Sekarang biar dipersembahkan satu cerita yang meliputi aktiviti-aktiviti saya dan keluarga pada hari Sabtu dan Ahad 5-6 November 2022 sambil menutup segala yang sudah berlaku lebih awal iaitu sejak 27 Oktober.
Tengah hari Sabtu 5 November 2022. Setelah mendapat sedikit rehat daripada perjalanan Terengganu 27-31 Oktober dan Perak 1-3 November saya perlu memandu jauh lagi.
Kali ini membawa anak dan isteri sekali.
Pergi ke suatu tempat di Serendah dahulu kerana ada majlis persilatan melibatkan anak. Lihat Majlis perlimau tapak dan mandi minyak di Hulu Selangor tahun 2022.
Di celah-celah itu sempat pergi ke satu kawasan air terjun berdekatan. Lihat artikel An upper part of the Serendah falls di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Selepas jam 6 baru meninggalkan Serendah untuk bergegas ke Cameron Highlands. Sampai tempat menginap selepas jam 9 malam.
Di tempat penginapan yang merupakan sebuah bungalow 3 tingkat diadakan perjumpaan keluarga dan pelbagai aktiviti. Lihat Majlis perjumpaan keluarga belah isteri di Cameron Highland.
Di bungalow ada disediakan dua buah motosikal untuk kegunaan penginap. Saya dan isteri pun keluar berjalan-jalan hingga ke Brinchang...
Kami kembali ke bungalow sebelum jam 10.30. Selepas diadakan sedikit lagi aktiviti keluarga baru berpecah untuk membuat hal masing-masing. Saya pun membawa isteri dan anak ke bandar Tanah Rata.
Pekena teh panas sat...
Kemudian baru berjalan-jalan sebelum menghala kembali ke arah Tapah.
Dalam perjalanan singgah bersantai di beberapa tempat...
Lihat artikel-artikel berikut :-
Oh. Baru teringat. Semasa berjalan-jalan di ladang teh di Cameron Valley ada terlihat suatu macam kuil kecil, seperti makam pun ada yang menimbulkan tanda tanya. Lihat artikel Siapa (Who is) Lady Fatima di (at) Cameron Highlands? di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Selepas turun dari kawasan pergunungan kami singgah untuk bersolat di satu masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Abu Hurairah, Bidor di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Tengok-tengok masuk waktu Maghrib pun masih belum sampai rumah lalu kami menjamakkan solat di Tanjung Malim, sampai rumah selepas jam 8 malam.
Dengan ini selesailah segala macam perkongsian yang perlu dilepaskan daripada perjalanan-perjalanan yang berlaku hampir berturut-turut sejak 27 Oktober iaitu pada 17 hari lalu. Perjalanan Terengganu 27-31 Oktober seperti diceritakan dalam Kompilasi cerita perjalanan Terengganu 2022 memerlukan saya memandu sejauh lebih 1,100 km, perjalanan Perak 1-3 November seperti diceritakan dalam Misi keluarga Laksamana part VI sekitar 473 km sedangkan perjalanan Cameron Highlands 5-6 November pula membuat saya memandu sekitar 390 km. Ini menjadikan jumlah hampir 2,000 km. Di celah-celah itu dan kemudiannya harus pula membuat 61 buah artikel termasuk ini, baru terasa lengkap. .
Khamis nanti harus dilakukan lagi perjalanan di luar kawasan membawa sehingga hujung minggu. Kemudian ada lagi walau tidaklah jauh tetapi tetap memenatkan kerana harus buat kajian lagi sebelum ke Mahkamah Tinggi Syariah di Ipoh untuk urusan keluarga Laksamana 30 November. Sekian.