Assalamualaikum semua. Sempena hari ini hari terakhir bulan Syawal biar dilepaskan satu cerita berkenaan hari raya. Kiranya saya menurut kembali rancangan penceritaan yang telah dibentangkan melalui artikel Gambo lama Sekolah Sains dan rancangan bercerita seterusnya... yang dibuat 2 minggu lalu. Mari...
Pada malam 21 September 2009 iaitu masuk malam Selasa, hari raya ketiga berlangsunglah majlis pernikahan seorang sepupu di rumah keluarganya di Bukit Damansara...
Sepupu ini telah memilih seorang pemuda New Zealand yang kini menetap di Australia. Sekitar 2 tahun lepas, kakak kepada sepupu ini telah berkahwin dengan seorang pemuda Amerika berketurunan Albania iaitu sebuah negeri di bawah bekas negara Yugoslavia di Eropah. Seorang sepupu lain pula baru sahaja berkahwin dengan pemuda Amerika dari Texas hujung tahun lepas, seminggu selepas saya sendiri mendirikan rumahtangga baru...




Sesi pertemuan keluarga sebegini adalah unik untuk keluarga terdekat saya iaitu keluarga adik-beradik ibu. Pertemuan kali ini jadi lebih unik dan bermakna apabila ahli keluarga sepupu-sepupu ibu dari Singapura dan Batu Pahat dapat menghadiri, sekali lagi akibat perkahwinan sepupu yang mengumpulkan kami semua!


Untuk pengetahuan, keluarga sebelah ibu sering mengidentifikasikan diri mereka dengan bangsa Jawa. Walaupun hakikatnya, ayah kepada ibu begitu juga ayah-ayah kepada ramai sepupu ibu adalah berketurunan Bugis, ikatan keluarga sebelah ibu kepada ibu saya yang berasal dari moyang lelaki yang berhijrah dari Pekalongan, Jawa ke Singapura sebelum menetap di Muar nampaknya lebih kuat dan rapat.
Generasi pertama keturunan moyang ini adalah anak-anaknya iaitu generasi datuk saya. Generasi kedua ialah generasi cucunya iaitu generasi ibu saya dan sepupunya. Generasi ketiga meliputi saya, sepupu dan dua pupu. Generasi keempat meliputi anak-anak saya, sepupu, dua pupu dan tiga pupu mereka.

Rasanya mereka yang telah membaca siri buku "Berpetualang ke Aceh" dapat melihat betapa saya seperti lebih membesarkan dari diraja Aceh/ Melayu Perak yang mengalir melalui ayah, darah yang rupa-rupanya turut bercampur darah diraja Bugis. Kelihatan juga betapa saya seperti anti-Jawa, semuanya akibat marah dengan perbuatan pemerintah berketurunan Jawa di Jakarta yang dahulu seringkali membantai orang Aceh.
Sekarang, saya lebih akur bahawa saya turut memiliki darah Jawa. Sudah sampai masanya untuk saya mengkaji dan mendalami bahagian ini pula... lebih-lebih lagi saya banyak dibesarkan oleh keluarga sebelah ibu yang ibunya berbangsa Jawa. Tolak ke tepi fakta yang menyebut bapa kepada ibu berketurunan Bugis, saya sudah tahu susur-galurnya walaupun ada lompang sana-sini. Agaknya ini salah satu langkah agar diri dalaman saya lebih harmoni... dengan menyatukan betul-betul segala darah bangsa yang wujud dalam diri sendiri.

Asalnya buku tentang keluarga ini mahu dibuat untuk ahli keluarga sahaja. Tetapi apabila memikirkan pelbagai perkara menarik yang ada apalagi penceritaan sebenar bakal menjangkau 5 generasi keluarga (moyang dari Jawa yang lahir sekitar tahun 1870an gitu dan 4 generasi keturunannya) berlatar-belakangkan sejarah sekitar Muar, Johor dan Singapura, ada baiknya ia dijadikan buku lebih umum yang dapat dibaca semua.

Kebetulan ada tarikh menarik hari ni, 19/10/2009. Ada faktor 191. Hari tu anak saya lahir 13/10/2009, jadi le faktor 131 yang membawa makna home sweet home atau rumahku syurgaku buat diri ini. Pada sesapa yang nak tau atau recollect makna 191 buat saya, boleh baca artikel 911, 119 dan 191 (Hmm... Apa pula ini?) . Hmm... teringat juga faktor 191 di Aceh. Sila lihat artikel Benteng Laksamana Malahayati, kerajaan lama Lamuri dan satu rahsia yang tersembunyi... . Sekian...
6 ulasan:
Salam...
Suka betul Abg MS pakai seluar kotak-kotak tu ye... hehe
Wassalam Merbawi Jr.
Selesa dan sejuk le, lebih kurang macam pakai kain pelekat gak tapi lagi ranggi dan lasak. Dedulu pernah gak beberapa kali round bando pakai kain pelekat naik moto beso. Tapi problem le sebab kain kena sengseng paras lutut sebab ada engine ngan tangki kat tengah. Risau je angin tiup kain terangkat...
La ni pakai seluo kotak-kotak settle. Nikmat yang sama dapat diperolehi tanpa rasa was-was. Heh! :]
identiti tersendiri.. banner kot?
ada selai jer ke!
basuh tak tu!
kuang kuang kuang.
Rasanya ada le dalam 5 helai gak stok baru seluar cerut kotak2 beli sebelum bulan puasa. Itu le yang dibuat recycle semenjak dua menjak ni. Stok dulu 2-3 helai dah koyak tak boleh selamat dah. Ada satu tu kain suma elok, cuma part punggung aje dah tipis sangat asyik gesel ngan simen agaknya.
Seluar ni banyak kenangan mengembara. Last2 potong kasi jahit, isi kekabu jadi bantal baby. Yang specialnya, kekabu pun beli sebelah kawasan makam keluarga Datuk Aroom di Melaka yang banyak pakai batu nesan Aceh! Kebetulan singgah situ, tengok2 ada rumah waris ada 2-3 pokok kekabu...
ada selai jer ke! basuh tak tu! kuang kuang kuang.
Catat Ulasan