Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, September 09, 2023

Tepat 17 tahun kembalinya jasad Laksamana Muhammad Amin ke Perak

Salam. Satu cerita istimewa untuk hari ini 9.9.23.


Adapun pada hari Sabtu ini 9 September 2023 genaplah 17 tahun jenazah Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dibawa kembali ke Perak dari Singapura setelah disemadikan di sana sejak tahun 1904. Lebih 102 tahun jenazah berada di perantauan sebelum dikembalikan dengan kapal perang TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) bernama KD Laksamana Muhammad Amin. Ketika hidup dibuang ke Pulau Seychelles tahun 1877 kerana dikatakan terlibat dengan pembunuhan Residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch pada 2 November 1875. Kemudian dipindahkan ke Singapura 1895. Tetapi masih lagi dalam keadaan pergerakan dihadkan dan sentiasa diperhatikan penjajah.


Alhamdulillah. Saya berkesempatan hadir ketika jenazah atau tinggalan jasad dikebumikan kembali di kawasan pemakaman diraja Perak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ini ada diceritakan dalam artikel lama  Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam diraja Bukit Chandan... diikuti Laksamana kembali ke Perak. Cuma ketika itu sedikit sahaja yang saya tahu tentang almarhum walaupun merupakan keturunan generasi ke-5 beliau. Saya fikir beliau meninggal dunia pada tahun 1908 kerana itulah yang dilaporkan akhbar. 


Berapa lama kemudian, setelah makam didirikan pagar besi di sekeliling fikirnya meninggal tahun 1905. 


Ini disebabkan begitulah yang tertera pada papan maklumat di sebelah makam. Lihat artikel lama Makam (Tomb of) Laksamana Muhammad Amin  dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Pertengahan tahun lalu, iaitu kurang 2 tahun lalu baru tahu almarhum sebenarnya meninggal dunia pada tahun 1904. 


Ini disebabkan penglibatan dalam kes mahkamah yang masih berjalan tentang pampasan terhadap hartanah Laksamana Muhammad Amin di Mekah.


Sebagai seorang pengkaji sejarah saya telah diminta saudara mara untuk mencari bahan bukti bagi menyokong hak keturunan belah kami mendapatkan bahagian pampasan. Lihat Misi keluarga Laksamana dan mencari jejak melalui dokumentasi lama.


Disebabkan itulah dapat mengumpulkan begitu banyak maklumat sehingga dapat menerbitkan buku terbaru saya, buku ke-14, atau saya lebih suka sebut 13+1 tentang Laksamana. Juga tentang anaknya yang dikenali sebagai Orang Kaya Arshad, datuk kepada datuk saya. Lihat Penat lelah menjayakan buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad.


Namun dilihat nama Laksamana Muhammad Amin masih kurang dikenali walaupun almarhum sebenarnya adalah seorang tokoh besar di Perak malah boleh dikatakan tokoh besar Tanah Melayu dalam melawan penjajah. Dengan itu usaha harus terus dilakukan untuk membuat beliau lebih dikenali umum. Antaranya adalah melalui rencana dalam suratkhabar. Lihat Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dalam Berita Harian.


Kalau ikut rancangan sepatutnya pada tarikh 9 September 2023 mahu dibuat seminar melibatkan kisah almarhum, di suatu tempat di Perak. Namun ia ditunda ke suatu tarikh yang belum dapat ditentukan. Saya pula merasa amat rugi dah terkilan jika tidak dilakukan sesuatu pada tarikh istimewa ini apa lagi mood peralihan antara Hari Kemerdekaan 31 Ogos membawa ke Hari Malaysia 16 Oktober sedang kuat membara.



Maka itulah dibuat artikel ini. Insyallah petang jam 2.30 akan diadakan satu Webinar ringkas melalui Zoom yang diaturkan sendiri dengan bantuan isteri. Saya sudah uji bagaimana hendak melaksanakannya. Sila klik link bawah untuk menyertai :


Topic: Webinar Impromptu Laksamana Muhammad Amin

https://us05web.zoom.us/j/82955036528?pwd=jfwbY9RO84UzRjwLSdNfTxnwajTIz4.1

Meeting ID: 829 5503 6528

Passcode: jDgD6T


Zoom yang digunakan ini adalah yang percuma. Oleh itu ada had masa 40 minit bagi setiap meeting atau pertemuan. Maka itu dibuka lagi satu room khas untuk soal jawab. Yang ini bermula jam 3.15 petang iaitu sekitar 5 minit selepas selesai pembentangan. Sila klik link bawah untuk menyertai :


Topic: Soal Jawab Webinar Impromptu Laksamana

https://us05web.zoom.us/j/83673946785?pwd=Ol0PZFVy7InCjaSOrsoJPZ0YCDeVvZ.1

Meeting ID: 836 7394 6785

Passcode: x4wCVP



OK. Ada pun teks dan cerita tadi sebenarnya telah disediakan sebelum jam 12 tengah malam. Poster atas pula baru diletakkan sebentar tadi.




Jam 12.17 ada berita baik diterima. Tetapi baru disedari selepas jam 6.30 pagi.




Saya telah diberikan ruang untuk bercakap tentang Laksamana Muhammad Amin dan buku dalam satu pesta buku bernama Book Haven yang mahu diadakan di Strand Mall, Kota Damansara 9-10 September iaitu Sabtu dan Ahad ini.



Slot yang diberikan bermula esok jam 5.30 petang Ahad. Kelihatan nama saya Radzi Sapiee diletakkan dalam kurungan selepas nama Zahamri Niza (sebenarnya Zahamri Nizar) yang biasa dipanggil Zam, pemilik syarikat buku Taman Pustaka. Beliau yang menyertai pesta sebagai salah seorang penjual dan pempamir buku bertanggungjawab mendapat ruang secara impromptu malam tadi. Selepas Webinar jam 2.30 petang ini jumpa kita di sana petang esok ya.


1 ulasan:

Hunnam berkata...

Testimoni saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Saya ingin bertemu dengan orang yang ingin menyertai Illuminati hebat sebagai ahli hebat Illuminati yang mahukan saya sebagai ahli hebat. Namanya ialah Lord Felix Morgan. Bantulah saya memulihkan hidup saya dari peringkat kematian. Dilepaskan selepas kira-kira 2 tahun dan enam bulan. Selepas dikhianati oleh begitu ramai ahli Illuminati. Selama bertahun-tahun saya putus asa dan kewangan dalam tanah. Tetapi suatu hari semasa melayari internet saya terjumpa jawatan Illuminati Lord Felix Morgan yang hebat dan ia mengatakan bahawa jika anda adalah salah seorang Illuminati yang hebat anda boleh menjadi terkenal, kaya dan berjaya dalam hidup. Saya menghubunginya dan menerangkan segala-galanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam Tata Dunia Illuminati. Selepas itu, mereka memberi saya semua garis panduan dan memberitahu saya bahawa selepas inisiasi, ahli baharu akan diberi ganjaran wang tunai $1,000,000. Dengan bantuan Lord Felix Morgan. Saya telah dimulakan sepenuhnya sebagai ahli penuh Illuminati. Jika nasihat anda ialah anda pernah mencuba penipu sebelum ini atau sedang, terpulang kepada saya untuk membantu anda menyertai, jadi cuba Lord Morgan. Ia adalah peluang terbaik anda untuk menjadi apa yang anda inginkan dalam kehidupan masa depan anda. Hubungi beliau di WhatsApp +2348055459757 atau e-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com