Hmm. Sebelum disambung balik siri "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur" biar dilepaskan satu lagi artikel selingan...
Semalam pagi Selasa saya dan isteri pergi ke Wisma Warisan di Arkib Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Sambil itu saya seronok memerhatikan beberapa arca yang ada di ruang rehat luar terutama arca berbentuk hulu keris yang kalau tak salah ingatan dipanggil Tajong, juga dikenali sebagai Hulu Pekaka.
Melihatkan acara belum bermula kami pergi sebentar ke bilik VIP. Bukan apa, mahu menunjukkan gambar batu nesan Aceh yang baru ditemui di kawasan Sentul terutama kepada VIP utama dan pengerusi majlis Profesor Datuk Dr. Othman Yatim. Untuk makluman hasil kajian beliau seperti dipaparkan pada buku "Batu Aceh : Early Islamic gravestones in Peninsular Malaysia" menjadi rujukan para sarjana seluruh dunia. Saya sendiri mula mengenali batu nesan Aceh apabila terjumpa senaskah buku tersebut di perpustakaan daerah Raub, Pahang kira-kira 7 tahun lalu.
Pagi semasa bersarapan Profesor Othman telah menalifon saya memberitahu dia sudah balik dari Aceh dan berada di Arkib Negara. Rupa-rupanya dia telah melihat artikel-artikel dan blogspots saya tentang batu nesan yang dimaksudkan. Lihat Dari Putrajaya ke Semenyih dan Hulu Langat : Akhirnya bertemu batu nesan Aceh di Kuala Lumpur! dan Selamatkan makam Harun Al-Rasyid, satu-satunya makam berbatu nesan Aceh yang masih wujud di Kuala Lumpur. Atau terus ke Makam (Tomb of) Harun Al-Rasyid, Kuala Lumpur di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Saya berharap agar beliau yang memiliki pengaruh dan memang minat batu Aceh agar dapat berbuat sesuatu untuk memastikan makam tidak dirobohkan atau dipindahkan. Ini kerana ia satu simbol kewujudan awal penempatan Islam di Kuala Lumpur...

Sejurus kemudian para VIP pun masuk. Kelihatan di barisan hadapan orang-orang lama yang merupakan ahli Persatuan Sejarah Malaysia.
Hadirin berdiri hormat menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku. Turut hadir ahli-ahli persatuan sejarah beberapa buah negeri, pensyarah dan pelajar beberapa buah universiti dan kakitangan arkib sendiri.
Ketua pengarah Arkib Negara Dr Samsiah Muhamad memberikan kata-kata aluan. Rupa-rupanya ini adalah acara polemik yang ke 24 telah diadakan di sini sejak 2-3 dekad!
Naik ke pentas untuk mengambil tempat duduk adalah para pembentang kertas kerja, Profesor Dr Mokhtar Saidin, Profesor Datuk Dr Nik Hassan dan Dr Mohd. Supian berserta pengerusi majlis Profesor Othman.
Oh. Polemik atau pembentangan dan perbincangan berkisar di sekitar topik kerajaan dan penempatan awal di Semenanjung Malaysia sebelum tahun 1400 Masihi. Kiranya kita mahu mencari jatidiri Melayu sebelum muncul keSultanan Melaka yang dikatakan mula berdiri sekitar tahun itu. Profesor Mokhtar membuka pembentangan dengan tajuk "Penempatan awal Semenanjung Malaysia sebelum 1400 M".
Menariknya beliau membawa kita untuk menyorot penemuan arkeologi yang menurut perkiraan saintis berlaku berjuta tahun lalu. Satu penemuan yang dibuat kira-kira 3 tahun lalu dimaklumkan kembali kepada khalayak di mana di Bukit Bunuh, Perak telah dijumpai bukti sudah ada penempatan awal manusia yang boleh membuat kapak batu 1.83 juta tahu lalu, mengalahkan penemuan terawal sebelum ini iaitu 1.5 juta tahun di Afrika!
Saya turut tertarik dengan peta Sundaland yang dibentangkan (lihat di atas). Untuk makluman Sundaland adalah satu terma merujuk pada bentuk mukabumi yang dipercayai adalah bumi Asia Tenggara beribu tahun dahulu (saya terlupa jika Profesor Mokhtar ada menyebut tahun, saya tidak mengambil apa-apa catatan sebaliknya menulis berdasarkan ingatan semata-mata). Berdasarkan pembacaan lalu saya rasa peta ini merujuk pada keadaan mukabumi 70,000 ribu tahun lalu. Kalau tak salah ingatan pemetaan dibuat berdasarkan kedalaman Pentas Sunda (bahagian yang ditenggelami air kini termasuk Laut China Selatan) yang purata 600 kaki dalam.
Dipercayai pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan akibat perubahan cuaca mendadak telah menyebabkan paras air meningkat sehingga 600 kaki lalu muncul bentuk mukabumi sekarang. Tetapi saya ada pendapat lain tentang ini. Saya percaya bentuk mukabumi zaman itu lain sedikit dari yang dibentangkan kerana perubahan bukan berlaku semata-mata kerana peningkatan paras air sebaliknya diiringi banyak faktor lain seperti pergerakan plet benua, gempa bumi, letusan gununng berapi, mendapan tanah dan sebagainya. Ini belum bercampur lagi faktor-faktor lain yang bersifat mistik lalu tidak boleh diterima sains seperti peperangan juga penglibatan makhluk jin dan manusia-manusia sakti yang diberi ilmu oleh Allah sehingga boleh mengubah mukabumi dengan kekuatan zahir dan batin sepertimana orang zaman sekarang boleh meruntuhkan bukit dan membuat tasik serta aliran sungai baru melalui penggunaan jentera berat. Dan lagi kalau berdasarkan kajian Al-Quran bumi pernah ditenggelami air ketika berlaku banjir Nuh. Tetapi ia surut pada paras tertentu untuk menerbitkan bentuk mukabumi baru.
Apapun saya telah banyak kali melihat peta Sundaland ini dikemukakan dalam beberapa bacaan. Cuma kali ini saya lebih tertarik kerana ia menyertakan aliran sungai purba yang dipercayai sebegitu rupa zaman itu dan ia memang boleh dianggarkan jika kita dapat memeta segala ceruk mukabumi, tinggi dan dalam seperti boleh dilakukan melalui teknologi satelit masa kini...

Profesor Mokhtar menunjukkan peta Sundaland untuk menyokong teori mengapa boleh muncul penempatan awal di Bukit Bunuh, mengapa tidak di tempat lain. Peta Sundaland menunjukkan kewujudan kuala sungai utama berhampiran Aceh untuk menggantikan kedudukan Selat Melaka yang belum lagi wujud ketika itu dan salah satu cabang merupakan Sungai Perak dengan puncanya di selatan Thailand berdekat kawasan Grik dan Lenggong.
Menurutnya kajian menunjukkan Sungai Perak telah beralih aliran di hulu sebanyak 5 kali. Ini menyebabkan wujud bekalan batu-batu sungai yang banyak boleh dijadikan kapak dan berbagai alatan lain oleh manusia awal lalu mereka pun bertumpu ke situ.

Profesor Mokhtar turut menunjukkan satu penemuan paling baru. Katanya inilah fosil tulang manusia yang baru ditemui di Bukit Bunuh 3 hari lalu (4 hari kalau campur hari ini) dan gambar ini belum lagi ditunjukkan di mana-mana. Kiranya kami yang hadir adalah orang pertama melihatnya selain pasukan arkeologi yang diketuainya.
Katanya lagi manusia awal di Bukit Bunuh itu akhirnya terbunuh apabila gunung berapi besar di Sumatera meletus lalu membentuk Danau Toba 70,000 tahun lalu. Letusan itu dipercayai menyebabkan asap debu yang merupakan gumpalan tanah dan isi bumi yang dimuntahkan menutup atmosfera di separuh bumi selama lebih seminggu. Asap debu yang turun membentuk lapisan lumpur sedalam 12 meter! Penemuan tinggalan dan bukti penempatan awal dapat dibuat apabila kawasan yang terlibat dikorek dengan teliti.
Rasanya ramai sudah tahu tentang penemuan tapak ketamadunan seawal 1 Masihi berserta kilang-kilang melebur besi di sekitar Sungai Batu, Kedah, penemuan yang dibuat tahun lepas dan dihebahkan di serata media. Profesor Mokhtar mendedahkan betapa banyaknya kesan tamadun berteknologi tinggi (untuk zaman itu) yang ada. Dan ia bersambung sehingga jarak 40 km ke Jeniang, Kedah (saya pun tak tahu kat mana sebenarnya).
Pembentang seterusnya ialah orang lama dalam dunia arkeologi negara, Profesor Nik Hassan.
Namun saya rasa agak canggung mendengar pembentangan awalnya. Walaupun tanpa menyebut kes tertentu dan nama, kenyataan Profesor Nik Hassan kelihatan menidakkan dan memperkecilkan hasil-hasil penemuan yang dibuat Profesor Mokhtar. Antaranya tentang apakah betul yang ditemui berjuta tahun itu manusia sedangkan menurut Al-Quran Nabi Adam tidaklah turun seawal itu...
Saya malas hendak memanjangkan tentang definisi manusia atau makhluk seperti manusia dengan terma-terma antropologi seperi homo erectus, neanderthal man, cro-magnon dan homo sapiean sapiean kerana nanti perlu bercerita panjang lebar tentang kewujudan "Adam-adam sebelum Nabi Adam". Kalau mahu diselarikan penemuan sains dengan pemahaman Al-Quran kelak saya perlu membuat rujukan kepada salah satu kitab Ibnul Arabi yang boleh mengelirukan pemahaman orang awam. Secara rata kelihatan pada saya seolah adalah pertarungan intelektual antara senior seperti Nik Hassan dengan junior atau orang baru seperti Mokhtar. Selain beberapa kali menyatakan agar berhati-hati dengan kesahihan penemuan baru beliau ada menyebut malah tertulis dalam slide pembentangan beliau kata-kata yang membawa makna (maaf, saya terlupa perkataan sebenar kerana menulis berdasarkan ingatan) begini : "Hormatilah orang lama. Ambil rujukan dari mereka."
Profesor Nik Hassan kemudian menyentuh keberadaan kerajaan-kerajaan awal seperti Langkasuka, Funan dan Champa. Kelihatan pada saya beliau menyokong kuat teks-teks sedia seperti yang sudah dipakai, kalau tak salah saya sejak dua dekad lalu. Maaf Prof... apakah profesor rasa tergugat dengan penemuan-penemuan baru juga teori-teori dan pendapat yang boleh dilihat diperbincangkan melalui Internet oleh pelbagai pihak kebelakangan ini? Tak mengapa Prof. Saya rasa walau apapun terjadi orang baru tetap akan menghormati orang lama seperti Prof. Kan sudah menjadi kebiasaan dalam dunia akademik apabila penemuan baru menidakkan teori lama? Ini tidak sekali-kali memperkecilkan penemuan orang lama. Bahkan orang baru dapat menjana ilmu terkini pun disebabkan pengorbanan orang lama lalu mereka mendapat faedah dari penemuan orang lama selain ditolong alatan teknologi baru yang lebih canggih.
Kalau tak salah ingatan Profesor Albert Enstein yang cukup terkenal dengan General dan Special Theory of Relativity (ingat formula E=mc2?) pernah menyebut begini (saya lupa pepatah sebenarnya, saya ambil maksud yang difahami dari pengajian dan pembacaan lama dahulu) : "I got here because I'm standing on the shoulder of giants" . Maknanya : "Saya sampai ke peringkat ini kerana berdiri di atas bahu gergasi." Ini kerana walaupun banyak penemuan Albert Enstein telah menulis semula malah boleh membatalkan kajian Albert Newton yang dibuat 400 tahun lebih awal, semua itu hanya dapat dibuat kerana wujudnya kajian Newton sebagai asas untuk melonjak lebih maju jauh ke hadapan, ibarat bahu gergasi menjadi tempat pijak agar dapat berdiri untuk melihat lebih tinggi....

Pembentang seterusnya adalah Dr. Supian yang terus menumpukan perhatian pada kerajaan Kedah. Melalui pemerhatian amatur saya, walaupun terlibat sendiri dalam kerja-kerja arkeologi beliau mengambil pendekatan yang lebih berkonsepkan senibina atau arkesiktur (architecture, saya masih janggal dengan penggunaan sesetengah perkataan Inggeris yang diMelayukan).
Apapun, ia adalah satu majlis yang mengujakan. Kelihatan isteri saya meminta Profesor Othman menandatangani buku "Batu Aceh" yang saya beli dari sebuah muzium di Labuan tahun lepas. Lihat artikel lama Lawatan tak dijangka ke Brunei - Pusing satu pulau... kaitan Labuan dengan Dinasti Al-Kamil?.
Sebenarnya selepas tamat sesi pembentangan oleh 3 jemputan ada sesi soal-jawab. Setiap hadirin boleh mengemukakan soalan pada kertas yang diberi semasa awal majlis lalu disampaikan kepada pengerusi pada penghujung majlis. Saya sendiri ada beberapa soalan tetapi ingin menyuarakannya secara terus. Sayangnya majlis harus ditamatkan jam 12.30 dan masa yang ada hanya cukup untuk menjawab soalan di kertas.
Antara yang mahu ditanya adalah...
1. Apakah terjadi pada kajian yang dibiayai kerajaan Melaka dan diumumkan tahun lepas bahawa kerajaan Melaka bermula dari 1262 Masihi bukan sekitar 1400 M seperti dipakai sekarang? Kenapa senyap... kenapa tidak kelihatan tindakan susulan?
2. Apakah pendapat tuan-tuan tentang kajian seperti yang dibuat Profesor Arysio Santos bahawa Atlantis terletak di Asia Tenggara? Bagaimana pula tentang Lemuria...
Hmm. Rasanya saya juga mahu bertanya sesuatu tentang Langkasuka juga kewujudan kerajaan awal melalui perspektif Hikayat Merong Mahawangsa. Tapi lupa dah camana rupa pertanyaan. Biasa le saya... menulis terus dari ingatan dan gerak rasa. Kalau terlupa dan terlepas tu saya anggap takda rezeki le. Cukuplah menulis artikel ini ya. Yang penting saya seronok semalam sehingga walaupun tak cukup tidur, walaupun lebih 3 jam cuba mencernakan pelbagai maklumat yang agak berat saya mampu pula berjalan kaki lebih 6 km kemudian walhal sudah lama tidak bersenam dan berjalan apalagi berlari sejauh itu. Lihat artikel My first long walk in KL after a while di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. :]

Baru teringat. Satu lagi yang saya ingin tanya adalah tentang satu batu bersurat yang ditemui di Beruas tahun 80an atau 90an. Apa jadi kat ia? Kenapa senyap? Apa yang tertulis. Bagaimana pula Batu Bersurat Singapura? Batu yang mana agaknya ada tertulis kata2 Raja Suran tentang seorang anak cucunya yang akan dapat mengeluarkan harta-benda yang ditanamnya di satu tempat dipercayai di semenanjung ini?
BalasPadamhoi, mai arkib dah dekat ngan opis aku dah tu. awat tak call?
BalasPadammenyampah betul ngan golongan sejarahwan tua yang tak abes2 ngan maklumat lapuk diorg tuh... belum lagi orang tanya pasal maklumat2 dari internet yg macam Srikandi tulis kat Mistisfiles tuh. mau berasap diorg dalam majlis tuh...
BalasPadamnape wahai orang tua??!! tercabar ke??!!! pasai pertahankan maklumat2 lapuk tulah ramai orang Melayu takde jatidiri & keturunan pendatang makin naik tocang. pasal tak paham sejarah....
Salam...
BalasPadamAbg MS, apa maklum balas Prof. Othman Yatim dalam pertemuan tu?
Biasa lah tu...
BalasPadamtajuk majlis pun POLIMIK SEJARAH.Sampai bila pun takkan selesai berepolimik.
Tapi akhir zaman bumi akan terus mengeluarkan segala isi-isinya.....kita tunggu!
Jeniang tu kat Kedah, keluar highway Gurun kona kanan staright ja akan jumpa pekan Jeniang
BalasPadamafif apitlani
ciss!!!! awat la depa ni tak jemput aku... buta sejarah betoi la depa ni semua!!!
BalasPadamZam, Prof Othman memang teruja. Tu yang dia call saya pagi tu sebelum acara bermula. Dia tak tahu masa tu saya dah datang arkib. Pas tu dia kata dia dah bincang dengan beberapa orang sejarawan. Kita tengoklah nanti apa tindakbalasnya. Saya percaya kalau beliau masih kuat lagi sifat akademik mesti beliau akan berbuat sesuatu untuk mempertahankan makam yang setakat saya tahu memiliki satu-satunya batu nesan Aceh di Lembah Kelang.
BalasPadamMegat: Saya nampak 3 orang pakai uniform Jejak Jawi II ke hapa yang nak jelajah 7 negara ke utara. Diaorang tu kan puak2 hang jugak. Apsal diaorang tak habak?
boleh letak background yang gelab tak dapat baca
BalasPadamBackground ni dah cukup gelap, segala paparan cukup terang bagi kebanyakan pembaca. Saya sudah semak bagaimana rupa blogspot pada setting biasa kalau menggunakan web browser Internet Explorer juga Google Chrome. Saya juga telah melihat melalui komputer2 lain termasuk di pejabat dan Internet Cafe di beberapa tempat dan pernah mencuba satu dua browser yang dah tak ingat nama. Kelihatan tiada masalah kecuali mungkin ada jenis browser yang menyebabkan paparan kelihatan lain atau setting yang bukan2 (perkara biasa bagi mereka yang mahu menekankan sifat individu masing2 kononnya lain dari yang lain, tukar setting warna, tukar resolution dan entah apa lagi tapi mengharapkan setiap paparan cukup cantik untuk mata mereka kemudian menyalahkan orang lain apabila ia tidak kena)...
BalasPadamDi dlm kitab Al Anabaya, Raja Suran menyebut "Pada akhir zaman lagi akan jadi seorang raja drpd anak cucuku. Ialah yg bernama Aradamana dan ialah yg menaklukkan segala negeri yg dibwh angin".
BalasPadam