetahuan terdapat 29 makam Sultan Perak di sepanjang Sungai Perak, satu daripadanya makam tanda. Empat orang Sultan pula di makamkan di luar negeri.

Setakat itu, saya pernah menziarahi semua makam Sultan di Perak kecuali 5. Antara 5 itu, cuma satu sahaja yang agak mudah ditemui, saya sahaja yang terlepas pandang walaupun berjaya menziarahi makam Sultan lain berdekatan. Empat lagi makam susah untuk dicapai melalui kenderaan, satu pula terletak di atas pulau di tengah sungai. Di atas adalah makam seseorang ulamak bernama Sheikh Abdul Qadir.


Tentang makam ini pernah saya panjangkan dalam artikel Makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Kuala Kangsar, Perak? yang dibuat hampir 3 tahun lalu. Ia terletak berhampiran pusat bandar Kuala Kangsar namun tak semua menyedari. Saya dapat tahu tentang kewujudannya penghujung 2006 tetapi cuma berjaya menemuinya Julai 2007. Sejak itu saya akan menziarahinya setiap kali sampai ke Kuala Kangsar. Lagipun di sekitar bandar diraja ini terdapat banyak makam yang ada kaitan peribadi.




Sebaik selesai ziarah, isteri menunjukkan pada papantanda di hadapan. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Nampak tak apa yang sayang nampak?" tanya isteri.

"Tak," jawab saya. "Apa dia?"

"Sayang nampak M.I.M..." dia menyambung.

Allah! Syukur kerana memberikan aku seorang isteri yang memahami, isteri yang boleh mengingatkan ketika aku terlepas pandang. Ya. M.I.M. atau MIM untuk huruf Arab MIM. Sudah lama saya tidak memikirkannya. Mim untuk Melayu, Mim untuk Malaysia. Mim juga untuk Mekah dan Madinah, Mim untuk Muhammad.

Perkara ini pernah saya keluarkan secara spontan semasa aktif dalam sebuah forum Internet yang sering membicarakan hal-hal kebatinan tahun 2006. Ketika itu saya baru sahaja selesai menyajikan buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti" (terbit Jun 2006) dan sering bercakap tentang Melayu. Atas ilham spontan, saya menyebut betapa Melayu boleh menjadi layu tanpa MIM. Ya, ejaan Jawi untuk Melayu adalah MIM LAM YA WAU. Tanpa MIM tentu tinggal LAM YA WAU, jadilah ia "Layu".

Semasa itu MIM yang dimaksudkan lebih pada Muhammad, tidak memikirkan lain dari itu. Tanpa ajaran dan panduan dari Nabi Muhammad SAW, tanpa ia diamalkan dalam hidup seharian masyarakat, Melayu pun jadi layu, lemah, mudah diperkotak-katikkan. Namun ramai yang berkata kami telah mengamalkan agama, mengapa masih lagi boleh diperbudakkan bangsa asing. Ini mungkin kerana amalan agama yang dibuat tiada 'talian' batin Mim iaitu melalui anak cucu baginda para Ahlul Bait? Bagaimana mungkin mendapat berkat Nabi Muhammad jika konsep Tasawuf Nur Muhammad pun mahu dituduh sebagai tahyul dan bidaah? Bagaimana mahu menghidupkan kekuatan jiwa dan roh walhal ini adalah konsep asas dalam memahami hubungan tersirat makhluk dengan Tuhan?

Dan lagi MIM dalam Melayu itu terletak pada kepala perkataan, bukan di bawah atau di belakang. Lepas ada MIM, baru boleh ditambah LAM YA WAU sehingga terbentuk perkataan MELAYU. Pada saya ini bermaksud, untuk Melayu naik kembali ia harus kembali kepada kepimpinan para Ahlul Bait! Jadikan mereka sebagai kepala yang memimpin dan memikirkan keperluan masyarakat...

Ah. Saya sudah mula berceramah pula. Kita kembali kepada cerita pengembaraan. Dari Kuala Kangsar kami menghala ke satu kawasan luar bandar untuk mencari sebuah surau. Untuk pengetahuan, ia adalah salah satu tempat saya biasa bermalam apabila berada di Kuala Kangsar.

Alhamdulillah, isteri saya tiada masalah. Dia sudah beberapa kali ikut saya bermalam di masjid dan surau terutama di Janda Baik, Pahang dan Masjid Kampung Hulu, Melaka. Anak kecil kami Al-Rasyid pun pernah ikut bermalam di 2 tempat ini, begitu juga 2 orang anak yang lain. Mereka cuma belum pernah merasa bermalam di pondok dalam hutan di Pulau Besar, Melaka satu lagi tempat kegemaran saya.

Hmm. Tadi baru saya sedar, gambar surau diambil pada jam 1.11 pagi 10 haribulan April 2010...

Beginilah keadaan di dalamnya. Seingat saya surau ini dahulu berwarna biru kemudian terbiar buat satu jangka waktu. Kini ia kelihatan cantik terbela, seluruh bangunan dicat kuning kejinggaan malah kain langsirnya pun berwarna serupa. Apapun ia sudah cukup selesa buat kami bertiga. Kita sambung cerita nanti...

20 ulasan:

Cik Lee berkata...

Salam saudara merah silu,

Mengenai pertanyaan anda di forum Asyraaf, nota di bawah kawang perolehi daripada rabithah naqobatul asyraf Al-AzmatKhan di Indonesia. Harap dapat membantu,

http://www.facebook.com/note.php?note_id=113751088644599

SILSILAH UMUM WAN,NIK,LONG&TENGKU KETURUNAN AZMATKHAN AL-HUSAINI Dr JALUR TURUNAN KELANTAN MALAYSIA & PATTANI THAILAND
Share
Sunday, April 11, 2010 at 8:53pm
Oleh : NurSatya Al-Husaini Khan

Prediket ‘WAN’ umum dikenal & digunakan di melayu sbg prediket terhadap turunan bangsawan melayu yang sebenarnya merujuk bagi sebutan lokal trhadap sayyid & syarifah di melayu scr turun temurun. Pada takrif asalnya, umum dikenal bahwa Sayyid Ali Nurul Alam AZMATKHAN AL-HUSAINI (Kakek anggota walisongo, Sunan Gunung Jati) merupakan moyang bagi kesultanan ahlul bayt patani, champa, Kelantan dan sebagai yang memulakan prediket ‘WAN’ bagi keturunannya. Cucu cicit Ali Nurul Alam kemudian memulakan prediket ‘NIK’ dan ‘LONG’ (Gelar bagi anak sulung seorang WAN) bagi keturunan mereka. Di Aceh, prediket WAN dikenali sbg prediket bagi anak seorang sayyid (SYARIFAH). Namun begitu, zaman kebelakangan ini tidaklah dapat dipastikan lagi penyematan prediket ‘WAN’ masih berpegang pada takrif asalnya. Insya Allah, prediket ‘LONG’ & ‘NIK’ belum tercemar keaslian susur galurnya.

Selain dari Jalur Sayyid Ali Nurul Alam, Rabithah aal Azmatkhan Al-Husaini juga mencatat penyematan prediket ‘WAN’ untuk jalur turunan saudara kandung beliau, yakni Ibrahim al-Hadhrami / Zainuddin Akbar / Asmarakandi AZMATKHAN AL-HUSAINI (Ayah anggota walisongo, Sunan Ampel) + Wan Maimunah binti Syaikh Yusuf Al-Syandani

Kedua Jalur ini sama-sama bersambung ke fam. Azmatkhan Al-Husaini :
“Ali Nurul Alam & Ibrahim al--Hadhrami / Zainuddin Akbar / Asmaraqandi bin Husein Jamaluddin Akbar bin Ahmad Jalaluddin bin Abdullah AZMATKHAN bin Abdul Malik AZMATKHAN bin Alawi Ammil Faqih bin Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Khali Qasam bin Alawi bin Muhammad bin Alawi bin Ubaidillah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa Al-Rummi bin Muhammad Al-Naqib bin Ali Al-Uraidh bin Ja’far Ash-Shadiq bin Muhammad Al- Baqir bin Ali Zaenal Abidin (menikah dengan Syarifah Fathimah binti Imam Hasan) bin Imam Husein bin Sayyidina Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah Az-Zahra binti Nabi Muhammad SAW”

A. JALUR KETURUNAN IBRAHIM AL-HADHRAMI / ZAINUDDIN AKBAR + WAN MAIMUNAH BINTI SYEIKH YUSUF AL-SYANDANI PATTANI THAILAND, MENURUNKAN : (Para Saudara Sunan Ampel dr ibu yang berbeda)

1. Wan Husain
2. Wan Muhammad Yasin
3. Wan Yahya
4. Wan Jamilah*
5. Wan Abdurrahman*

*Untuk nama dengan no. 4 & 5 diatas telah terdata sebagian keturunannya oleh Rabithah Azmatkhan Al-Husaini, dari nama tersebut menurunkan ulama Pattani Thailand, Malaysia & sebagainya seperti Syeikh Dawud bin Abdillah Al-Fathani.

B. JALUR KETURUNAN ALI NURUL ALAM AZMATKHAN AL-HUSAINI, (Perdana Menteri Kelantan-Pattani kuno, kakek Sunan Gunung Jati) MENURUNKAN :

- Sayyid Abdullah Umdatuddin / Raja Abdullah / WAN BO / Bo Teri-Teri Raja dinasti ahlul bayt di Champa (Vietnam-Kamboja) 1471-1478, berputra :
- Wan Abdul Muzaffar, (Saudara Sunan Gunung Jati beda ibu) berputra :

1. Nik Jamaluddin yang berputra 1.a Sultan Adiluddin / Raja Loyor pemula dinasti ahlul bayt pertama Kelantan-Pattani yang mana dinasti ini mempunyai 3 raja; 1. b Raja Ekok / Sultan Samiruddin Raja Patani (1605-1616) yang berputra Sultan Abdul Kadir Raja Pattani 1616-1632 yang mana tahta kemudian berpindah ke Dinasti Jambal

2. Nik Mustafa / Sultan Abdul Hamid Syah / Po Rome Raja Champa 1578-1637. Tentang jalur penulisan keturunannya ada 2 versi yang sama dihormati Rabithah Azmatkhan Al-Husaini

Versi I jalur nasab keturunan Nik Mustafa : (Sumber, poster nasab Rabithah Aal Azmatkhan Al-Husaini bekerjasama dengan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyyah – Kuala Lumpur Malaysia)

Cik Lee berkata...

Nik Mustafa / Sultan Abdul Hamid Syah berputra

- Faqih Ali (Al-Malabari), berputra :
1. Wan Nik / Datuk Wan, berputra Wan Daim / Datuk Pangkalan* berputra Long Baha / Tuan Besar Pendiri Kerajaan Kelantan Baru Malaysia* (Sebagian keturunan Long Baha telah terdata oleh Rabithah Aal Azmatkhan Al-Husaini)
2. Wan Isma’il Tok Kaya Pandak/Pendek
; yang menurunkan Ulama Pattani Thailand, Malaysia dan sebagainya seperti Syeikh Muhammad Nik Mat Kecik Al-Fathani (Mekkah) Para WAN di TRENGGANU MALAYSIA yang keturunan dari "Sheikh Abdul Kadir Bukit Bayas" juga dari jalur ini secara lurus garis pria
3. Wan Yusuf Tok kaya Ratna / Rakna DiRaja,putra Faqih Ali Al Malabari(berkahwin dengan Wan Tija anak Laksaman Kota Tinggi)

Versi II jalur nasab keturunan Nik Mustafa : (Sumber, buku berjudul “AHLUL-BAIT (KELUARGA) RASULULLAH SAW & KESULTANAN MELAYU” susunan (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman & Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohammad)

Nik Mustafa / Sultan Abdul Hamid Syah berputra :
1. Nik Ali Dato’ Sri Maharaja pengasas keturunan ‘NIK’

2. Nik Ibrahim / Po Nrop, Raja Champa 1637-1684 berputra :
-*Wan Daim / Ba Tranh raja terakhir dinasti ahlul bayt di Champa Kamboja (1686-1692), berputra :
I. Long Nik Datu Pujud, Pattani yang menurunkan :
I.1 Long Nuh (Raja Pattani 1749-1771) berputra Raja Bakar (Raja Pattani 1771-1774) berputra Long Muhammad / Sultan Muhammad (Raja Pattani merdeka terakhir 1774-1785)
I.2 Along Yunus (Raja Pattani 1727-1756)

II.*Long Baha (Raja Bendang Bahang, Pemula dinasti Champa di Pattani-Kelantan, Raja Pattani 1710-1715, Raja Kelantan 1719-1733); yang menurunkan :
II.1 Long Sulaiman / Wan Anom Raja Kelantan I (1750-1756), berputra Long Yunus Moyang Raja-Raja Kelantan Kini yang mana para keturunannya juga menggunakan gelar “TENGKU”
II.2 Sultan Yunus Raja Patani 1729-1749

Tulisan ini dibuat dalam rangka menyambung silaturahmi qabilah Azmatkhan Al-Husaini di Asia Tenggara yang banyak kepaten obor / tidak tahu lagi tentang jalur nasabnya.. dengan info ini menjadi jelas bahwa zuriyat walisongo di Indonesia berkerabat dengan jalur Malaysia & Pattani Thailand dan sama-sama merupakan zurriyat Rasul.. semoga dengan mengetahui ini, para zuriyyat dr jalur ini bisa lebih mengenal muasal-nya dan menjaga diri & keislamannya secara lebih baik

Kekerabatan Jalur Zuriat Walisongo Indonesia dengan WAN & NIK jalur kelantan & Pattani, sudah diakui PERTUBUHAN KERABAT RAJA JEMBAL KELANTAN :

http://pkrjk.blogspot.com/2009/06/salasilah-wali-songo-dan-kesultanan.htm

mengenai AZMATKHAN as member of an Asyraf family of Ba'alawy Al-Husaini;
http://www.asyraaf.net/v2/qabilah.php?op=3&q=111

Dan Lebih Lanjut.. Rabithah Aal Azmatkhan Al-Husaini yang berpusat di Jakarta selaku lembaga penelitian & pendataan nasab jalur ini kedepan akan lebih mensosialisasikan tentang ini pada para kerabat di Malaysia sehingga pelestarian nasab & silaturahmi keluarga besar bisa dipayungi dalam satu wadah organisasi & lembaga

the origin of AZMATKHAN AL-HUSAINI'S family name: http://azmatkhanalhusaini.com/index.php?option=com_content&task=vi

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Terimakasih Cik Lee. Namun saya difahamkan badan induk Noqabatul Asyraaf baik di Malaysia, mahupun Indonesia tidak mengiktiraf salasilah ini kerana tiada dalam catatan kitab yang dibawa kaum Alawiyin dari Hadramaut. Noqabatul Asyraaf Azamat Khan pula ditubuhkan agar pengiktirafan dapat dibuat oleh pihak mereka untuk mereka yang ada kena-mengena.

Kita mungkin sedia menerima salasilah yang disebutkan tetapi pihak lain pula mungkin berkata kita ini berdusta, bukan pakar ilmu nasab. Jangan pandai-pandai cuba sambungkan nasab hingga ke Rasulullah SAW jika ia tiada dalam kitab mereka.

Cuba baca apa yang tersirat pada kata-kata dalam Website Azamat Khan ni. Kelihatan ada nada kecewa dalam tulisan. Bukankah ini menunjukkan nasab Azamatkhan dipertikaikan sesetengah pihak?

http://azmatkhanalhusaini.com/index.php?option=com_content&task=view&id=49&Itemid=107

Radzi Sapiee berkata...

Dosa Besar Mendustakan Nasab
Minggu, 28 Juni 2009
Keturunan Al-Imam Hasan dan Al-Imam Husain tidak terdata dalam satu Rabithah sedunia. Ada banyak Rabithah yang masing masing hanya mendata keluarga yang dikenal diantara mereka. Dari keturunan Al-Imam Husain sendiri, selain keluarga Ba’alawi masih banyak lagi yang datanya tidak dimiliki oleh Rabithah Alawiyah yang didirikan oleh Sadah di Yaman, yaitu Husainiyyun keturunan Al-Imam Musa Al-Kazhim. Bahkan diantara keluarga Ba’alawi juga masih banyak yang tidak terdata di Rabithah Alawiyah Yaman, yaitu keluarga keturunan Al-Imam Abdul Malik Azmatkhan dan keturunan Assayyid Abdullah bin Alawi Ammil-faqih yang tersebar dan menjadi Raja-raja di Mindanau Philipina. Kebanyakan mereka punya Rabithah sendiri berdasarkan catatan nasab yang dipegang oleh anggota mereka. Ketika ada sebagian Asyraf Yordania yang mendustakan nasab keluarga Ba’alawi Yaman, itu bukan berarti institusi Rabithah mereka yang mendustakan, melainkan hanya sebagian anggota mereka. Pendustaan itu hanyalah akibat dari ketidaktahuan dan kegegabahan. Allah SWT befirman:



وَلاَتَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ

“Dan janganlah kau mengomentari sesuatu yang engkau tidak memiliki pengetahuan tentangnya.” (Al-Isra’ : 36)


Rasulullah SAW bersabda:



النَّاسُ مُؤْتَمَنُوْنَ عَلى أَنْسَابِهِمْ


“Manusia itu bisa dipercaya atas pengakuan nasab-nasab mereka.”

Radzi Sapiee berkata...

Meragukan nasab seseorang hanya boleh dalam suatu kondisi yang sifatnya untuk melindungi hak orang lain, seperti misalnya ada pembagian harta waris dan tiba-tiba ada seseorang yang mengaku sebagai anak kandung dari si pewaris, sementara ahli waris yang sudah masyhur tidak mengenalnya. Ketika itu hakim boleh meragukan dan meminta bukti untuk pengakuan nasab tersebut, karena hawatir orang itu hanya mengaku-ngaku untuk mendapat harta warisan sihingga hal itu merugikan hak pewaris aslinya. Selebihnya, apabila ada orang mengaku bernasab pada seseorang maka kita tidak boleh menyatakan keraguan apalagi mendustakan, karena hal itu akan menyakiti hatinya dan mengusik kehormatannya.

Radzi Sapiee berkata...

Untuk menjaga perasan dan kehormatan seseorang, Islam mengharamkan takdizb (mendustakan) nasab tanpa bukti, baik takdzib dengan terang-terangan maupun dengan sindiran. Ulama sepakat bahwa takdzib nasab tanpa bukti adalah dosa besar dan termasuk kategori Qadzaf. Qadazaf adalah menuduh zina tanpa bukti. Ketika nasab didustakan maka berarti mendustakan hubungan anak beranak antara nama-nama dalam nasab tersebut, sehingga hal itu bisa juga menyimpulkan tidak sahnya pernikahan ayah dan ibu dari nama-nama tersebut. Ketika pernikahan tidak sah berarti terjadilah zina dan anaknya adalah anak zina.


Termasuk Qadzaf terang-terangan (Sharih) dalam bentuk takdzib nasab adalah kalimat: “Dia hanya mengaku-ngaku dengan nasabnya”, “Saya tidak percaya dengan nasab yang ia sebutkan”, “dia bukan keturunan si Anu sebagaimana yang ia sebutkan” dan sebagainya. Lihat Kitab Al-Iqna’ (fiqih Al-Imam Ahmad bin Hanbal) Juz 4 halaman 259 dst. juga kitab Ar-Rudud Asy-Syar’iyyah (Al-Habib Muhammad bin Ahmad Asy-Syathiri).


Termasuk Qadzaf sindiran (Ta’ridh) dalam bentuk takdzib nasab adalah kalimat: “Ayahnya tidak pernah mengaku-ngaku keturunan si anu”, “Saya tidak membenarkan dan tidak mendustakan nasabnya itu”, “Kalaupun benar apa yang ia nyatakan bahwa ia adalah keturunan si anu..” Sebagian ulama ada yang memasukkan kalimat seperti yang terakhir ini dalam kategori Qadzaf Sharih. Lihat Kitab At-Tahdzir Minal Ightirar Fi Ma Ja’a Fi Kitabil Hiwar, (bab pembelan Syekh Abdul Hayy Al-‘Amri dan Syekh Abdul Karim Murad atas dilecehkannya nasab Sayyid Muhammad Al-Maliki Al-Hasani) halaman 36.


Termasuk Qadzaf Ta’ridh adalah mengajukan Hadits “Man idda’a” pada orang yang mengaku keturunan si anu. Yang dimaksud dengan Hadits “Man idda’a” adalah:



مَنْ ادَّعَى غَيْرَ أَبِيْهِ فَهُوَ مَلْعُوْنٌ


“Barang siapa yang mengaku (bernasab) pada selain ayahnya maka ia terlaknat.”

Jelas sekali bahwa yang dimaksud Hadits ini adalah berdusta dan mengarang nasab pada selain leluhurnya. Bahkan Hadits itu juga tidak boleh diajukan pada diri sendiri. Misalnya ada orang memiliki catatan nasab yang diperoleh dari orang tua atau sesepuh keluarga, selama catatan itu tidak bertentangan dengan riwayat yang lebih shahih dan orang tua yang memberikan catatan itu tergolong tsiqah (orang baik yang bisa dipercaya), maka ia tidak boleh menafikan nasabnya itu dengan alasan takut tergolong “Man idda’a”, walaupun untuk berhati-hati, karena itu sama dengan meragukan ke-tsiqah-an orang tua dan leluhurnya sendiri.


Qadzaf dengan takdzib nasab, baik Sharih maupun Ta’ridh, adalah dosa besar yang mengakibatkan tiga hukuman bagi pelakunya:


1. Dosanya baru bisa ditebus dengan had delapan puluh cambukan. Sebagian ulama ada yang menganggap hal ini sebagai Haq-qullah (hak Allah) sehingga had itu tidak gugur walaupun orang yang di-qadzaf sudah memaafkan, karena Qadzaf nasab juga berhubungan dengan kehormatan leluhur yang sudah meninggal.


2. Tidak sah menjadi saksi pernikahan, saksi kasus dan saksi lainya sampai ia bertaubat.


3. Berstatus “Fasiq” sampai bertaubat.


Maka Robithoh Azmatkhan mengingatkan kepada semua anggotanya agar berhati-hati dalam masalah ini, karena, selain tkdzib tanpa bukti adalah dosa besar, masalah ini juga bisa berdampak tidak baik pada keharmonisan hubungan keluarga. Apabila ada yang mencurigai seseorang telah mengarang nasab sendiri untuk kepentingan duniawi, maka hendaknya hal itu dilaporkan secara rahasia pada Pengurus Pusat Robithoh, bukan sebagai tuduhan, tapi sebagai antisipasi. Kemudian Robithoh akan mengadakan penelitian. Laporan itu bersifat rahasia dan tidak boleh disebarkan pada orang lain. Apabila ada anggota yang menyebarkan pada orang lain maka hal itu termasuk pelanggaran Qadzaf dan Robithoh akan memberi sangsi.

Cik Lee berkata...

Benar sahaja saudara merahsilu. Adapun salasilah walisongo itu, memang diakui oleh semua pihak termasuk Asyraf. Tiada khilaf lagi. Adapun nasab keturunannya itulah yang dipertikaikan kerana tiada badan yang mencatat salasilah mereka selama ini. Maka apabila orang itu mendakwa sebagai keturunan wali songo maka sudah tentu dicurigai dan dipertikai.

Namun jika sudah tersirat, tiada siapa boleh memadam apa yang telah tersirat. Wallahualam.

Abu Fadhl berkata...

HARAMNYA MENGAKU-NGAKU SEBAGAI KETURUNAN AHLUL BAIT

Semulia-mulia nasab adalah nasab Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wa sallam. Dan semulia-mulia penisbatan adalah kepada beliau shallallahu’alaihi wa sallam dan kepada Ahli Bait, jika penisbatan itu benar. Dan telah banyak di kalangan arab maupun non arab penisbatan kepada nasab ini. Maka barangsiapa yang termasuk ahlul bait dan dia adalah orang yang beriman, maka Allah telah menggabungkan antara kemuliaan iman dan nasab. Barangsiapa mengaku-ngaku termasuk dari nasab yang mulia ini, sedangkan ia bukan darinya, maka dia telah berbuat suatu yang diharamkan, dan dia telah mengaku-ngaku memiliki sesuatu yang bukan miliknya. Nabi shallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Orang yang mengaku-ngaku dengan sesuatu yang tidak dia miliki maka dia seperti pemakai dua pakaian kebohongan.” (HR. Muslim dalam Shahihnya, no. 2129 dari Hadits Aisyah radliyallahu’anha)

Disebutkan dalam hadits-hadits shahih tentang keharaman seseorang menisbatkan dirinya kepada selain nasabnya. Diantara hadits Abu Dzar radliyallahu’anhu, bahwasanya ia mendengar Nabi shallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Tidaklah seseorang menisbatkan kepada selain ayahnya sedang dia mengetahui melainkan dia telah kufur kepada Allah. Dan barangsiapa yang mengaku-ngaku sebagai suatu kaum dan dia tidak ada hubungan nasab dengan mereka, maka hendaklah dia menyiapkan tempat duduknya di neraka”.(HR. al-Bukhori, No. 3508 dan Muslim, No. 112)

Dan dalam Shahih al-Bukhori, No. 3509 dari hadits Watsilah bin al-Asqa’zia berkata: Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Seungguhnya sebesar-besar kedustaan adalah penisbatan diri seseorang kepada selain ayahnya atau mengaku bermimpi sesuatu yang tidak dia lihat, atau dia berkata atas nama Rasulullah apa yang tidak beliau katakan”.

Abu Fadhl berkata...

sambungan

Jadi, mereka yang mengaku sebagai keturunan Rasul shallallahu’alaihi wa sallam tapi gemar berbuat kesyirikan, mengkultuskan kuburan-kuburan wali yang tekah mati, mengadukan shalawat-shalawat bid’ah plus syirik (Burdah, Nariyah, Diba’, dll), rajin berbuat bid’ah (perayaan maulid, haul, tahlilan), maka tidak bermanfaat pengakuan tersebut dan tidak perlu dihormati ataupun disegani.

Abu Fadhl berkata...

AKIDAH AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH TERHADAP AHLUL BAIT SECARA GLOBAL

Akidah Ahlussunnah wal Jamaah adalah pertengahan antara ekstrim kanan dan ekstrim kiri, antara berlebihan dan meremehkan dalam segala perkara akidah. Diantaranya adalah akidah mereka terhadap ahlu bait Nabi shallallahu’alaihi wa sallam, mereka berloyalitas terhadap setiap muslim dan muslimah dari keturunan Abdul Muththalib, dan juga kepada para istri Rasul shallallahu’alaihi wa sallam semuanya. Ahlus Sunnah mencintai mereka semua, memuji dan memposisikan mereka sesuai dengan kedudukan mereka secara adil dan objektif, bukan dengan hawa nafsu atau serampangan. Mereka mengakui keutamaan orang-orang yang telah Allah beri kemulian iman dan kemuliaan nasab. Barangsiapa yang termasuk dari ahlul bait dari kalangan sahabat Rasulullah, maka mereka (Ahlussunnah) mencintainya karena keimanan, ketaqwaan serta persahabatannya dengan Rasul shallallahu’alaihi wa sallam.

Adapun mereka (ahlul bait) selain dari kalangan sahabat, maka mereka mencintainya karena keimanan. Ketaqwaan, dan karena kekerabatannya dengan Rasul shallallahu’alaihi wa sallam. Mereka berpendapat bahwa kemuliaan nasab itu mengikut kepada kemuliaan iman. Barangsiapa yang diberi oleh Allah kedua hal tersebut, maka Dia telah menggabungkan antara dua kebaikan. Dan barangsiapa yang tidak diberi taufik untuk beriman, maka tidak bermanfaat sedikitpun kemuliaan nasabnya. Allah ta’ala berfirman:

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللهِ أَتْقَاكُمْ
“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu”. (QS. Al-Hujurat: 13)

Nabi shallallahu’alaihi wa sallam bersabda dalam akhir hadits yang panjang yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, No. 2699 dari Abu Hurairoh radliyallahu’anhu:

و من بطأ به عمله لم يسرع به نسبه
“Barangsiapa yang diperlambat oleh amal perbuatannya maka nasabnya tidak bisa mempercepatnya”

abc berkata...

Budaya pengkultusan kuburan makam adalah syirik (Makam keramat)


http://assunnah-qatar.com/aqidah-artikel-192/678-budaya-pengkultusan-kuburan-makam-keramat.html

Tanpa Nama berkata...

Gen6 Tok Kadok.
assalamualaikum dan maafkan saya pak radzie, adakah aliran wahabi sedang berada/bersama di dalam blog ini? cuba amati dan fikir2kan.

seperkara lagi artikel ziarah MUHAMMAD ke makam2 lama di perak...

sewaktu lewat ke makam2 di marhum tanah abang, ada tasek berhampiran diberi nama air mati( ayo mati)cuba tanyakan kewujudan 2 patung gajah batu didalam tasek tersebut, sementara orang2 lama masih ada lagi dan ada yang telah mula uzur,tanyakan juga hubungkait gajah batu di tasek itu. waktu saya masih bersekolah dalam tahun2 70an dulu patung2 2 gajah (gajah batu) amat mudah dilihat, kerana waktu itu hospital cangkat melintang belum ada dan air nya yang merah kehitaman dan banyak ikan loma (lome). banyak orang mengambil batu2 dari patung gajah untuk membuat batu pengasah parang/golok.kini tasek tu dah kering dan ditumbuh semak samun. cadangan saya lakukanlah sesuatu untuk mengetengahkan dan menyiasat apa hubungkait patung gajah batu tersebut dengan kewujudan penempatan makam2 dan kawasan pemerintahan kesultanan perak ketika itu. saya tidak mempunyai pengalaman dan kepandaian seperti bapak walaupun lebih muda dari saya.
seperkara lagi berhampiran kg saya tu di kg telok pedayung terdapat 1 makam Tok Sagor Sena diberi nama, berbatu nisan acheh, cubalah siasat siapakah garangan empunya nama dan pusara, makam tu terletak lebih kurang 300 meter dari Rumah Pam JPS Telok Sareh menghala ke Lambor Kanan.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Terimakasih atas maklumat yang diberi. Kalau ada gerak Insyaallah saya follow-up.

Ya, memang ada orang Wahabi yang membaca blog ini. Bukan setakat mereka, orang Syiah, ajaran sesat, geng kebatinan, kejawen dan sebagainya pun ada singgah.

Tidak menjadi masalah bagi saya. Saya sentiasa memberi ruang untuk orang bertandang dan memberi komen walaupun ada yang mencaci-maki saya. Kecuali dah melampau sangat, baru saya delete...

Cik Lee berkata...

Saya mula-mula confuse juga.. tp rupa-rupanya pak-pak wahab pun minat kisah pengembaraan merahsilu juga.. hebat depa ni.. qasidah burdah tulisan iman busyiri pun depa dok bidaah jugak.. sedangkan Rasulullah sendiri yang tolong sambungkan bait-bait qasidah dan selimutkan imam busyiri dengan selendang baginda sehingga penyakit lumpuh beliau sembuh berkat tangan nabi yang mulia...

Inilah bahananya kalau mengaji tak berguru dan bersanad.. kasihan.. janganlah terus berada dalam kegelapan...

smsc berkata...

Jangan keliru dan terpedaya dengan tohmahan atau benci membenci sesama Islam.

Secara umum binaan berlebih2an, melawat2 makam dan bernazar dan berlebih2an memang termasuk kepada bab2 yg memungkinkan syirik dan menyengutukan Allah.

Kerana yg mulia, pemberi pertolongan adalah Allah. Saudara Lee tak hidup di zaman Rasullulah, adakah nampal sendiri Rasullullah menyelimutkan selendang ke imam tertentu?

Ini hanya angan2 pengikut imam busyiri yang ingin menaikkan taraf imam mereka. Ada mendapat ilham dari syaitan agaknya..

Ini perkara2 yg menyesatkan

Cik Lee berkata...

SMSC: patutlah puak-puak wahabi sibuk nak runtuhkan kubah hijau di masjid nabi tu.. melebih-lebih dalam binaan rupa-rupanya...

Astaghfirullahalazim.. sampai begitu penghinaan dirimu kepada ulama' ini rupanya.. Aku berlepas diri dari kamu. Andai kata begitu, mengapakah qasidah burdah itu kekal sehingga beratus tahun lamanya jika tidak kerana keikhlasan sang pengarang...

biarlah kamu dengan mimpi bidaah kamu-kamu sekalian. dah nak terjun longkang biarlah..tak kuasa kawan nak layan..

Encik Tan berkata...

Setau aku binaan2 memang tak dibenarkan dalam Islam. Apalagi mengagung2kan manusia baik yg hidup atau yg mati.

Islam menggalakkan umat bersederhana. Dalam bermazhab, ada yg ekstrim, ada yang agak kurang ekstrim.

Mazhab2 adalah pendapat seseorang imam yg ahli atau terkenal dalam bab2 tertentu. Yang terutama dan terkenal diterima dunia mazhab yg 4

Wahabi tak pulak aku tahu, ini mazhab mana, salah atau benar, ekstrim tau tidak. Tetapi, sebagai assunnah, binaan melampau dan melawat makam org salih atau nenek moyang memang satu perbuatan yg sia2 dan tak bermanfaat. Juga membawa kepada syirik.

Lebih elok dan afdal lawatan2 ke kubur diganti kan dengan melakukan lawatan2 kepada Allah, melalui sembahyang dan ibadah2 lain yg menunjukkan pengabdian kepada Allah.

Tak payah pikir2 sapa wahabi, siapa mazhab itu mazhab ini, mazhab mana lebih elok dan sebagaimana, pasal burdah dan segala, org yg pandai menulis qasidah burdah dimana2 dalam komen macam cik di atas ni pun belum tentu hafal burdah2 tu. Ada beza sekadar menyokong, asal tahu dan
mengamalkan atau asal cakap nak menang.

Orang yg digelapkan hatinya oleh Allah akan mencari berbagai2 alasan. Hatinya tak tahu memilih yang baik dan buruk. Asal ditegur ada saja alasan yg berikan.

Uss berkata...

Cik Lee, Rasullullah memang manusia pilihan Allah menjadi Rasul. Beliau juga sakit dan wafat (panggilan istimewa utk manusia istimewa bila meninggal dunia)

Rasullullah adalah manusia yg dikurniakan dengan mukjizat2 tertentu sesuai dengan zaman nya.

Tetapi Cik Lee, Rasullulah juga adalah manusia yg dijadikan oleh Allah, tiba masa dipanggil akan pergi jua.

Sembuhnya penyakit yg dihidapi oleh imam busyiri seperti yg cik Lee kabarkan, penyembuhan itu dizinkan oleh Allah.

Sama juga dengan kondisi kita di dunia, kita disarankan berusaha mencari jalan utk menyembuhkan penyakit dan berdoa ke hadrat Allah. Soal menyembuhkan adalah kuasa Allah.

Allah yang menjadikan siang dan malam. Allah yang Maha Berkuasa dan ditakuti oleh syaitan dan jin.

Tanpa Nama berkata...

ilmu allah tidak dapat ditafsir dengan logik akal semata mata...... ianya bukan matematik.... lagi pun semua binaan peninggalan rasul dan sahabt di musnahkan..... tapi binaan istana raja saud dan sebagainya...makin besar dan lebih kepada pembaziran.... itu takpa ke... jangan berselindung sebagai ahli sunnah.... terangkan dirimu sebagai wahabi.... setiap rahsia allah yang tersingkap... bukan hanya di lihat dengan mata kasar..... tetapi mata hati juga.....

Unknown berkata...

kadang bila orang berkata2, seolah2 selepas mati tiada apa2,
sedangkan amal yang soleh, sedekah dan jariah,
serta anak yang soleh menjadi kesinambungan,
sedang di pembaringan, dipukul dipalu disoal tak keruan,
siapa lagi yang diharapkan, anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit, piut-piut, yang soleh sahaja diharapkan, ingat kata nabi tentang tentang islam dengan iman, islam asalnya dagang, akan kembali dagang....