Masjid Kampung Dulang yang merupakan masjid pertama di luak Jelebu menandakan pembukaan penempatan terawal di daerah itu, didirikan sekitar abad ke 16 Masihi. Hmm... Rasanya tidak perlu ditambah penerangannya... Lihat sahaja klip-klip video ini ya...
Masjid Kampung Dulang...
Rupa-rupanya di luar masjid itu terdapat pula sebuah kawasan perkuburan yang ada kaitannya... Mari kita lihat sedikit...
Sedikit penerangan untuk menyedapkan hati sendiri... Kerana mungkin tersilap menyebut tentang Masjid Dulang ketika berada di Muzium Adat seperti dipaparkan dalam posting Kembara Negeri Sembilan: Asal usul nama Jelebu? Serta lawatan ke Muzium Adat di Kuala Klawang! semalam...
Dan akhir sekali, cerita kambing yang ditemui di jalan keluar daripada Masjid Dulang. Selamat malam! :]
2 ulasan:
Radzi, maaf kalaunya aku masuk untuk komen tentang Masjid Kuala Dulang ni. Kalau kau ingat dalam harmonisers dulu aku ada buat posting tentang tempat ini. Aku pergi ke Masjid ini bersama dengan penceritanya Pakcik Muhammad Bin Ayub waris Penghulu Makyah, Kg Paya Rumput Melaka.
Menurut beliau, masjid itu adalah "kawasan mainannya" dimana beliau pernah banyak menghabiskan masa disitu. Ada nilai sentimen kekeluargaan bagi beliau dimana menurutnya Moyangnya (Penghulu Makyah -perempuan dari perak) berkawan rapat dengan Mahali dan Annain. Persaudaraan mereka itu bermula di Kuala Lumpur, dimana ketika itu koloni awal dari orang Jawa mengusahakan tanaman nenas. Masjid Jamek Kl itu adalah atas inisiatif Mahali. Kemudian Makyah (dan adiknya Batu)dan Annain berhasrat merantau, Annain menuju ke Jelebu manakala Makyah ke Melaka. Kedua mereka (Annain dan Makyah) mendirikan masjid yang serupa dari segi rekabentuk dengan Masjid Jamek KL> Manakala Masjid Jamek KL sudah berubah rupa, juga masjid di Kg Paya Rumput(yang dipanah petir kubahnya), masjid Kuala Dulanglah yang masih kekal dengan bentik aslinya, selain penambahan yang baru dibuat.
Dikatakan ketiga tiga mereka punyai karamah yang berbeza, Mahali dengan penggunaan cemetinya, Annain dengan hembusannnya (makam Kun- fayakun) dan Makyah pula boleh menyusukan anak dari sebelah belakang.
Sekali lagi maaf kerana mencelah dihalaman anda.
No prob. Tambah-tambahlah cerita mana yang patut! :]
Catat Ulasan