Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Disember 15, 2023

Dari Selangor ke Perak : Asbab bicara Laksamana

Salam petang Jumaat pertama bulan Jamadil Akhir tahun 1445 Hijrah. Merujuk pada artikel Bicara Laksamana di Pesta Buku Selangor yang dipersembahkan pagi Isnin 11 Disember. Ada disebut di dalamnya bahawa pada petang Sabtu 9 Disember saya telah berbicara tentang buku ke-14 saya "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad : Perjuangan yang Belum Selesai" di Shah Alam. Selepas itu terus membuat perjalanan ke Perak. 

Artikel itu dipersembahkan 2 hari selepas bicara iaitu pada hari ke-3 di Perak. Perjalanan dilakukan sehingga 13 Disember lalu meliputi tempoh 5 hari 4 malam. Ia baru sahaja selesai Rabu malam Khamis selepas jam 9. Sekarang biar dimulakan perkongsian.



Perjalanan ke Perak itu secara efektiknya bermula apabila saya membawa isteri dan anak keluar dari rumah jam 11 pagi Sabtu 9 Disember 2023.



Cuma tidak terus ke Perak yang terletak ke utara dari rumah di Bandar Sungai Buaya. Sebaliknya ke ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam yang terletak ke arah barat daya.



Itupun lalu dahulu di Kundang kerana singgah ke sebuah kedai kayu terpakai untuk melihat jika ada kayu-kayu lama yang sesuai untuk digunakan bagi satu penambahan ruang di rumah.



Kemudian baru masuk kembali ke lebuh raya untuk ke Shah Alam.



Sampailah ke lokasi bicara buku iaitu di Pusat Konvesyen MBSA (Majlis Bandar Raya Shah Alam) sekitar jam 12.30 tengah hari. Ketika itu sudah hari kedua terakhir Pesta Buku Selangor 2023.



Lalu berlakulah hal-hal seperti dinyatakan dalam Bicara Laksamana di Pesta Buku Selangor. Dekat jam 6 baru keluar untuk meneruskan perjalanan ke Perak.



Sebetulnya asbab utama ke negeri kelahiran bapa saya itu adalah untuk menghadiri sesi seterusnya perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh tentang harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah. Ia dilangsungkan secara berturut pagi hingga tengah hari Selasa dan Rabu 12-13 Disember.



Namun kalau itu sahaja asbabnya saya boleh bergerak ke Perak pada malam sebelumnya iaitu Isnin malam Selasa 11 Disember. Memandangkan tarikh tersebut adalah cuti umum di Selangor kerana hari keputeraan Sultan Selangor itu yang dibawa isteri dan anak keluar berjalan sekali. Selain itu ada istimewanya tarikh tersebut bagi keluarga kami. Tetapi biarlah itu diceritakan kemudian.



Sebetulnya kami juga mahu mencuba satu bahagian Lebuh Raya Pantai Barat (WCE - West Coast Highway) yang baru dibuka iaitu dari Bukit Raja di Klang hingga ke Kapar, lebuh raya yang memanjang dari Banting ke Taiping tetapi belum siap beberapa bahagian. Cuma mencari tarikh kelapangan yang sesuai  untuk melakukannya. Apabila ditetapkan bicara tentang buku Laksamana mahu dilakukan pada hari Sabtu 9 Disember di Shah Alam lalu boleh disambung cuti sehingga Isnin 11 Disember maka diputuskanlah untuk mengambil laluan bersama isteri lalu berjalan ke Perak. Maka bicara Laksaman menjadi satu asbab.



Diikuti perbicaraan melihatkan hartanah Laksamana di mahkamah Ipoh maka memang bicara Laksamana (bicara buku diikuti bicara mahkamah) menjadi asbab keseluruhan perjalanan dibuat. Disebabkan bicara buku berlaku di Selangor sebelum ke Perak maka siri cerita tentang perjalanan pun diberi tajuk utama "Dari Selangor ke Perak". Singgah di Kuala Selangor yang pernah menjadi ibu negeri Kesultanan Selangor abad ke-18 Masihi.



Naik ke Bukit Melawati yang pernah menjadi tempat bersemayam 3 orang Sultan Selangor terawal.



Sesungguhnya ada kesinambungan beberapa lagi perkara yang menyebabkan siri ini sesuai dipanggil "Dari Selangor ke Perak". Biar diterangkan apabila peceritaan masuk pada apa yang berlaku pada  pada 11 Disember, hari keputeraan Sultan Selangor. 



Pada peringkat ini cukuplah dinyatakan bahawa kami sengaja mengambil laluan terdekat ke pantai Barat menyusuri negeri Selangor hingga masuk sempadan negeri Perak kemudian meneruskan lagi ke Taiping.  Sesungguhnya ada sejarah lama yang mengaitkan Kesultanan Selangor dengan Kesultanan Perak. Malah keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak iaitu keluarga belah ayahanda saya juga ada kaitan tertentu termasuk talian persaudaraan dengan kaum kerabat Sultan Selangor yang berdarah Bugis. Sekali lagi, bicara Laksamana menjadi asbab.


Tiada ulasan: