Salam semua. Saya ada membuat perjalanan ke Muar dan Melaka kemudian ke Tanjung Sepat 18 hingga 25 November. Di celah-celah itu pergi ke Pulau Besar setelah 5 tahun tidak ke sana bersama keluarga. Pun begitu cerita keseluruhan perjalanan boleh diliputi dalam satu artikel. Untuk makluman ini mungkin artikel terakhir melibatkan perjalanan di CATATAN SI MERAH SILU bagi tahun 2023 memandangkan tinggal 5 hari sahaja sebelum masuk tahun baru 2024.
Mukadimah perjalanan boleh dikatakan berlaku pada hari Ahad 17 September 2023 apabila mengambil seorang anak yang sedang belajar di tahfiz di Janda Baik kembali bercuti. Ini kerana dengan itulah beliau dapat bersama dalam perjalanan ini. Pun begitu beliau meminta agar malam itu dihantar ke rumah kawan setahfiz di Cheras lalu bermalam di sana. Kawan itu ikut balik bersama kami dari Janda Baik lalu dibawa sekali singgah ke Zoo Negara. Lihat artikel Taking the kids to Zoo Negara di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Isnin malam Selasa 18 Disember baru mengambilnya lalu terus ke rumah ibu bapa saya di Muar. Pagi Rabu 19 Disember baru keluar berjalan-jalan sekeluarga melihat bandar Muar dan sekitarnya.
Pekena nasi berangin di tepian Sungai Muar.
Kemudian naik ke seberang sungai yang dahulu adalah dalam daerah Muar tetapi sudah dipecahkan menjadi daerah Tangkak. Lihat artikel Esplanade north of Muar town diikuti A stop at Parit Karang.
Tengah hari Jumaat 22 Disember baru bergerak meninggalkan Muar untuk menghala kembali ke arah rumah sendiri di Selangor.
Singgah di satu masjid di Melaka untuk bersolat Jumaat. Lihat artikel Jumaat di masjid Serkam Pantai (Friday at Serkam Pantai mosque) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Petang itu kami masuk bersama ke Pulau Besar setelah lebih 5 tahun tidak berbuat begitu. Lihat Pulau Besar with the family after 5 years.
Sebetulnya anak saya yang belajar di Janda Baik itu, si Rasyid yang nak sangat ke situ. Sejak beberapa bulan lalu ada menyebutnya. Sedangkan kali terakhir kami pergi sekeluarga adalah pada tahun 2018. Lihat artikel lama Muar, Bukit Kepong dan Pulau Besar sekitar awal Muharram.
Saya pula kali terakhir sampai secara berseorangan bulan Mei lalu. Didapati banyak perkara yang sedang dibuat ketika itu sudah siap untuk tarikan pelancong. Lihat Pulau Besar tahun 2023 atas asbab jengok ibu bapa di Muar
Petang itu keluar berjalan seorang diri, antaranya ke Gua Yunus yang sudah 7 tahun tidak dijejaki. Lihat Pulau Besar solo trek. diikuti First time to Gua Yunus in over 7 years.
Esoknya pagi Sabtu 23 Disember baru membawa anak-anak pusing pulau. Lihat With the kids around Pulau Besar
Keluar dari pulau kami singgah di rumah seorang adik bapa saya di Tanjung Minyak, Melaka. Selepas itu bergegas ke kampung isteri di Tanjung Sepat, Selangor. Petang Ahad 24 Disember baru keluar ke sekitar pekan sana.
Petang Isnin 25 Disember baru meninggalkan Tanjung Sepat untuk ke rumah akak isteri di Jenjarom kemudian ke GM Klang. Apabila sampai rumah sebelum Maghrib didapati saya telah memandu sekitar 670 km sepanjang 8 hari itu. Kalau campur perjalanan hari sebelumnya ke Janda Baik kemudian Zoo Negara kemudian Cheras (kemudian berjalan di Kuala Lumpur sebelum balik rumah), sekitar 900 km juga. Sedangkan beberapa hari sebelum itu baru selesai memandu lebih 1,000 km. Lihat Kompilasi "Dari Selangor ke Perak".
Selain asyik berjalan ada desakan dalaman untuk menulis tentang perjalanan. Mana tak penat jiwa dan raga? Tetapi begitulah saya sebagai seorang yang suka mengembara juga menulis. Desakan dalaman berlaku bukan kerana mencari nama, pengikut dan pengaruh tetapi adalah sifat diri. Ada gerak yang menyuruh melakukan sesuatu sehingga selesai sebelum dapat bergerak ke fasa hidup yang seterusnya.
Artikel ini sendiri pun dilepaskan pagi ini supaya kepala terasa cukup lapang untuk mengikuti satu majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) petang ini. Nanti akan dikongsikan cerita.