Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Jun 25, 2021

Penyusunan dan pengurusan ilmu di universiti : Sudut pandang Islam

Salam awal pagi Jumaat 14 Zulkaedah. Lagi tentang majlis ilmu. Bersambung daripada artikel Pernyataan dan penyelesaian permasalahan dalam sejarah Malaysia.



Pagi semalam hingga selepas tengah hari berlangsung Webinar terbaru atas nama ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Seperti biasa majlis dianjurkan dalam bahasa Inggeris. Tajuknya boleh diterjemahkan sebagai "Penyusunan dan Pengurusan Ilmu  di Universiti : Sudut Pandang Islam".



Memperkenalkan majlis juga para panelis adalah Prof Dr Thameem Ushama. Beliau adalah dekan ISTAC. Biar dikongsikan secara ringkas apa yang dapat saya tangkap daripada majlis.



Panelis pertama, Datuk Dr Mohd Daud Bakar adalah presiden UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Beliau membuka dengan menyatakan kita harus keluar daripada definisi buku teks (textbook definition) Syariah yang menyempitkan maknanya kepada fungsi-fungsi keagamaan sahaja. Kata beliau harus dibesarkan definisi Syariah kepada makna yang lebih klinikal dan berfungsi (functional ones). Dan pendidikan harus dibuat untuk semua seperti dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, bukan dijadikan ekslusif dan bersifat elitis. 

Tidak ada masalah melihat pendidikan daripada sudut komersial kerana ia harus memenuhi keperluan pembangunan masyarakat. Kita harus bergerak daripada sekadar mengurus ke arah kepimpinan yang mempengaruhi semua. Saya lihat beliau lebih menekankan kepentingan ilmu yang bersifat utilitarian. Beliau kelihatan cuma mementingkan ilmu-ilmu yang boleh dipakai dalam kehidupan biasa harian. 

Dengan itu universiti harus menyediakan manusia untuk memenuhi keperluan dunia pekerjaan merujuk pada keperluan industri yang bersifat kapitalistik. Beliau kelihatan seperti kurang menggemari teori dan hal-hal falsafah yang mungkin melebihkan alam fikir. Kelihatan seperti kalau ilmu tidak memenuhi keperluan industri maka ia tidak ada gunanya. Saya kurang bersetuju dengan cara fikir ini namun memahami bagaimana keperluannya timbul, antaranya supaya tidak ada mahasiswa menganggur.




Panelis kedua Prof Dr Anis Ahmad adalah timbalan canselor di Universiti Antarabangsa Riphah, Islamabad, Pakistan. Beliau membuka dengan persembahan slaid.



Selepas menyatakan pendekatan Islam adalah inklusif bukan ekslukif beliau menyebut bagaimana dunia sekarang berlumba-lumba dalam mencari ilmu pengetahuan. Tetapi ini lebih dalam konteks pembangunan ekonomi yang bersifat materialistik dan kapitalistik.


Ada sekitar 30 slaid dikongsikan untuk menyokong pembentangan.  Diberikanlah syarahan tentang ilmu, bagaimana daripada data atau maklumat membawa kepada ilmu pengetahuan yang seterusnya boleh membawa pada hikmah. Disebut tentang Wahyu dan bagaimana Islam membudayakan ilmu pengetahuan, tentang ilmu seperti disebut dalam Al-Quran. Dengan itu ilmu bukanlah sekadar untuk memenuhi keperluan industri dan sebagainya. 

Umat Islam harus menjadi penerbit ilmu, pengembang ilmu dan pemimpin ilmu mengikut acuan sendiri, bukan menurut acuan Barat yang dipakai merata akibat kolonialisma atau penjajahan terhadapan bahagian dunia yang lain. Ilmu juga harus dilihat dalam acuan Tauhid iaitu kesatuan, bukan berbagai-bagai sehingga boleh berantakan. Lihat slaid-slaid beliau dalam artikel Knowledge in Islam di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Panelis ketiga pula sepatutnya adalah Prof Dr Zaid bin Ahmad daripada Jabatan Pengajian Kerajaan dan Tamadun, Universiti Putra Malaysia (UPM). Tetapi disebabkan Prof Madya Dr Khairuddin Aljunied daripada Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) yang disenaraikan sebagai panelis keempat harus mengejar satu urusan lain beliau pun meminta untuk membentang terlebih dahulu.



Khairuddin yang turut menggunakan slaid membuka dengan menyatakan kita sepatutnya beralih daripada usaha mengIslamisasikan ilmu pengetahuan kepada usaha menjadikan ilmu lebih beretika. Mengambil pendekatan melihat melalui sejarah Islam beliau memberikan contoh bagaimana universiti-universiti lama seperti Al-Azhar di Mesir dan Al-Qarawiyin di Maghribi yang sudah berumur lebih 1,000 tahun dapat mencipta kecemerlangan walau tidak wujud perkataan Islam pada nama institusi. Turut diberi contoh beberapa universiti yang lebih muda tetap tetap berusia ratusan tahun, masih dalam dunia Islam tetapi di luar lingkungan Timur Tengah dan bumi pengaruh Arab. Kejayaan universiti-universiti ini menerbitkan bijak pandai yang berjasa patut dikaji dan dicontohi universiti sekarang. 

