Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, April 19, 2023

Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Dari Gua Tempurung ke Bukit Chandan

Petang semalam saya sampai ke rumah daripada perjalanan baru Perak. Sukacita dimaklumkan, tadi tengah hari saya telah ke kilang cetak untuk sedikit lagi urusan tentang  buku terbaru saya Laksamana Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad - Perjuangan yang Belum Selesai lalu diberitahu insyaallah 100 naskah awal boleh diambil sebelum majlis pelancaran buku yang dirancang mahu diadakan di rumah petang Sabtu 13 Mei. Sekarang biar diteruskan dengan cerita hari ke-2 perjalanan. Bersambung daripada Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Berangkat lewat ke Perak.


Dalam artikel sebelum ini telah disebut saya bermalam di sebuah masjid berdekatan Gopeng malam 25 Ramadhan. Ini rupa masjid pada pagi Ahad 16 April 2022. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Gunung, Gopeng siang hari (during daytime) dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) 



Kedudukannya tidak jauh dari Gua Tempurung. Timbul pula rasa untuk ke sana.




Dah. Layan masuk gua pulak. Lihat artikel Going into Gua Tempurung diikuti Going further into Gua Tempurung di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Dari Gua Tempurung ambil jalan dalam ke suatu tempat.




Tempat yang merupakan kebun pokok Gaharu seluas 300 ekar menjadi asbab kenapa bermalam berdekatan Gopeng. Lihat artikel Visiting the Gaharu Tea Valley diikuti Visiting oher parts of the Gaharu Tea Valley.




Perjalanan diteruskan melepasi Gopeng dan Batu Gajah membawa ke Parit...







Menghala  pula ke Pulau Semat kemudian Manong. Singgahlah ke beberapa ke beberapa tempat. Antaranya adalah dalam artikel  Masjid (Mosque of) Kampung Raja in Parit, Perak dan Lawatan baru ke masjid (New visit to the mosque of) Pulau Semat.




Masuk jauh ke dalam di Kampung Tanjung Rambai.




Tujuannya semata-mata untuk melihat sebuah rumah lama banyak ukiran yang  pertama kali saya perasan ketika kembali dari selatan Thailand penghujung tahun lalu. Lihat Kompilasi cerita perjalanan selatan Thailand penghujung 2022
.



Ia dapat dilihat di Lebuh Raya PLUS selepas Kuala Kangsar menuju ke Ipoh. Saya juga singgah di masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Rambai Tujuh.




Masuk ke Sayong menghala ke Kota Lama Kanan ziarah lagi beberapa tempat. Antaranya dinyatakan dalam artikel Rupa baru makam (New look of the tomb of) Panglima Alang Ishak.




Sebetulnya saya ziarah ke beberapa makam yang sudah disebut cerita-ceritanya sebelum ini seperti makam Almahum Raja Sulong di Tepus, Sultan Yusuf I di Sayong dan Sultan Ali Mukammil, juga di Sayong lalu tidak perlu dipanjangkan cerita. Masuk pula ke pusat bandar diraja Kuala Kangsar.



Naik ke Bukit Chandan terus ke Kampung Padang Changkat di belakang istana untuk menziarahi makam Daeng Selili kemudian ke Masjid Ubudiyah lalu meletakkan kereta di luar.




Masuk ke kawasan pemakaman diraja di sebelah masjid untuk menziarah makam  Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dan beberapa kerabat diraja Perak.




Selepas itu baru berbuka di masjid dan bersolat.


Tiada ulasan: