Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Januari 01, 2015

Ke utara menutup kalendar 2014 - Ke Kedah setelah 4 tahun...

Salam wahai pembaca yang dimuliakan. Hari ini 1 Januari 2015, tahun baru. Banyak peristiwa berlaku tahun 2014 yang harus diambil iktibar terutama banjir yang melanda teruk Pantai Timur seminggu kebelakangan. Saya pula perlu melepaskan satu cerita daripada tahun tersebut sebelum betul-betul dapat memasuki tahun 2015 dengan lapang dan tanpa 'hutang'. Ini dia.



Khamis 25 Disember, cuti Hari Krismas. Kami sekeluarga meninggalkan rumah jam 3.30 petang untuk satu perjalanan jauh yang akan menutup kalender  2014.


Dua minggu sebelum itu saya ada merancang mahu ke Aceh pada tarikh tersebut agar dapat mengikuti majlis sambutan 10 tahun Tsunami 26 Disember. Tetapi berlaku beberapa hal yang menyebabkan rancangan itu harus dibatalkan. Lalu berlepaslah kami menuju ke utara. Sedangkan perjalanan ini asalnya dirancang mahu dibuat seminggu sebelumnya...


Kami ke utara kerana saya diminta membentang kertas kerja dalam satu majlis keMelayuan di Pulau Pinang. Majlis itu asalnya mahu dibuat 19-21 Dis tetapi ditunda ke 27-28 Dis. Tempoh sekitar 19-21 pun saya digantikan dengan aktviti lain, antaranya melayan sejumlah rakan yang datang dari Aceh ke Malaysia. Lihat Filem di UKM, gambus di UM dan kamera yang berkabus - Sedikit aktiviti untuk rakan aktivis Aceh


Kali terakhir kami ke Pulau Pinang adalah lebih 9 bulan lalu, untuk menjayakan acara HIKMAH di Bayan Lepas diikuti satu acara susulan di Balik Pulau. Lihat artikel Acara kesembilan HIKMAH di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Feb 2014 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Alang-alang dah menghala ke Pulau Pinang kami terlebih dahulu mahu menziarahi beberapa tempat di Kedah. Kali terakhir kami berbuat begitu adalah 4 tahun lalu. Lihat Susah-payah mencari jejak Merong.


Hampir jam 5 singgah makan di RnR atau tempat perhentian Tapah.


Lama juga kami singgah. Ada le dalam 50 minit kemudian baru sambung perjalanan.



Pada penghujung 2012 kami anak beranak ada pergi ke Langkawi dari arah Kota Bahru, Kelantan. Selepas itu ada le singgah di Alor Setar tapi kemudian terus ke Perak, tidak singgah ke lain-lain tempat di Kedah. Lihat Pengembaraan terakhir tahun 2012 - Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun.
.

Jam 6.40 kami melepasi jambatan menyeberangi Sungai Perak berdekatan Kuala Kangsar. Kelihatan air melimpah melepasi had biasa sungai. Memang pun ketika itu sebahagian negeri Perak sedang dilanda banjir. Risau juga isteri memikirkan apakah Kedah serupa apalagi sebulan dua kebelakangan sudah muncul angin puting beliung di sebelah sana.


Sampai di Bukit Gantang trafik bergerak perlahan...


Nasib baik sekadar disebabkan lori memanjat perjalanan di sebelah kiri. Tak berapa lama kemudian trafik kembali lancar.


Kami keluar dari Lebuh Raya PLUS melalui tol Alor Setar Utara hampir 9.30 malam. Ada tempat tertentu di luar bandar raya mahu dituju malam itu juga. Tempat apakah itu? Nanti kita cerita... :]


Tiada ulasan: