Gambar hiasan dan kenangan : Membentang dalam keadaan kaki patah masih belum baik sepenuhnya pada acara ke-6 HIKMAH di Shah Alam 7 Sept 2013. Tiga bulan sebelum itu saya pergi ke acara ke-5 HIKMAH di Kuala Terengganu selepas beberapa hari sahaja kaki dibedah untuk dimasukkan besi. Paling merisaukan ketika itu adalah takut dilarang keluar daripada wad hospital di Sungai Buloh. Sedangkan kehadiran saya amat penting untuk membentang juga menganjurkan majlis...
Salam malam 27 Rejab, malam Israk dan Mikhraj. Para pembaca blogspot ini atau sesiapa sahaja yang rajin mengikuti berita tentang HIKMAH tentu tahu sudah 22 acara atau majlis ilmu kami adakan di merata Semenanjung Tanah Melayu termasuk 3 kali di Aceh sejak HIKMAH diasaskan hampir penghujung tahun 2012. Setiap majlis mengenengahkan beberapa tajuk pembentangan ilmu, paling kurang 2 topik, paling banyak sehingga 11 topik. Ini melibatkan pelbagai aspek keilmuan Melayu dan Islam.
Daripada begitu banyak tajuk yang telah dipersembahkan ada beberapa dapat dipanjangkan dalam artikel-artikel khas memaparkan slaid atau sebagainya supaya dapat ditelaah umum. Setelah beberapa lama baru tergerak untuk mengumpulkan pautan bagi artikel-artikel tersebut mengikut kategori-kategori yang bersesuaian. Turut dikongsikan senarai semua tajuk menurut majlis. Semoga ia memberikan manfaat demi kebangkitan Melayu dan Islam dalam menghadapi segala macam cabaran akhir zaman.
Dinar Dirham dan Ekonomi Sebenar Islam
1.
Mata wang syariah dan Melayu : Penipuan dalam kewangan dan perlembagaan?
2.
Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu
3.
Kehilangan dinar Melaka - Usaha meminggirkan kuasa ekonomi sebenar Melayu?
4.
Dinar Dirham dan Instrumen Sejati Ekonomi Islam : Membuang debu Riba yang Menghalang Kebangkitan
5.
Dinar dan dirham sebagai wadah kebangkitan ummah
Isu-isu Kedaulatan, Perjuangan dan Kebangkitan Ummah Akhir Zaman
1.
Perlembagaan, Melayu dan raja-raja dalam menghadapi cabaran akhir zaman
2.
Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu
3.
Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah di Teluk Ketapang, Melaka
Seni dan Kebudayaan Sebagai Tonggak Peradaban
1.
Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu
2.
Tentang busana Melayu dan perkara-perkara berkaitan milik bangsa kita menurut kitab ulamak silam
3.
Tentang evolusi busana tradisional Melayu
Islam, Tasawuf dan Pemikiran
1.
Pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathoni
2.
Tasawwuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Bhg I
3.
Tasawwuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Bhg II
4.
Tasawwuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Bhg Akhir
5.
Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang
6.
Melayu dan Islam berpisah tiada
Sejarah Alam Melayu, Watak-watak dan Tempat-tempat
1.
Tentang Puteri Saadong
2.
Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Mencari kebenaran tersembunyi di sebalik cerita ajaib hikayat
3.
Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Kaitan Aceh-Muar dan keistimewaan Bukit Treh
4.
Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Balai Gambang dan aliran Sungai Muar
5.
Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Sedikit ringkasan ceritera
6.
Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Antara Merong dan Mahapudisat
7.
Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Dari zaman Funan ke zaman Kedah Islam
8.
Jalan Penarikan - Membuka Laluan Lama
Keistimewaan Alam Melayu Dalam Konteks Sejagat
1.
Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Melacak kesan tanah tua
2.
Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Kaitan Kaabah yang menakjubkan
3.
Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Tempat keluar panji-panji hitam dari Timur?
4.
Jejak pengIslaman awal Red Indian juga kedatangan orang Melayu ke Amerika
6.
Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia
Ilmu Melayu dan Islam
Acara pertama HIKMAH - “Suai
Kenal HIKMAH” di Yayasan Restu, Shah Alam 4 November 2012
1. Mata Wang
Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? –
Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat
kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV,
UNIFI
2. Perlembagaan
Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd
Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara
3. Tujuh Wasiat
Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail
4. Faktor Sultan
kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh
Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin
Tariqat Naqsyabandiah
5. Nasib orang
Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan
Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di
Singapura abad ke 19 Masihi)
6. Ragam Hias
Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon
doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris
7. “Berpetualang
ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee,
presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
8. Wasiat Raja
Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri
9. Keris ke arah
Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan
Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur
10. Ikonografi
Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri
Nizar, aktivis Yayasan Restu
11. Dari
Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman
Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan
Acara kedua HIKMAH - “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali
Kegemilangan Tamadun Melayu” di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November
2012
1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam
Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama
AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan
“Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI
2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul
Yunos , bekas wartawan Malay Mail
3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk
umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua
Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah
4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah
Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni
Universiti Pendidikan Sultan
5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa
Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu,
wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu
6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari
Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis
trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh
waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri
8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama
Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui
Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat
Peduli Sejarah Aceh)
9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki
dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu
10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa
Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH,
penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh
Acara ketiga HIKMAH - “HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar,
Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” di Marina Hall, Lumut
27 Januari 2013
1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi,
pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi
diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles
2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam
Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama
AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan
“Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI
3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu –
Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga
ulamak silam
4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim
Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Kelantan
5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan
Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul
Mustafa, Kelantan
6. Nasib orang Melayu di Singapura -
Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah
bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)
7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh
waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri
8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul,
aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit
Kepetangan Melayu
9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan
Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH,
penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
Acara keempat HIKMAH – “Silaturrahim Bumi Serambi Mekah” di
Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013
1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu –
Puan Rosnawati Othman, pemilik ANR
2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur :
Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD
seni UPSI
3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam
Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni
rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor
4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan
: Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad
Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan
5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja
Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden
Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong
6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai
Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi
Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan
7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan
Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap
Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff
Madani Islamic City
8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan
Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic
Mint
9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan
Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH
Acara kelima HIKMAH - “HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi
dalam Tamadun Melayu” di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013
1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah
Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini
Hassan, Perunding Dinar & Dirham
2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis
dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis -
Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan
3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs
al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu -
Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH
4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini –
Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World
Islamic Mint
5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah –
Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani
6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi
Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal
Abidin, Kuala Terengganu)
7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad
ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu
8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga -
Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza
9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir
Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu
Acara keenam HIKMAH – “HIKMAH Merdeka Raya” di Galeri Shah
Alam 7 September 2013
1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan
Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari
Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor
2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu
dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari
Ikatan Arkeologi Malaysia
3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul
Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas
4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan
Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH
Acara ketujuh HIKMAH – “Festival Ketamadunan Dan Adat
Istiadat Melayu Mukmin Nusantara” di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka
30 November 2013
1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara :
Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul
Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan
Kesedaran Melayu Dan Islam)
2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja
Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan
Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan
Acara kelapan HIKMAH – “Rumahku
Syurgaku” di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014
1. Tradisi
Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar,
aktivis seni rupa Melayu
2. Ruang Mihrab
Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan
Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI
(Universiti Perguruan Sultan Idris)
Acara kesembilan HIKMAH –
“Mutiara HIKMAH” di Dewan Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari
2014
1. Penempatan
awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban
2. Wang Fiat dan
keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding
utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos
rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI
3. Tujuh Wasiat
Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas
4. Mencari Jati
Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan
pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
5. Ancaman
terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar,
pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah
Acara kesepuluh HIKMAH –
“HIKMAH Aceh : Kembali ke Makam Nenda” di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac
2014
1. Pengenalan
HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi
novel “Berpetualang ke Aceh”
2. Sahibul
Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu
Lemuria Aceh)
3. Pelestarian
Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya
dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja
bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.
Acara kesebelas HIKMAH – “Hol almarhum Sultan Alauddin Riayat
Shah, Wali Allah yang Terpilih” di Masjid dan Makam Sultan Alauddin Riayat Syah
di Pagoh, Muar 8 Nov 2014
1. Sultan Alauddin Riayat Syah - Wali Allah
yang Terpilih - Hasan Yusof, penulis buku "Sultan-sultan Soleh di
Nusantara"
2. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Radzi
Sapiee, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"
3. Kehilangan dinar Melaka - Usaha Meminggirkan Kuasa Ekonomi
Sebenar Melayu? - Raja Kamarazaman, pencari dan pengumpul matawang
lama dan Norbaini Hassan, perunding dinar dan dirham
4. Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Sambungan Aceh
ke Muar - Radzi Sapiee, penulis trilogi novel "Berpetualang ke
Aceh"
5. Raja Temenggung Muar : Satu kaitan Aceh, Melaka
lama dan beberapa kesultanan sekarang - TunSuzana Tun Hj Othman,
penulis buku "Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu"
6. Sistem Pentadbiran Islam Moden di bawah
Pemerintahan Raja-Raja Melayu - Pelita Di Dalam Kaca, penulis novel
Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafur
Acara kedua belas HIKMAH- “Jejak
Tamadun Merong” di Pondok A.M. Bawa Muhaiyaddeen dan tapak arkeologi Sungai
Batu, Lembah Bujang, Kedah 17-18 Jan 2015
1. Sungai Batu sebagai Tapak Tamadun Tertua di Asia
Tenggara - Profesor Dato' Dr Mokhtar Saidin, Pengarah Pusat
Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia
2. Masjid Kuno Pengkalan Bujang Kurun ke-9 –
Dr Harleny Abd Arif, pengkaji seni visual, khusus dalam penelitian mihrab dan
mimbar masjid
3. Tarikan Mistik Gunung Jerai dan Sekitarnya -
Tuan Che Ross/ Idrus, pemilik rumah tempat acara merangkap wakil Pusaka Gayong
Lembah Bujang juga Gurun
4. Hindu dan Buddha berasal daripada agama Islam -
Tuan Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka, penulis buku
"Sultan-sultan Soleh di Nusantara"
5. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong
Mahawangsa - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis
trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"
Acara ketiga belas HIKMAH – “Membuka Laluan Lama” di Ladang Alam
Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan 4 April 2015
1. Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan
Perbankan - Norbaini Hassan, jururunding kewangan Islam, aktivis dinar
dan dirham
2. Ikonografi Zulfikar di Alam Melayu : Kibaran
Panji-panji Perjuangan Melayu Islam – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis
seni ukir dan khat
3. Tipu Daya Dajjal dan Illuminati untuk Menakluki
Dunia - Mohd Khalid Yahya @ Muhammad Nurani Maarif, penulis buku
“Membongkar Misteri Dajjal”, pengerusi AKAR (Akademi Kajian Rumpun Nusantara)
4. Teknologi Melayu lama : Bukti Bangsa yang
Berkebolehan - Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka
5. Negeri Sembilan sepintas lalu : Dari Melaka ke
Seri Menanti - oleh Aziz Hj Mohd Gorip, Kurator, Lembaga Muzium Negeri
Sembilan
6. Jalan Penarikan : Membuka Laluan Lama -
Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis siri buku “Berpetualang ke
Aceh”
Acara keempat belas HIKMAH – “Aliran Sungai Pahang” di Masjid
Warisan Kampung Chenor, Maran, Pahang 9 Mei 2015
1. Lembah Bama Pusat Tamadun Melayu Silam -
Dr Aminuddin Abdul Karim, seorang pakar ICT (Information Communication
Technology) yang minat mengkaji sejarah
2. Amalan Pejuang Pahang : Antara Silat dan Tasawuf –
Pendita Azlan Ghanie, Presiden Persatuan Guru-guru Seni Beladiri Malaysia
(MAGMA) dan pengasas Silat Lok 9
3. Dinar, Dirham dan Pertanian Fitrah -
Kapten (B) Haji Awaluddin, pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Ahmad
Afifi Sulaiman, aktivis dan pengamal dinar dan dirham
4. Gendang Pahang : Semangat dan Gerak -
Rahmad b. Zainal Abidin, lebih dikenali sebagai Aki Uda daripada Kumpulan
Kesenian Unggul Tori, Jerantut, Pahang
5. Mengenal Allah Melalui Agama Purba -
Cikgu Kamaluddin Endol, juga dikenali sebagai Pelita di Dalam Kaca, bekas
pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis yang telah menulis
beberapa buah buku.
Acara kelima belas HIKMAH – “Jejak Batu Bersurat” di Dewan Orang
Ramai Kampung Banjar, Beruas 8-9 Ogos 2015
1. Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan
Perbankan – Amirul Haji Mohamad, jururunding kewangan Islam, aktivis
dinar dan dirham
2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul
Yunos , bekas wartawan Malay Mail kini wartawan bebas
3. Busana Melayu : Antara Tradisional dan Klasik -
Johan Iskandar, pengkaji dan aktivis busana, pengasas Komuniti Keris Warisan
4. Teori Membangun Umat Cemerlang. : Rahsia
Pemakanan para Rasul dan Kesan Amalan Harian Mereka daripada Sudut Sains -
Idris Zainal Abidin, pengkaji sejarah dan pengusaha makanan sunnah.
5. Ikonografi Zulfikar di Alam Melayu : Kibaran
Panji-panji Perjuangan Melayu Islam – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis
seni ukir dan khat
6. Kesatuan dalam Kepelbagaian : Identiti Ragam Hias
Gunungan Mimbar Sultan Iskandar Muda (1607-1636) – Dr Harleny Abd
Arif, doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris
7. Mencari Jati
Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah - Radzi Sapiee, presiden dan
pengasas HIKMAH, penulis siri buku "Berpetualang ke Aceh"
8. Beruas sebagai satu Tapak Kebangkitan Akhir Zaman –
Zuhriah Dato’ Shahruddin, motivator/trainer, seorang anak Beruas
Acara keenam belas HIKMAH – “Menangani Cabaran Akhir Zaman” di
University of Life, Wadi Hussein (Rumah S.H.Alattas), Janda Baik
30-31 Jan 2016
1. Ahlul Bait keluarga Nabi sebagai Saranan
Keselamatan Ummah – Tun Suzana Othman, pengasas dan pengerusi Kemudi
(Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam) juga penulis buku Ahlul Bait dan
Raja-raja Melayu
2. Memahami Tipu Daya Penjajah yang Melemahkan :
Merintis Jalan Kebangkitan Ummah – Prof Madya Mat Rofa Ismail,
pensyarah kanan Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia.
3. Dinar Dirham dan lain-lain Instrumen Sejati
Ekonomi Islam : Membuang debu Riba’ yang Menghalang Kebangkitan Sebenar Ummah -
Amirul Haji Mohamad, aktivis dan konsultan kewangan Islam.
4. 'Dikaburkan' atau 'Mengaburkan': Pembinaan
Korpus Sejarah Teknologi Senjata Api Melayu – Tuan Wan Mohd Dasuki Wan
Hasbullah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
5. Survival Umat Melayu Akhir Zaman : Sudahkah Kita
Bersedia? – Tuan Mohd. Ramalan Yunus, penceramah bebas
6. Alam Terkembang Jadikan Guru : Mengambil
Pelajaran Daripada Persekitaran - Syed Hussien Alattas @ Pak Habib,
penulis buku politik terkenal dan pemilik University of Life, Janda Baik.
7. Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan
Kesinambungan yang Hilang – Tuan Kamaluddin Endol (FB Pelita Di Dalam
Kaca), mantan pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, penulis buku
“Hinduisme Agama Tauhid Terawal?”
8. Islam Agama Persekutuan : Menangani Cabaran
Liberalisma dan anti-Islam – Dato’ Prof Mahamad Naser Disa, Ketua
Pegawai Eksekutif IKSIM
9. Menghidupkan Peranan Raja Zilullah Fil'alam
melalui Kuasa Tersirat dalam Perlembagaan – Dr Mad Akbal bin Abdullah,
Felo Kanan IKSIM (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia)
Acara ketujuh belas HIKMAH – “Gerak Pencinta Tamadun” di Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara, Seremban 17 Sept 2016
1. Dalil-dalil
Bertanjak dalam Islam, Sanad Serban dan Imamah serta beberapa Hal tentang
Melayu dan Islam dalam Kitab – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas
HIKMAH
2. Ulamak
dan Persilatan dalam Sejarah Alam Melayu - Tun Suzana Othman, pengasas
Kemudi (Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam) juga penulis buku “Ahlul Bait
dan Raja-raja Melayu”
3. Dinar
dan Dirham : Perkembangan Terbaru dalam keadaan Malaysia Tersepit antara
Pengaruh Blok Amerika dengan Pengaruh blok China - Norbaini Hassan,
jururunding kewangan Islam, aktivis dinar dan dirham
4. Red
Indian telah DiIslamkan lebih 1,000 Tahun Lalu : Jejak Lama Pendakwah Islam
juga Orang Melayu di Amerika – Ustaz Hasanuddin Yusof, pengasas Maktab
Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara, penulis buku “Sultan-Sultan Soleh Di
Nusantara”
5. Nabi
Adam AS dan Orang Melayu purba 60,000 Tahun yang Lampau : Menyeleraskan Tempoh
Kewujudan Manusia Dalam Sains Berbanding Kitab - Radzi Sapiee,
presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
Acara kelapan belas HIKMAH – “Busana Lambang
Ketamadunan Melayu” di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016
1. Teknologi Alat Tenun Melayu - Rosidah
bt. Abdullah, Kurator Muzium Tekstil, Kuala Lumpur
2. Destar : Satu Pandangan Falsafah Islami - Mohd
Emil Azril, aktivis budaya dan naib pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia
cawangan Kuala Lumpur
3. Pakaian Silat Melayu - Azlan
Ghanie, pengasas MAGMA, persatuan guru-guru seni bela diri dan pengasas majalah
Seni Beladiri
4. Keris
: Pakaian Ketamadunan Melayu - Tengku Ahmad Ridhaudin, aktivis
budaya dan keris
5. Falsafah dan Simbol pada Tanjak -
Maaruf Lim, aktivis budaya dan ahli PERDAM (Persatuan Destar Alam Melayu)
6. Evolusi Busana Melayu - Nur
Afifi M. Taib, aktivis budaya dan pensyarah UiTM Shah Alam
7. Pemerhatian Terhadap Pemakaian Busana
Melayu - Radzi Sapiee, pengasas HIKMAH
Acara kesembilan belas HIKMAH – “Ulangkaji Maulidur Rasul” di
Dusun Nora, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 17 Disember 2016
1. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak
Melayu dan Institusi Beraja – Taufiq Khalid, peguam
2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul
Yunos , bekas wartawan Malay Mail
3. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam
Kewangan dan Perlembagaan? – Hazrin Marjan, aktivis dinar dan dirham
4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk
umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua
Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah
5. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah - R.A.
Huzaifah, aktivis budaya dan busana, guru silat, seorang anak cucu keturunan
Raja Haji di Melaka
6. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki
dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu, aktivis
seni khat dan seorang saudagar buku
Acara kedua puluh HIKMAH – “Kunci Kebangkitan Islam Akhir Zaman” di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh
19 Mac
2017
1. Hubungan
Aceh-Malaysia dan Kepentingan Kedudukan Aceh dalam Penyebaran Islam -
Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel
"Berpetualang ke Aceh"
2. Manuskrip Aceh : Khazanah Tamadun Islam -
Hermansyah, pensyarah filologi Aceh dan calon PhD di Eropah
3. Songket Aceh : Warisan Budaya Indatu Mahakarya
Kerajian Budaya Aceh yang Termasyhur Sejak Ratusan Tahun Silam - Azhar
Ilyas, pengasas bersama komunitas "I Love Songket Aceh"
4, Ragam Batu Nisan Aceh sebagai Bukti Tamaddun
Islam - Mizuar Mahadi, ketua MAPESA, Masyarakat Peduli Sejarah
Aceh
5. Aceh Pusat Tamaddun Islam ASEAN - Abu
Rahman Kaoy, sejarahwan dan pendakwah, mantan Dekan Fakultas Dakwah IAIN
Ar-Raniry.
Acara kedua puluh satu di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Muzium MAPESA/Pedir, Aceh 1-3 September 2019
1. Sejarah Samudera Pasai Berdasarkan Cerita Lisan dan Beberapa Sumber - bapak Ahmad Yus, penduduk tempatan yang sering dianggap sebagai penjaga makam
2. Sejarah Samudera Pasai Berdasarkan Kajian Arkeolog dan Epigraf - ustaz Saiful Bahri, CISAH (Center for Information of Sumatra-Pasai Heritage)
3. Jejak Aceh di Semenanjung Tanah Melayu - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis buku "Berpetualang ke Aceh"
4. Nisan, Manuskrip dan Numismatik sebagai Sumber Penulisan Sejarah Aceh - Masykur Syafruddin direktur Pedir Museum
5. Menyusuri Sejarah Melalui Pencarian dan Pengumpulan Manuskrip - Tarmizi Hamid kolektor manuskrip Aceh
6. Persaudaraan Aceh-Malaysia dan Makna Melayu - Ayah Panton, budayawan Aceh
Acara kedua puluh dua HIKMAH di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Kuala Lumpur 22 Februari 2020
1. Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia – Radzi Sapiee @ Merah Silu, pengkaji dan penulis buku, presiden HIKMAH
2. Keris Sebagai Pakaian Peradaban Melayu – Tengku Ahmad Ridhaudin, penulis dan calon PhD di ISTAC dalam bidang pemikiran Islam khusus pada kajian keris, presiden ISTACSS (Persatuan Pelajar ISTAC)
3. Ilmu Kejuruteraan di Alam Melayu dan Islam – Shaiful Hakim, pensyarah kejuruteraan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan calon double PhD dalam bidang Aerospace Engineering di UPNM dan Institut National Science Applique (INSA) di Bourges, Perancis
4. Dinar dan Dirham Sebagai Wadah Kebangkitan Ummah – Hazrin Marjan, perunding kewangan Islam dan aktivis dinar dirham
5. Melayu dan Islam Berpisah Tiada – Profesor Datuk Dr Awang Sariyan, penyandang Kursi Za’aba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
6. Semangat Keilmuan Andalusia Dalam Menongkah Arus Zaman – Radzi Sapiee @ Merah Silu, pengkaji dan penulis buku, presiden HIKMAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan