OK. Untuk melengkap gerak penceritaan biar dipersembahkan artikel kompilasi bagi perjalanan Perak baru ini.
Seperti beberapa siri atas nama "Misi Keluarga Laksamana" sebelum ini perjalanan kali ini juga berlaku atas asbab utama mahu menghadiri perbicaraan melibatkan hal keluarga Laksamana Raja Mahkota di Mahkamah Syariah di Ipoh. Kali ini pada pagi Isnin 19 September 2022. Tetapi disebabkan mahu menghadiri majlis pertunangan seorang adik sepupu di Batak Rabit, Teluk Intan pada siang Sabtu 17 September maka dimulakan perjalanan pada pagi itu. Sambil itu saya menyimpan beberapa hajat tertunda seperti berikut yang mahu dilaksanakan kali ini :-
1. Mahu mendaki Bukit Syamsul Bahrin sehingga ke Batu Dinding.
2. Mandi air terjun di Tebing Tinggi, di tepi laluan rentas pergunungan Banjaran Bintang antara Lenggong dan Ijok
3. Bermalam di masjid kayu lama berusia hampir 120 tahun di Panchang Bedena dekat Sungai Besar
Maka itu laluan perjalanan diatur sebegitu rupa supaya dapat ditunaikan hajat-hajat ini. Sambil itu dilaksanakan sekali satu hajat yang sudah lama dilupakan tetapi timbul kembali setelah mendapat peluang iaitu naik Gunung Keledang di Ipoh sehingga ke puncak. Dibuat juga beberapa persinggahan tidak dirancang seperti menyusur lembangan Sungai Dinding dari bahagian hulu di Changkat Keruing sehingga hampir ke kuala di Lumut. Dengan itu perjalanan pada 17-22 September 2022 ini memakan masa 6 hari 5 malam dan meliputi jarang pemanduan keseluruhan 947 km.
5. Misi keluarga Laksamana part V - Persinggahan di Batak Rabit membawa ke Lambor dan Beruas
6. A walk around the small town of Beruas
7. Surau (Praying house of) Tuan Haji Mat Zain, Beruas
8. Lawatan baru ke makam (New visit to the tombs at) Pulau Meranti, Beruas
9. On to Batu Dinding at Bukit Syamsul Bahrin
10. Views from on top of Batu Dinding at Bukit Syamsul Bahrin
13. Lawatan baru ke Masjid jamek Parit (New visit to the main mosque of Parit)
14. New visit to the island of Cempakasari in Parit
15. Misi keluarga Laksamana part V - Beruas, Batu Dinding dan Bukit Syamsul Bahrin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan