Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mac 13, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - Jumaat di Masjid Nabawi

Salam petang Jumaat 13 Mac 2026. Adapun ketika ini saya sedang berada di masjid ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, setelah menunaikan solat Jumaat di sana. Ini adalah selepas tepat 5 minggu tidak menjejakkan kaki di tempat pengajian pasca-siswazah saya itu. Tepat 4 minggu lalu pula iaitu pada 13 Februari saya telah menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram di Mekah. Lihat Umrah sekeluarga 2026 - Jumaat di Masjidil Haram. Sekarang penceritaan masuk ke hari ke-12 perjalanan berkenaan iaitu tepat 3 minggu lalu. Bersambung daripada Umrah sekeluarga 2026 - Ziarah di sekitar Madinah sebelum berbuka di Masjid Nabawi.



Gambar ini diambil malam Jumaat 20 Februari 2026 jam 12.55 pagi.



Saya hendak masuk ke Masjid Nabawi tetapi mendapati hendak masuk ke halaman dalam pun dah dapat. Kawasan sedang ditutup entah kenapa.



Gambar ini pula diambil jam 2.37 pagi. Masih tak boleh masuk lagi.Timbul rasa kecewa yang amat sangat. Sudah 2 malam berada di Medinah, duduk hotel di seberang laman luar masjid. Masih belum dapat masuk ke halaman dalam apatah lagi masjid. Bila sampai laluan asyik ditutup, alasannya masjid sudah penuh.

Kalau masa lain tu fahamlah kenapa penuh terutama pada bulan Ramadan. Ini selepas tengah malam. Kemudian baru tahu, ada kerabat diraja Arab datang lalu masjid ditutup kepada awam. Itupun tidak dinyatakan sampai jam berapa tutup.



Nasib baik saya tak berputus asa lalu terus berlegar-legar di halaman luar. Hampir 10 minit kemudian tengok-tengok dapat masuk.



Alhamdulillah lega sungguh rasa. Lihat artikel Masjid Nabawi 2026 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.



Gambar ini pula diambil di halaman tenggara masjid jam 4.02 pagi. Saya sedang menunggu giliran untuk masuk ke raudah, menurut tempahan dalam apps Nusuk bagi sesi jam 4.20.



Di situ dapat tahu giliran dah jadi kelam kabut disebabkan masjid ditutup untuk lawatan kerabat diraja Arab. Yang menunggu ini dah campur mereka yang dijadualkan untuk entah berapa sesi. Sungguh nampak tak teratur.



Bergambar berlatarbelakangkan kubah hijau di atas makam Nabi sambil menunggu. Ketika ini sudah jam 4.26 pagi.



Sambil itu dapat melihat orang keluar dari laluan menghadap makam Nabi. Saya pun membuat keputusan. Lupakan saja raudah. Daripada menunggu macam tentu sedangkan waktu Sahur semakin menghampiri baik masuk ke pintu Babussalam lalu ziarah makam Nabi. Lihat artikel Visiting the tomb of Prophet Muhammad SAW di blogspot BERPETUALANG KE ACEH diikuti Makam (Tomb of) Nabi (Prophet) Muhammad SAW 2026.



Selepas itu berlegar-legar di luar sebelum masuk kembali masjid menunggu waktu solat Subuh.



Hmm. Sudah lupa bersahur di mana. Yang pasti ada bawa makan dan minum dalam beg.



Gambar ini pula diambil jam 8.41 pagi.



Seperti mereka ini saya terus beriktikaf dalam masjid selepas Subuh. Selepas matahari terbit sambung sedikit tidur.



Jam 8.45 keluar masjid.



Sekali lagi ambil gambar dengan kubah hijau atas makam Nabi.



Tengok-tengok terserempak dengan anak-anak ketika lalu di luar pintu Babussalam. Bawalah mereka tunjuk jalan masuk ke makam Nabi kerana mereka pertama kali hendak pergi.



Keluar dari pintu seberangnya, Pintu Baqi' kalau tak salah namanya, ambil gambar di tapak rumah sahabat Nabi, Abu Ayub al-Ansari. Menurut ceritanya di rumah itulah unta Nabi berhenti ketika baginda sampai selepas berhijrah dari Mekah. Lalu baginda menetap 7 bulan sambil mendirikan Masjid Nabawi.



Selepas itu beriktikaf dalam masjid bersama anak-anak.



Selepas jam 10.15 keluar lagi berjalan-jalan di halaman.



Terlihat satu tempat yang menimbulkan tanda tanya. Rupa-rupanya satu tempat bersejarah yang pernah diziarahi sebelum ini tetapi sedang berubah wajah selepas projek pembesaran halaman Masjid Nabawi. Lihat  (The place called) Sokaifat Bani Saedah 2026.



Gambar ini diambil di halaman hotel saya selepas solat Jumaat.



Ternyata sampai kaki lima hotel pun ada orang bersolat Jumaat. Bersambung barisan hingga ke masjid kerana hotel terletak di seberang jalan halaman luar masjid.



Hampir waktu berbuka menunggu di halaman tak jauh dari hotel.



Malam keluar berjalan dengan semua ahli rombongan lalu membuat persinggahan ke beberapa tempat. Lihat artikel-artikel berikut :-









Tiada ulasan: