Assalamualaikum semua. Sukacita dimaklumkan bahawa saya dan isteri telah berjaya menamatkan satu perjalanan ke Aceh dengan membawa anak kami Muhammad Al-Aminul Rasyid yang sudah pun masuk umur tiga setengah bulan. Alhamdulillah, banyak perkara yang mungkin tergantung daripada perjalanan lalu (lihat artikel Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur... ) dapat diselesaikan dalam perjalanan kali ini. Turut bersama ialah seorang teman yang sudah lama menyimpan hasrat untuk menziarahi tempat-tempat tertentu di bumi Serambi Mekah itu. Perjalanan yang dimulakan Rabu lepas sepatutnya tamat Ahad lalu tetapi dengan kuasa Allah, ia dipanjangkan sehingga ke hari Isnin... rupa-rupanya agar kami dapat meluangkan lebih masa di suatu lokasi utama.
Dalam perjalanan kali ini juga saya akhirnya dapat menunaikan solat Subuh di Masjid Raya Baitur Rahman. Selain itu, kami dapat melawat beberapa tempat yang saya terlepas pandang dalam perjalanan lalu juga naik ke kawasan pergunungan di mana terdapatnya sebuah tasik luas yang dikenali sebagai Danau Laut Tawar dengan bandarnya Takengon, masing-masing terletak pada ketinggian lebih 4,000 kaki daripada paras laut. Insyaallah satu siri baru tentang pengembaraan ini akan dibuat nanti. Tapi sebelum itu biarlah dilepaskan dahulu satu siri perjalanan kecil yang dibuat Disember lalu di mana kami bukan sahaja ada membawa Al-Rasyid berjalan malah turut ikut sama adalah abangnya Haziq dan kakak, si Erin. Sekian buat masa ini! :]
3 ulasan:
Haha...Rasyid debab. Geram nengoknye.
salam bapak radzi sapiee, dalam ratusan/banyak2 gambar maqam yang di tenung hanya maqam sultan malikus saleh dan maqam habib nuh sahaja yang saya dapat merasakan 'sesuatu' terutama dari segi warna batu nisan bukan bentuk dan kawasan sekitarnya terasa 'sejuk' melihatnya.
salam..comel nyer rasyid..;)hehe.. abg nk tanya skit buku azan ngan ahlul bait susah btul la nk jmpa dkt area penang..border,mph ngn pop pun xdak..pasar mlm lg la..
bka dulu pun kena pi smpai masjid india..br dapat..lg 1 nk tanya
kot2 la abg tau ttg cita 2 beradik bertaraf wali yg berasal dr pulau gunung berapi di aceh merantau ke seluruh nusantara berdakwah..dikatakan hang tuah,wali9 pun pernah berguru dgn mereka..
dan mereka pernah menjadi panglima sebuah kerajaan besar suatu ketika dulu..cita skit bang klau tau..
Catat Ulasan