Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, September 29, 2022

Misi keluarga Laksamana part V - Eksplorasi persekitaran Sungai Dinding

Pergi pada hari ke-5 perjalanan Perak. Bersambung daripada artikel Misi keluarga Laksamana part V - Taiping dan persekitaran Larut membawa ke Kuala Terong.



Awal pagi Rabu 21 September 2022. Keadaan dalam sebuah masjid ketika hendak menunaikan solat Subuh berjemaah.




Saya telah bermalam di situ. Ia adalah masjid utama di pekan Changkat Keruing, dekat bahagian hujung pendalaman sistem Sungai Dinding. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Sultan Idris I, Changkat Keruing di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Suasana di luar masjid yang terletak dalam kawasan pekan.



Sekitar jam 11.20 baru keluar meninggalkan masjid.




Pergi ke bahagian tepian sungai ini, Sungai Raja Hitam yang merupakan satu cabang utama Sungai Dinding. Lihat Riverside Changkat Keruing di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Terlihat pula tokong kecil ini.



Wah. Ada dua patung orang menghunuskan keris.




Perjalanan diteruskan untuk melihat bahagian lebih lebar Sungai Raja Hitam yang merupakan sebahagian daripada eko-sistem Sungai Dinding. Lihat A downriver part of Changkat Keruing diikuti  Towards the parts facing Beting Luas.




Selepas itu ke Telaga Nenas yang terletak di satu bahagian Sungai Dinding, bukan cawangan seperti Sungai Raja Hitam.




Saya mengambil masa untuk melihat keadaan dari beberapa sudut. Sempat juga membaca beberapa muka surat dan surah bagi mengejar sasaran mengkhatamkan Al-Quran bagi bulan Safar selewatnya sebelum malam Jumaat. Lihat artikel-artikel berikut :-









Jam 3 petang pergi ke pusat membeli belah ini untuk bertemu seorang kawan yang sudah beberapa tahun tidak ditemui.



Jam 6 beliau dan seorang lagi kawan membawa ke satu kawasan persisiran pantai menghadap perairan Pulau Pangkor.



Mereka mahu menunjukkan tempat di mana kelihatan seperti ada beberapa ekor gajah disumpah menjadi batu ketika hendak menyerang selat ke pulau tersebut.







Selepas itu kami berehat sebentar di satu tempat menghadap Sungai Dinding dekat pusat bandar Lumut. Lihat Dinding river in front of the backpackers hostel in Lumut. Kemudian melihat suasana matahari terbenam di bahagian lain sungai di Lumut. 



Secara rata aktiviti saya hari itu adalah eksplorasi persekitaran Sungai Dinding dari beberapa tempat dan sudut. Lihat Dusk at a regular part of Lumut waterfront. Namun ia bukan sekadar eksplorasi suka-suka. Setiap persinggahan sebenarnya ada makna melibatkan nasab keturunan keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak yang ada kena mengena dengan kerabat diraja Aceh-Bugis.


Tiada ulasan: