Melengkapkan gerak yang muncul beberapa hari kebelakangan agar penulisan siri baru "Pemikiran Merah Silu" dapat diteruskan dalam keadaan lebih bermanfaat dan bernas. Satu lagi kumpulan artikel harus dibuat agar dapat dipaparkan terus menerus di blogspot ini...
Sudah diberitahu bahawa selain projek buku-buku baru saya juga terlibat dengan satu projek dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah ia kan membawa saya mengembara merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London. Ibu kota United Kingdom itu sangat bermakna kerana merupakan tempat diri ini mengambil ijazah matematik 1991-1995. Dah lama tak menjejakkan kaki kerana tak mampu. Projek dokumentari diharapkan dapat memberikan peluang untuk kembali buat sementara lalu dapat menangani beberapa perkara lama yang tersimpan dalam kalbu...
Pada ketika ini penggambaran di beberapa tempat di Semenanjung sudah dibuat. Hujung bulan ini kami dijadualkan membuat penggambaran pertama ke luar negara iaitu di Pulau Jawa. Selama ini saya setakat berkongsi beberapa cerita tentang perkembangan projek, baru kali ini tergerak untuk mengumpulkan linksnya. Turut dikumpulkan, links beberapa artikel yang sekali dilihat macam takda kena-mengena. Tetapi sebenarnya sangat berkaitan kerana merupakan kesinambungan cerita. Misalnya "Faktor Tok Sego Aceh" (link pertama di bawah). Apa yang berlaku dalam cerita membawa penulis untuk pergi ke Aceh tanpa disangka-sangka. Sebelum ke lapangan terbang singgah di satu majlis di PWTC, Di majlis itulah saya mendapat panggilan meminta agar terlibat dengan projek "Daulah Melayu". Ini diikuti beberapa hal lain sambil kami mengembangkan apa yang mahu diisi.
Ketika itu peranan saya adalah sebagai seorang penyelidik sahaja. Apabila mahu mengadakan acara ke-13 HIKMAH di Seri Menanti, timbul ilham agar sesi perbincangan kumpulan digunakan untuk mendapatkan maklum balas hadirin tentang apa yang mahu mereka lihat terisi dalam "Daulah Melayu". Sekitar tempoh itulah baru saya betul-betul mewar-warkan projek dan tujuan kepada umum, sebelum itu setakat berkiasdan berselindung. Tidak lama kemudian saya mendapat tawaran untuk turut menjadi hos. Biarlah artikel-artikel yang disenaraikan meneruskan cerita...
Hari-hari awal
1.
Misi HIKMAH Beruas - Faktor Tok Sego Aceh
2.
Minggu Warisan Perak di PWTC
3.
Perjalanan ke-7 di Aceh - Satu lagi tawaran tak disangka
4.
Konvensyen Ketamadunan Dunia 1.0 di DBP
5.
Up balik : Kenangan zaman UK
Gerak mula terzahir
1.
Forum Menafasi Pusaka Kekuatan Umat Melayu Akhir Zaman di Perpustakaan Shah Alam
2.
Mengangkat Daulah Melayu pada HIKMAH Seri Menanti 4 April
3.
Tentang rancangan "Daulah Melayu" dan atur cara terbaru HIKMAH Seri Menanti
4.
HIKMAH Seri Menanti - Mengisi "Daulah Melayu" sambil mengalakkan anak muda berani bersuara
Mula menjadi hos
1.
Ke Pulau Pinang untuk mendengar pembentangan Oppenheimer
2.
Daulah Melayu - Penggambaran untuk crowd funding
3.
Daulah Melayu - Penggambaran untuk crowd funding lagi...
Meninjau lokasi dari Pantai Timur ke Selatan
3.
Daulah Melayu - Tarikan batu bersurat dan orang yang menulisnya
4.
Daulah Melayu - Bergegas ke Pekan dan Kota Tinggi
5.
Daulah Melayu -Sekitar Kota Tinggi dan Johor Lama
6.
Daulah Melayu - Memohon restu Sultan Alauddin di Pagoh
Bermulanya penggambaran di luar Lembah Klang
1.
Daulah Melayu - Ke Kedah untuk outdoor shooting pertama, naik Gunung Jerai
2.
Daulah Melayu - Jejak industri besi purba di utara
3.
Daulah Melayu - Ke Jeli dan Selatan Thailand
4.
Lawatan lapangan HIKMAH Beruas, shooting "Daulah Melayu" dan pertukaran lokasi acara
5.
Beraya awal minggu ke-3 ganti shooting Daulah Melayu
6.
HIKMAH Beruas - Busana, makanan, pedang dan mimbar. Menyelesaikan hal tertunggak...
7.
HIKMAH Beruas - Lawatan lapangan dan konvoi kawan-kawan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan