Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Sunday, April 17, 2011

Selamatkan makam Harun Al-Rasyid, satu-satunya makam berbatu nesan Aceh yang masih wujud di Kuala Lumpur

Cerita ini boleh dikatakan bersambung dari Mencari makam panjang dan lain-lain di Jeram, Kuala Selangor.


Merujuk pada artikel Dari Putrajaya ke Semenyih dan Hulu Langat : Akhirnya bertemu batu nesan Aceh di Kuala Lumpur! yang dibuat 5 hari lalu, tengahari Jumaat 2 hari lepas saya dan isteri tergerak untuk menziarahi makam Harun Al-Rasyid lagi. Kali ini kami dapat duduk dan berbual lama dengan anak penjaga makam. Terkeluarlah beberapa maklumat tertentu...


Keluar dari kawasan makam saya masuk ke Jalan Pahang lalu mengambil gambar masjid ini. Untuk makluman inilah satu-satunya masjid yang pernah saya temui memakai bentuk ukiran yang saya suka panggil sebagai lidah terjulur atau tergantung... atau nama rasminya papan kepala cicak. Lihat artikel Bentuk kepala cicak pada Masjid Jamiul Ehsan (The lizard head shape at Jamiul Ehsan mosque) yang dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) hampir setahun lalu.

Teringat pula perbualan dengan anak penjaga makam Harun Al-Rasyid. Katanya nenek-moyangnya dahulu adalah penjaga makam keramat yang dipanggil Nagore Sharif di India. Rujuk penulisan pada artikel Nagore Dargha Sheriff, Pulau Pinang yang dibuat bulan lepas. Datuknya kemudian berhijrah ke Pulau Pinang. Tahun 1930an dia datang ke KL lalu terjumpa makam Harun Al-Rasyid, katanya ketika itu di celah hutan, tak pun semak belukar...

"Datuk sayalah yang membina bangunan makam itu," katanya lagi. "Keluarga kami pun mula menjaganya." Melihat tahun yang diberi iaitu 1930an, terbetik di hati apakah ada kena-mengena dengan masjid di Jalan Pahang yang dibina 1933? Sambil itu teringat juga bahawa makam Sheikh Ismail di Pulau Besar, Melaka mula dipelihara dan dibina bangunan cantik sekitar tempoh itu juga. Sebelum itu ia cuma dikenali sebagai makam panjang oleh nelayan yang singgah. Mengikut ceritanya selepas itu ada orang mendapat alamat lalu menyampaikannya kepada Sultan Brunei. Kerabat baginda dikatakan bertanggungjawab membina bangunan dan membuat ia terkenal...



Dari Jalan Pahang kami masuk ke Jalan Gombak di mana saya bersolat Jumaat di masjid ini. Lihat artikel lama Masjid (Mosque of) Zaid bin Haritsah. Selepas itu saya pun menghantar isteri kembali ke pejabat.



Petang sedikit saya pergi ke sebuah stesyen minyak Shell untuk berjumpa seorang kawan. Asalnya janji untuk bertemu jam 4 petang, tengok-tengok masuk waktu itu beliau baru hendak keluar rumah dari Sungai Long berhampiran Kajang. Allah! Saya pun berjalan-jalan dahulu di sekitar. Tergerak untuk masuk ke Sungai Pusu melihat pemandangan. Lihat artikel The hills at Sungai Pusu di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


OK. Sejak keluar artikel saya mengenai kewujudan makam Harun Al-Rasyid yang memiliki satu-satunya batu nesan Aceh pernah saya lihat di Kuala Lumpur malah sekitar 70 km di sekeliling, ramai juga telah bertanyakan lokasinya. Tetapi saya tidak mahu memberitahu kerana tidak mahu ia dikacau oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Dalam pertemuan dengan anak penjaga makam tengahari Jumaat baru saya dapat tahu lokasi makam ini memang diketahui pihak berkuasa termasuk jabatan agama. Nampaknya mereka tidak berapa suka ia dijaga dan diziarahi orang ramai.


Saya juga dapat tahu baru bahawa baru beberapa hari ini keluarga penjaga makam mendapat surat mengatakan kawasan itu harus dikosongkan tidak lama lagi. Ini kerana menurut ceritanya tanah yang mengandungi makam telah dijual kepada satu syarikat yang mahu mendirikan sebuah sekolah Cina. Makam pula mahu dialihkan ke Puchong. 

Pada saya ini adalah satu lagi usaha untuk meminggirkan sejarah orang Melayu dan Islam kerana kewujudan makam dengan batu nesan Aceh yang menandakan ia berusia sekurang-kurangnya 200 tahun boleh dijadikan bukti bahawa penempatan orang Islam sudah lama wujud di Kuala Lumpur. Kalau ia dialihkan sepertimana ada usaha juga untuk mengeluarkan orang Melayu dari Kampung Baru atas nama pembangunan, ditakuti esok sejarah kita diubah dan ditipu langsung sehingga dikatakan seluruh Wilayah Persekutuan ini memang asal tempat duduk orang Cina dari zaman Yap Ah Loy, si kepala penyangak yang sering ditonjolkan sebagai peneroka awal Kuala Lumpur tahun 1850an.

Adapun kedudukan makam Harun Al-Rasyid ini adalah di satu bahagian Sentul yang sangat dekat dengan Sungai Gombak, bersebelahan dengan kawasan Flet Sri Terengganu. Boleh kelihatan rel LRT yang menyambungkan stesyen Titiwangsa dengan stesyen Sentul menyeberang sungai itu. Difahamkan dahulu rel LRT mahu dibina melalui kawasan makam tetapi percubaan merobohkannya tidak berjaya apabila jentolak sentiasa sahaja menghadapi masalah. Semoga Allah SWT terus melindungi kewujudan makam sebagai tanda keberadaan orang Islam secara umumnya, orang Melayu khususnya di Kuala Lumpur sejak sekian lama.

Oh. Kawasan sekitar rel yang kelihatan di mana terdapat satu jalan dari tepi Hospital Tawakal keluar ke hadapan stesyen bas Pekeliling mengingatkan bagaimana saya boleh tergerak buat pertama kali untuk pergi menziarahi makam Tok Pulau Manis di Kuala Terengganu tahun 2003. Lihat artikel Ustaz Wan Saghir, Khazanah Fathaniyah, perjuangan Islam dan aku... yang dibuat hampir 4 tahun lalu. Ada sedutan berkenaan yang diambil dari buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" yang ketika itu belum terbit, isinya masih menunggu giliran untuk disemak kembali kerana ketika itu buku kedua "Berpetualang ke Aceh : Membela syiar yang asal" baru sahaja keluar di pasaran. Hmm. Biar disalin sedutan dari artikel tersebut...

Pada satu hari tahun 2003, setelah selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Sungai Mulia di Batu 6, Jalan Gombak, Rasyid tergerak untuk berjalan kaki tanpa sebab menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur. Seperti biasa, apabila mendapat gerak dan getaran tertentu dalam hati, pemuda ini akan mengikut sahaja tanpa banyak soal kerana percaya akan ada hikmahnya nanti... Tentu akan ada sebab-musabab dan penemuan baru yang akan dibuat samada secara sengaja ataupun tidak. Maka dia pun berjalan tanpa henti menyusuri kesibukan serta hiruk-pikuk Jalan Gombak lalu masuk ke Jalan Pahang. Sampailah di sebuah masjid lama berusia 70 tahun, barulah berehat setelah hampir 8km berjalan tanpa henti.

Kebetulan sudah hampir masuk waktu Asar. Anak muda yang sedang cuba memperbaiki dirinya dengan mendekati kembali agama inipun menunaikan Rukun Islam yang wajib itu sebelum menyambung kembali perjalanan hampir 2km lagi ke Hospital Tawakal. Di sana gerak hatinya menyuruh membelok ke kanan pula. Lalu Rasyid pun menyusuri sebuah jalan yang belum pernah dilaluinya sebelum itu, tidak ingat nama jalan itu... Tetapi pemuda itu masih ingat, di dereten kedai yang dilaluinya, terdapat Restoran Haslam milik pengarah filem terkenal iaitu Yusuf Haslam.

Sampai ke penghujung deretan, selepas melalui perkarangan sebuah bangunan tunggal yang agak besar, terjumpa sebuah kedai cermin mata yang ada menjual buku-buku agama di satu sudut. Tergerak pula hendak singgah sebentar... Masuk sahaja ke dalam, anak muda yang sudah lama meminati bidang Tasawuf ini terus tertarik kepada sebuah buku... Terus ternampak buku itu yang terletak di tengah para walaupun terdapat banyak lagi buku serta bahan bacaan lain pelbagai rupa, warna dan saiz di sekeliling. Sebenarnya, buku itu adalah sebuah risalah photostat yang dijilid dengan kertas berwarna kuning sebagai kulit. Tidak ingat tajuk penuhnya... Yang pasti, ada tertera nama Tok Pulau Manis dengan terang di hadapan. Rasyid pernah dengar nama ini. Pemuda ini memang suka membaca kisah para wali Allah dan Tok Pulau Manis termasuk dalam golongan ulamak bernama besar di Tanah Melayu. Tetapi sebelum itu, dia tidak pernah berminat atau hendak mengambil tahu lebih lanjut tentang Wali Allah ini. Baru kali itulah tergerak untuk membaca sedikit tentangnya. Lalu dia mendapat tahu bahawa wali besar dan ulamak dahulukala dari Terengganu ini pernah menuntut ilmu di Aceh malah pernah berguru kepada Sheikh Abdul Rauf Singkel, anak murid wali besar Aceh Sheikh Hamzah Fansuri.

Tiba-tiba tubuh seluruh tubuh Rasyid bergetar. Mungkinkah ini satu petunjuk sebagai jawaban bagi doanya selepat solat Jumaat tadi? Jawaban bagi permohonannya kepada Allah SWT untuk disambungkan wasilah kerohanian sampai ke Aceh? Ini kerana pemuda berdarah Aceh ini mula mengenali dunia Tasawuf setelah terbaca ulasan dan syair-syair Hamzah Fansuri ketika berumur 18 tahun. Lalu terus timbul gerak untuk ke Terengganu, setelah mendapat tahu bahawa makam Tok Pulau Manis ini masih wujud di Kampung Pulau Manis, Kuala Terengganu.



OK. Masjid di mana saya mendapat gerak untuk berjalan kaki itu adalah masjid di Jalan Gombak yang ditunjukkan pada gambar ketiga artikel ini, masjid yang disinggahi waktu Asar selepas penat berjalan pula adalah pada gambar kedua. Allah! Ketika itu sekitar 8 tahun lalu saya meninggalkan masjid tersebut selepas solat Jumaat, 2 hari lepas pula saya bersolat Jumaat lagi di situ setelah beberapa lama tidak ke sana. Dalam perjalanan 8 tahun lalu saya bergerak menghala ke Kuala Lumpur, dari Jalan Gombak masuk ke Jalan Pahang lalu ke Sentul. Dalam perjalanan 2 hari lepas pula saya melawan arah, dari Sentul ke Jalan Pahang pergi ke Jalan Gombak.

Adapun anak penjaga makam Harun Al-Rasyid ada menyebut dua perkara yang mungkin ada kena-mengena. Satu, Harun in dikatakan datang dari Baghdad. Dua ini dipercayai berlaku sekitar 300 tahun lalu. Saya teringat ada kenyataan menyebut Tok Pulau Manis juga datang dari Baghdad. Kalau tidak pun beliau adalah keturunan seorang wali besar bernama Sharif Muhammad Al-Baghdadi yang memang datang dari Baghdad, orang yang dipercayai menulis Batu Bersurat Terengganu tahun 1303 Masihi begitu. Tok Pulau Manis diketahui hidup di Terengganu 300 tahun lalu. Entah-entah beliau dan Harun Al-Rasyid yang dimakamkan di Sentul itu saling mengenali, entah-entah saudara-mara, keturunan Sharif Muhammad juga?

Ah. Entah-entah saya berjalan kaki ke Sentul 8 tahun dahulu itupun kerana ada tarikan dari makam Harun Al-Rasyid tetapi belum mengetahuinya. Mungkin perjalanan Jumaat 2 hari lepas dibuat untuk melengkapkan satu pusingan selepas perjalanan hari Jumaat juga tetapi 8 tahun lalu dibuat melalui jalan yang sama tetapi berlawanan arah? Yang pasti hari ini saya mahu semua orang tahu di manakah kedudukan makam agar semua dapat melawat. Usahakanlah apa yang patut dan termampu agar makam tidak dirobohkan, satu simbol keIslaman di Kuala Lumpur tidak dihilangkan. Dengan ini biar diletakkan di bawah gambar yang mengandungi alamat makam, gambar yang sebenarnya telah diletakkan di dalam artikel Makam (Tomb of) Harun Al-Rasyid, Kuala Lumpur 5 hari lalu tetapi dengan alamatnya sengaja dihilangkan...



Nota: Dengan menggunakan gambar satelit yang dipaparkan melalui program Google Earth baru saya dapat menyemak dengan tepat. Perjalanan dari masjid di Jalan Gombak sehingga masjid di Jalan Pahang sebenarnya cuma memakan jarak 3 km bukannya 8 km seperti disebut pada sedutan isi buku. Maklumlah saya menulis dahulu cuma berdasarkan ingatan dan ketika itu terasa begitu jauh apabila berjalan kaki, tiada alatan seperti Google Earth untuk disemak balik kenyataan. Perjalanan dari masjid di Jalan Pahang sehingga membelok kanan di Hospital Tawakal pula 1.3 bukan 2 km. Pengunjung boleh datang ke makam Harun Al-Rasyid bila-bila masa tetapi pintu makam dikunci siang hari. Ia cuma dibuka jam 7 petang hingga malam. Harap maklum. :]









17 comments:

nik muaz said...

Salam merah silu,

sementelah saudara membuat kajian terhadap keraajaan perak, cuma mahu bertanya, tahukan saudara tentang seorang dari pengikut sultan , Imam mohd nor atau dikenali juga imam perang.

Saya agak samar tentang beliau, tetapi beberapa petunjuk adalah :

- beliau seorang mudim diraja hinggalah kezaman kanak2 sultan idris

- dikatakan membuang keturunan syed di sungai perak


- 2 bersaudara datang yang datang dari aceh, keturunan abang membentuk kepada susur galur yeop hambal yeop majlis, manakala keturunan imam perang menjadi mudim di raja

cuma sekadar bertanya

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Maaf saudara, saya tak tahu. Tapi cerita Syed bersaudara datang dari Aceh mengingatkan saya pada kisah sahabat berenam yang katanya punca nama Sabak Bernam. Cuba baca cerita ni... http://merahsilu.blogspot.com/2009/07/misteri-lubuk-pusing-dan-keramat-sheikh.html

sya said...

Sya berdoa semoga usaha utk memindah kan makam Harun Ar Rashid ni gagal..x lain x bukan usaha puak kiasu utk menghilang kan bukti2 org melayu yg membuka tanah Kuala Lumpur

bobwaltzco said...

salam bro..
ada hajat ingin disampaikan terus pada anda..sila telefon penjaga nyata makam tersebut..beliau ingin meminta sedikit bantuan dari saudara..tiada apa masaalah cuma anggaplah ibaratnya bersatu kita teguh..

bobwaltzco said...

saya yakin..batu nesan yg terdapat dimakam tersebut sebenarnya adalah batu nesan yg masih baru sesuai dengan zaman itu..mungkin..mungkin pada waktu tersebut ukiran batu nesan acheh amat popular terutama bg seseorang yg dianggap tinggi martabatnya disisi masyarakat...bg mengantikan batu nesan yg terdahulu sebelom itu.

saya pernah menziarah makam pendekar2 bukit tunggal jugra ( tak semua org tahu ujudnya makam2 lama disana selain makam sultan abd samad, raja berayun)..bg seseorang yg berminat untuk mengkaji sejarah batu nesan acheh tersebut saya syorkan kesana (kebanyakan makam 2 tersebut adalah dari batu nesan acheh)..carilah juru pandu terdiri dari org2 asli atau org lama..insyaAllah akan ketemu...jika saudara dpt melihat birat cina maka tempatnya adalah disebelah dan terlindung dari pandangan mata kerana pokok yg terdapat disitu.

tidak jauh dari makam raja berayun juga terdapat satu tapak rumah puteri mahsuri..maklumlh ketika itu jugra adalah jajahan kedah..(tak ramai yg tahu)klau silap tanya pasti ada org katakan nk cari rumah mahsuri carilah di langkawi..

saya yakin saudara sudah menziarah istana tua yang berdekatan dgn makam raja berayun..masih terdapat kesan2 peninggalannya (belakang kaw org menanam pokok buah naga)..

disana saya masih mencari pintu masuk ke gua kelawar yg dapat menghubungkan selangor dan melaka yg dijagai oleh 2 org yg nyata (pertapaan)..sudah lama benar mereka didalamnya (mengikut cerita)..insyaAllah jika diizinkan oleh Allah..ingin rasanya saya memasuki gua tersebut.

syabas saudara..saya masih muda dari umur saudara dan masih baru dlm hal2 begini tetapi saya juga amat berminat cuma tidaklah seperti saudara yg begitu aktif..saya doakan saudara dipermudahkan urusan bg generasi yang ada sekarang malah yang akan datang...sumber2 begini amat bernilai bg yg mahu menilainya.

salam..

sekitar kuala lumpur pula saya akan cb mencari ada 2 lg makam yg perlu diziarahi.. di ampang serta berdekatannya..satu dlm gua dan satu lg didlm kawasan birat cina dimana makamnya terletak diatas bukit..panjang juga makamnya (ini sahaja pembayang yg saya dpt)klau tak silap saya salah satu makam tersebut adalah bernama syeikh ahmad..

jln hang tuah, sg chincin serta bukit yg berdekatan angkasapuri (maaf sy lupa namanya)..sy yakin masih ada byk lg terutama yg berdekatan dgn lembah kelang..

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Terima kasih atas maklumat.

bobwaltzco said...

sama2

insyaAllah jika adA keizinan ingin juga menunjukkan pada saudara satu makam yg saya rasa belum lg di/terbongkarkan oleh mana2 individu. makam yg mempunyai batu tandanya (nesan) sebesar pemeluk dan lebih tinggi dari aku..sepasang suami isteri dan yg ketiga tak pasti siapa (dlm satu makam) serta deretan kubur2 lama mengelilinginya dan dlm 30 langkah kaki pula sebaris kubur lama2 memanjang (puluhan) juga hampir kesemua adalah batu granit(setinggi manusia). aku yakin dlm linkungan 1 hektar tanah tersebut dipenuhi oleh kubur2 lama berkenaan...bekas tapak masjid (asal sudah roboh..berdekatan dgn makam) dan yg kedua pula hanya kelihatan tapak sahaja..asas binaannya seperti sama dgn masjid tua masjid tanah)..ada juga terfikir adakah masjid ini lebih tua dari masjid kampung hulu melaka???
misteri itu masih belum terbongkar oleh mana2 pakar sejarah yg ada kerana rahsia ini seperti terkunci begitu rapi...
sudah puas aku mencari dlm tenet ini sesiapa yg berjaya temui tanah pemakaman ini...sehingga sekarang masih tiada...ALHAMDULILLAH...
aku rasa disinilah titik permulaannya pada satu sejarah yg terlalu besar dan hebat suatu masa dahulu...ditanah melayu ini.
ok bro..sekian..reply terakhir aku dlm blog ini..

Radzi Sapiee said...

OK. Bye!

mali said...

bila tengok gambar screenshot turasanya dekat sangat dengan ofis aya ni...mcm sebelah kawasan jagaan saya je tu..InsyaAllah jap agi saya ziarah jap..tq bro..

mali said...

dah pergi ziarah makam tu....mungkinkah akan kekal kerana berada dlm lingkungan pembangunan Taman Sari...lihat posting kat blog saya dgn tajuk ;"ziarah makam lama di kuala lumpur".

Radzi Sapiee said...

Dah tengok dah blog saudara. Makam tu dibuka malam, bermula time Maghrib tu. Nanti Sabtu ni ajak le kawan2 datang. Saja meriahkan suasana. Tentang bertahan ke tidak makam kita cuba aje apa yang boleh. Kalau sudah digazettekan sebagai warisan secara teorinya siapapun tak boleh kacau. Secara praktikalnya kita tak boleh kata apa le. Menteri Melayu kalau kena suap dengan Cina habis cerita...

mali said...

sabtu ni tk dptla bro, saya gi ipoh hari jumaat sampai ahad..ada hal sikit..kalau bro ada pergi time ofis hour inform la saya. pjbt sy kt situ je

Radzi Sapiee said...

OK. No hal...

bobwaltzco said...

Kerap sekali aku mengunjung makam ini setelah surat dari jab. ketua pengarah tanah dan galian telah dikeluarkan..pemindahan makam akan dilakukan..bila hanya Allah sahaja yang lebih mengetahuinya.

Ada yang mengatakan di Puchong..ermm
Aku harap makam ini dapatlah ditempatkan di Pulau Besar Melaka kerana inilah dipintanya dan kita sebagai orang yg nyata dptlah berusaha agar permintaan ini diusahakan..
sekitar pemakaman ini pun sudah kotor dan tidaklah hairan jika kita dpt melihat sekeliling dengan mata kita sendiri secara nyata..

Satu lg tempat bersejarah yang akan lupus seperti Gua Batu Cave yang telah jatuh ditangan penganut Hindu..

anak beringin said...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... semalam dpt ziarah makam sptmana diberitahu... syukur kerana mendapat izin dari tuan penjaga makam utk bacaan yasin,tahlil dan munajat... kemudian dijemput pula ke rumahnya bercerita sedikit sebanyak mengenai yg empunya makam...

terima kasih kepada tuan merah silu kerana menunjuk jln.

Anonymous said...

Salam sahabat2..

Makam wali Dato Harun masih ada lg di sana.
x tau kata ada makam wali di kl ni.
sy baru mai duduk kl sebulan..
sesat jalan nak blk rumah td..
mana tau dgn izin Allah sy terserempak signboard tu..
lps google sat td, baru npk blog ni cerita pasai makam syeikh ni..
apapun, semoga Allah memberkati Tuan2 semua..
Allah Malik...

Norshamsol Sham said...

Itulah selagi ada sejarah nak hapus kan