Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Mac 22, 2023

Pendekatan Sufi bagi toleransi antara agama - Namun Sufi yang bagaimanakah itu?

OK. Pergi pada satu perkongsian majlis ilmu baru ini.


Lebih seminggu lalu terlihat poster satu majlis ilmu yang mahu diadakan secara hybrid (fizikal campur atas talian) di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dalam grup WhatsApp pelajar. Tajuknya boleh diterjemahkan sebagai "Pentingnya Kerohanian dan Etika untuk Dialog Antara Agama dan Tamadun : Satu Jalan Ke Hadapan Dalam Sebuah Dunia yang Rumit".



Adapun saya sudah terlepas banyak majlis ilmu yang diadakan di ISTAC atau dianjurkan institusi juga majlis-majlis yang dianjurkan pihak lain tetapi relevan lalu diwar-warkan di WhatsApp kami. Ini disebabkan kesibukan banyak hal terutama penulisan buku terbaru. Lihat artikel Buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad" sedia untuk tempahan yang dipersembahkan 10 Februari.




Kebetulan pada tarikh berkenaan Isnin 20 Mac 2023 ada diberitahu bahawa guru dan penyelia saya Profesor Emeritus Dato' Dr Osman Bakar akan membuat satu kelas pengajian jam 5 hingga 7 lalu semua pelajarnya diundang untuk bersama. Saya pun bergerak ke ISTAC selepas mengambil anak kembali dari sekolah pagi .




Majlis ilmu dijadualkan berlangsung 2.30 hingga 4.30 petang. Bolehlah mengikuti kelas Osman selepas itu...



Pembentang iaitu Profesor Dr Syafaatun Almirzanah daripada Fakulti Usuluddin dan Pemikiran Islam, Universiti Islam Sunan Kalijaga di Jogjakarta, Indonesia memberikan syarahan secara atas talian.




Kelihatan sejumlah orang mengikuti secara atas talian baik dari ISTAC mahupun dari luar selain yang datang secara fizikal ke Bukit Tunku.




Syafaatun mengubah sedikit tajuk namun masih dalam konteks serupa. Ia boleh diterjemahkan sebagai "Sufisma sebagai Sumber yang Kaya bagi Menterjemahkan Tradisi : Kerelevenan untuk Perbincangan Kontemporari bagi Kesalingan Wujud yang Aman".




Saya sendiri bersetuju bahawa pendekatan Sufi atau Sufisma berdasarkan ilmu Tasawuf atau kerohanian/kebatinan Islam adalah jalan yang sangat baik bagi mendamaikan penganut pelbagai jenis agama, tamadun dan faham yang wujud di dunia hari ini. Ini kerana ilmu Tasawuf yang sejati akan membawa kepada kefahaman Tauhid atau keEsaan yang benar lalu kita dapat melihat semua agama pun asalnya berpunca daripada ajaran Nabi-nabi. Kerana sejak Nabi Adam lagi agama yang diturunkan adalah Islam. Cuma cara penghayatan atau syariatnya jadi berlainan disebabkan sejak perbezaan masyarakat dan zaman.




Namun realitinya banyak ajaran lama telah rosak diubah usai akibat kepentingan tertentu. Misalnya Nabi Isa AS sebenarnya membawa ajaran Islam bagi memperbaiki Syariat Nabi Musa yang telah dirosakkan oleh kaum Bani Israel dan puak Yahudi. Namun baginda kemudian dipertuhankan lalu berdasarkan itulah muncul agama Kristian yang diketahui umum sekarang.. 




Di sini saya tidak ingin menterjemahkan isi slaid-slaid yang dikongsikan dalam syarahan. Yang ditunjukkan ini pun cuma sebahagian. Cukuplah disimpulkan bahawa saya, malah semua warga ISTAC baik tenaga pengajar mahu pelajar yang hadir secara fizikal bersetuju pembentangan dan pemahaman yang dibawa oleh pensyarah dari Indonesia itu bermasalah.




Hujah-hujahnya kelihatan bernas, banyak menggunakan pandangan sarjana Barat sambil juga mengenengahkan hujah-hujah yang katanya disampaikan oleh ahli mistik terkenal Islam seperti Ibnul Arabi dan Jalaluddin Rumi berdasarkan pemahaman mereka terhadap Al Quran dan ajaran Islam.




Tetapi pensyarah kelihatan mahu menolak pegangan-pegangan tradisi berdasarkan Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir, bagi umat akhir zaman. Lalu hanya mahu menekankan Hakikat sebagai mengatasi segala faham.




Kelihatan mereka yang berpegang teguh pada Syariat dilihat sebagai puak fundamentalis yang jumud lagi pelampau. Mereka yang boleh menerima segala sisi pandang walaupun bermasalah dilihat sebagai toleran dan terbuka lalu dinyatakan sebagai pihak yang moderat, mengambil jalan tengah.




Bahaya pemikiran yang dibawa oleh Sya'afun kelihatan banyak. Antaranya adalah apabila menyatakan sesiapa sahaja layak menafsirkan Al-Quran. Beliau mendakwa ilmuwan Sufi Islam silam sendiri mengatakan, setiap kali membaca suatu ayat kita harus mendapat pemahaman baru. Kalau tidak maka kita tidak betul-betul membawa Al Quran.

Kalau mendapat pemahaman lebih mendalam bagi setiap kali bacaan itu saya boleh terima. Kalau mendapat pemahaman baru pun boleh terima tetapi tidak semestinya bagi setiap bacaan. Harus ada pemahaman yang kekal sama, konsisten dan terpakai sepanjang masa. Ibarat setiap hari adalah hari baru. Namun ada yang sama berulang seperti malam diikuti siang dan siang diikuti malam. 

Hakikat kehidupan mesti ada rutin atau perkara sama yang dibuat berulang seperti pergi balik bekerja. Yang berbeza dan harus menunjukkan kemajuan adalah kita semakin hari semakin mahir dalam melaksanakan suatu pekerjaan. Bukan hari ini kita bekerja, esok dapat 'pemahaman baru' lalu kita jadi pengganggur, lusa jadi gelandangan di tepi jalan, tulat masuk lokap dan seterusnya semuanya berbeza demi menunjukkan 'kepelbagaian faham'. Tidak ada langsung yang harus berulang seperti rutin makan tengah hari dan sebagainya.



Kelihatan pensyarah dari Indonesia ini seperti  menganggap segala jenis faham adalah benar dan boleh dipakai, kerana semuanya berpunca daripada Ilahi. Memanglah daripada segi Hakikat itu adalah benar. Semuanya pun baik buruk datang daripada Allah SWT. Tetapi bagaimanakah daripada sudut Syariat yang terpakai kerana hakikat kita sebagai manusia bertubuh kasar di muka bumi yang sering dipengaruhi nafsu syahwat rendah? 

Kelihatan seperti beliau sudah lupa bahawa hakikat Syaitan juga berpunca daripada Ilahi bukanlah alasan untuk mengikut bisikan Syaitan. Saya faham jenis fikiran ini kerana pernah menganutnya ketika zaman belajar di London tahun 1991-1995. Lalu anutan sebegini berpanjangan tanpa mempedulikan apa yang termaktub dalam Islam sebagai halal haram. Sehingga timbul kesedaran ketika tahun terakhir bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times iaitu pada 2001. Dengar sendiri apa yang diperkatakan melalui rakaman video di sini.


Tiada ulasan: