Masa di sekolah rendah pula saya selalu panjat tiang kawasan pejalan kaki yang ada bumbung, lari sorang-sorang atas bumbung lepas tu terus lompat ke bawah... Ada le tinggi 10-12 kaki. Masa sekolah menengah pula saya cuba lompat daripada tingkat 2... Alhamdulillah lepas... Cuba daripada tingkat 3. Dapat juga. Nak lompat daripada tingkat 4 tak berani... Rasanya tak boleh buat. Takut "terpele'ot" nanti! Sampai tingkat 3 pun jadilah... Lepas tu bila dah boring, saya panjat daripada bawah balik ikut tiang dan railing... Bila dah sampai atas, saya pun lompat lagi ke bawah...
Hmm... Tiba-tiba teringat semasa darjah 6. Seorang kawan sebaya saya pernah ikut memanjat pohon jejawi yang agak besar lalu jatuh daripada aras lebih 20 kaki, koma 2 minggu... Duduk dalam hospital sebulan lepas tu terus kepala teleng (senget sebelah) sampai sekarang. Ceritanya ada diabadikan dalam buku kedua saya, "Berpetualang ke Aceh: Mencari Syiar yang Asal". Ada diletakkan di sini, dalam posting-posting berikut yang dibuat Julai 2007 :-
MSD (Military, Spy, Detective)... Satu episod nakal seorang budak hyper-active
MSD (Military, Spy, Detective)... Tempat jatuh lagikan dikenang...
MSD (Military, Spy, Detective)... Akhirnya jadi kongsi gelap pula?
Tu le kerja saya dulu-dulu. Memang saya lasak dan ada pulak orang kata kepala "tergejal" gitu! Hehe... Sekarang ni umur dah masuk 38 tahun, exercise pun dah jarang... Boleh kata macam dah takda langsung! Selalu pulak kena sakit urat. Mana tak... Dalam keadaan badan dah tak fit macam dulu pun kadang-kadang saya bantai buat kerja mengarut juga. Contohnya akhir sekali saya layan memanjat bangunan tinggi adalah panjat menara telekomunasi setinggi hampir 200 kaki di Muar tanpa sokongan apa-apa alat-alat keselamatan sampailah ke penghujung paling atas. Kiranya kalau jatuh, kemungkinan untuk patah-riuk malah "gol" terus amatlah besar!
Gambar-gambar berkaitan ada saya letak dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH pada Oktober 2007, dalam posting bertajuk Views from on top a telecommunication tower in Muar... . Ceritanya pula di Text for Views from on top a telecommunication tower in Muar...
Lihat sendiri gambar-gambar itu dan bayangkan diri anda memanjat setinggi itu menaiki tangga-tangga besi yang licin akibat hujan sebelumnya tanpa apa-apa peralatan keselamatan yang mampu menyokong jika tersilap langkah. Dan bayangkan pula, petang sebelumnya, jantung saya pernah terhenti sedetik dua dan badan sakit gila... Akibat terjatuh pokok dan dihempapnya ketika cuba menyakat kera-kera di Tanjung Emas, Muar!
Semasa itu saya seronok melihat kera-kera itu bermain-main di sekitar dan pokok-pokok lalu terus berlari dan melompat memaut sebuah batang pokok yang saya anggar sebesar setengah pemeluk. Tidak disangka, pangkalnya rupa-rupanya sudah reput... Sebaik sahaja dapat memaut batang yang terkeluar menyendeng itu, saya terus menaikkan badan serta kaki pula mula memaut batang. Kononnya mahu menggantungkan diri secara terbalik dengan kaki memaut di atas seperti yang saya biasa buat apabila datang angin gila-gila ketika memanjat pokok...
Tengok-tengok terus batang pokok itu patah di pangkalnya... Hasilnya, bukan sahaja saya jatuh bedebuk dalam keadaan terlentang pada ketinggian tidak kurang 8 kaki malah turut dihempap batang pokok sebesar setengah pemeluk dan sepanjang sekitar 15 kaki! Bayangkan. Dan esoknya saya boleh pergi memanjat menara telekomunasi setinggi 200 kaki selepas hujan pula...
Rasanya sekarang ini saya mahu pencen daripada semua ini. Selain telah merasa jatuh pokok beberapa kali, saya juga pernah beberapa kali teruk jatuh motosikal juga jatuh akibat pelbagai aktiviti lasak lain seperti main ragbi zaman sekolah dan kolej. Kiranya nasib saya baik kerana belum pernah patah mana-mana bahagian tulang, belum pernah pengsan... Tetapi siapa tahu kesan segala ini terhadap sistem dalaman dan urat saraf? Maka kalau diikutkan, memang tubuh-badan saya sudah menanggung begitu banyak pukulan dan kesannya sebenarnya ada... Mungkin ini yang menyebabkan saya sekarang selalu sakit-sakit badan dan urat?
Apapun, saya cuma akan memanjat apabila perlu. Sementara itu untuk mereka yang ingin melihat saya memanjat, cukuplah disajikan video di bawah ya, diambil selepas melepasi kawasan Batu 18 Hulu Langat, hampir sampai ke Sungai Gabai... Sejurus sebelum masuk ke Negeri Sembilan melalui Kuala Klawang...
Inilah dia gaya "beruk" pencen sejurus sebelum aksinya dilihat 2 orang wanita yang lalu di situ... Selepas ini, klip-klip video tentang perjalanan di Negeri Sembilan akan bernada lebih serius... Tetapi tetap ada bahagian yang mana saya tak dapat tahan nak melayan gila... Maka terimalah semuanya seadanya ya! Selamat berehat hujung minggu!
3 ulasan:
kehkehkeh....kelakar lak tgk gbr beruk pencen tu...ana rasa cik kak dua orang tu control gelak je tgk ko MS....sib baik depa pompuan melayu terakhir...
:]
hahahah.. aku pun pelik, apasal lah kau suka sangat buat gaya beruk tu. Suka hati kaulah... asal bahagia..
Catat Ulasan