Maha kuasa Allah yang merancang segala sesuatu. Dengan tidak disangka, pada hari Sabtu 1 Mei telah berlaku majlis Qeqah untuk Al-Rasyid di Jelai, Negeri Sembilan lebih 200 km daripada rumah kami di Bandar Tasik Puteri.
Entah kenapa, sehari dua kemudian ibu saya pula menalifon bertanyakan tentang rancangan saya untuk mengadakan majlis Qeqah untuk Al-Rasyid... walhal perkara ini sudah lama tidak diperkatakan sejak ayah kepada isteri meninggal dunia lebih 3 bulan lalu. Sebenarnya ibu mahu saya menumpangkan Qeqah untuk 2 orang anak lelaki kepada adik perempuan saya kerana majlis Qeqah belum pernah diadakan untuk mereka. Oleh kerana seorang anak lelaki bersamaan 2 bahagian Qeqah lembu, 3 orang anak lelaki iaitu seorang anak saya campur 2 anak adik bersamaan 6 bahagian sedangkan seekor lembu bersamaan 7 bahagian yang boleh diQeqahkan. Kiranya boleh disatukan belanja untuk membeli seekor lembu... ini jauh lebih jimat daripada membeli 2 ekor kambing untuk seorang anak laki-laki, satu lagi cara perkiraan untuk mengadakan Qeqah...
Kebetulan anak perempuan kepada adik isteri yang muda lebih kurang 2 minggu sahaja dari Al-Rasyid belum diQeqahkan lagi. Seorang anak perempuan bersamaan 1 bahagian lembu. Kalau dicampurkan dengan 6 bahagian untuk 3 anak lelaki tadi cukuplah seekor lembu...
Apapun, majlis Qeqah untuk cucu kepada akak isteri sudah siap sedia untuk diadakan kerana orang kampung ramai sudi bergotong-royong dan meluangkan masa. Suami kepada akak ini pula memang ada membela kambing, lebih 80 ekor gitu! Jadi memang sudah ada bahagian untuk Qeqah. Malah dia sedia mengorbankan seekor lagi kambing untuk memeriahkan suasana.
Lagipun ketika itu arwah ayah mertua saya sudah meninggal lebih 100 hari... jadi mahu diadakan sekali majlis Tahlil yang dihadiri seluruh adik-beradik isteri. Peluang inipun digunakan untuk menumpang sama Qeqah untuk Al-Rasyid, 2 orang anak lelaki adik saya berserta seorang anak perempuan adik isteri. Jadilah sebuah majlis Qeqah yang agak besar, maklumlah, 2 ekor kambing dan seekor lembu tumbang untuk hidangan semua!
OK. Dalam beberapa gambar di atas juga beberapa detik klip video nampak tak gambar jadi semacam?
Sebenarnya kamera Olympus Stylus 820 kesayangan yang digunakan untuk merekodkan segala pengembaraan saya 2 tahun kebelakangan telah mengalami kerosakan yang teruk. Ini mula kelihatan semasa ziarah ke makam-makam lama di Perak bulan lalu. Tetapi semasa itu saya masih dapat mengambil gambar yang elok walaupun pada skrin LCD kelihatan ada bayangan hitam juga kehijauan atau keluar corak-corak seperti api bersemarak mengganggu penglihatan...
Kini corak-corak yang mengganggu bukan sahaja kelihatan pada skrin LCD malah pada gambar yang diambil.
Dalam gambar ini pula kelihatan elok Al-Rasyid bersama abang sepupunya Asyraf di rumah adik lelaki saya di daerah Ledang (dahulu bahagian utara Muar) sebelum kami berlepas ke Melaka tengahari Ahad. Tetapi gambar di bawah pula ada sedikit gangguan keseluruhan warna merah jambu ditambah cahaya putih naik di bahu Asyraf ...
Malah saya dapat merasakan kewujudan semacam aura yang lebih menonjol berbanding apa yang terdapat di lereng timur . Mungkin kerana inilah laluan yang pernah digunakan Hang Tuah dan para pembesar Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang? Mungkin kerana di laluan ini juga pernah terdapat jambatan emas dan perak yang pernah dibina Sultan Melaka untuk memenuhi syarat peminangan?
Ini adalah gambar yang diambil di pondok dalam hutan tempat kami bermalam. Dah... mula 'cair' dah... itulah yang terbaik mampu saya rekodkan...
Allah! Kamera Olympus Stylus 820 yang baru berharga RM999 atau RM899 gitu, sekarang ni dah kira outdated sebab itu model 3 tahun lalu. Kalau nak tukar komponen perlu lebih RM400, lebih elok beli kamera baru, mungkin model lain dengan harga sekitar itu. Nampaknya nasib kamera ini akan sama dengan sebuah kamera lama saya. Lihat artikel Kamera digital murah ku juga "bersara" akhirnya! yang dibuat 2 tahun lalu.
Apapun saya bersyukur kerana dapat merakamkan sedikit lagi gambar dan klip video. Kemungkinan besar apa yang terpapar pada artikel ini adalah hasil terakhir daripada kamera yang sudah uzur. Syukurlah, atas asbab membuat majlis Qeqah untuk Al-Rasyid tanpa dirancang, saya dapat juga kembali ke kampung di Muar malah buat pertama kali seumur hidup melihat dan mendekati Gunung Ledang dari belah Asahan. Atas asbab ini juga saya dan isteri dapat membawa Al-Rasyid ke Pulau Besar sedangkan kali terakhir kami ke sana adalah 8 bulan lalu, ketika isteri sedangkan mengandungkan Al-Rasyid 7 bulan!
Kami juga sempat singgah ke beberapa tempat lain lalu perjalanan hujung minggu ini meliputi jarak lebih 600 km. Isteri saya pula kembali dengan mendapat satu ilham. Lalu dia yang jarang menulis tergerak untuk membuat sesuatu di blogspotnya http://anggunrias.blogspot.com/. Lihat artikel Siapa Raden Anjeng Kartini dan kaitan nombor 131. Sekian...
2 ulasan:
Gen6. Tok Kadok.assalamualikum n
salam siber lagi pak radzie, ape cite dengan serbuan dari jabatan agama islam di pulau besar (maqam 7 beradik) 39 dari 49 khemah ketika serbuan dibuat, positif dngan alat2 berunsur pemujaan dan dari risikan ade yang telah menginap disana hampir sebulan sebelum serbuan di buat.
Wassalam. Saya tak tahu bab pemujaan dan syirik tu walaupun memang ada. Tapi saya melihat serbuan ini dari sudut lain... sebenarnya bukan nak bersihkan unsur khurafat sangat tapi nak halau keluar orang supaya kerajaan negeri dapat developkan Pulau Besar jadi tempat pelancongan yang mana orang kafir pun senang keluar masuk enjoy. Bila jadi tempat pelancongan yang orang kafir boleh masuk maksudnya mereka boleh minum arak atau berzina di hotel tanpa perlu takut berlaku apa-apa bencana dan sebagainya le, faktor yang menjadi sebab Pulau Besar tak dapat 'dimajukan' lagi seperti mana-mana destinasi pelancungan pulau yang terkenal...
Saya bukan nak menuduh apa-apa tetapi inilah yang pernah berlaku zaman Rahim Tamby Chik dulu. Saya difahamkan Rahim menerima nasihat bahawa Pulau Besar boleh dimajukan jika semua makam keramat yang ada dihapuskan, dialih ke tanah besar. Menurut ceritanya itu yang menyebabkan makam Sheikh Ismail dirobohkan dahulu. Kemudian terjadilah peristiwa Melaka kemarau 3 bulan dan kareer politik Rahim jatuh merudum tak bangun-bangun sampai sekarang.
Bab jabatan agama nak elakkan syirik tu ada betulnya. Tetapi matahati saya lebih melihat ia cuma alasan agar kerajaan negeri yang disokong pemodal kafir dapat menjadikan Pulau Besar lubuk duit dan pelancongan seperti mana ajaran Wahabi telah digunakan untuk menjatuhkan pemerintahan Syarif di Mekah dan Madinah lalu keluarga Badwi Saud dapat meraih kuasa dan menjadi kaya-raya hasil orang yang datang berduyun-duyun menziarahi Kaabah. Nasib baik lebih 75 peratus tanah di Pulau Besar milik persendirian, lainnya tanah wakaf kemudian baru tanah kerajaan. Dalam serbuan semalam mereka dah merobohkan banyak kemah dan bangunan kayu di sepanjang pantai dan mula mengintai ke pondok tempat saya berehat. Apabila saya beritahu ini tanah persendirian Tan Sri Wan Azmi baru mereka berundur keluar. Kerana kalau ikut undang-undang yang ada hak di situ cuma pemilik tanah dan Tan Sri pun tak kacau kerana dia tahu pihak kami sebenarnya tolong menengok-nengokkan tanah...
Catat Ulasan