OK. Artikel kompilasi bagi perjalanan Perak baru ini.
Perjalanan bermula jam 6 petang Rabu 13 September 2023 atas asbab mahu menghadiri sesi terbaru perbicaraan di mahkamah syariah di Ipoh berkenaan pampasan harta moyang, atau lebih tepat moyang kepada datuk, iaitu Laksamana Muhammad Amin di Mekah. Sesi kali ini berlangsung 2 hari berturut iaitu pada pagi Khamis dan Jumaat 14-15 September. Sambil itu dibuat sumbangan buku ke perpustakaan-perpustaakan awam hingga ke Taiping. Hari seterusnya Sabtu 16 September mendaki Bukit Larut kemudian ke Pulau Misa Melayu untuk menonton teater syair.
Pagi Ahad 17 September perjalanan dipanjangkan ke Bagan Datuk. Timbul rasa untuk ke Beting Beras Basah yang terletak di kuala Sungai Perak. Tak disangka apa lagi dirancang, dilorongkan Allah SWT agar mudah sampai ke beting, tengah tempat pertabalan Sultan Perak. Kemudian baru bergerak ke bahagian lain Bagan Datuk. Selepas Maghrib baru sampai ke Batak Rabit. Pagi Isnin selepas jam 1 baru sampai kembali ke rumah.
1. Perak selepas 9 September - Iktikaf di masjid lama Kepayang
2. Surau (Praying hall of) Al-Hasaniah, Kampung Seberang Sungai Tapah, Ipoh
3. Walking along the Kinta riverside in central Ipoh
4. Perak selepas 9 September - Menyambung sumbangan buku di sekitar Ipoh
5. Lawatan baru ke Masjid (New visit to the mosque of) Kampung Enggor
6. Makam (Tomb of) Datuk Seri Lela Paduka, Enggor.
7. Perak selepas 9 September - Menyumbang buku hingga ke Taiping
Tiada ulasan:
Catat Ulasan