Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Ogos 18, 2017

Majlis perjumpaan keluarga dan keturunan Daeng Betak di Pontian



Esoknya petang hari raya ketiga, Selasa 27 Jun saya dan keluarga bergegas dari Muar lebih ke selatan untuk ke Pontian.


Kami mahu ke satu tempat bernama Parit Betak. Turut ikut sama dengan kereta-kereta lain adalah beberapa orang saudara mara sebelah ibu.


Sampai ke destinasi kami check-in dahulu di sebuah kompleks homestay yang cantik dan unik.


Malam selepas Maghrib bertolak ke sebuah rumah berdekatan untuk satu majlis...

















Ia adalah majlis perjumpaan keluarga dan keturunan Daeng Betak, orang yang membuka Parit Betak lebih 100 tahun lalu.





Daeng Betak merupakan moyang saya sebelah ibu. Beliau memiliki beberapa orang isteri lalu meninggalkan ramai anak cucu dan keturunan.






Kelihatan sedang duduk dua orang anak Daeng Betak yang masih hidup.


Antara dua itu orang yang kelihatan ini, seorang yang kami panggil sebagai Tok Dirak adalah yang lebih tua. Umur beliau adalah 83 tahun kalau tak salah ingatan. Daripada segi pangkat dalam keluarga beliau adalah keturunan Daeng Betak yang paling kanan atau senior masih hidup.


Kalau ikut pada umur saya masih memiliki seorang datuk saudara yang lebih tua, adik bongsu kepada arwah datuk saya (bapa kepada ibu). Umur beliau adalah 86 tahun kalau tak salah. Namun mereka adik beradik adalah pangkat cucu kepada Daeng Betak, anak-anak kepada Hussin bin Betak. Datuk saya, Ismail bin Hussin sendiri lahir pada tahun 1915. Kalau masih hidup beliau harus berumur 102 tahun, hampir 20 tahun lebih tua daripada Tok Dirak yang berpangkat bapa saudara kepadanya.


Keluarga belah saya, anak cucu Ismail bin Hussin bin Betak bergambar bersama Tok Dirak. Duduk berbaju biru adalah adiknya, dah lupa nama. Majlis ini dihadiri sekitar 400 orang anak cucu Daeng Betak.


Disebabkan Daeng Betak memiliki beberapa orang isteri sehingga terdapat jarak umur yang besar antara isteri tua dan isteri muda wujud sedikit kejanggalan antara pangkat dan umur.  Saya yang sudah berumur 47 tahun merupakan generasi ke-4 keturunan Daeng Betak, daripada satu cabang yang membawa diri ke Muar lalu lama terpisah dengan kelompok besar keluarga di Pontian. Sedangkan di Pontian itu mereka yang sekitar sama umur malah sampai 10 tahun lebih muda daripada saya pun ada yang masih generasi ke-2. Mereka adalah pangkat cucu kepada Daeng Betak merangkap pangkat datuk kepada saya! Cerita-cerita tentang hubungan keluarga saya dengan Daeng Betak yang katanya berasal daripada keturunan Daeng Perani, abang sulu Opu Daeng 5 beradik yang sangat terkenal dalam sejarah Tanah Melayu abad ke-18 boleh disusuri melalui artikel-artikel lama berikut :-











Tiada ulasan: