Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, September 30, 2019

Membawa semangat Aceh ke Perak - Menyelesaikan ziarah makam 3 Muzaffar pada waktu malam

Bersambung daripada Membawa semangat Aceh ke Perak - Rumah tradisional dua negeri dan usaha-usaha untuk memartabatkan warisan.


Dengan selesainya majlis SIMPORA X saya pun meninggalkan hotel lalu berjalan-jalan di pusat bandar raya Ipoh.


Persoalan yang bermain dalam fikiran ketika itu adalah apakah mahu menginap satu lagi malam di Ipoh? Atau sudah sampai masa untuk keluar?


Singgah dahulu di Masjid Panglima Kinta sambil memikirkan persoalan. Kalau perlu di sini boleh menginap.


Ziarah kawasan pemakaman kerabat Panglima Kinta di halaman masjid. Untuk pengetahuan kaum kerabat saya daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak pun ada bersemenda dengan mereka.


Mandi dan segarkan badan lalu beriktikfaf sebentar di masjid. Adapun keperluan untuk menginap di Ipoh lagi satu malam cuma muncul atas satu sahaja asbab iaitu saya belum sempat menikmati hidangan 'Nasi Ganja' di satu kedai makan terkenal di tengah bandar raya Ipoh. Nak makan kena tunggu tengah hari esok sedangkan saya sudah berjanji pada isteri akan kembali ke rumah selewatnya pada malam itu. Rasanya tak berbaloi menghabis masa lebih lama di Ipoh semata-mata untuk makan sedangkan banyak tempat lagi perlu diziarahi untuk melengkapkan perjalanan pusing Perak.


Dengan itu saya pun meninggalkan Ipoh lalu mengambil jalan Lahat menuju ke Bota Kanan. Oh. Sebelum itu ada singgah di masjid utama tengah bandar raya Ipoh. Lihat artikel Masjid Sultan Idris II, Ipoh pada waktu siang (Mosque of Sultan Idris II, Ipoh during daytime) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Sampai di Bandar Seri Iskandar sudah hampir waktu Maghrib. Terbetik dalam fikiran boleh juga masuk ke kampus UiTM Perak sebelah sini menjengok kenalan-kenalan baru daripada majlis SIMPORA X. Tapi bila difikirkan kembali semua orang pun tengah penat. Baik teruskan sahaja ke Bota Kanan.


Sebetulnya saya memandu dalam keadaan lapar tetapi tidak terlihat apa-apa kedai yang menyapa selera sepanjang perjalanan. Sehinggalah ternampak kedai ini 5 minit selepas Bandar Seri Iskandar. Sayangnya ia baru sahaja tutup... kedai sedang dibersihkan...


Akhirnya saya sampai ke simpang Bota Kanan pada jam 7.24 malam.


Terus ziarah makam Sultan Muzaffar Syah III berdekatan simpang. Untuk pengetahuan baginda adalah Sultan ke-13 Perak (memerintah 1728 - 1752).








Seterusnya singgah di masjid pekan Bota Kanan. Sempat solat Maghrib berjemaah sebelum menjamakkan solat Isyak.


Di Bota Kanan juga saya makan malam lalu meneruskan proses ziarah dengan menuju selatan ke arah Kampung Gajah. 


Dalam kegelapan pekat malam jauh daripada rumah orang saya menziarahi makam Sultan Muzaffar Syah II, Sultan ke-10 Perak (memerintah 1636 - 1653). Jaraknya dari makam Sultan Muzaffar I adalah lebih kurang 6 km.


Proses ziarah diteruskan dengan menuju ke makam Sultan Muzaffar Syah I, Sultan pertama Perak (memerintah 1528 - 1549). Jaraknya dari makam Sultan Muzaffar II adalah lebih kurang 5 km lagi ke selatan.


Sebetulnya sebelum melakukan ziarah timbul rasa takut mahu melakukannya dalam kegelapan. Kalau makam Sultan Muzaffar III itu masih OK lagi kerana terletak di tepi jalan besar. Ke makam Sultan Muzaffar II memang menakutkan kerana terletak amat terpencil, ada satu sahaja makam. Teringat kali pertama sampai pada waktu siang 18 tahun lalu pun dah terasa ngeri apabila tiba-tiba timbul ribut angin kencang sedangkan langit sedang terang. Makamnya pula ketika itu berbusut besar. Memang nampak lain macam.


Cuma setiap kali timbul rasa takut kerana cuma manusia biasa sahaja saya selalu mengingatkan diri - takut Allah SWT ke takut makhluk? Kata belajar ilmu Tasawuf. Jangan mulut kata lain, hati kata lain, perbuatan pula lain. Dan lagi yang hendak diziarahi ini makam Sultan-sultan. Kalau tak kena gaya memang boleh ketulahan. Tetapi sebagai seorang anak yang ada kena-mengena terasa harus menziarahi juga kerana itulah dinamakan panggilan 'gerak'. Siapa yang faham- faham le. 


Saya datang ini bukan sekadar ziarah tetapi membawa kesinambungan dan wasilah dari tanah asal leluhur di Aceh. Kalau ikut 'syarat' saya perlu menziarahi semua makam Sultan Perak yang terdapat di sepanjang Sungai Perak. Ini sudah dilakukan beberapa kali tetapi kali ini tak larat. Mungkin lebih mudah kalau ziarah dibuat pada esok siang hari tapi saya kesuntukan masa. Semoga ziarah ke 3 makam Sultan Perak yang masing-masing memakai nama Muzafar ini cukup untuk mewakili semua jalur keturunan Sultan Perak. Biar siang dapat ditumpukan pada makam-makam berkaitan keluarga terdekat di sekitar Teluk Intan...