Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Januari 22, 2009

Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - akhirnya Danau Tok Uban, dari sudut lain dan bersama anak-anak sekali!

OK, kita bercerita lagi tentang perjalanan terbaru ke Pantai Timur...





Selepas hadir pada hari pertama persekolahan anak-anak di Kelantan, kami berjalan-jalan lagi di sekitar Kelantan. Singgah lagi di Masjid Kampung Laut untuk berehat dan mengambil berkat...



Malam itu kami berjalan-jalan di Kota Bahru lalu singgah di Masjid Diraja Langgar yang terletak bersebelahan kawasan pemakaman diraja Kelantan.



Di sinilah saya bersolat jamak Maghrib dan Isyak sebelum kembali bermalam di rumah bekas abang ipar isteri. Sebenarnya siang tadi, selepas singgah hampir tengahari di rumah seorang kawan di Ketereh, kami berjalan-jalan melalui jalan kecil yang melepasi Kemubu. Sampai jauh ke utara baru tersedar kereta sudah hampir kehabisan minyak lalu terpaksa keluar mencari stesyen.

Saya tergerak untuk terus menghala ke Pasir Mas, baru terjumpa satu stesyen minyak selepas bulatan di hadapan jambatan menyeberangi Sungai Kelantan. Dari stesyen saya secara spontan mengambil satu simpang ke kanan. Sebenarnya saya masih berhajat untuk ke Danau Tok Uban lalu berharap dapat berjumpa jalan lain untuk masuk ke sana. Saya pernah mengambil laluan keluar dari sana yang membawa ke jalan lain antara Pasir Mas dan Tanah Merah yang turut membawa ke Rantau Panjang, mungkin simpang ke kanan dari stesyen minyak boleh membawa ke sana... agak-agak saya le.

Ternyata jalan yang melalui hospital besar ini menghala ke Rantau Panjang tetapi tidak kelihatan papan-tanda arah menunjukkan jalan ke Tanah Merah. Saya mula was-was jika ia dapat menyambung ke jalan yang pernah dilalui membawa ke Danau Tok Uban, jalan yang turut membawa ke satu-satunya laluan darat masuk ke Masjid Brunei Darussalam, dalam kawasan kampung Rong Chenok. Sebaliknya banyak kawasan di tepian jalan ditenggelami air hasil hujan lebat beberapa hari lalu teringat saya pesanan beberapa orang bahawa kawasan sekitar Danau Tok Uban sedang mengalami banjir.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk berpatah-balik menghala ke Kota Bahru. Itu yang sempat bersolat di Langgar...





Esoknya Isnin 5 Januari 2009, hari jadi isteri. Sempena itu kami telah memberitahu bekas suaminya ingin membawa anak-anak berjalan... lagipun petang itu kami akan kembali ke Kuala Lumpur. Bekas suami membenarkan lalu selepas tamat waktu persekolahan kami pun mengambil anak-anak.

Asalnya saya ingin membawa mereka ke Kota Bahru tetapi sebaik sahaja melepasi Masjid Kampung Laut, timbul rasa yang kuat untuk ke Danau Tok Uban. Lagipun kereta kami ada sedikit masalah. Tempat melekatkan talipinggang keledar belakang yang telah diselitkan ke dalam kusyen tempat duduk masih belum dapat dikeluarkan... teringat pula bahawa undang-undang untuk menggunakan talipinggang belakang baru mula dikuat-kuasakan tahun ini.

Memikirkan ada kemungkinan jalan ke Kota Bahru dan sekitar akan ada sekatan polis (kerana memang hari Sabtu itu ada satu dekat sebelah Masjid Muhammadi), saya pun terus menukar haluan ke Pasir Mas untuk ke Danau Tok Uban. Logiknya, di kawasan perkampungan tentu tiada gangguan melibatkan talipinggang ya tak?


Kami pun masuk semakin dalam untuk ke Danau Tok Uban... dah masuk sekitar 7 km gitu dan laluan kelihatan elok sepanjang jalan, tetapi selepas simpang terakhir 500 meter sahaja untuk sampai ke taman rekreasi Danau Tok Uban jalannya ditenggelami air sehingga tidak kelihatan lagi bagaimana keadaan di dalamnya kerana warna air yang keruh. Bagaimana ini? Tinggal lagi sedikit sahaja untuk sampai ke tujuan...

Isteri saya tidak mahu mengambil risiko. Takut kalu cuba diredah juga nanti kereta terselit di mana-mana. Bukannya nampak jika ada lubang ataupun selekoh... lagipun kami sedang membawa anak-anak. Lalu kami terpaksa berundur... terpaksa membawa kereta mengundur ke belakang kerana jalan sempit berliku-liku dengan tepian licin tanah lembut berselut tidak memberi peluang untuk memusingkan kereta.

Tidak lama kemudian muncul dua orang remaja menaiki motosikal kecil masuk ke dalam. Hmm... pakai motosikal tentu lebih senang melepasi kawasan banjir ya tak? Rupanya sangkaan ini meleset. Motosikal mereka tersangkut di tengah jalan yang ditenggelami lalu mereka juga terpaksa keluar berpatah-balik. Apalagi? Kalau motosikal pun tak lepas, inikan lagi kami berempat dalam kereta Kenari yang bertayar kecil. Maaf ya, terlupa hendak mengambil gambar kawasan yang dibanjiri ini...


Saya terpaksa akur dengan keadaan walaupun terasa amat hampa. Maklumlah, dari hari Sabtu dah merancang dan teringin mahu ke sini... kini hari ketiga, setelah begitu dekat tak dapat masuk pula... Allah!

Dalam keadaan mengundur perlahan penuh kesusahan akibat jalan berliku kecil, anak pula merungut menangis. Saya mula naik angin... kita susah-susah nak bawa anak berjalan melihat suatu tempat yang menarik, kemudian apabila timbul masalah mereka pula merungut.

Tetapi biasa kan, budak-budak! Kita yang lebih tua ni kenalah bersabar. Saya akui saya naik angin sebentar. Dalam naik angin itulah saya membuat keputusan untuk memusingkan kereta walaupun terpaksa melalui bahagian berselut. Dari tersenggut-senggut susah-susah berundur kemudian anak pula bising, baik saya mengambil risiko tayar tenggelam.

Alhamdulillah, kereta dapat keluar dengan selamat. Kemudian semasa mengambil jalan lain yang pernah saya gunakan untuk sampai ke Masjid Brunei, kelihatan pula pemandangan di atas...


Kebetulan, pemandangan ini boleh dilihat dari hadapan masjid ini...




Kami pun mengambil gambar... sekurang-kurangnya dapatlah melihat sebahagian Danau Tok Uban siap Masjid Brunei sekali. Budak-budak pun suka... tapi gambar ini diambil dalam keadaan anak perempuan masih bad mood lagi akibat jauh berjalan tadi.





Kemudian saya membawa anak-anak untuk bersolat di dalam...






Semasa keluar, timbul ilham untuk melihat pemandangan lebih dekat. Sila lihat artikel With the family at Danau Tok Uban, Kelantan yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi... akhirnya dapat juga satu pengalaman baru yang menggembirakan semua!



Selesai itu baru kami keluar melalui jalan yang boleh membawa ke Tanah Merah juga Pasir Mas. Terfikir juga mahu masuk ke Masjid Brunei tapi rasa-rasanya jalan kecil ke sana lagi teruk ditenggelami air. Lagipun anak-anak perlu dihantar pulang kerana bapa mereka mahu membawa berjalan pula nanti. Saya pun mengambil jalan ke Pasir Mas lalu bertemu balik laluan yang boleh membawa ke Rantau Panjang seperti dilalui hari sebelum itu. Ternyata banjir sudah surut di beberapa kawasan. Tetapi ada yang masih dipenuhi air...




Beginilah keadaan di sesetengah kawasan. Dengan itu kembalilah kami ke rumah bekas abang ipar isteri... settle... :]


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

how could u say.."bersama anak-anak isteri"..but not.."bersama anak2".. saje??r they not ur childrens yet??

Radzi Sapiee berkata...

Thanks. Kesilapan memberi title tu. Bersama anak isteri tu sebenarnya bermaksud bersama anak dan isteri. Tapi sebab main title dah sebut perjalanan bersama isteri, sub-title dibetulkan dengan perkataan bersama anak-anak sekali.. :]

Tanpa Nama berkata...

Dah memang dasar tak suka bebudak!
Kot nak bawak budak berjalan, rancanglah terlebih dahulu. Ini tidak main redah je. Mana tidaknye si along merungut. Cian dia tau..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum buat si merah silu and pasangan pengantin yg tak berape baru daah....Aku pengunjung baru web ni....click punye click terjumpe web ni...terbace kisah-kisah u all.....Tapi aku tengok gambar-2 isteri dan anak-2nye rase sedih coz kesian tengok wajah anak-anak....kalau boleh aku tak nak jadi macam u all....dah nasib nak buat macam mane kan....takdir...sape yg tahu ..Allah yg tentukan...Tapi jangan sekali-kali salahkan takdir yg buruk semuanya datang dari diri sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Kadang-2 hidup ini perlukan pergorbanan ...apabila kita bertengkar suami isteri ..elok lah kita bertenang ..senaraikan 10 kebaikan dan 10 keburukan yang ade pada pasangan masing-2 ...mungkin yang buruk tu 2 saje...selebihnye adalah kebaikan yg ade pada pasangan masing-2....insyallah demi anak-2 tersayang kita tidak rela berpisah dengan pasangan pertama kita.....cuba bila malam semasa anak-2 sedang nyeyak tidur...tatapi wajahnye ..anda akan rasa simpati terhadap anak-2 kita ..terasa bertapa jahilnye diri ini ...terasa hinanya kita disisi Allah kerana tidak dapat menjalankan AMANAT ALLAH yang amat besar untuk kita .....

Tanpa Nama berkata...

Kadang-2 hidup ini perlukan pergorbanan ...apabila kita bertengkar suami isteri ..elok lah kita bertenang ..senaraikan 10 kebaikan dan 10 keburukan yang ade pada pasangan masing-2 ...mungkin yang buruk tu 2 saje...selebihnye adalah kebaikan yg ade pada pasangan masing-2....insyallah demi anak-2 tersayang kita tidak rela berpisah dengan pasangan pertama kita.....cuba bila malam semasa anak-2 sedang nyeyak tidur...tatapi wajahnye ..anda akan rasa simpati terhadap anak-2 kita ..terasa bertapa jahilnye diri ini ...terasa hinanya kita disisi Allah kerana tidak dapat menjalankan AMANAT ALLAH yang amat besar untuk kita .....

Tanpa Nama berkata...

Ape yang kita tulis ...handal kah kita dalam penulisan sejarah Dunia ...Selagi kita hidup sejarah dunia tidak akan pupus....Handalkah kita menulis sejarah tentang anak-2 kita dari dlm kandungan ..dari sebesar ibu jari kaki kita sampailah anak-2 kita membesar seawal usia mereka sekarang ....kenalikah kita tentang diri mereka yang amat memerlukan kasih sayang seorang seorang ibu dan ayah......

Tanpa Nama berkata...

Yee kadang-2 kita hanya pandai bagi pendapat ,komen ,nasihat dan sebagainye ...tapi apabila tiba saat dan masanya kita sendiri akan lemah..buntu..menghadapi situasi itu ..mungkin kita kadang-kala terlalu ..ikutkan perasaan ..itu memang saya akuai ...TAPI bagi saya selagi kita boleh pertahankan rumahtangga kita yang terbina sekian lama ...perlulah kita pertahankan demi ANAK-ANAK,,,marilah kita sama-sama fikirkan sekiranya usia kita sudah menjangkau 30 /40 puluhan ,,,ape yang kita cari ....selain dari kebahagian bersama SUAMI dan ANAK-ANAK ...

Tanpa Nama berkata...

OLEH ITU ..wahai suami -suami diluar sana ...janganlah terlalu cerewet..suka salahkan isteri itu dan ini ..suka menuntut kesempurnaan dari isteri...tidak bersyukur bahawa isteri yang berkerja penat membanting tulang menolong ringankan bebanan suami ...Isteri tidak berkira membantu suami ...termasuk membeli susu..pampers ..insuran ..belanje harian sekolah anak-2....makan hujung minggu ...dan macam-2 lagi .bak kata pepatah pendapatan isteri RM3000 ..separuh dihulurkan untuk membantu suami...dan kami yang berkerja tidak mengharapkan sesen pun duit nafkah dari suami ...pakaian dan keperluan kami ,,kami guna duit kami sendiri..kami tidak meminta-2 duit dari para suami ..malah duit kami kami rela hulurkan untuk membantu suami ....TAPI KAMI HAIRAN MENGAPA PARA SUAMI TIDAK SENSITIF DIATAS pengorbanan dari kami kaum isteri ...sebab itulah saya rasa kesalahan isteri Berpunca dari SUAMI....yee puncanya adalah Dari Suami ....

Tanpa Nama berkata...

OK lah ..whatever thanks a lot for si merah silu....coz bagi i tumpang tulis komen kat sini...i wish u all good luck ..dan semoga berbahagia dengan perkahwinan kedua...perkahwinan pertama mungkin tiada keserasian ...yang kedua insyaallah semoga kekal bahagia,,,,jangan lupa anak-2 ..kerana mereka adalah harta kita yang paling berharga diDunia dan di Akhirat...saya bukanlah sesiapa atau penulis ..saya hanya orang biasa yang tersinggah di blog nie..Maaf semua sekiranya perkataan saya menyinggung perasaan anda semuaa...
Minta Ampun Maaf...Assalamualaikum ...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Tuan,


Adalah menjadi penghargaan yang sangat besar sekiranya tuan boleh memberikan Saya contact person untuk saya pergi ke Danau Tok Uban,

Sya mempunyai hajat yg besar untuk pergi ke Masjid Brunei Darussalam seperti yang tuan nyatakn diatas. Saya akan menghargai sekiranya tuan menghubungi saya di talian 0173910774, ataupun email saya di Sonicsyuk_101@yahoo.com. Saya memohon dengan serendah rendah hati agar tuan dapatlah menyumbang sedikit prtolongon kepada saya untuk pergi ke Danau Tok Uban kerana saya ada hajat yang tertentu.

Saya Mohammad Syukri berasal dari Brunei Darussalam.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Saya pun takda contact person, main pergi je. Ambil jalan belakang Pasir Mas ke Tanah Merah (bukan jalan utama yang menyusuri Sungai Kelantan), cari simpang masuk ke Madrasah Balaghul Amin (lebih kurang gitu le namanya). Masjid Brunei ada di dalam kawasan madrasah...

Kibaran Panji berkata...

Salam... Sebetulnya memang ada jalan menuju ke Danau To' Uban dari jalan yang saudara masuk ke kanan selepas pam minyak tu, selepas Hospital Lati tu ada satu simpang ke kiri, tapi masih jauh lagi, tapi kalau tak biasa memang susah nak jumpa sebab banyak simpang2 kecil...