Nampaknya rancangan saya agar posting ini, posting ke 321 dalam blogspot ini dapat menyelesaikan segala cerita lawatan sekitar Kuala Klawang tidak dapat ditunaikan. Cadang saya, posting seterusnya iaitu yang 322 dapat dibuat esok untuk memaparkan cerita serta klip video ziarah ke makam Sheikh Muhammad Said Linggi di Seremban . Lalu posting ke 333 pula dapat dibuat lusa iaitu hari Ahad untuk lawatan terakhir dalam siri perjalanan ke Negeri Sembilan iaitu dengan memaparkan klip video ziarah ke makam Raja Melewar... Kononnya dapatlah selesai segala cerita kembara Negeri Sembilan ini sebelum masuk bulan Jun dan dengan nombor yang cantik iaitu posting ke 333... Rupa-rupanya tidak juga...
Apapun, saya tetap percaya semuanya ada hikmah dan sebabnya. Mungkin kerana posting ke 333 itu bukan untuk Raja Melewar tetapi untuk satu personaliti yang sebenarnya lebih power? Ah... Baca sahaja posting terbengkalai di bawah ini sebelum menyaksikan klip-klip video pecahan yang berjaya di upload dalam posting selepas ini ya.. Selamats! :]
----------------------------
Masjid Kampung Dulang yang merupakan masjid pertama di luak Jelebu menandakan pembukaan penempatan terawal di daerah itu, didirikan sekitar abad ke 16 Masihi. Lebih 100 tahun, mungkin 200 tahun kemudian baru terjadi kisah Moyang Salleh, pemimpin masyarakat Jelebu ketika itu memutuskan hubungan dengan negeri Johor. Untuk makluman, sebelum itu, Jelebu dan wilayah-wilayah lain di Negeri Sembilan berada di bawah kekuasaan empayar Johor-Riau yang merupakan kesinambungan empayar lama Melayu Melaka setelah pusatnya dahulu iaitu Kota Melaka ditakluki Portugis tahun 1511.
Apapun, peristiwa inilah yang menandakan Jelebu dan wilayah-wilayah sekitarnya merdeka daripada pengaruh Johor. Inilah yang akhirnya akan membawa kepada pembentukan Negeri Sembilan seperti yang kita ketahui sekarang. Apa lagi, sila lihat videonya... Sila! :]
-------------------------------
(Di sini sepatutnya ada video panjang 15 minit seperti yang diterangkan di bawah...)
-------------------------------
Oh... Seperti disebut dalam posting Kembara Negeri Sembilan: Asal usul nama Jelebu? Serta lawatan ke Muzium Adat di Kuala Klawang! semalam video kamera yang digunakan untuk membuat segala rakaman serta ulasan perjalanan ke Negeri Sembilan ini secara automatik menghimpun rakaman-rakaman yang dibuat dalam aturan yang saya tak pasti bagaimana. Hendak memotongnya jadi bahagian-bahagian tertentu pula jadi bertambah kerja... Bukan tidak pernah cuba tetapi dah letih le mencuba... Ada sahaja masalahnya! Mungkin selepas ini kami akan bertemu software , seeloknya percuma yang sesuai untuk membuat kerja?
Apapun, hasilnya di atas ini adalah himpuan video klip dalam satu file MPEG DVD yang paling panjang dihasilkan oleh kamera video tersebut. Panjangnya sekitar 15 minit kerana menghimpunkan cerita Masjid Kuala Dulang dan makam Moyang Salleh dalam satu file. Malah di celah-celah itu ada sekali cerita makam Tok Pawang Jelebu di sebelah Masjid Kuala Dulang dan meriam Datuk Undang Abdullah di sebelah makam Moyang Salleh... Siap ada sekali rakaman seorang tua bertemu kembali dengan kambingnya yang sudah 2 hari hilang, tidak jauh daripada masjid itu!
Untuk makluman file asal klip ini menelan ruang memory lebih 900 Megabyte! Tetapi setelah diubah format kepada AVI sambil size video dikecilkan daripada lebih 700 x 400 kepada 320 x 200 gitu (saya lupa nombor sebenarnya) jadilah size nya sedikit lebih 90 MB... Cukuplah untuk dimasukkan dalam blogspot yang meletakkan batasan paling besar pun 100 MB untuk setiap kali upload video... Itupun semasa menulis ayat ini, setelah masuk 2 jam setengah duduk di Internet Cafe, proses loading file video ini masih belum siap!
-------------------------------
(sepatutnya ada satu klip video di sini tetapi tidak dapat dipaparkan di sini akibat gangguan teknikal yang berlaku, mungkin sepanjang hari...)
-------------------------------
Ini pula sebuah klip video pendek tentang destinasi-destinasi yang ingin dituju sebaik sahaja selesai lawatan di sekitar Kuala Klawang ini. Untuk pengetahuan beberapa gambar-gambar di Masjid Kampung Dulang, Makam Moyang Salleh dan Meriam Datuk Undang Abdullah telah diletakkan di dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ... Di bawah tajuk-tajuk Masjid (mosque of) Kuala Dulang, Negeri Sembilan , Makam (tomb) of Moyang Salleh... dan Meriam (the cannon of) Datuk Undang Abdullah... . Sebuah cerita wrap-up tentang perjalanan sejak dari Jeram Gading hingga ke Kuala Klawang dan sekitar pula telah diletakkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , di bawah tajuk Journey to Negeri Sembilan. On to Kuala Klawang and what's around... Sekian buat masa ini! :]
(Contoh video sedang upload tapi belum siap. Saja je sebagai hiasan...)
1 ulasan:
Adakah Sultan Johor ketika peristiwa memutus tali ke Johor ialah Sultan sulaiman badrul Alam Shah yang memerintah pada tahun 1722 - 1760.
Catat Ulasan