Antara sebab kejayaan adalah penekanan terhadap ilmu falsafah dan pendekatan ilmu yang bersifat Tauhid, tidak memisahkan ilmu-ilmu. Atas prinsip ini ilmuwan-ilmuwan dahulukala bersifat multi-discipline, boleh menguasai berbagai cabang ilmu kerana melihat semua ilmu saling berkaitan. Hal ini ada dikaji oleh penulis-penulis moden Barat juga penulis dalam dunia Islam. Lalu Khairuddin yang baru berumur 45 tahun berbanding para panelis lain yang berumur 60 tahun ke atas turut merujuk pada penulisan berkenaan oleh Zaid dan Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar daripada ISTAC (panelis kelima dan terakhir).   Lihat slaid beliau dalam artikel Knowledge and university from perspective of Islamic history



Sampai giliran Zaid untuk membentang beliau bercakap terus tanpa slaid. Zaid melihat tajuk (yang saya terjemahkan sebagai "Penyusunan dan Pengurusan Ilmu di Universiti : Sudut pandang Islam") itu sebagai cara mengstruktur, mengatur, membentuk dan mentadbir ilmu. Hal ini telah ditangani oleh para ilmuwan sejak dahulukala lagi menurut keadaan dan perkembangan ilmu pada zaman masing-masing.

Disebutlah tentang tujuan ilmu boleh terbahagi kepada dua perkara besar iaitu untuk memenuhi keperluan manusia, kedua untuk menyelesaikan masalah manusia. Dalam Islam ditambah lagi satu iaitu untuk menerbitkan orang yang bertakwa (God-fearing). Disebut pula tentang penyampaian ilmu lalu timbullah institusi-institusi seperti kolej, madrasah dan universiti sebagai alat untuk menerbitkan dan myampaikan ilmu. Di institusi terbit kaedah-kaedah bagi penyampaian ilmu.

Bagi beliau universiti adalah institusi di mana ilmu diterbitkan, disampaikan dan diamalkan. Ia harus tahu untuk membezakan antara yang betul dengan yang salah. Apa yang membuat suatu universiti itu Islamik? Dalam keadaan perkataan Islamik banyak disalahgunakan antaranya ketika melakukan keganasan hal ini harus diperjelaskan. Harus kembali kepada asas-asas Islam seperti dinyatakan dalam hadis dan Al Quran.



Sampai giliran Osman sudah hampir jam 1 iaitu waktu acara dijadualkan tamat. Beliau membentang dalam keadaan masa semakin terhad. Osman membuka dengan menyatakan apa yang mahu dibincangkan ini adalah isu abadi (perennial issue) yang sentiasa terbit kerana bersifat dinamik menurut perubahan zaman. Beliau melihat ini sebagai isu epistemologi (melibatkan teori ilmu) melebihi isu-isu lain seperti kewangan juga polisi kerajaan pada suatu masa.

Satu perkara pokok dinyatakan beliau adalah universiti asalnya timbul sebagai pengembangan fungsi masjid pada zaman dahulukala. Ini merujuk pada perkembangan ilmu yang mana masjid menjadi tempat halaqah atau majlis-majlis ilmu lalu ini dikembangkan sehingga muncul universiti-universiti Islam dahulukala. Kata Osman keadaan ini harus diulangi kembali dalam universiti-universiti Islam sekarang. Ini ada tergambar dalam reka bentuk kampus utama UIAM di Gombak, Kuala Lumpur.

Banyak lagi perkara telah diperkatakan oleh beliau juga oleh para panelis lain. Tetapi cukuplah perkongsian daripada saya. Untuk maklumat lanjut sila ikuti rakaman majlis di sini.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan Radzi Sapiee, seperti mana yang kita tahu Taliban kini telah pun menguasai ibu negara Kabul dan seluruh Afghanistan. Saya teringat satu hadis nabi SAW mengenai Taifah AL Mansurah yakni satu pasukan jihad yang tidak akan terkalahkan sehingga akhir zaman. Adakah ia yang dimaksudkan Taliban?
Kerana seperti yang kita tahu Taliban pernah berperang dengan Uni Soviet dan Amerika malah telah mencapai kemenangan terhadap kedua duanya

Memetik juga apa yang pernah dikatakan oleh Ustaz Zulkifli Muhammad Ali (UZMA) dari Sumatera barat, Indonesia bahawa Nabi SAW pernah bersabda tentang perjalanan umat Islam hingga kiamat. Ada lima babak keseluruhannya. Yang pasti kita sekarang di babak ke 4. Babak ke 5 pemerintahan imam Mahdi dan nabi Isa. Ini semua hadis Shahih.

Memetik juga pernyataan Syeikh Bassam jarrar yang bernubuat bahawa kehancuran Israel terjadi pada tahun 2022 masehi. Memetik juga firasat Syeikh Ahmad Yassin iaitu ketua pejuang Hamas (badannya lumpuh tetapi sangat berkarisma dan ditakuti oleh Yahudi) yang telah wafat dibom tentang Israel ketika pergi menunaikan solat subuh pada tahun 2004 berfirasat bahawa kehancuran Israel terjadi pada tahun 2027 (ada di YouTube).

Saya pikir kita memang sempat melihat atau mendengar berita pelantikan imam Mahdi berlaku di depan mata sebelum kita meninggalkan dunia ini. Kerana jarak waktu tersebut sudah sangat dekat. Dan mungkin teknologi juga akan musnah. Sekian dari saya.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Mengatakan Taliban sebagai pasukan tidak terkalahkan yang disebut Nabi dalam hadis akhir zaman saya tidak pasti. Adalah satu kepelikan, kalau benar ini pasukannya maka USA akan membiarkan sahaja dengan menyerahkan Afghanistan kembali kepada mereka. Mengatakan bahawa Imam Mahdi akan muncul secara nyata pada zaman kita itu saya percaya. Soalnya adakah kita secara individu masih hidup ketika itu? Kalau masih hidup apakah dapat bertahan dengan segala macam fitnah akhir zaman yang semakin mencengkam lalu dapat mengelakkan diri daripada terjemurus masuk ke dalam kelompok tajaan Dajjal?