Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Januari 26, 2024

Rum(i), Uthmaniyah dan Turki dalam Kesedaran Budaya dan Kewartawanan Orang Melayu

Meneruskan gerak daripada Teologi Islam - Menyatukan suara-suara yang pelbagai. Lagi perkongsian ilmu daripada acara di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.


Tajuk acara kali ini boleh diterjemahkan sebagai "Rum(i), Uthmaniyah dan Turki dalam Kesedaran Budaya dan Kewartawanan Orang Melayu". Disampaikan oleh Profesor Dato' Dr Ahmed Murad Merican ia berkisar tentang apa yang difahami oleh orang Melayu tentang kerajaan lama Rum dan orang Rumi juga tentang kerajaan Uthmaniyah di Turki. Kerajaan yang pernah berdiri dari penghujung abad ke-13 hingga awal abad ke-20 Masihi itu sering dirujuk dalam sastera lama Melayu sebagai Rum, orangnya sebagai orang Rumi. Walhal kerajaan Rum yang dikenali dalam sejarah 'rasmi' dunia seperti diwar-warkan Barat adalah yang berpusat di Rome, Itali. Dan ia didirikan oleh bangsa Eropah. Sementara kerajaan Uthmaniyah di Turki dibentuk oleh bangsa Turki yang berasal dari belahan lain dunia.



Ditambah bagaimana ia turut mahu dikupas daripada sudut kewartawanan orang Melayu yang mana perkembangan semasa di Turki seperti perang dengan kuasa-kuasa Barat diikuti jauh di Tanah Melayu lalu ditulis dalam akhbar dan majalah-majalah terbitan orang Melayu penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke-20 ia tentu menarik perhatian untuk hadir secara fizikal. Selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah kemudian membuat sedikit kajian di Arkib Negara saya pun ke bergegas ke ISTAC.




Cuma masuk kereta hendak meninggalkan masjid pun dalam jam 2.45 kerana menunggu kesesakan kereta jemaah keluar perkarangan masjid reda. Kemudian di arkib, ingat boleh dapat buat semakan dalam tempoh 5 minit sahaja tanpa perlu masuk ke dewan penyelidikan dengan bertanyakan pegawai. Rupa-rupanya nak tak nak kena masuk ke dalam dewan juga lalu harus mengikut peraturan ketat seperti beg sandang malah pouchbag di pinggang pun tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan. Mesti ditinggalkan dalam locker yang diberi anak kunci.. Rujuk cerita pengalaman pertama kali membuat penyelidikan di Arkib Negara kurang setahun setengah lalu, dalam artikel Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British part V.




Akibatnya sampai ke bilik persidangan jam 3.30 sedangkan majlis dijadualkan bermula jam 3...




Nasib baik ia sebenarnya bermula lewat lalu tidaklah terlepas banyak perkara.




Ini kerana berlaku masalah teknikal yang sangat mengganggu. Apa sahaja yang disuarakan melalui microphone keluar berulang lambat 4-5 saat gitu dalam sistem pembesar suara yang disambung dengan sistem pemancar atas talian bagi membolehkan majlis turut diikuti secara maya. Maka microphone harus ditutup sambil syarahan diteruskan sementara mencari jalan penyelesaian. Namun bila dibuka masalah sama melanda lagi dan ini berlaku banyak kali. Selepas beberapa lama baru kelihatan seperti dapat diselesaikan.




Di sini cukuplah dikatakan Murad ada menyebut tentang cerita-cerita seperti Hang Tuah dikatakan pernah pergi menghadap Sultan Rum (yang dimaksudkan Sultan Turki Uthmaniyah di Istanbul, dalam Hikaya Hang Tuah) tetapi tidak mahu mengupas. Begitu juga halnya tentang asal usul Raja Kedah yang disebut Hikayat Merong Mahawangsa sebagai melibatkan kedatangan rombongan diraja dari Rum (dikatakan sebagai Rum yang diketahui Barat tetapi ceritanya sangat diragukan). Yang mahu dipanjangkan adalah apa yang boleh disahkan melalui kaedah pengajian sejarah yang cukup sokongan bukti bertulis yang bukan bersifat dongengan. Misalnya bagaimana kerajaan Aceh pernah menghantar rombongan ke Istanbul memohon bantuan senjata abad ke-16 Masihi bagi menghadapi usaha penjajahan Portugis (yang berjaya menakluki Kota Melaka tahun 1511 lalu berpusat di sana). Lebih jelas dan terekod kemas adalah bagaimana hal-hal melibatkan Turki sangat diberikan perhatian oleh orang Melayu penghujung abad ke-19. Sehingga berlaku Perang Dunia Pertama (1914-1918) yang mana Turki berada di pihak yang kalah. Susulan daripada itu Kesultanan Turki diluputkan tahun 1924. Hilanglah peranan sebagai pusat kekhalifan umat Islam sejagat lalu terbitlah kerajaan republik Turki yang sekular dan keBaratan.


Pendek kata banyak perkara menarik dikongsikan. Nasib baik saya datang secara fizikal. Ini kerana cuma sedikit sahaja bahagian rakaman siaran langsung ada suara. Sebahagian besar jadi wayang bisu. Ia menunjukkan siaran langsung tidak dapat diikuti dengan baik secara atas talian disebabkan masalah teknikal. 


Tiada ulasan: