Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Ogos 30, 2018

Perjalanan terbaru ke Terengganu tahun 2018 - Menyahut panggilan kebatinan dan isyarat-isyarat yang muncul kemudian...

Salam semua. Sebulan kebelakangan ini kerja-kerja penulisan saya jadi terganggu akibat komputer riba bermasalah. Buat masa ini saya cuma boleh pakai dalam Safe Mode lalu perisian-perisian di bawah  Microsoft Office seperti Word malah Picture Viewer pun tak boleh digunakan. Nasib baik ada Safe Mode With Networking membenarkan penggunaan Internet, itupun selalu juga tak dapat sambung talian. Hal ini membuatkan saya belum bersedia untuk berkongsi penceritaan baru walhal saya dan keluarga ada berjalan menziarahi beberapa tempat di Terengganu hampir 2 minggu lalu.

Saya belum menghantar komputer untuk pemulihan kerana masih menggunakannya untuk membuat tulisan pengembaraan Eropah tahun 1995. Rujuk artikel Bila kenangan hitchiking solo pusing Eropah musim panas tahun 1995 menyapa dan Ringkasan perjalanan solo hitchhike keliling Eropah tahun 1995. Walaupun setakat dapat menggunakan Wordpad ia cukup bagus untuk mengarang cerita dan meletakkan gambar-gambar tetapi tanpa proper layout atau reka letak yang sepatutnya. Dah selesai semua itu (ia sekarang dah masuk fasa suntingan) baru saya boleh melepaskan komputer buat beberapa hari di kedai. Namun muncul keadaan tertentu menyebabkan saya terasa wajib melepaskan beberapa cerita sebelum suatu tempoh waktu. 

Oleh itu sejumlah gambar telah diproses terlebih dahulu petang tadi menggunakan komputer lain sebelum dimasukkan ke dalam komputer riba bermasalah. Gambar-gambar tersebut pun dimuatnaik ke dalam Internet untuk menerbitkan artikel-artikel baru di blogspots saya termasuk ini tentang Terengganu.


Kali terakhir saya dan keluarga pergi ke Terengganu adalah 2 tahun lalu untuk menghadiri majlis haul ulamak besar berketurunan Nabi Muhammad SAW iaitu Tokku Paloh. Lihat artikel lama Beruzlah ke Pantai Timur - Hol almarhum Tokku Paloh dan Syahadah Tokku. Kali ini kami pergi atas sebab yang sama iaitu majlis haul edisi terbaru tahun 2018. Bertolak dari rumah di Sungai Buaya, Rawang lewat petang Khamis 16 Ogos kami memilih untuk singgah dahulu di Kuala Berang. Ada panggilan kebatinan perlu disahut di sekitar itu sebelum ke makam Tokku Paloh di Kuala Terengganu.


Kami bermalam di masjid Kampung Buluh. Ini adalah di persekitaran kawasan di mana Batu Bersurat Terengganu yang sangat terkenal itu ditemukan. Kelihatan dalam gambar keadaan masjid waktu Subuh. Turut bersama kami adalah seorang kawan yang menumpang kereta untuk ke majlis haul. Tidak lama kemudian muncul seorang lagi memandu sendirian dari Kuala Lumpur. 


Apabila matahari sudah naik dan kami semua sudah bersiap saya pun mengajak untuk bersama menyahut panggilan kebatinan yang dimaksudkan. Ia adalah untuk menziarahi makam beberapa orang tokoh pendakwah yang memiliki darah Syarif Muhammad al-Baghdadi, orang yang dikatakan menulis Batu Bersurat Terengganu lebih 700 tahun lalu. Kawan dari Kuala Lumpur yang memandu dari sana adalah dari keturunan ini. Dia masih selalu balik kampung di bahagian tertentu Kuala Terengganu.

Ketika bersarapan sebelum memulakan ziarah tiba-tiba dia tergerak untuk bertanya tentang makam seorang moyang daripada jalur belah perempuan bernama Tun Indera, seorang bangsawan yang datang dari Johor sekitar awal abad ke-18 Masihi. Pemilik kedai memberikan tunjuk arah. Secara spontan saya yang tidak pernah sampai makam tersebut tergerak untuk membawa semua untuk mencarinya dengan satu kereta. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tun Indera di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)



Adapun makam tersebut terletak di tepian jalan menuju ke air terjun Sekayu. Memandangkan tinggal 7 km lagi ke situ saya pun mengajak singgah sebentar.


Entah sudah berapa banyak kali saya ke Terengganu baru kali ini singgah di air terjun tersebut. Panggilan kebatinan menyatakan pergi masuk ke dalam sampai ke air terjun walau setakat untuk mencecahkan kaki. Terasa ia memiliki kaitan tersendiri dengan Batu Bersurat Terengganu.


Selepas itu baru kembali kepada ziarah makam-makam sekitar Kuala Berang seperti yang dirancang.


Alhamdulillah dimudahkan untuk kami terus mendapatkan bot untuk ke satu makam yang agak sukar dicapai di satu bahagian hulu Sungai Terengganu.


Selepas itu bagi peluang untuk anak-anak mandi sungai. Sebetulnya ayahnya pun tak tahan dok mandi sekali weh... :]. Lihat artikel Brief visit to a jungle settlement in Jenagor di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Selesai itu baru menuju ke Kuala Terengganu. Dalam perjalanan ziarah ke makam Tok Pulau Manis, wali besar Terengganu abad ke-17 dan awal abad ke-18 yang merupakan seorang keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi. Rujuk artikel lama Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17....


Lewat malam baru menyertai komponen pertama majlis haul Tokku Paloh tahun 2018 iaitu ceramah di masjid Tokku Tuan Besar, ayahanda Tokku Paloh di Chabang Tiga, KT.


Selepas itu isteri meminta membawa ke suatu surau bersejarah di Pulau Duyong. Dikatakan di surau ini pernah terdapat catatan menyebut asal usul Syarif Muhammad al-Baghdadi di Timur Tengah lalu membawa diri atas sebab tertentu ke Terengganu. Sayangnya surau sedang berkunci. Lihat Surau Puteh, Kuala Terengganu.


Tentang Tokku Paloh dan Tokku Tuan Besar boleh rujuk artikel lama Keluarga besar Tokku Paloh, wali agung Terengganu abad ke 19 Masihi....


Pagi berikutnya hari Sabtu 18 Ogos saya membawa keluarga menziarahi makam ulamak dari Yaman yang dikenali sebagai Tok Pelam. Kami telah bermalam di satu hotel di Ladang, dalam bandar raya KT. Hotel itu terletak di seberang tanah perkuburan Syeikh Ibrahim lalu saya terlebih dahulu singgah ke beberapa makam situ. Lihat artikel-artikel berikut :-









Saya turut membawa keluarga singgah di surau dekat makam Tok Pelam. Lihat Surau (Praying hall of) Tok Pelam. Selepas itu baru bergerak untuk menyertai komponen seterusnya majlis haul Tokku Paloh.


Kami ziarah ke makam ulamak besar tersebut tetapi sengaja datang lewat supaya tidak bertembung dengan ramai orang. Ada komponen ziarah makam dihadiri oleh ribuan manusia bermula waktu pagi tetapi mereka telah bergerak ke Masjid Tokku Paloh yang terletak berdekatan. Yang tinggal cuma satu kumpulan yang nampaknya turut sampai lewat.

Oh, satu perkara menarik tentang lawatan kali ini. Makam Tokku Paloh telah bertukar rupa menjadi lebih cantik. Dahulu bangunannya batu dengan sejumlah tiang besi. Kini ia telah digantikan dengan bangunan kayu berukir penuh seni. Lihat Rupa baru makam Tokku Paloh (New look of the tomb of Tokku Paloh).


Kami singgah di masjid Tokku Paloh untuk menyertai komponen ceramah tetapi sekejap. Selepas itu bergegas ke suatu tempat menghala ke Marang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak seorang kawan. Tak sangka ada satu perkara menarik dalam masjid kampung sana yang agak terpencil kedudukannya. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Jerung Surau, Marang.


Selepas itu isteri mengajak ke suatu tempat peranginan yang katanya terdiri daripada beberapa buah rumah tradisional termasuk istana lama di Tanjung Sabtu. Tengok-tengok tempat itu sudah lama terbiar macam jadi tempat berhantu. Tanjung Sabtu - tempat berhantu. Nampak? :]


Petang sekitar jam 5.45 baru kembali ke Masjid Tokku Paloh untuk mengikuti lagi majlis haul.


Cadangnya mahu duduk sampai majlis tamat lewat malam.





Tengok-tengok dapat isyarat dalam hati mengatakan cukuplah sudah bersama majlis walau tidak lama. Boleh dipercepatkan rancangan seterusnya iaitu bergerak ke Gua Musang melalui Tasik Kenyir.


Kalau tidak perjalanan mahu dibuat pagi Ahad supaya dapat menikmati suasana siang tasik. Dah dapat isyarat jalan aje le walau melalui tasik ketika gelap.



Tidurlah di Gua Musang malam itu. Pagi Ahad berjalan-jalan melihat persekitaran sebelum kembali ke rumah...





Melihat gambar ini teringat bagaimana saya pertama kali mendapat dorongan untuk menziarahi makam Tok Kenali di Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan sekitar 15 tahun lalu. Dorongan ini muncul akibat beberapa hal tak disangka. Di sebuah surau dekat stesyen kereta api lama Gua Musang tiba-tiba ada orang menyebut nama Tok Kenali membuatkan saya pasti harus menziarahi makam setelah beberapa hari berjalan tanpa arah tujuan. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel lama Sedikit cerita berkaitan Tok Kenali.


Tiada ulasan: