Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, November 26, 2025

Asbab khidmat kepada ibu bapa - Lebih seminggu di Muar

Dalam artikel Asbab khidmat kepada ibu bapa - Dari majlis tentang Islamofobia ke Tuan Tulis ke Tok Gubah yang ditulis lalu dipersembahkan semalam ada dinyatakan bahawa esok (iaitu hari ini), sebelum kembali ke rumah, hendak mengikuti 2 majlis ilmu. Satu telah diikuti pagi tadi. Seterusnya dijadualkan bermula jam 3 petang. Sementara itu biar dipersembahkan artikel sambungan perjalanan ini.



Adapun saya dan isteri sampai ke rumah ibu bapa saya di Muar sekitar jam 10 Ahad malam Isnin 16 November. Esoknya pagi Isnin 17 November 2025 menghantar lalu menemani mereka membuat pemeriksaan kesihatan berjadual di klinik dalam kawasan hospital daerah.




Sebetulnya kami telah berjanji akan menghantar dan menemani sejak dapat tahu jadual, ketika kembali ke Muar dalam perjalanan lebih sebulan awal. Rujuk Beraya' ke selatan penghujung 2025 yang dipersembahkan tepat sebulan lalu. Komitmen dapat diberikan kerana isteri telah pencen dari pekerjaan tetap bermula 1 November. Sementara saya pula sejak beberapa lama bekerja sendiri.



Seperti biasa apabila dapat keluar berjalan bersama dibawalah ibu bapa berjalan pusing Muar.



Malah dipanjangkan perjalanan sehingga melepasi pekan Parit Sulong di Batu Pahat. Saya hendak menunjukkan satu rangkaian bukit yang telah didaki semasa kembali ke Muar dalam satu perjalanan terdahulu. Lihat artikel Asbab ke Muar awal Zulkaedah yang dipersembahkan lebih setengah tahun lalu.



Sambil itu saya juga mahu melihat bahagian belakang rangkaian bukit yang belum pernah disinggahi sebelum ini.



Selepas itu membawa mereka makan asam pedas di Panchor.



Malam itu keluar bersama isteri makan di medan selera Bentayan.



Apabila kembali ke rumah ibu bapa didapati saya sudah memandu 491 km sejak meninggalkan rumah pagi Sabtu 15 November.



Pagi Selasa 18 November saya dan isteri keluar beriadah pusing kawasan kampung.



Memang kami selalu keluar beriadah bersama sejak isteri pencen. Sedikit hal berkenaan ada diceritakan dalam artikel Antara santai outdoor bersama isteri, majlis Maulud dan melaksanakan Merah Silu Live di Tiktok yang dipersembahkan Selasa malam Isnin 17 November.



Selasa malam Rabu dilaksanakan edisi ke-13 Merah Siru Live di Tiktok. Kali ini, perjalanan lama saya yang diketengahkan adalah seperti berikut :-


22. Perjalanan 2 bulan ke Pantai Timur dan Selatan lalu ke Utara 2006-2007 lebih 4,000 km. Lihat Mengenang kembali pengembaraan 2 bulan Disember 2006-Februari 2007.




Gambar ini pula diambil selepas tengah hari Khamis 20 November. Sebetulnya sejak petang Selasa kami bertukar cara aktiviti riadah dengan membersihkan halaman rumah. Ketika itulah isteri dapat membongkar ubi kayu besar ini.




Malam itu malam Jumaat. Walaupun penat kerana banyak kerja perlu dibuat - orang tua kami kedua-duanya sudah berumur 83 tahun, ibu sudah susah hendak berdiri apa lagi berjalan lalu bapa yang lebih kuat jadi terkekang aktiviti - saya keluar untuk bersolat Isyak di masjid jamek Muar yang terletak hampir 8 km dari rumah ibu bapa. Ini untuk melepaskan rindu. Masjid menjadi tempat saya membesar zaman kanak-kanak, ketika kami sekeluarga menetap dengan ibu bapa kepada ibu saya di rumah lama 600 meter dari masjid.



Pagi Jumaat 21 November, setelah dua jam lagi menyambung kerja membersihkan halaman rumah saya dan isteri keluar berjalan lalu pergi menziarah makam Panglima Lidah Hitam di Parit Sakai. Buatlah satu video Tiktok. Lihat sini.



Masuk waktu solat Jumaat membawa bapa ke masjid Kampung Bukit Treh.




Gambar ini pula diambil Sabtu malam Ahad 22 November. Sekali lagi membawa isteri makan di Bentayan.



Petang Ahad 23 November menyertai mesyuarat agung tahunan Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Perak secara atas talian.



Lewat petang keluar bersama isteri mencari tapak bersejarah Kota Buruk yang sudah lebih 10 tahun tidak disinggahi.




Kali ini menghadapi masalah kerana laluan asal telah ditutup oleh bangunan kilang yang muncul kemudian. Sedangkan percubaan masuk melalui laluan-laluan lain akhirnya dihalang belukar tebal atau parit boleh tahan besar. 



Pagi Isnin 24 November. Mengambil gambar halaman rumah yang sudah dibersihkan 6 hari kebelakangan berturut-turut.









Selepas itu menghantar dan menemani ibu bapa mengambil keputusan pemeriksaan perubatan di klinik hospital.



Alang-alang dah bersiap keluar bawalah mereka berjalan-jalan lagi makan-makan dan sebagainya...







Apabila kembali ke rumah didapati jarak pemanduan sudah bertambah menjadi 635 km.



Kami mengorak langkah meninggalkan Muar selepas waktu Asar.




Dari semenjak sampai Ahad malam Isnin 16 November sehinggalah bergerak petang Isnin 24 November lebih seminggu berada di Muar bersama ibu bapa. Yang kami keluar sendiri suami isteri itu sebab memang ibu tak larat nak ikut sama. Kalau ibu tak keluar takkan bapa nak tinggalkan bersendirian? Itulah  paling lama saya berada di Muar, seingat saya sejak tahun 2008. Selepas itu balik paling lama pun dalam 4 hari 3 malam gitu.

Oh. Hari ini 26 November 2025 adalah ulang tahun kelahiran saya yang ke-55. Nanti akan dikongsikan cerita berkenaan ya.



Tiada ulasan: