Salam wahai pembaca yang dimuliakan. Hari ini 1 Januari 2015, tahun baru. Banyak peristiwa berlaku tahun 2014 yang harus diambil iktibar terutama banjir yang melanda teruk Pantai Timur seminggu kebelakangan. Saya pula perlu melepaskan satu cerita daripada tahun tersebut sebelum betul-betul dapat memasuki tahun 2015 dengan lapang dan tanpa 'hutang'. Ini dia.
Khamis 25 Disember, cuti Hari Krismas. Kami sekeluarga meninggalkan rumah jam 3.30 petang untuk satu perjalanan jauh yang akan menutup kalender 2014.
Dua minggu sebelum itu saya ada merancang mahu ke Aceh pada tarikh tersebut agar dapat mengikuti majlis sambutan 10 tahun Tsunami 26 Disember. Tetapi berlaku beberapa hal yang menyebabkan rancangan itu harus dibatalkan. Lalu berlepaslah kami menuju ke utara. Sedangkan perjalanan ini asalnya dirancang mahu dibuat seminggu sebelumnya...
Kami ke utara kerana saya diminta membentang kertas kerja dalam satu majlis keMelayuan di Pulau Pinang. Majlis itu asalnya mahu dibuat 19-21 Dis tetapi ditunda ke 27-28 Dis. Tempoh sekitar 19-21 pun saya digantikan dengan aktviti lain, antaranya melayan sejumlah rakan yang datang dari Aceh ke Malaysia. Lihat Filem di UKM, gambus di UM dan kamera yang berkabus - Sedikit aktiviti untuk rakan aktivis Aceh
Kali terakhir kami ke Pulau Pinang adalah lebih 9 bulan lalu, untuk menjayakan acara HIKMAH di Bayan Lepas diikuti satu acara susulan di Balik Pulau. Lihat artikel Acara kesembilan HIKMAH di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Feb 2014 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Alang-alang dah menghala ke Pulau Pinang kami terlebih dahulu mahu menziarahi beberapa tempat di Kedah. Kali terakhir kami berbuat begitu adalah 4 tahun lalu. Lihat Susah-payah mencari jejak Merong.
Hampir jam 5 singgah makan di RnR atau tempat perhentian Tapah.
Lama juga kami singgah. Ada le dalam 50 minit kemudian baru sambung perjalanan.
Pada penghujung 2012 kami anak beranak ada pergi ke Langkawi dari arah Kota Bahru, Kelantan. Selepas itu ada le singgah di Alor Setar tapi kemudian terus ke Perak, tidak singgah ke lain-lain tempat di Kedah. Lihat Pengembaraan terakhir tahun 2012 - Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun.
.
Jam 6.40 kami melepasi jambatan menyeberangi Sungai Perak berdekatan Kuala Kangsar. Kelihatan air melimpah melepasi had biasa sungai. Memang pun ketika itu sebahagian negeri Perak sedang dilanda banjir. Risau juga isteri memikirkan apakah Kedah serupa apalagi sebulan dua kebelakangan sudah muncul angin puting beliung di sebelah sana.
Sampai di Bukit Gantang trafik bergerak perlahan...
Nasib baik sekadar disebabkan lori memanjat perjalanan di sebelah kiri. Tak berapa lama kemudian trafik kembali lancar.
Kami keluar dari Lebuh Raya PLUS melalui tol Alor Setar Utara hampir 9.30 malam. Ada tempat tertentu di luar bandar raya mahu dituju malam itu juga. Tempat apakah itu? Nanti kita cerita... :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan