Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mac 02, 2012

Mencari petunjuk di rumah 'Ugik' Sungai Rambai





Selepas seminar tamat saya dan Zam mengikut Raja Syukri ke Sungai Rambai di mana terdapat rumah ini.



Kalau ikutkan kami mahu terus kembali ke rumah saya di Bandar Tasik Puteri di mana Zam meninggalkan keretanya apalagi Sungai Rambai yang terletak berhampiran sempadan Johor adalah setengah jam perjalanan ke arah yang berlawanan.



Tetapi menurut Raja Syukri (tengah gambar), orang yang mengajaknya ke sini (kami panggil Prof, berbaju putih kanan) memberitahu di rumah ini terdapat sejumlah lembaran salasilah terutama berkaitan kerabat diraja Bugis.



Katanya ada sekali salasilah Raja Ali, Marhum Pulau Bayan, Yang Dipertuan Muda Riau yang ke 5.


Itu yang membuat saya terasa patut ke sini. Kerana menurut petunjuk yang saya dapat 2 bulan lalu, Raja Ali ini (ada ramai kerabat diraja Bugis yang namanya sama) yang merupakan anakanda kepada Yang Dipertuan Muda ke 3, Daeng Kemboja ibni Daeng Parani adalah moyang saya sebelah ibu.


Adapun ibu saya namanya Rahimah @ Ramlah binti Ismail bin Hussin bin Betak.



Betak atau Daeng Betak dikatakan membuka Parit Betak di Pontian, Johor sekitar tahun 1910. Menurut saudara mara di Pontian yang baru saya kenali tahun lepas, beliau adalah anakanda kepada Daeng @ La Makuaseng yang membuka Parit Makuaseng, juga di Pontian.




Kemudian seorang daripada mereka menambah. Katanya Daeng Makuaseng adalah anakanda kepada Daeng Parani, saudara tertua antara Lima Daeng Bersaudara yang sangat terkenal membentuk suasana sosia-politik di Empayar Johor-Riau-Lingga bermula tahun 1720an.




Namun saya mendapati antara Daeng Makuaseng dengan Daeng Parani ada kelompongan masa yang memakan tempoh sehingga 150 tahun. Jadi logiknya mesti ada beberapa generasi memisahkan mereka. Lihat artikel lama Kaitan Daeng Parani dengan keluarga sebelah ibu. Dalam lawatan saya dan keluarga ke Pulau Bentan Disember tahun lepas pula baru saya mendapat dua lagi nama untuk mengisi kelompongan generasi. Itulah Raja Ali ibni Daeng Kemboja. Lihat Kembara Johor-Riau - Makam-makam di Hulu Riau dan alamat salasilah ibu.



Tetapi masih ada kelompongan dua atau tiga nama yang perlu diisi untuk melengkapkan salasilah Bugis sebelah ibu. Sebagai nota, ibu kepada ibu pula berdarah Jawa dan itu ada ceritanya tersendiri, cerita yang membawa saya untuk menerbitkan buku terbaru, "Jejak Keluarga Yakin : Satu Sketsa Sejarah". Lihat artikel Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah". Lihat juga video rakaman temuramah televisyen di sini... Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Saya pergi ke rumah yang merupakan muzium kecil peribadi ini dengan harapan dapat menemukan nama-nama belah Bugis yang dicari.



Melihat perkataan La Galigo teringat bengkel buku yang dihadiri sempena Ekspo Buku 1 Malaysia di PWTC bulan Januari. Lihat artikel La Galigo dan makna Daeng buat orang Bugis.




Tuan rumah ini adalah dari keturunan Tok Kepau, seorang bangsawan Bugis yang membuka Sungai Rambai.



Tadi sambil saya bercerita tentang pencarian salasilah ibu kita telah melihat gambar-gambar yang kebanyakannya berkaitan dengan kerabat diraja Selangor. Untuk pengetahuan Sultan pertama Selangor, Sultan Salehuddin @ Raja Lumu adalah anakanda kepada Daeng Chelak, seorang daripada Lima Daeng Bersaudara. Di sebelah sini pula kami melihat gambar-gambar berkaitan kerabat diraja Johor.


Kerabat diraja Johor amat bangga dengan darah Bugis yang dimiliki.


Mereka suka menyebut asal-usul keturunan daripada Daeng Parani.



Hakikatnya, nasab mereka yang menyambung ke Daeng Parani itu dari belah perempuan, bukan laki-laki. Nasab utama mereka iaitu nasab lelaki atas lelaki sebenarnya adalah dari Sultan Abdul Jalil IV ibni Bendahara Tun Abdul Majid.



Sultan Abdul Jalil adalah bendahara yang menaiki takhta empayar Johor-Riau-Lingga selepas Sultan Mahmud mangkat dijulang, katanya tanpa meninggalkan walau seorang pun waris. Dengan itu zuriat keturunan Raja-raja Melaka di Johor dikatakan tamat, satu perkara yang terasa sangat pelik kerana kalau pun Sultan Mahmud tiada meninggalkan keturunan saya percaya masih ada kaum kerabatnya dari keturunan Sultan Melaka yang boleh menaiki takhta Johor. Tidak lama kemudian muncul Raja Kecil daripada Siak mengaku sebagai anak Sultan Mahmud lalu menuntut takhta. Raja Kecil berjaya mendapatkan sokongan sebahagian rakyat lalu dapat memerintah empayat buat beberapa waktu.




Sultan Abdul Jalil akhirnya dibunuh atas arahan Raja Kecil. Atas sebab itu dan beberapa hal lain, seorang anaknya yang dikenali sebagai Raja Sulaiman meminta pertolongan Daeng Lima Bersaudara - Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi untuk mengalahkan Raja Kecil. Dengan itu Raja Sulaiman dapat menaiki takhta sebagai Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Untuk membalas jasa Daeng Lima Bersaudara, jawatan dipanggil Yang Dipertuan Muda Riau pun dicipta untuk dipegang mereka turun-menurun. Ia adalah jawatan kedua paling tinggi dalam empayar.



Anak Sultan Abdul Jalil yang lebih tua menjadi bendahara iaitu Bendahara Tun Abbas. Seorang anakanda Tun Abbas menjadi Temenggung bernama Abdul Jamal yang berkahwin dengan Raja Maimunah puteri kepada Daeng Parani (hasil perkahwinannya dengan Tengku Tengah ibni Sultan Abdul Jalil) . Daripada pasangan tersebut terbitlah temenggung-temenggung Johor. Cicit Abdul Jamal, Temenggung Ibrahim dapat menguasai negeri dengan pertolongan Inggeris. Anaknya Temenggung Abu Bakar kemudian memakai gelaran Maharaja diikuti Sultan. Anak cuculah yang memerintah Johor hingga sekarang.




Saya pernah diberitahu kalau ikut kepekatan darah diraja Bugis, nasab moyang saya sebelah ibu iaitu daripada Daeng Betak lebih kuat dan pekat daripada nasab kerabat diraja Johor. Apapun biar dilihat ke dalam rumah merangkap muzium persendirian yang diberi nama Ugik ini, merujuk pada anak-anak Bugis.


Terdapat banyak lagi gambar di dalam. Tetapi saya dah malas nak ambil satu persatu lagi...


Terdapat juga koleksi senjata dari berbagai jenis...



Sini ada cerita berkenaan dua orang tokoh yang dikaitkan dengan Bugis. Tetapi saya lebih suka membaca cerita Tok Laji yang makamnya pernah saya ziarahi setahun lalu. Lihat artikel Balik Muar Raya Cina : Makam Tok Laji dan Makam Raja Melewar.



Sini pula ada cerita Tok Kepau, tokoh Bugis pembuka Sungai Rambai yang merupakan nenek moyang kepada tuan rumah juga kepada Prof yang membawa kami ke sini.




Saya, Zam dan Raja Syukri sebenarnya menumpang kereta Prof ke sini. Kereta saya ditinggalkan di Seri Negeri. Nanti Prof akan hantar kami kembali ke sana kerana dia menetap di sekitar bandaraya Melaka.



Sebuah salasilah besar dibentangkan di lantai dengan salasilah lebih kecil diletakkan di atasnya. Tuan punya rumah yang bernama Ja'afar memiliki beberapa gulung salasilah besar sebegini yang dicatatkannya sendiri hasil kajian merujuk kepada beberapa sumber termasuk keluarga. Sayangnya salasilah Bugis berkenaan Daeng Lima Bersaudara yang dimilikinya lebih menunjukkan anak keturunan Yang Dipertuan Muda Riau ke 4, Raja Haji ibni Daeng Chelak. Tiada nama disambungkan ke bawah Yang Dipertuan ke 5 Raja Ali.

Saya sedikit hampa tapi tak mengapalah. Saya percaya tetap akan muncul petunjuk baru nanti. Buat masa ini biar diletakkan beberapa nama anak cucu Raja Ali seperti tercatat dalam kitab Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji ibni Raja Ahmad ibni Raja Haji. Semoga Allah mencucuri rahmat atas usaha merekodkan sedikit fakta yang tak seberapa ini lalu memberikan lebih banyak ilmu. Merujuk pada anak-anak Raja Ali...


Adapun laki-lakinya pertama Raja Isa - ialah beranakkan Raja Yaakub serta saudaranya dan ibunya Raja Wok dan lagi anaknya Raja Idris...

Kedua Raja Ismail ia-lah yang beristerikan Raja Siti anak Raja Abdul Samad beranakkan Raja Muhammad Haji dan Raja Mahmud dan Raja Sulaiman...

Ketiga Raja Basok ia-lah beristerikan Raja Sharifah anak Raja Endot, beranak ... seorang laki-laki bernama Raja Sulong.

Keempat Raja Yunus ialah beristerikan Raja Habibah, anak Raja Idris saudara marhum yang dipertuan Raja Jaafar, beranakkan Raja Haji dan Raja Tengah dan Raja Kecil.

Kelima Gusti Hussain - tiada anak cucu di sebelah Riau melainkan di sebelah Mempawah (di Kalimantan).

(Keenam) Raja Hassan beristerikan anak Marhum Jaafar yang bernama Raja Seni

Ketujuh Raja Jaafar beristerikan Raja Saudah anak Marhum Jaafar, tiada beranak melainkan anaknya dengan gundek seperti Raja Hussain dan Raja Jumaat (Kota Lukut) dan Raja Abdullah dan Raja Muhammad dan lain-lain laki-laki...

Kedelapan Raja Kassim beristerikan Raja Habibah janda saudaranya Raja Yunus.



Nota : Kiranya artikel ini memecah satu macam 'keseimbangan'. Adapun sebelum ia dibuat sudah ada 959 artikel di blogspot ini, 909 di BERPETUALANG KE ACEH dan 888 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



3 ulasan:

Unknown berkata...

Boleh bagi location galeri ugik di SG Rambai

Unknown berkata...

Nak tanya daeng seru ade ke..sebab abah pernah ckp keturunan atuk daeng seru

cinta berkata...

Salam.. daeng telana/telani adalah orang yg sama, adik beradik kpd ayah daeng 5 bersaudara yg dtg ke tanah melayu....