Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Januari 05, 2023

Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Wang Kelian, Satun dan 'keterangan' di Trang

Hari ini Khamis 5 Januari 2023 adalah hari ulang tahun kelahiran ke-48 bagi isteri. Ia adalah tarikh yang baik untuk mengeluarkan satu cerita baru. Tetapi sengaja ditunggu malam hari supaya dapat berkat malam Jumaat sekali. Bersambung dari artikel Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Mukadimah di Perak dan Kedah.



Pagi Jumaat 23 Disember 2022. Setelah bermalam di rumah kawan isteri di Jitra kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan ke selatan Thailand.







Kami mahu masuk melalu Wang Kelian di Perlis.







Sebetulnya inilan laluan yang mahu diambil bagi perjalanan ke selatan Thailand pada penghujung 2019. Tetapi tak dapat disebabkan kereta rosak teruk sebelum Ipoh lalu harus menyambung dengan pengangkutan awam dan masuk dengan kereta api di Padang Besar. Lihat artikel-artikel lama berikut :-






Sebetulnya ada rasa risau juga kereta sama yang digunakan berusia lebih 20 tahun untuk membawa kami anak beranak akan membuat lagi ragam. Alhamdulillah, halangan pertama berjaya dilepasi apabila dapat mendaki jalan berliku curam ke kawasan pergunungan di Wang Kelian lalu kami berhenti sebentar untuk menikmati pemandangan. Lihat artikel The heights of Wang Kelian di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Turun pergunungan melalui laluan berkenaan baru boleh ke pintu sempadan...




Ingatkan tak ramai orang. Rupa-rupanya beratur kenderaan hendak masuk. Nak sampai ke pintu sempadan pun lebih sejam...



Kemudian harus beratur di luar kenderaan pula untuk urusan cop paspot juga membawa masuk kereta dari Malaysia.




Selepas jam 3 petang waktu Malaysia baru betul-betul segalanya selesai. Kiranya dua jam setengah juga masa diambil sejak sampai ke tempat kereta beratur jam 12.30, masa yang boleh dijimatkan sekitar setengah jam jika tahu awal bahawa urusan isi borang-borang masuk sempadan boleh diselesaikan dahulu secara on-line...




Apapun alangkah leganya rasa dapat masuk ke selatan Thailand melalui Wang Kelian, atau di bahagian sebelah Thai dipanggil sebagai Wang Prachan. Maklumlah dari penghujung 2019 hendak masuk lalu situ, baru kini dapat...



Dengan itu, akhirnya juga,  semua laluan sah untuk masuk ke Thailand dari Malaysia melalui jalan darat telah dapat saya lalui. Singgah di sebuah kedai untuk makan tengah hari lewat.




Perjalanan diteruskan ke bandar Satun. Singgah di pasar raya Lotus sebelum bandar untuk satu urusan.




Di situ kami bertukar ke SimCard Thailand bagi setiap orang supaya dapat menggunakan kemudahan Internet.



Bagi saya amatlah penting ada talian Internet supaya boleh menyemak laluan perjalanan melalui Google Map. Bagi anak-anak boleh terus layan games dan macam-macam. Hampir jam 4.30 waktu tempat (lewat sejam berbanding Malaysia) sampailah ke bandar raya Satun.







Terus mencari masjid utama untuk menjamakkan solat Zohor dan Asar. Hajat untuk bersolat Jumaat di sini tidak kesampaian disebabkan banyak masa dihabiskan bagi melepasi sempadan. Oh, wilayah Satun ini dahulu asalnya adalah daerah Setul dalam negeri Kedah. Kemudian ia menjadi negeri yang diperintah oleh kerabat diraja Kedah sebelum dimasukkan ke dalam pemerintahan Siam/Thailand.



Untuk pengetahuan masjid ini dibina tahun 1970an bagi menggantikan masjid lama di tapak sama yang telah wujud sejak pertengahan abad ke-19. Ada sebuah makam tunggal di perkarangan. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Mambang Satun dan Makam di (Tomb at) Masjid (the mosque of) Mambang Satun dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)



Seterusnya kami ke jeti Tammalang sekitar 9-10 km ke barat daya bandar Satun.



Selain menjadi laluan keluar masuk feri ke Langkawi dari selatan Thailand tempat ini menawarkan pemandangan persekitaran tepi laut yang sangat menarik. Lihat Wide vistas at the Tammalang pier.




Dari sana berkejar pula ke pantai Pak Bara lebih 70 km ke arah utara.







Di sana kami makan malam sambil menikmati pemandangan cantik laut dan pulau-pulau. Lihat Racing to Pak Bara beach.



Perjalanan diteruskan lebih 100 km lagi ke utara untuk ke bandar raya Trang di mana kami telah menempah hotel untuk bermalam. Ini sudah keluar dari sempadan wilayah Satun/Setul.


Tengok-tengok ada lampu-lampu cantik berdekatan hotel di tengah bandar raya. Kami pun keluar berjalan kaki untuk menikmati keadaan. Lihat Early new year lights in Trang


Untuk pengetahuan Trang berasal dari nama Terang, satu wilayah asal orang Melayu yang pernah juga berada di bawah pemerintahan kerajaan Kedah. Nah, sampai ke Trang dapat lampu-lampu cantik yang cukup terang. Semoga membawa makna baik yang lebih mendalam.

.

Tiada ulasan: