Dalam artikel
Misi menghantar anak balik kolej - Antara kesegaran air terjun Lata Kinjang dengan dugaan hampir lewat malam yang dipersembahkan Isnin malam Selasa iaitu sudah masuk tarikh Islam 20 Muharram 1442 Hijriah ada diberitahu bahawa ketika itu saya sedang berusaha untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran bagi bulan Muharram. Lalu ada dinyatakan bahawa artikel tersebut mula ditulis sekitar jam 7.16 petang selepas berjaya menyelesaikan Juz 28, ketika tarikh masih 19 Muharram. Turut diberitahu bahawa saya mahu mengkhatamkan sebelum habis tarikh 20 Muharram iaitu sebelum masuk waktu Maghrib seterusnya. Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan ini dapat dilakukan sekitar jam 3 petang Selasa.
Sekadar mahu berkongsi aspirasi dan kegembiraan - tahun 2020 ini adalah tahun paling komited bagi saya setakat ini dalam mengulang pembacaan Al-Quran. Pada tahun di mana usia saya menjejak umur 50 tahun (menurut kiraan Barat kerana tarikh lahir saya adalah 26 November 1970, menurut kalendar Islam saya sudah menjejak umur 52 tahun kerana lahir pada 27 Ramadhan 1390 Hijirah) saya sudah berjaya mengkhatamkan kitab tersebut sebanyak 3 kali setakat ini. Ini adalah antara hikmah di sebalik terlaksananya PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan demi membendung penyebaran wabak virus Covid-19 bermula 18 Mac lalu. Usaha pertama dimulakan 1 Ramadhan lalu Quran dapat dikhatamkan dalam tempoh 15 hari sedangkan sasaran asal adalah selesai sebelum masuk tarikh 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidil Fitri.
Masuk bulan Zulkaedah pula saya memulakan satu lagi usaha mengkhatamkan Al-Quran tetapi tanpa meletakkan apa-apa sasaran tempoh waktu. Fikir saya ikut sahaja mana yang dan ataupun sempat, makan sebulan dua pun tak apa. Tetapi semakin mendekati bulan Zulhijjah terasa harus menyelesaikannya sebelum masuk tarikh 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Raya Haji. Alhamdulillah pembacaan dapat diselesaikan pada petang Khamis 9 Zulhijjah itu. Memandangkan ketika itu Zulkaedah ada 29 hari maka kiranya proses pengkhataman telah dilakukan dalam tempoh 38 hari.
Masuk tahun baru Islam 1442 Hijriah iaitu pada 1 Muharram yang jatuh pada hari Khamis 20 Ogos tergerak sekali lagi untuk berusaha mengkhatamkan Al-Quran. Ini juga tidak diletakkan sasaran. Fikir asalnya boleh sahaja berlanjutan sehingga penghujung bulan Safar. Tetapi apabila mendapati kadar pembacaan agak memberangsangkan saya menyasarkan agar ia selesai dalam tempoh 20 hari. Alhamdulillah ini sudah pun terlaksana. Sekarang biar disambung cerita daripada artikel
Misi menghantar anak balik kolej - Antara kesegaran air terjun Lata Kinjang dengan dugaan hampir lewat malam.
Pagi Ahad 30 Ogos 2020. Saya dan isteri keluar meninggalkan anak-anak di hotel.
Kami mahu mencari sarapan pagi sedangkan anak-anak malas hendak keluar. Lalulah di Taman Tasik Taiping yang sangat terkenal itu.
Sebetulnya kami mahu mengisi minyak kereta terlebih dahulu kerana sudah tinggal sedikit ketika itu. Tetapi Google Map memberikan arah yang salah. Menurutnya terdapat satu stesyen terdekat dari hotel tetapi bila kami sampai yang kelihatan cuma sebuah rumah dalam satu kawasan kampung di pinggir bandar. Kampung sudah dekat dengan taman tasik. Itu yang kami lalu sana sebelum mencari stesyen minyak di dalam bandar...
Didapati sepanjang perjalanan itu tiada kedai makan sedang dibuka. Timbul fikiran harus di stesyen kereta api ada kedai sedia menerima pelanggan. Alhamdulillah, memang ada di stesyen lama bersebelahan stesyen baru. Sebetulnya memang stesyen lama itu kini sudah jadi tempat makan sahaja...
Tu dia pagi-pagi dah pekena dok nasi kandaq. Belum sampai Pulau Pinang lagi. Malah di pulau pun nanti rupa-rupanya kami tak pekena langsung nasi kandaq tapi itu cerita lain. Untuk anak-anak kami belikan roti canai dan air bungkus.
Sesungguhnya Taiping memiliki kedudukan yang sangat signifikan dalam sejarah negeri Perak malah sejarah negara Malaysia. Saya melihat ia sebagai bandar pertama dibina pihak penjajah iaitu Inggeris/British mengikut acuan tertentu yang jelas bertujuan mahu mengangkat orang bukan Melayu dan bukan Islam terutama bangsa Cina sambil meminggirkan orang Melayu. Model sama kemudian diaplikasikan ke bahagian-bahagian lain Tanah Melayu bagi menerbitkan keadaan sosio-ekonomi yang merugikan Melayu dan Islam. Jadilah hal sekarang yang mana walaupun negara masih ditadbir oleh orang Melayu tetapi yang selalu dapat menentukan hala tuju adalah orang Cina dan wang mereka.
Sesuai sangatlah kami berada di Taiping pada waktu itu sehari sebelum tiba tarikh 31 Ogos 2020 iaitu hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-63. Elok direnungkan dalam keadaan kes pencerobohan tanah oleh pengusaha durian Musang King di Pahang juga pengusaha kilang haram mencemarkan bekalan air bersih Selangor dan Lembah Klang masih tak selesai malah kelihatan seperti pesalah yang akan menang. Begitu juga kes-kes lain seperti usaha awam agar pihak berkuasa yang ramai berbangsa Melayu membenteras pusat-pusat judi milik towkay-towkay Cina di Sungai Buloh. Tetapi sebaliknya para peniaga kecil Melayu pula yang menerima bahana dirobohkan premis-premis perniagaan mereka serta merta tanpa diberi ruang dan masa untuk mencari penyelesaian ceria.
Sila cari cerita-cerita dan berita berkenaan di Internet. Sesungguhnya hal-hal sebegini yang mana orang Melayu seperti dianak-tirikan, bangsa lain pula ditatang seperti minyak penuh walau jelas berbuat salah ada sejarah akar umbinya yang antara lain bermula di Taiping lebih 120 tahun lalu. Sila baca artikel-artikel lama saya tentang hal tersebut :-
Tentang bangsa Cina kononnya sangat penting dalam menaikkan ekonomi Malaysia ia sebenarnya bermula dengan pembohongan kewangan yang sangat besar tetapi digelapkan cerita. Ia adalah pembohongan yang ada kena mengena dengan rancangan besar puak Yahudi Illumati untuk menakluki dunia dan membodohkan penduduk selain mereka. Untuk memahami bagaimana sila baca dan hadam betul-betul artikel ini -
Sesungguhnya kita sudah lama ditipu oleh pelbagai pihak demi menjatuhkan Melayu dan Islam. Tapi nak buat bagaimana? Yang menolong menjatuhkan itu pun orang sama bangsa dan agama dengan kita. Disebabkan gilakan wang, harta, takhta juga kaki perempuan mereka mudah dirasuah sehingga sanggup mengkhianati agama, bangsa dan tanah air sendiri namun cukup pandai berlakon wayang mengaku sebagai pejuang sejati...
Adapun hotel ini sebenarnya terletak cuma 300 meter sahaja dari kedai makam Kuey Teow Doli. Sedangkan hotel yang kami salah pergi itu, Kimal Hotel juga namanya tetapi rupa-rupanya terdapat 3 buah dengan nama sama di Taiping, terletak lebih 1 kilometer perjalanan dari kedai makan. Kalau berjalan kaki jarakaya 1.1 km, kalau naik kereta jadi lebih jauh iaitu 1.7 kerana harus mengikut aliran beberapa jalan sehala. Yang kami silap pergi itu adalah Kimal Hotel di Jalan Taman Sari - itu sahaja yang ada ditunjukkan oleh perisian Google Map dalam telefon kalau di Taiping. Di Kamunting dalam 8-10 km ke utara pun ada cawangannya. Yang kami tempah rupanya disebut sebagai Kimal Hotel Jalan Tupai. Itu pun bukan tepat di Jalan Tupai sebenarnya tetapi di Jalan Taiping 1 yang terletak dekat Jalan Tupai - Untuk memastikan kedudukan saya harus mencari alamat sebenar kemudian melihat kedudukan dalam Google Map secara manual.
Kalau tahu duduk letak sebenar tentu kami akan menuju terus ke situ. Tak perlulah berhadapan dengan masalah kereta tak boleh hidup seperti berlaku pada malam itu. Kalau berlaku kereta rosak pun sekurang-kurangnya dah boleh masuk berehat. Hal kereta boleh cuba diselesaikan pada siang hari selepas puas berehat satu malam.
Sudah disebut bagaimana kereta tidak dapat dihidupkan tidak lama setelah menyedari kami tersalah hotel. Setelah mencuba beberapa kali tetapi tetap tak boleh hidup, kereta cuma berbunyi "ketek ketek ketek" sahaja, saya pun cuba menolak kereta. Setelah menyemak kedudukan sebenar hotel 1.1 km ke arah tenggara saya sanggup berusaha untuk menolak hingga ke sana. Anak bujang laki-laki yang sudah berumur 18 tahun boleh menolak sama Isteri boleh mengendalikan stereng sambil anak-anak lain berehat dalam kereta.
Tengok-tengok stereng tidak boleh digunakan. Dapat pusing sedikit sebelum jadi ketat, roda langsung tidak berpusing. Ini disebabkan kereta menggunakan gear automatik. Bila enjin hidup baru boleh pusing roda dan stereng. Kalau begitu bagaimana hendak ditolak jauh? Saya setakat boleh menolak lurus ke hadapan atau ke belakang. Itupun supaya boleh dibuat pertolongan untuk menghidupkan bateri menggunakan kabel berkenaan.
Satu pilihan yang tinggal dalam fikiran adalah mencari orang ada kabel kemudian minta sesiapa yang ada kereta menolong agar bateri kereta saya dapat dihidupkan dengan cara menyambung kabel ke bateri kereta lain. Tapi nak cari kedua-duanya ini pun satu hal. Jalan sedang sunyi sepi. Depan hotel itu tiada kereta lain lalu. Saya pun bertanya kepada penjaga hotel jika tahu bagaimana untuk menghubungi mekanik. Dia tak tahu. Begitu juga jawaban yang diterima apabila ditanya kepada peniaga di 3 buah kedai di jalan berdekatan, lain-lain kedai sedang ditutup belaka. Maklumlah sudah dekat jam 9 malam. Esoknya pula 31 Ogos, cuti Hari Kemerdekaan.
Kemudian terlihat sebuah kereta Kia Carens betul-betul sama model dengan saya sedang berhenti di sebuah kedai terbuka. Saya pun mendekati lalu mendapati pemandunya lelaki Melayu hampir sebaya saya dengan seorang perempuan, nampaknya isteri di sisi. Saya mengetuk pintu lalu meminta beliau membuka tingkap untuk memberitahu tentang kereta. Beliau pun bertanya jika ada kabel? Jawab saya tiada. Kata beliau kalau tidak kabel bagaimana hendak menolong menghidupkan kereta?
Ketika itu terpandang pula ada kedai hardware Cina di seberang jalan. Terus saya ke sana bertanya tentang kabel. Apek kedai pun ke belakang lalu membawa kabel. Tetapi kata beliau harganya RM100. Apabila ditanya kenapa begitu mahal. Jawab beliau sebab itu untuk kenderaan besar punya. Walhal pada plastik kabel ada tertera gambar kereta dan setahu saya kabel sebegini harganya cuma RM20-30 sahaja.
Begitulah sialnya Cina bangsa pendatang ni. Dia tahu kita dalam kesusahan memerlukan kabel ditekannya dengan harga gila babi itu. Walau dirayu beberapa kali dan diberitahu masalah kereta tetap dia bertegas harga RM100. Nak pinjam memang tak bagi. Nak tak nak saya kena mencari usaha lain...
Ketika berpusing untuk meninggalkan kedai tersebut terlihat laki-laki Melayu pemilik Kia Carens sedang berdiri di tengah jalan sambil memberikan isyarat OK. Kata beliau jangan risau tentang kabel. Rumah beliau dekat. Beliau telah menelefon anak suruh ambil kabel di rumah lalu membawa ke lokasi kereta saya di hadapan Kimal Hotel.
Oh. Gambar ini menunjukkan Penjara Taiping dalam perjalanan ke Kamunting. Laki-laki bernama Azhar itu bekerja di penjara. Sekarang biarlah hal kereta rosak diselesaikan dengan senarai ini :-
1. Kereta saya ditolak lurus ke seberang jalan depan hotel supaya boleh dirapatkan dengan kereta Azhar lalu boleh disambungkan kabel bateri ke bateri.
2. Tetapi kereta tidak dapat dihidupkan juga. Dikhuatiri bateri kereta saudara Azhar itu sendiri lemah lalu tidak cukup kuasa untuk menghidupkan bateri saya.
3. Beliau pun menghubungi kawan mekanik Melayu yang katanya turut memiliki kereta Kia Carens model sama. Cuma kawan itu baru sahaja keluar makan bersama keluarga lalu kami harus menunggu.
4. Isteri dan anak-anak saya pergi ke hotel yang betul menaiki Grab. Saya menunggu. di kereta Azhar menghantar isteri kembali ke rumah lalu datang kembali. Kami keluar minum sat sebelum mekanik memberitahu sudah ada kelapangan untuk datang melihat kereta.
5. Kalau tak salah selepas jam 10 baru mekanik ada untuk menyelesaikan perkara. Beliau menyambung kabel yang dibawanya sendiri dengan bateri yang dibawa khas untuk kerja-kerja sebegini (bukan dipakai dalam keretanya). Kereta saya masih tak boleh hidup lagi.
6. Saya meminta agar bateri kereta saya dicabut lalu dipasang bateri yang dibawanya itu. Alhamdulillah kereta dapat dihidupkan lalu dapat dibuat pemeriksaan susulan.
7. Dengan itu dapat dipastikan bahawa memang bateri kereta saya yang bermasalah, dah tak boleh pakai lagi. Tiada masalah pada sistem menghidupkan kereta (starter) mahupun alternator iaitu alat yang menjana kuasa eletrik ketika kereta hidup lalu boleh menyalurkan kuasa kembali kepada bateri.
8. Saya pun meminta untuk membeli bateri beliau lalu bertanyakan harga. Kata beliau bagi le berapa-berapa. Saya beri RM50 kerana takda bajet nak bagi lebih-lebih. Beliau bersetuju.
Walaupun tiada jaminan bateri tersebut akan terus bertahan lama sekurang-kurangnya sudah selesai masalah buat masa itu. Ketika itulah dipanjangkan bersoreh termasuk keluar hal salasilah keluarga dan ini disambung di kedai makan seberang stesyen kereta api. Rasanya dekat jam 11.30 malam baru saya meminta diri untuk berehat bersama keluarga. Saudara Azhar meminta untuk menghubungi jika ada apa-apa hal lagi. Kabel milik beliau yang digunakan ketika mula-mula cuba menghidupkan kereta dihadiahkan kepada saya sebagai back up. Beliau mahu memastikan kami sekeluarga selamat meneruskan perjalanan siang nanti.
Sesungguhnya sungguh besar pertolongan beliau dan kawan mekaniknya terhadap kami sekeluarga. Malam-malam sebegitu bukan senang hendak mencari pertolongan mahupun mekanik. Siangnya Ahad pula hari cuti, rata-rata bengkel tutup. Begitu juga keesokannya Isnin kerana cuti Hari Merdeka 31 Ogos. Saya cuma mampu membalas dengan ucapan terima kasih juga menghadiahkan buku terbaru dan ke-13 saya iaitu "Kenangan Kembara Solo Hitchike Eropah Tahun 1995". Kebetulan saya ada membawa 3 naskah. Lihat artikel-artikel berikut :-
Gambar atas ini diambil pada jam 12.44 petang. Selepas Kamunting kami masuk ke Lebuh Raya PLUS lalu menuju lebih jauh ke utara. Sebelum itu kami ada menelefon Azhar untuk memberitahu kami telah meninggalkan Taiping dan kereta dapat bergerak lancar. Seterusnya saya bercadang hendak masuk ke kawasan Gunung Semanggol dan Tasik Bukit Merah melalui jalan biasa. Tapi isteri kata dah malas nak singgah-singgah. Cukuplah dapat melihat kawasan gunung tersebut yang ada sejarah tersendiri dari lebuh raya dan kawasan rehat di sebelahnya...
Perjalanan diteruskan hingga masuk ke jambatan lama Pulau Pinang. Gambar diambil ketika hampir sampai ke bahagian tengah jambatan jam 1.30 petang.
Terus menuju ke pusat bandar raya Georgetown yang nama asal Melayunya adalah Tanjung Penaga...
Sampai sahaja ke pusat masuk ke Malay Street atau Lebuh Melayu untuk mencari penginapan yang telah ditempah ketika berada di Taiping...
Beginilah tempat penginapan kami yang asalnya sebuah rumah kedai biasa gaya orang Cina.
Namun hiasan dalamannya tidak terikat pada gaya Cina. Penjaga berbangsa Cina pun bercakap dalam Bahasa Melayu dengan kami walau jelas pelat Cinanya.
Bilik cukup selesa walau menggunakan katil 2 tingkat seperti bilik orang bujang sahaja.
Petang sedikit baru kami keluar dengan berjalan kaki untuk melihat persekitaran pusat bandar raya...
4 ulasan:
Ada kemusykilan yang bersarang di hati kecil ini, jika benar angkatan Siam pernah cuba menakluk Melaka ratusan tahun lampau adakah frasa Siam ketika itu merujuk kepada orang Melayu yang menempati wilayah Segenting Kra dan masih beragama Buddha ataupun Siam yang dimaksudkan adalah bangsa Thai dari selatan China yang menjadi bangsa majoriti di Thailand sekarang.
Teringat saya dengan kisah saudara yang terjumpa "hantu Siam" ketika melalui denai di waktu malam demi merungkai sejarah laluan purba jalan penarikan.
Terdetik di hati jika benar frasa Siam merujuk kepada Melayu segenting Kra ia pasti sangat menarik untuk ditelusuri kerana umum mengetahui bahawa bangsa Melayu sinonim dengan Islam bukannya Buddha Theravada atau aliran Budha yang lain. Mungkin wilayah seperti nakhon si Thammarat ada menyimpan rahsia.
Barangkali juga ketika itu terjadi persengketaan antara Melayu Islam seperti kerajaan Melaka menentang Melayu kafir iaitu kerajaan Ligor.
Saya pun tak pasti puak Siam manakah yang sebenarnya mahu menyerang Melaka itu kerana tidak jelas tahun ia berlaku. Yang ada cuma pada zaman Sultan manakah ia berlaku. Seterusnya perkara ini boleh berubah bergantung pada kiraan mana yang kita pegang. Apakah Melaka diasaskan sekitar tahun 1400an Masihi atau apakah pada 1262 M menurut kajian baru yang diwar-warkan sejak tahun 2010?
Moga abam terus berblogger..
Insyaallah. Doakan saya dipanjangkan umur, sentiasa sihat walafiat dan cukup kekuatan, kudrat dan iradat untuk mengembara, cukup rezeki dan masa seterusnya lancar pemikiran dan tajam untuk mena'akul segala maklumat lalu menulis tentangnya. Amin.
Catat Ulasan