Salam semua. Merujuk pada artikel pertama siri iaitu Jejak Langkasuka 2025 - Bagaimana ia bermula yang dipersembahkan 2 hari lalu. Ada dinyatakan bahawa pada pagi Rabu (hari ini) hingga Khamis petang (esok) mahu menghadiri majlis-majlis ilmu di tiga tempat berlainan di Lembah Klang. Satu sudah dihadiri, sebenarnya bukan pagi tetapi petang tadi. Satu lagi menyusul malam ini di Gombak. Sementara ada sedikit kelapangan biar dikeluarkan cerita hari ketiga perjalanan baru ke selatan Thailand. Bersambung daripada Jejak Langkasuka 2025 - Dari Padang Besar ke Narathiwat, Saiburi dan Pattani.
Masuk waktu Maghrib sampai ke makam Sheikh Abdussamad al-Falembani yang hampir setiap kali dijejaki setiap kali ke selatan Thailand belah pantai timur, sejak pertama kali sampai awal 2017. Lihat Misi jejak Aceh-Langkasuka : Masjid Kerisek, makam Sheikh Abdul Samad dan kota atas bukit Singgora. Di sini bermulanya Ma'al Hijrah tahun baru 1447 buat kami. Semoga dapat semangat perjuangan juga ilmuwan almarhum yang syahid pada usia lebih 130 tahun sekitar tahun 1839 Masihi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan