Salam petang Jumaat. Ada perkongsian daripada satu rangkaian aktiviti yang dibuat dalam tempoh 3 hari lalu.
Petang Selasa 15 Oktober 2024. Sekitar jam 5 timbul rasa untuk beriadah di kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung sekitar 13 km dari rumah. Saya pun meminta isteri yang sedang bekerja dari rumah supaya mengambil anak balik daripada sekolah agama jam 6. Sampai di Bukit Sentoasa terasa hendak mendaki bukit yang dikenali sebagai Bukit RM2 atau Bukit Dua Ringgit. Namun apabila sampai di kaki bukit terasa hendak melihat terlebih dahulu sebuah tasik yang baru dapat dilihat kewujudannya melalui gambar satelit di Google Map baru sehari dua itu.
Penelitian Google Map juga menyebabkan baru sedar ada bukit kecil memberikan pemandangan menarik boleh dicapai dari tasik lebih besar yang dikenali sebagai Tasik Widuri. Menariknya gambar satelit menunjukkan ada kapal terbang sedang 'parking' atas tasik.
Pergilah mencari bukit tersebut. Rupa-rupanya kedudukan sebenarnya sedikit ke selatan berbanding apa tanda dalam Google Map.
1. Checking out a lake a bit north of Tasik Widuri
2. Bukit Sudol and surroundings.
3. A prominent hill near Bukit Beruntung golf course
4. On to the hill designated as Bukit BUB
7. New climb to the summit of Bukit RM2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan