Pagi semasa bersarapan Profesor Othman telah menalifon saya memberitahu dia sudah balik dari Aceh dan berada di Arkib Negara. Rupa-rupanya dia telah melihat artikel-artikel dan blogspots saya tentang batu nesan yang dimaksudkan. Lihat Dari Putrajaya ke Semenyih dan Hulu Langat : Akhirnya bertemu batu nesan Aceh di Kuala Lumpur! dan Selamatkan makam Harun Al-Rasyid, satu-satunya makam berbatu nesan Aceh yang masih wujud di Kuala Lumpur. Atau terus ke Makam (Tomb of) Harun Al-Rasyid, Kuala Lumpur di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Saya berharap agar beliau yang memiliki pengaruh dan memang minat batu Aceh agar dapat berbuat sesuatu untuk memastikan makam tidak dirobohkan atau dipindahkan. Ini kerana ia satu simbol kewujudan awal penempatan Islam di Kuala Lumpur...
Saya turut tertarik dengan peta Sundaland yang dibentangkan (lihat di atas). Untuk makluman Sundaland adalah satu terma merujuk pada bentuk mukabumi yang dipercayai adalah bumi Asia Tenggara beribu tahun dahulu (saya terlupa jika Profesor Mokhtar ada menyebut tahun, saya tidak mengambil apa-apa catatan sebaliknya menulis berdasarkan ingatan semata-mata). Berdasarkan pembacaan lalu saya rasa peta ini merujuk pada keadaan mukabumi 70,000 ribu tahun lalu. Kalau tak salah ingatan pemetaan dibuat berdasarkan kedalaman Pentas Sunda (bahagian yang ditenggelami air kini termasuk Laut China Selatan) yang purata 600 kaki dalam.
Dipercayai pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan akibat perubahan cuaca mendadak telah menyebabkan paras air meningkat sehingga 600 kaki lalu muncul bentuk mukabumi sekarang. Tetapi saya ada pendapat lain tentang ini. Saya percaya bentuk mukabumi zaman itu lain sedikit dari yang dibentangkan kerana perubahan bukan berlaku semata-mata kerana peningkatan paras air sebaliknya diiringi banyak faktor lain seperti pergerakan plet benua, gempa bumi, letusan gununng berapi, mendapan tanah dan sebagainya. Ini belum bercampur lagi faktor-faktor lain yang bersifat mistik lalu tidak boleh diterima sains seperti peperangan juga penglibatan makhluk jin dan manusia-manusia sakti yang diberi ilmu oleh Allah sehingga boleh mengubah mukabumi dengan kekuatan zahir dan batin sepertimana orang zaman sekarang boleh meruntuhkan bukit dan membuat tasik serta aliran sungai baru melalui penggunaan jentera berat. Dan lagi kalau berdasarkan kajian Al-Quran bumi pernah ditenggelami air ketika berlaku banjir Nuh. Tetapi ia surut pada paras tertentu untuk menerbitkan bentuk mukabumi baru.
Apapun saya telah banyak kali melihat peta Sundaland ini dikemukakan dalam beberapa bacaan. Cuma kali ini saya lebih tertarik kerana ia menyertakan aliran sungai purba yang dipercayai sebegitu rupa zaman itu dan ia memang boleh dianggarkan jika kita dapat memeta segala ceruk mukabumi, tinggi dan dalam seperti boleh dilakukan melalui teknologi satelit masa kini...
Menurutnya kajian menunjukkan Sungai Perak telah beralih aliran di hulu sebanyak 5 kali. Ini menyebabkan wujud bekalan batu-batu sungai yang banyak boleh dijadikan kapak dan berbagai alatan lain oleh manusia awal lalu mereka pun bertumpu ke situ.
Namun saya rasa agak canggung mendengar pembentangan awalnya. Walaupun tanpa menyebut kes tertentu dan nama, kenyataan Profesor Nik Hassan kelihatan menidakkan dan memperkecilkan hasil-hasil penemuan yang dibuat Profesor Mokhtar. Antaranya tentang apakah betul yang ditemui berjuta tahun itu manusia sedangkan menurut Al-Quran Nabi Adam tidaklah turun seawal itu...
Saya malas hendak memanjangkan tentang definisi manusia atau makhluk seperti manusia dengan terma-terma antropologi seperi homo erectus, neanderthal man, cro-magnon dan homo sapiean sapiean kerana nanti perlu bercerita panjang lebar tentang kewujudan "Adam-adam sebelum Nabi Adam". Kalau mahu diselarikan penemuan sains dengan pemahaman Al-Quran kelak saya perlu membuat rujukan kepada salah satu kitab Ibnul Arabi yang boleh mengelirukan pemahaman orang awam. Secara rata kelihatan pada saya seolah adalah pertarungan intelektual antara senior seperti Nik Hassan dengan junior atau orang baru seperti Mokhtar. Selain beberapa kali menyatakan agar berhati-hati dengan kesahihan penemuan baru beliau ada menyebut malah tertulis dalam slide pembentangan beliau kata-kata yang membawa makna (maaf, saya terlupa perkataan sebenar kerana menulis berdasarkan ingatan) begini : "Hormatilah orang lama. Ambil rujukan dari mereka."
Profesor Nik Hassan kemudian menyentuh keberadaan kerajaan-kerajaan awal seperti Langkasuka, Funan dan Champa. Kelihatan pada saya beliau menyokong kuat teks-teks sedia seperti yang sudah dipakai, kalau tak salah saya sejak dua dekad lalu. Maaf Prof... apakah profesor rasa tergugat dengan penemuan-penemuan baru juga teori-teori dan pendapat yang boleh dilihat diperbincangkan melalui Internet oleh pelbagai pihak kebelakangan ini? Tak mengapa Prof. Saya rasa walau apapun terjadi orang baru tetap akan menghormati orang lama seperti Prof. Kan sudah menjadi kebiasaan dalam dunia akademik apabila penemuan baru menidakkan teori lama? Ini tidak sekali-kali memperkecilkan penemuan orang lama. Bahkan orang baru dapat menjana ilmu terkini pun disebabkan pengorbanan orang lama lalu mereka mendapat faedah dari penemuan orang lama selain ditolong alatan teknologi baru yang lebih canggih.
Kalau tak salah ingatan Profesor Albert Enstein yang cukup terkenal dengan General dan Special Theory of Relativity (ingat formula E=mc2?) pernah menyebut begini (saya lupa pepatah sebenarnya, saya ambil maksud yang difahami dari pengajian dan pembacaan lama dahulu) : "I got here because I'm standing on the shoulder of giants" . Maknanya : "Saya sampai ke peringkat ini kerana berdiri di atas bahu gergasi." Ini kerana walaupun banyak penemuan Albert Enstein telah menulis semula malah boleh membatalkan kajian Albert Newton yang dibuat 400 tahun lebih awal, semua itu hanya dapat dibuat kerana wujudnya kajian Newton sebagai asas untuk melonjak lebih maju jauh ke hadapan, ibarat bahu gergasi menjadi tempat pijak agar dapat berdiri untuk melihat lebih tinggi....
Antara yang mahu ditanya adalah...
1. Apakah terjadi pada kajian yang dibiayai kerajaan Melaka dan diumumkan tahun lepas bahawa kerajaan Melaka bermula dari 1262 Masihi bukan sekitar 1400 M seperti dipakai sekarang? Kenapa senyap... kenapa tidak kelihatan tindakan susulan?
2. Apakah pendapat tuan-tuan tentang kajian seperti yang dibuat Profesor Arysio Santos bahawa Atlantis terletak di Asia Tenggara? Bagaimana pula tentang Lemuria...
Hmm. Rasanya saya juga mahu bertanya sesuatu tentang Langkasuka juga kewujudan kerajaan awal melalui perspektif Hikayat Merong Mahawangsa. Tapi lupa dah camana rupa pertanyaan. Biasa le saya... menulis terus dari ingatan dan gerak rasa. Kalau terlupa dan terlepas tu saya anggap takda rezeki le. Cukuplah menulis artikel ini ya. Yang penting saya seronok semalam sehingga walaupun tak cukup tidur, walaupun lebih 3 jam cuba mencernakan pelbagai maklumat yang agak berat saya mampu pula berjalan kaki lebih 6 km kemudian walhal sudah lama tidak bersenam dan berjalan apalagi berlari sejauh itu. Lihat artikel My first long walk in KL after a while di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. :]
11 ulasan:
Baru teringat. Satu lagi yang saya ingin tanya adalah tentang satu batu bersurat yang ditemui di Beruas tahun 80an atau 90an. Apa jadi kat ia? Kenapa senyap? Apa yang tertulis. Bagaimana pula Batu Bersurat Singapura? Batu yang mana agaknya ada tertulis kata2 Raja Suran tentang seorang anak cucunya yang akan dapat mengeluarkan harta-benda yang ditanamnya di satu tempat dipercayai di semenanjung ini?
hoi, mai arkib dah dekat ngan opis aku dah tu. awat tak call?
menyampah betul ngan golongan sejarahwan tua yang tak abes2 ngan maklumat lapuk diorg tuh... belum lagi orang tanya pasal maklumat2 dari internet yg macam Srikandi tulis kat Mistisfiles tuh. mau berasap diorg dalam majlis tuh...
nape wahai orang tua??!! tercabar ke??!!! pasai pertahankan maklumat2 lapuk tulah ramai orang Melayu takde jatidiri & keturunan pendatang makin naik tocang. pasal tak paham sejarah....
Salam...
Abg MS, apa maklum balas Prof. Othman Yatim dalam pertemuan tu?
Biasa lah tu...
tajuk majlis pun POLIMIK SEJARAH.Sampai bila pun takkan selesai berepolimik.
Tapi akhir zaman bumi akan terus mengeluarkan segala isi-isinya.....kita tunggu!
Jeniang tu kat Kedah, keluar highway Gurun kona kanan staright ja akan jumpa pekan Jeniang
afif apitlani
ciss!!!! awat la depa ni tak jemput aku... buta sejarah betoi la depa ni semua!!!
Zam, Prof Othman memang teruja. Tu yang dia call saya pagi tu sebelum acara bermula. Dia tak tahu masa tu saya dah datang arkib. Pas tu dia kata dia dah bincang dengan beberapa orang sejarawan. Kita tengoklah nanti apa tindakbalasnya. Saya percaya kalau beliau masih kuat lagi sifat akademik mesti beliau akan berbuat sesuatu untuk mempertahankan makam yang setakat saya tahu memiliki satu-satunya batu nesan Aceh di Lembah Kelang.
Megat: Saya nampak 3 orang pakai uniform Jejak Jawi II ke hapa yang nak jelajah 7 negara ke utara. Diaorang tu kan puak2 hang jugak. Apsal diaorang tak habak?
boleh letak background yang gelab tak dapat baca
Background ni dah cukup gelap, segala paparan cukup terang bagi kebanyakan pembaca. Saya sudah semak bagaimana rupa blogspot pada setting biasa kalau menggunakan web browser Internet Explorer juga Google Chrome. Saya juga telah melihat melalui komputer2 lain termasuk di pejabat dan Internet Cafe di beberapa tempat dan pernah mencuba satu dua browser yang dah tak ingat nama. Kelihatan tiada masalah kecuali mungkin ada jenis browser yang menyebabkan paparan kelihatan lain atau setting yang bukan2 (perkara biasa bagi mereka yang mahu menekankan sifat individu masing2 kononnya lain dari yang lain, tukar setting warna, tukar resolution dan entah apa lagi tapi mengharapkan setiap paparan cukup cantik untuk mata mereka kemudian menyalahkan orang lain apabila ia tidak kena)...
Di dlm kitab Al Anabaya, Raja Suran menyebut "Pada akhir zaman lagi akan jadi seorang raja drpd anak cucuku. Ialah yg bernama Aradamana dan ialah yg menaklukkan segala negeri yg dibwh angin".
Catat Ulasan