Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, September 22, 2023

Perak selepas 9 September - 'Panggilan' tak disangka dari Beting Beras Basah

Salam petang Jumaat 6 Rabiul Awal, Jumaat pertama bagi bulan Maulidur Rasul. Setelah beberapa lama sampai kita pada penceritaan hari ke-5 dan terakhir perjalanan baru Perak. Bersambung daripada artikel Perak selepas 9 September - Dari Bukit Larut ke Pulau Misa Melayu.




Telah diberitahu dalam artikel sebelum ini bahawa saya menonton persembahan teater di tempat bernama Pulau Misa Melayu di Bota Kiri. Saya pun menginap di balairong sana. Esoknya pagi Ahad 17 September 2023 berjalan-jalan melihat suasana. Lihat artikel Perak river from the floating house at Pulau Misa Melayu di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Kalau ikut rancangan asal, selepas menghadiri perbicaraan di Ipoh melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah iaitu pada hari Khamis 14 September dan Jumaat 15 September saya harus bergegas kembali ke rumah. Ini kerana pada Hari Malaysia 16 September mahu ke majlis perjumpaan keluarga belah isteri yang diadakan di Pengkalan Balak, Melaka.




Tetapi apabila mendapat tahu ada teater berkenaan Pulau Seychelles mahu diadakan di Misa Melayu Sabtu malam Ahad 16 September maka diputuskanlah saya ke sana sementara isteri membawa anak ke Melaka. Maka atas asbab teater Pulau Seychelles itulah juga berlaku perjalanan seterusnya.




Dari Misa Melayu timbul rasa hendak ke Bagan Datuk melalui jambatan baru.







Singgah pula ke masjid terapung sana...




Tentang melalui jambatan juga lawatan ke masjid telah diceritakan dalam artikel Membawa buku Laksamana Raja Mahkota pusing Perak awal bulan Jun. Kedua-duanya baru dibuka ketika itu.




Masuk ke pekan Bagan Datuk untuk bersarapan.




Ketika gambar ini diambil sudah jam 9.47 pagi. Sambil itu sudah timbul rasa untuk ke Beting Beras Basah satu tempat yang dikatakan penuh mistik dan memiliki kepentingan tertentu dalam sejarah Kesultanan Perak.




Dalam perjalanan terlihat papan tanda ini lalu tergerak untuk mencari tempat. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tok Kelah dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Sebetulnya saya sangat kurang rehat. Selepas memanjat separuh gunung di Taiping kemudian malamnya bertari lambak di Misa Melayu turut serta pula dengan mesyuarat warga setempat. Dekat jam 4 baru hendak masuk tidur. Kemudian dikejutkan lalu diajak makan bersama. Subuh dah bangun lagi kemudian memandu hingga ke Bagan Datuk. Maka itu pergilah berehat di masjid yang kelihatan. Lagipun sedang panas terik ketika itu.



Disebabkan rehat itulah jam 1 petang baru hendak ke Beting Beras Basah. Ternyata ada hikmahnya.




Ketika itu hari sudah mendung kemudian hujan rintik. Air pula sedang surut. Dengan itu terpapar jelas Beting Beras Basah yang terletak ke tengah kuala Sungai Perak



Adapun kali terakhir saya ke situ sampai pada waktu malam penghujung 2021. Lihat artikel Panggilan Musuh Bisik : Membawa aura perjuangan sehingga ke Beting Beras Basah. Kali terakhir waktu siang pula pada pertengahan 2015. Lihat Misi Pulau Pinang dan Perak - 15 Ramadhan di Beting Beras Basah.




Kali ini terasa Beting Beras Basah begitu kuat 'memanggil'. Walaupun masih kepenatan dan kaki terasa sakit akibat memanjat gunung kemudian berjoget lambak malam sebelumnya (rujuk kembali artikel Perak selepas 9 September - Dari Bukit Larut ke Pulau Misa Melayu) saya seperti mendapat kekuatan untuk meredah hujan rintik berjalan kaki jauh ke satu bahagian di mana hujung beting bertemu paling dekat dengan garisan pantai kemudian ke tengah sungai. Lihat artikel Beting Beras Basah in daylight since years diikuti The actual Beting Beras Basah 'calling'




Alhamdulillah dapat sampai ke bahagian yang ditanda dengan bendera Perak bertiang tinggi, sekitar 300 meter atau lebih ke tengah sungai dari jeti, bahagian yang menandakan tempat Sultan pertama Perak menjejakkan kaki ketika pertama kali sampai dari luar kawasan 500 tahun lalu. Inilah bahagian yang perlu dijejaki setiap Sultan baru Perak bagi melengkapkan istiadat pertabalan. Dahulu tahun 2010 saya pernah sampai sekali dengan berjalan kaki bersama isteri dan anak kecil. Tetapi ketika itu kami perlu bertungkus lumus melepasi lumpur yang dalam, ada kala hingga tenggelam ke paras pinggang. Lihat Menyelesaikan bab Perak : Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah.

Jika dahulu alangkan di atas kawasan selamat berpasir beting pun kaki akan tenggelam sekurangnya seinci apabila berpijak kali ini langsung tidak tenggelam dalam apa-apa bentuk tanah/pasir/lumpur/selut sepanjang perjalanan pergi dan balik. Yang ada setakat tenggelam atas buku lali dalam air apabila bergerak ke kawasan beting yang lebih ke tengah di mana terdapat bendera bertiang tinggi. Sungguh, perjalanan kali ini sangat dimudahkan. Walhal asalnya ke jeti Beting Beras Basah pun tiada dalam rancangan apa lagi ke beting sebenar ke tengah kuala sungai.




Kembali ke jeti pula bertemu dengan empat orang ini yang asalnya adalah warga tempatan di Bagan Datuk. Lalu berceritalah kami macam-macam tentang sejarah Perak terutama melibatkan Beting Beras Basah. Mereka kemudian membeli dua naskah buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad. Katanya ada kaitan juga dengan keluarga Laksamana terutama daripada satu cabang yang pernah menetap di Batubara, Sumatera.



Jam 5 petang singgah di sebuah warung pekena mee rebus di tempat bernama Rungkup. Terjumpalah beberapa anak tempatan yang minat bercerita sejarah lalu tergerak untuk menyumbangkan senaskah buku Laksamana serta 5 naskah buku Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995 kepada ketua kampung untuk disampaikan ke perpustakaan desa (sedang tutup ketika itu). Kiranya itulah perpustakaan ke-20 disumbangkan buku dalam perjalanan Perak kali ini (lihat Perak selepas 9 September - Menyambung sumbangan buku di sekitar Ipoh diikuti Perak selepas 9 September - Menyumbang buku hingga ke Taiping). Senaskah buku Kembara turut disumbangkan kepada anak tempatan yang mula-mula berkongsi cerita menjadikan jumlah 101 buku tersebut disumbangkan kesemuanya (20 perpustakaan x 5 naskah + 1 naskah tadi).

Dengan seorang anak tempatan lain yang duduk di sebelah kemudian pula dikongsikan cerita perjalanan hari itu di Beting Beras Basah. Kata beliau saya sangat beruntung. Beliau yang biasa ke beting sejak kecil memberitahu selalunya orang akan tenggelam kaki sekurang-kurangnya seinci bila berjalan kaki di sana. 

Oh. Saya singgah di beberapa tempat di sekitar itu. Lihat artikel-artikel berikut :-









Ini pula di Hutan Melintang. Sahaja singgah sebentar melihat Sungai Bernam. Lihat Bernam river from Hutan Melintang ferry stop.




Disebabkan banyak menghabiskan masa di Beting Beras Basah dan persekitaran Bagan Datuk dekat jam 8 malam baru sampai masjid lama warisan keluarga di Batak Rabit. Walhal ikut rancangan semasa awal pagi, selepas Misa Melayu mahu terus ke situ. Kemudian ditukar, singgah dahulu ke pekan Bagan Datuk. Lalu tukar lagi rancangan, singgah di Beting Beras Basah. Itupun setakat ke jeti. Siapa sangka boleh sampai ke tempat penutup pertabalan Sultan dengan selamat berjalan kaki kemudian pusing lagi merata di Bagan Datuk?




Selepas bersolat dan beriktikaf sebentar di masjid pergi ke menara condong di tengah bandar Teluk Intan. Di situ dihabiskan bacaan beberapa lagi muka surat Al-Quran bagi mencukupkan kuota hari itu.




Akhirnya selepas jam 1 pagi Isnin 18 September baru sampai rumah, Meter menunjukkan perjalanan Perak ini meliputi jarak hampir 723 km.


Tiada ulasan: