Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Februari 10, 2010

Jalan-jalan anak-beranak : Kuala Selangor sebagai tempat pembukaan...

Dalam artikel Akan datang: Petualangan Al-Rasyid ke Aceh! saya ada menyebut akan membuat satu siri kecil baru sebelum bercerita tentang perjalanan terbaru saya ke Aceh dengan isteri yang turut disertai anak kecil kami Al-Rasyid. Setelah beberapa hari termangu-mangu malas hendak menulis biarlah dimulakan siri baru itu. Ini dia...


Pada suatu hari awal bulan Disember tahun lepas, sekali lagi saya tergerak untuk membawa isteri dan Al-Rasyid berjalan-jalan ke Bukit Melawati di Kuala Selangor...


Kali ini kami turut membawa 2 orang anak kami yang lebih tua, Erin dan Haziq serta 2 orang sepupu mereka...

Adapun 2 orang anak kami ini bersekolah di Kelantan dan duduk bersama sepupu-sepupu ini di rumah seorang bapa saudara. Alhamdulillah, untuk cuti sekolah hujung tahun mereka dapat kembali ke rumah kami di Bandar Tasik Puteri. Dapatlah kami membawa mereka berjalan-jalan...


Maka dapatlah dimulakan satu siri perjalanan yang boleh dikira menggabungkan unsur-unsur "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan" yang dibuat bersama Erin dan Haziq ketika Al-Rasyid sudah 8 bulan 'menetap' di dalam perut dengan "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan..." yang dibuat sebaik sahaja isteri tamat tempoh pantang melahirkan anak. Sebab itu siri baru ini cuma dapat dimulakan setelah links untuk artikel-artikel yang membentuk dua siri terdahulu itu telah berjaya dikumpulkan. Lihat Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan" dan Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan"...



Apapun, yang penting anak-anak kami dapat bersama berjalan-jalan dan nampaknya sepupu-sepupu mereka juga seronok dengan keadaan.




Kami singgah sebentar di tepi jambatan yang menyeberangi Sungai Selangor... ada sebuah warung kecil untuk kami makan ringan.





Malam harinya kami berjalan-jalan ke Kampung Kuantan untuk melihat populasi kelip-kelipnya yang dikatakan antara yang terbesar di dunia!




Kami kembali ke rumah lewat malam. Kelihatan Al-Rasyid begitu kepenatan. Cukuplah ini sebagai pelincir merangkap pembuka penceritaan...


28 ulasan:

ahmad berkata...

Salam kepada Tuan dan keluarga,
Buku rumah Azan sudah dalam simpanan saya. Belum sempat membaca sekadar melihat sepintas lalu.
Lebih elok sekiranya dijelaskan evolusi Rumah Azan di Nusantara, namun begitu syabas ke atas usaha tuan.
Maaf sekiranya saya tidak berlaku adil kepada hasil kerja tuan. Mungkin disebabkan didikan formal saya sebagai Arkitek maka saya lebih peka kepada senibina Masjid.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Tak mengapa. Untuk rujukan tuan buku "Seni bina masjid di dunia Melayu - Nusantara" tulisan Abdul Halim Nasir mungkin lebih sesuai dan terpelajar. Cuba cari di Perpustakaan Negara. Buku "Rumah Azan" sekadar satu usaha terpinggir seorang insan kecil untuk memartabatkan makna Melayu dan Islam. Paling baik pun ia cuma mampu menyalak bukit Demokrasi tajaan Zionisma pencemar sejarah dengan harapan ada yang sudi menyalak sama mendapatkan perhatian! :]

ahmad berkata...

Saudara Radzi,
Terima kasih kerana sudi menerima pandangan saya. Namun begitu ilmu pada tuan melebihi saya dari banyak segi, termasuk usaha tuan dalam pencarian dan penyampaian ilmu.
Buku tulisan Abd Halim Nasir saya dah baca semasa belajar lagi pada 1984 - 85 (tak ingat sangat tahun sebenar).

Abgcengkih berkata...

Radzi, kalau kau masih ingat aku, forumer harmonisers!, aku tinggal kat KS, dah 2 tahun, kalau aku tau kau nak kemari, aku tunjukkan kau kubur Selangor, dalam versi lisan yg aku dpt, dia nilah isteri Tua Raja Lumu, (dalam versi muzium atas Bukit tu dikenali Opu Chendera Burung)masa nak bukak negeri....leh kau masukkan dalam buku kau...tempat/kubur uzur terbiar yang memilukan. Kau kan suka lawat kubur...

p/s engko semak la siapa opu cendera burung, laki ke pompuan.

Radzi Sapiee berkata...

Hmm. Memang ada sebut kat muzium tu yang Opu Chendera Burung ni perempuan dan katanya beliau adalah ketua orang Bugis Selangor sebelum Raja Lumu naik menjadi Sultan. Confuse gak sebab Raja Lumu tu kan anak Daeng Chelak ibni Opu Tanderi Buring Daeng Rilaka. Mungkin ada mereka yang lebih tahu apa makna sebenar title Opu Tanderi Buring juga Chendera Burung untuk menerangkan keadaan.


p/s: Oleh kerana engkau tahu pasal Kuala Selangor, boleh cerita tak makam sapakah ini dan apa-apa lagi le yang patut?

http://merahsilu.blogspot.com/2010/01/bukit-bukit-berhantu-di-kuala-selangor.html

Abgcengkih berkata...

Err aku tahu pasal Kuala Selangor? Hish ko niii....kalau aku tau dah lama aku buat buku cam ngkau..ahaha. Gini Dari bukit Malawati ,menganjur sepanjang Sungai selangor iaitu Pasir Penambang, Permatang Raja, Bukit Belimbing, Bukit Raja, naik ke hulu semuanya adalah penempatan orang melayu asalnya. Sebelum itu, rantau ini adalah didiami oleh golongan orang asli. Jadi maklumlah, memang dari dulukala penempatan disepanjang sungai . Disepaqnjang lokasi itu penuh dengan tapak perkuburan lama. In fact Bila kau pergi ke Kelip-kelip tu, via jalan Haji Omar, dan kau terus bergerak kedepan, jalan tu akan tembus balik ke jalan Raja Muda Musa, sepanjang jalan itu kau akan nampak lagi keompok kuburan lama. Mungkin ko terlepas tak jumpa Kg Permatang, Kalau dari Bukit Belimbing, ada simpang kecil ke kiri kat satu selekoh, sana didiami oleh ramai Otai Bugis dan tok Syed.(dalam silsilah kan Ada anak Raja Selangor kawen ngan Tok Syed Jambul BenYahya.)Ko dok ler kat Masjid tua sana, Kelilingnya kubur belaka , dan banyak yang pakai nesan Acheh. Buatler interbiu. Umumnya orang sini akan mengatakan bahawa rata rata kubur itu adalah pejuang yang bersama sama dengan pemerintah. Pusat pemerintahan atas bukit, kerabat kerabat dik kat seberang sungai, Kg permatang. Hantu yang ada pun dok berlegar dari sepanjang laluan yang sama. Pun buaya sumpahan ada bermain dikawasan yang sama.

Abgcengkih berkata...

Maaf pasal ejaan yang kelam kabut, maklum la aku bukannya penulis...huhu. Ceritera lisan lain yang dapat aku feed kat engkau adalah berkaitan perkaitan silsilah dengan warathah. Perang Klang yang tercetus versi buku dikatakan berpunca dari pergaduhan anak penggalah batubara dengan bugis. Lojik ker..sampai seluruh selangor perang? Versi lisan adalah kerana fitnah tohmahan yang dibuat keatas adinda permaisuri, isteri kepada Marhum Sultan Abdus Samad. Punca fitnah adalah kerana Raja Lumu tidak punya anak lelaki! Terjadilah pergelutan kuasa, on top of peperangan dengan penjajah!
Dan sekali pada tahun 80 an meriam kecik kat atas Bukit Malawati pernah meletup sendiri, habis gempar!!!Katanya alamat negeri ditimpa bencana besar. Walhal...berapa banyak bencana/perang dan pergelutan..apasal sekali tu jer letupnya. Yang tersirat...ada waris asal telah mengambil/mengangkat mandi istiadat. Bukan raja pun..orang biasa gitu-gitu jer...

Radzi Sapiee berkata...

Hmm. Banyak gak kau tahu ni... sambung le lagi!

Cuma aku musykil, bagaimana pulak kaitan fitnah terhadap permaisuri Sultan Abdul Samad dengan cerita Raja Lumu takda anak laki2? Sedangkan setahu aku Sultan Abdul Samad tu pangkat cicit pada Raja Lumu, anak kepada Raja Abdullah ibni Sultan Ibrahim ibni Sultan Salehuddin @ Raja Lumu.

Malah Raja Lumu ada 2 orang anak laki2 yang dikenali ramai, Sultan kedua Selangor Sultan Ibrahim dan adindanya Raja Nala kalau tak salah ingatan. Yang aku tau punca Perang Saudara Selangor memang ada kena-mengena dengan kenaikan Raja Abdul Samad sebagai Sultan ke 4. Sebabnya anak2 lelaki Sultan Muhammad iaitu Sultan ke 3 tak puas hati menantunya Raja Abdul Samad pulak diangkat jadi raja.

Apapun Sultan Abdul Samad tu bukan orang lain pun. Baginda kawin sepupu dan masih anak cucu Raja Lumu.

Abgcengkih berkata...

Brader....kaitannya adalah sakit hati ler. Dengki. Tapi begitulah ceritera lisannya, raja Lumu tak ada anak lelaki, waris kedua dan ke 3 tu saudara mara juga bukannya anak. Memang marhum Sultan Abdus Samad tu bukan org lain, sedara mara dekat jugak malah menantu raja Lumu!. Aku bila dah pening dengan cerita tu aku tak korek dalam lagi...aha...tak de beban tak kuasa nak cari pasal. Konklusinya ada kebarangkalian pengubahsuaian dalam silsilah. Namun tak la cacat mana, to be fair, pasal yang naik takhta masih ada titisan darah yang sama, anak cucu keluarga besar Jad Azmatkhan yang seiring dengan keluarga besar Fagih Muqaddam.

Hal sebegini adalah lumrah dalam lipatan hidup manusia sebagai anak adam. Sampai la ni...gilanyalah orang terhadap kuasa dunia!

Cuba kau cari buku Perang Klang, Sultan Abdul Samad telah pindah ke Tamasya, Jugra - semua perjawatan dan istiadat dan peralatan dibatalkan! Malah dibawa masuk Ulama besar spt Syeikh (tengku) Ibrahim( refer-mengenal roh-cetakan doyan shipping)dan termasuk Syed Masyhor sepupunya dari Pontianak. Ketika itu pemerintahan Selangor adalah meliputi dari Sungai bernam, sebahagian Pahang terutamanya Raub, hingga ke Melaka! Malah Pawang Nong yang terkenal memagar Gunung Tahan adalah waris walak jua.

Reinstatment of semua istiadat dengan rujukan kepada Perak, negeri dengan darah 3 keluarga raja berasingan, dilakukan oleh sultan Sulaiman, dan antara protokol menceritakan betapa Pak Syed dan Sharifah itu samataraf dengan kerabat.

Pun begitu pendapat luar menganggap buku tersebut adalah propaganda "menutup" internal affairs, satu langkah politikus dengan menghidangkan apa yang bersesuaian bagi pihak tertentu.

Abgcengkih berkata...

Ada terowong antara Bukit Malawati Ke pintu laut, yang telah ditutup. Bukit malawati pemes dari dulu bagi pencari harta mistik. Sekitar ni ada lagi yang menyimpan keris Temiang, ada lah beberapa kali aku nampak lampu hijau terbang!Keluarga waris pawang besar/ panglima dulukala masih ramai disini, ada yang aku kenali, dan masih kena berancak setahun sekali.

^^~::RadenCilik::^~^ berkata...

Salamsss...

Hmmm..Salam Kenal Abg Cengkih...la dok kuala selangor gak ke? wah2 bleh la kite sembang2 kat kedai kopi..sy blanje..sy dok assam jawa je...

Bab terowong bukit malawati tu mmg dah ditutup.takut kalao ada korban jiwa katanya.stakat sy tahu ada la org2 ckp penah masuk ke dalam gua tu..mmg bleh tembus ke pintu laut cuma sebahagian gua tu berair dan kadar oksigen dibawah paras air tu tipis..stakat ni tak tau la law ade yg bjaya menembusi sampai kehujung..

ada juga terowong dr bukit belanda sebelah makam anak dara tu...juga yg dikatakan bleh tembus ke bukit malawati dan pintu laut juga katanya..

smentara dah dok kg nih..bleh la diusahakan skit ape yg terdaya..stakat ni bru bru bukit jeram,bukit hospital,bukit belanda,bukit malawati,bukit belimbing dan byk lg kan..bukit hospital tu yg ada makam kan bang..lupa sape namenya makam sape...

:)

^^~::RadenCilik::^~^ berkata...

Bang Cengkih..ni no saya 0176698857.
Kalau takde keberatan ada perbincangan malam ni,kira2 nk jemput sekali lah nih..:)

Abgcengkih berkata...

Salam kembali pak Raden. Kalau nak bercerita tentang terowong tu rasanya Bob Kerapu Naga kontraktor yang buat rennovation keseluruhan bukit tu lebih maklum, dialah yang meranapkan sebahagian perigi kat situ (atas arahan ler), dan convert tapak Istana lama jadi Muzium. Itupun dia ambilalih job dari kontraktor dari Bukit Kuching yang tak tahan angkernya bukit itu dulu.

Makam kat bukit hospital itulah yang diperkatakan sebagai makam Opu Cendera Burung, sedangkan nama itu gelaran Daeng Rigala? Itu makam seorang perempuan, orang asli asal, isteri yang dikahwini Raja Lumu, dan negeri dinamakan sempana namanya. Itlah cerita lisan yang datang bukan dari penduduk Kuala Selangor tapi dari titisan waris walak kesultanan. Keluarga diraja selangor kan besar, bertaburan seluruh daerah, hatta yang merantau pun banyak. Ada yang menunjukkan identiti, ada juga yang lebih suka hidup seperti marhain, sambil memelihara keindahan mutiara keilmuan yang dipusakai.

terima kasih atas jemputan tu Pak Raden, saya ni malam malam sibuk...dok tersadai kat jembatan carik udang atau ikan..lenkali jer la ya...(bukan apa, seriau sikit banyak sangat klik-klik tertentu dengan motif dan interest yang berbeza, bagi saya...memancinglah keutamaannya )

taufiek86 berkata...

makam yg terbiar & tiada org yg menjaganya. Sangat kesian. Jalan yg leh masuk kat makam 2 pun dh tertutup oleh kayu2 pokok yg dah tumbang..harap ade pihak yg peka utk membersihkan makam 2.
Dpt jln senang utk masuk pun OK r..Bab bersihkn ramai yg prihatin cm Raden Cilik dgn Abgcengkih..hehe..
jgn mara ye... =)

^^~::RadenCilik::^~^ berkata...

Wasalam Pak Cengkih,

Hmmm...Tk ada apa yang nak diseriaukan.Sy ni takde kepentingan apa2 pun.Skadar menyahut panggilan cuma.Sy cuma ingin menyambung cebisan demi cebisan yang dah terlerai disana sini buat diri sendiri bukan untuk dijaja mengharap belas sesiapa.Bukan mashyur dipinta atau harta segunung intan dicari.Sudah aku tinggalkan semuanya berlalu.Sekadar tahu dimana diri ini menyusuri dan diselusuri.

Kalau sibuk tak mengapa,bebila dirasakan ada kelapangan ingin berkongsi pada sy yg masih putik jagung ni besar sungguh tapak tangan sy lapangkan.Kalau dok tersadai di jembatan mengail udang galah atau ikan sembilang,ikan senangin,gelama atau dilayan duri atau belukang tu entah tak tersedar rupanya bersebelahan jua kita adanya.tak mengenal rupa atau suara.walau hakikatnya didalam blog ini kita berbicara.Usahlah gusar mengenal saudara kerna menyambung silaturrahim tu kan tuntutan. :)

Begitulah kita2 ini,sy tak nafikan mmg begitu kuat tarikan untuk menafikan hakikat diri sejak sekian lama.Bukan hanya pak cengkih saja, malahan ramai lagi sedarah sedaging sebegitu adanya titik langkahnya.

Boleh sy tahu kontraktor bukit kuching yang mana satu terlibat kerna sy punya saudara juga disana?

Ada beberapa persoalan yg sy nak tanya dengan abgcengkih berkenaan beberapa individu,gua bukit malawati,keris temiang dan beberapa perkara lagi yang sy rasa tak sesuai diutarakan disini.itupun jika ada kesudian abg cengkih bertemu.

P/s: Abg cengkih ni tinggal di jalan klinik ke? :) kalu mengail2 tu calling2 la ye..mana tau bleh mengail sambil bercerita.. :) Sembilang dan gelama pisang ada menggila lagi di jembatan tu?

^^~::RadenCilik::^~^ berkata...

Abg Cengkih,

Kalu di bukit hospital itu makam daeng rigala.Yg di pasir penambang tu yg berhampiran pokok besar digerai air kelapa dan pasar ikan pasir penambang tu makam siapa?

Dan Makam Daeng Lakani pula dimana ya? Apa abg Cengkih pernah pergi ke makam2 lama di mukim pasangan dekat jalan raja musa tu? di kg nyiur dan kg lubuk katanya.

Tanpa Nama berkata...

Macam nak tunjuk pandai aja Raden Cilik ni, perasan terror tu

Abgcengkih berkata...

Aiseh man, makam usang keliling tembok simen! Pak Raden baca komen terdahulu dan fahamkan yer.

Saya tak mampu untuk melanjutkan komen kerana kehabisan maklumat(lapang dada aku). Ada baiknya ditelunsuri setiap persoalan berkaitan kepada/melalui Persatuan Bugis Kuala Selangor, rujukan http://melayukah-aku.blogspot.com/2009/05/mari-sertai-persatuan-anak-bugis-kuala_9667.html atau sesiapa yang merupakan waris ASAL.

^^~::RadenCilik::^~^ berkata...

Salam,

TQ ye Abg Cengkih ngan info2 tu.

Utk Anonymous : Terima Kasih atas kritikan itu. Semua ilmu datang dariNYA.Saya bukan nak tunjuk terror.Jika ada kelihatan sepertinya saya pohon maaf.Saya bukan nak mendabik dada skadar berkongsi adanya.

P/S: Sorry bang MS sekiranya ter'over' dengan pengetahuan yg sedikit nih.

Radzi Sapiee berkata...

Hmm. Saya kenal sangat si RadenCilik ni. Beliau cuma berminat mencari sejarah juga, takda kepentingan lain.

Berbalik pada AbangCengkih. Refer pada statement engkau terdahulu...

Reinstatment of semua istiadat dengan rujukan kepada Perak, negeri dengan darah 3 keluarga raja berasingan, dilakukan oleh sultan Sulaiman, dan antara protokol menceritakan betapa Pak Syed dan Sharifah itu samataraf dengan kerabat.

Apa yang engkau tahu pasal 3 keluarga raja berasingan kat ni? Sebab menurut yang aku tahu, itulah punca sebenar sistem giliran raja di Perak... sebab pernah terjadi perebutan dan peperangan antara kerabat berdarah diraja Perak/Melaka dengan kerabat Bugis juga kerabat Aceh lalu untuk settlekan problem mereka setuju untuk menggilirkan takhta. Selain itu mereka berkahwin beripar-duai dan sebagainya juga lalu dalam salasilah kemudian dinyatakan sebagai adik-beradik atau bapa dengan anak, walhal yang sebenarnya adik-beradik ipar ngan mentua dan sebagainya. Tetapi fakta ini sengaja dikaburkan agar generasi sekarang tidak tahu punca sebenar sistem penggiliran.

Setahu aku sistem ini mula diguna-pakai sekitar tahun 1740an Masihi bertepatan dengan kemunculan Daeng Selili dan Daeng Hanasah di Perak. Dalam tempoh masa yang sama juga sejarah menyatakan Raja Lumu ibni Daeng Chelak dapat merajai Selangor dengan perkenan dan nobat Sultan Perak.

So AbangCengkih, cite sikit apa versi yang engkau dengar pasal 3 keluar berlainan Perak nih...

Fida Anggun berkata...

Salam..

Lor..Raden jangan berkecil hati atas kritikan Anon tuh..teruskan berkongsi info dgn kami..

Abgcengkih berkata...

Keluarga pertama Raja yang mentadbir Pulau Perak,kedua Raja yang mentadbir sekitar Manjong,dan ketiga anak raja Melaka, dimana beliaulah yang mengusulkan pendamaian sehingga muafakat untuk satu sistem penggiliran. Hakikatnya semua mereka itu Raja Raja ANAK BUGIS (kalau tak takder la nak muafakat). Apa maksudnya ANAK BUGIS? tanya tuan Raden Cilik. Takat tu jer info, maaf org yang bukan waris nih cuma leh selit selit macam sambal belacan- pada hidangan nasi.

Fida Anggun berkata...

hmmm..

Raden and AbgCengkih, nampaknya kena buat perjumpaan untuk warga Bugis plak ni..

Atas nama persaudaraan ..amacam Tuan Tanah,boleh ker?heheheh

^^~::RadenCilik::^~^ berkata...

Salam,

Sy tak de ape2 lah tak merajuk pun.Skadar selalu mengingatkan diri jgn slalu terlepas pandang pd diri sendiri.

Mmg byk sirnya disini lah kak,nampaknya kene bersambal belacan ajalah kita.. Kalo nak bergulaikan udang galah pancingan abgcengkih kita ada baiknya kita berjumpa. :)

Hmm..Ala abgcengkih..sy nih x pandai la..bertatih pun semput lagi.haha..

Abgcengkih berkata...

Huhu...Sebenarnya soal warga bugis Radzi lebih maklum, dia tau apa yang tertulis kat makam Daeng Parani, dan dia lebih tau mana nak cari waris walak. Dan rasanya pertanyaan Radzi lebih kepada affirmation, dimana dalam forum cari.com atau arkibnya sebahagian besar persoalan telah digali secara ilmiah oleh peserta disana.

Buat Raden Cilik ada dari kalangan waris anda memberi satu ungkapan, ibarat mencari ilmu didisko..apa dapatnya? huhu...anda diminta meraikan masjid bagi mencapai maksud petanda -petanda yang pernah anda dapati, insyaAllah melalui waris walak anda sendiri juga..huhu.

Pedasnya sambal belacan jawa ni yerk..huhu.

Tanpa Nama berkata...

Bagus la basi basa abg cengkih. Aku salute lah! Abg cengkih, pasal rungutan di blog abgcengkih tu, kenapa tak melapor aja di ADUAN RAKYAT, mesti dapat kerjasama, maklum mereka itu skrg dah ber KPI.

^^~::RadenCilik::^~^ berkata...

Salam...

Kirim salam kat waris walak saya tu abg cengkih..ye lah nak beli ubat nyamuk kat pasar jual ikan mana nak dapat ye tak? hehe.. takpe2....ucap salam juga kat tukang2 masak abg cengkih tu yer..sedap resepi masakan tu...

sambil-sambil menggulung rokok...
ditambah dengan cengkih asli...
sambil2 mengenal pokok...
dapat kita mengenal diri...

:)

Angela Smith berkata...

Hmm. Banyak gak kau tahu ni... sambung le lagi! Cuma aku musykil, bagaimana pulak kaitan fitnah terhadap permaisuri Sultan Abdul Samad dengan cerita Raja Lumu takda anak laki2? Sedangkan setahu aku Sultan Abdul Samad tu pangkat cicit pada Raja Lumu, anak kepada Raja Abdullah ibni Sultan Ibrahim ibni Sultan Salehuddin @ Raja Lumu. Malah Raja Lumu ada 2 orang anak laki2 yang dikenali ramai, Sultan kedua Selangor Sultan Ibrahim dan adindanya Raja Nala kalau tak salah ingatan. Yang aku tau punca Perang Saudara Selangor memang ada kena-mengena dengan kenaikan Raja Abdul Samad sebagai Sultan ke 4. Sebabnya anak2 lelaki Sultan Muhammad iaitu Sultan ke 3 tak puas hati menantunya Raja Abdul Samad pulak diangkat jadi raja. Apapun Sultan Abdul Samad tu bukan orang lain pun. Baginda kawin sepupu dan masih anak cucu Raja Lumu.