Dari Telaga Simpul di Kemaman, kami mengambil jalan pantai untuk terus menghala utara ke Kuala Terengganu... lalu di tepian kilang besi Perwaja yang dahulu ada macam-macam cerita...
Hujan jadi selebat ketika saya mencari Masjid Kampung Tuan di Kemaman tengahari itu. Ada masanya susah hendak melihat jalan walaupun wiper sudah dipasang pada kelajuan maksimum untuk menyapu air. Beginilah keadaan dilihat dari dalam kereta ketika sampai di bandar Kuala Berang...
Kami masuk ke kiri, seberang Sungai Berang sebelum singgah di masjid jamek Kampung Buluh untuk menunaikan solat...
Masjid ini terletak di hadapan tanah perkuburan Islam dan masjid lama yang tidak lagi digunakan... teringat sekitar 2004 gitu apabila seorang kerabat tua diraja Terengganu membawa saya ke masjid ini sebelum ke beberapa tempat yang ada makna tersendiri. Kerabat yang dikenali sebagai Engku Sayyid Mohsin ini disebut orang sebagai seorang keramat hidup! Yang pasti orangnya zuhud, selalu mengembara sendirian menaiki kereta Proton buruk yang dah kemek sana-sini tetapi sempat menolong menyelesaikan masalah orang-orang kampung di pendalaman.
Saya pun bersolat sementara isteri menunggu di luar. Saya pernah bermalam di masjid ini juga di masjid lama dalam siri-siri pengembaraan terdahulu.
Tujuan sebenar kami ke Kuala Berang adalah untuk ke sebuah kawasan bukit yang terpencil...
Bukit di Hulu Terengganu ini dipenuhi dusun...
Tak ramai yang tahu, di atas bukit ini juga terletak sepasang makam lama. Selain ingin menziarahi makam ini, saya mahu memastikan jika ia sama dengan makam dalam sebuah mimpi isteri, mimpi di mana disebut makam itu berusia 1,000 tahun.
Isteri saya terus deja vu. Memang makam ini serupa dengan yang di dalam mimpi. Bezanya dalam mimpi ia dikelilingi sempadan kayu, di sini ia cuma dikelilingi batu.
Oh, makam siapakah ini? Sila baca cerita-cerita lama berkaitan...
Masuk ke markas sebuah kumpulan "perjuangan akhir zaman"... Apa yang ingin dibuat di sana?
Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17...
Dari sekitar makam boleh kelihatan Sungai Terengganu menghampir hulu ke empangan Tasik Kenyir...
Kemudian baru kami kembali ke Kuala Berang, lalu balik di Kampung Buluh. Kelihatan dalam gambar adalah kompleks Batu Bersurat Terengganu. Di sekitar inilah batu lama berukiran kata-kata serta undang-undang Islam yang dipercayai ditulis tahun 1303 Masihi itu ditemui orang zaman moden.
Pada mulanya saya merancang mahu singgah di sini selepas menziarahi makam. Tetapi memandangkan ketika lalu di sini pun dah lepas jam 6 petang sedangkan kami mahu menziarahi beberapa lagi tempat yang lebih penting, kami pun terus menyambung perjalanan...
Apapun, kami boleh bernafas lega pergi ke tempat-tempat lain kerana ziarah ke makam terpencil atas bukit adalah yang paling penting dalam rancangan kami ke Terengganu. Alhamdulillah, kami sempat sampai ke makam Tok Pulau Manis melalui jalan lama. Kami juga sempat pergi ke masjid dan makam Tok Ku Paloh di pinggiran bandaraya KT juga Pulau Wan Man untuk melihat Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal sepintas lalu sebelum sampai ke Pantai Batu Buruk hampir senja...
Kami berehat santai di Pantai Batu Buruk menikmati tiupan angin laut yang kencang tetapi nyaman sebelum berjalan-jalan di sekitar bandaraya...
OK, cukuplah saya menulis buat masa ini ya. Cerita perjalanan ke Pantai Timur ini akan bersambung dengan kisah pertemuan saya dengan bekas suami kepada isteri di Kelantan, dan pertemuan kami dengan anak-anak (anak isteri) setelah 2 bulan begitu tidak bersua kerana keadaan. Sekian... :]
1 ulasan:
makam ni dh tak terjaga & tak terurus dah. dah jadi semak samun & kawasan mainan sang b*b*...sedih...
Catat Ulasan