Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Oktober 28, 2024

Asbab mesyuarat agung persatuan - Laksa di Kuale, sundang di Tepen dan bukit 'mistikal' di Pantai Remis

Salam. Tadi saya ada urusan di dua buah pejabat di Kuala Kubu lalu berjalan-jalan di beberapa tempat termasuk tasik empangan Hulu Selangor dan satu bahagian pendalaman Sungai Selangor. Fikirnya hendak menyambung cerita perjalanan Perak dari salah satu tempat itu. Tengok-tengok tak sempat kerana urusan pejabat memakan masa. Di tempat berjalan pula talian Internet kurang elok. Jadinya balik rumah baru boleh menyambung cerita. Itupun selepas menyelesaikan beberapa perkara. Bersambung daripada Asbab mesyuarat agung persatuan - Perjalanan baru Perak, pendakian Bukit Singa dan borak keris pedang.



Pagi selepas Subuh, Ahad 20 September 2024. Selepas menginap di surau ini di Kampung Temong saya sedia untuk menyambung perjalanan. Satu perkara menarik berlaku awal pagi itu. Buat pertama kali, setelah entah lebih 20 kali ke begitu menginap di surau yang jarang digunakan orang ini, ada yang mengejutkan saya untuk bangun Subuh. Biasanya bangun sendiri.

Ada orang tua pelik kelihatan kurang siuman berbaju kuning datang lalu bercerita macam-macam. Disebut tarikh lahirnya adalah 19 Oktober 1953, teringat bahawa pada tarikh 19 Oktober iaitu hari sebelumnya telah berlaku mesyuarat agung Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) cawangan Perak di Ipoh. Tepat setahun sebelum itu pula berlaku majlis besar peringkat negeri yang mana mereka adalah antara penganjur dan saya menjadi pembicara terhormat majlis. Lihat ceritanya dalam Asbab mesyuarat agung persatuan - Perjalanan baru Perak, pendakian Bukit Singa dan borak keris pedang.




Bila di Temong tentunya akan menziarahi makam Tok Temong. Pergi dahulu ke tebing Sungai Perak di tepi kompleks makam.




Kelihatan ada kesan banjir melanda banyak tempat di sepanjang Sungai Perak beberapa hari sebelumnya.




Di makam Tok Temong. Keris ini pernah patah sarung lalu dicantum sendiri dengan cara kurang sempurna. Alhamdulillah ia telah mendapat hayat baru melalui seorang pakar berketurunan Sultan Abdullah (yang dibuang ke Pulau Seychelles bersama moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin tahun 1877). Lihat cerita berkenaan dalam  Asbab mesyuarat agung persatuan - Perjalanan baru Perak, pendakian Bukit Singa dan borak keris pedang.




Ziarah pula ke makam Laksamana Muhammad Amin. Ketika itu pembacaan Al Quran saya bagi bulan Jamadil Akhir sudah sampai hampir separuh Juz 18. Di makam ini dimulakan bacaan Surah An-Nur.




Sebetulnya sebelum ke makam ada singgah ke beberapa tempat termasuk sebuah masjid baru yang terletak di samping jambatan lama menyeberang Sungai Perak. Lihat artikel Masjid (Mosque of) As Saudah, Kampung Jamuan, Kuala Kangsar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Selepas itu ke kedai laksa kegemaran di Kota Lama Kanan.



Kedai ini pernah ditutup selama 2 tahun. Difahamkan, ia baru beberapa bulan dibuka kembali. Inilah kali pertama saya datang sejak itu. Selepas itu singgah di satu masjid agak berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Khairiah, Kampung Sayong Lembah.



Semua tempat tadi adalah dalam daerah Kuala Kangsar yang bandarnya sering disebut sebagai Kuale. Seterusnya ke Taiping, biasa disebut Tepen, untuk melihat satu pameran menarik di muzium. Lihat Pameran sundang di Muzium Perak (Sundang exhibition at Perak Museum), Taiping.




Bila dah sampai Taiping tak sah rasanya kalau tak pekena Kuey Teow Doli.




Selain itu tujuan ke Taiping adalah untuk singgah di masjid ini. Baru sebulan dua lalu diberitahu ia diasaskan oleh seseorang bernama Haji Wan Arshad bin Wan Mat Amin pada tahun 1874. Ini adalah serupa dengan nama datuk kepada datuk saya, Orang Kaya Arshad bin Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin. tempoh waktunya pun kena. Nenek moyang saya ini sebenarnya ada gelaran Wan. Mereka juga boleh bergelar Daeng, Raja pun boleh, kalau tahu asal usul sebenar darah keturunan mereka. Walaupun kedua-duanya berpusat di Teluk Intan ke selatan Perak mereka ada ahli keluarga yang berpusat di sekitar Taiping iaitu Toh Puan Halimah binti Laksamana Muhammad Amin, isteri kepada tokoh usahawan bijih terkenal, Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Changkat Jering.




Perjalanan diteruskan dengan menghala ke Lumut melalui jalan biasa, bukan WCE (West Coast Highway - Lebuh Raya Pantai Barat) yang lebih me,percepatkan perjalanan. Ia kerana suka melihat keadaan di jalan biasa, mudah berhenti atau masuk simpang di  mana-mana. Tergerak untuk singgah ke Kuala Trong di mana buat pertama kali sedar wujudnya satu kawasan perairan cantik walau sudah sekurang-kurangnya dua kali sampai. Lihat artikel Nice waterway at Kuala Trong di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Sampai di pekan Pantai Remis sudah melepasi jam 6.30 petang.




Ke hadapan lagi, menghadap puncak yang dilihat paling tinggi antara bukit bakau situ saya menghabiskan bacaan Juzuk ke-18 Al Quran. Terasa ada sesuatu bersifat mistikal melibatkan bukit ini. Yang pernah ditunjukkan orang, ke selatan di sebalik rangkaian bukit sama menghala ke laut atau lebih tepat, Selat Melaka katanya wujud kota seperti Atlantis di 'alam sebelah'. Yang pernah dialami secara nyata dan boleh dilihat semua orang adalah dalam artikel Medan elektrostatik Atlantis? yang ditulis lebih 14 tahun lalu. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,575 di CATATAN SI MERAH SILU.


Tiada ulasan: