Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Jun 28, 2019

Abdullah Munshi bapa sains moden di Alam Melayu?

Salam petang Jumaat 24 Syawal. Merujuk kepada artikel Memulakan kembara buku sempena keluarnya buku ke-13 yang dipersembahkan petang Selasa. Sukacita dimaklumkan kembara yang didapati meliputi jarak 540 km dalam tempoh 3 hari 2 malam itu sudah selesai sejurus sebelum tengah malam tadi. Cerita tentangnya insyaallah akan dipersembahkan dalam 3 episod minggu hadapan nanti. Minggu ni tak sempat dan tak larat nak kongsi cerita sebab sedang kepenatan amat sedangkan esok Sabtu dan lusa Ahad sudah penuh jadual dengan aktiviti termasuk majlis ilmu dan rumah-rumah terbuka. 

Menariknya dalam tempoh kembara itu saya sempat menghadiri 3 majlis wacana ilmu. Menurut kebiasaan dan tabiat saya akan berkongsi cerita tentang setiap wacana yang dihadiri. Namun disebabkan kesibukan hal buku saya sampai sangat lewat bagi majlis pertama pagi Selasa 25 Jun dan  majlis kedua Rabu malam Khamis 26 Jun. Sampai-sampai dah tinggal 'ekor' jadi tak perlulah dikongsikan cerita. Sebaliknya biar dikongsikan cerita wacana ke-3 yang dapat diikuti hampir sepenuhnya kerana saya masuk lewat pun cuma 20 minit sahaja. Termasuk dalam waktu itu adalah pengenalan yang diberikan oleh pengerusi majlis. Jadi terlepas pembentangan pun mungkin sekadar 5-10 minit...


Ini adalah poster bagi majlis tersebut pagi Khamis 27 Jun 2019. Ia diadakan di tempat saya sedang menyambung pengajian pasca-siswazah iaitu ISTAC, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Demi menghadirinya saya telah bermalam di masjid ISTAC. Ini berlaku setelah selesai hari kedua kembara buku Rabu 26 Jun. Kembara hari tersebut bermula dari Bandar Seri Putera dekat sempadan Negeri Sembilan membawa ke Bangi, Cyberjaya dan Shah Alam diikuti satu wacana ilmu dekat Taman Tun Dr Ismail yang saya sampai lewat. Apabila sampai masjid ISTAC didapati kembara telah meliputi jarak keseluruhan 317 km.


Saya masuk ke bilik majlis jam 10.24 kerana ada sedikit hal walau sudah dekat. 


Kedengaran pembentang, Dato' Baharuddin Ahmad yang baru tak sampai sebulan menyertai ISTAC sebagai seorang felo penyelidik sudah memulakan pembentangan.


Gambar zoom in ini diambil untuk menunjukkan Baharuddin (duduk kiri) sedang bercakap. Sebaliknya bila diletakkan di sini kelihatan seperti Profesor  Datuk Dr Ahmad Murad Merican (duduk kanan) pula yang bercakap. Untuk makluman Murad bertindak sebagai pengerusi majlis. Beliau juga baru tak sampai sebulan menyertai ISTAC.


Ketika masuk itu saya tak ingat tajuk tepat wacana. Yang ingat adalah ia berkenaan tokoh bernama Abdullah Munshi yang terkenal dengan catatan-catatan beliau tentang kehidupan di Alam Melayu abad ke-19 Masihi. Ramai mengenali nama ini sebagai tokoh besar sastera moden Melayu. Jadi ramai juga termasuk saya agak terperanjat malah skeptik apabila tajuk wacana kelihatan jelas mahu mewarnakan beliau sebagai bapa sains moden di Alam Melayu.


Apakah sumbangan Abdullah yang menyebabkan beliau layak digelar begitu? Apakah tidak ada tokoh lain lebih berwibawa dalam sains? Atau tajuk ini tersilap? Bukankah ia sepatutnya berbunyi "Abdullah Munshi : Father of Malay Modern Literature" (Abdullah Munshi : Bapa Sastera Moden Melayu)?

Persoalan-persoalan ini bermain dalam hati dan benak fikiran sambil Baharuddin menceritakan latar belakang penulisan Abdullah Munshi termasuk dalam dunia kewartawanan awal. Ada rasa melonjak-lonjak untuk membantah usaha mengaitkan Abdullah dengan dunia sains... sehinggalah diterangkan apakah sumbangan yang melayakkan beliau dalam bidang. Ditunjukkan gambar satu naskah tulisan Abdullah bertajuk Hikayat Binatang.


Diceritakan latar belakang kehidupan awal Abdullah daripada lahir di persekitaran dekat Masjid Kampung Hulu di Melaka. Disebut bagaimana lahirnya beliau mendapat restu daripada seorang alim besar (dikatakan bertaraf wali) bernama Abdullah al-Haddad.


Dikatakan ibu Abdullah menghadapi masalah mahu melahirkan anak. Apabila hal ini diketahui oleh al-Haddad beliau cakap jangan risau kepada bapa Abdullah. Ditambah, kamu akan mendapat anak laki-laki. Tetapi bila lahir nanti berikan nama Abdullah seperti nama beliau...


Seterusnya diceritakan bagaimana Abdullah boleh terlibat dengan pegawai tinggi Inggeris bernama Stamford Raffles. Menurut Baharuddin ini adalah kerana Abdullah minat belajar. Dia bergaul dengan orang Inggeris dan Barat untuk mendapatkan ilmu daripada mereka. Daripada mereka dia belajar bahasa Inggeris dan sains sementara orang Inggeris seperti Raffles belajar bahasa Melayu daripada Abdullah.


Disebut bahawa walaupun Abdullah Munshi rajin berulang-alik masuk gereja beliau tidak terpengaruh pun dengan agama Kristian. Sebaliknya beliau ke gereja semata-mata untuk belajar daripada orang Inggeris. Jangkauan bidang ilmu yang diperolehi digambarkan melalui satu surat tulisan Abdullah kepada E. Dulaurier di Paris. Disebut dalam tulisan Jawi beliau ada belajar ilmu geografi, ilmu bintang, ilmu kaji hayat malah ilmu kapal asap (steam ship) pun ada...


Ditunjukkan beberapa muka surat Hikayat Binatang yang mana ia bukan sahaja ditulis oleh Abdullah. Percetakan dan reka letak juga lukisan-lukisan pun dibuat sendiri...








Isi dan terma-terma yang digunakan pada awal abad ke-19 membuat ramai termasuk saya terasa akur bahawa ada asas untuk meletakkan beliau sebagai bapa sains moden di Alam Melayu.


Cuma timbul persoalan yang biasa disebut orang. Bukankah Abdullah Munshi ini pengkhianat kerana membantu British menterjemahkan kitab Bible Kristian ke dalam bahasa Melayu? Bukankah ini membantu usaha Barat mahu memurtadkan orang Melayu Islam? Bagi Baharuddin yang dilihat adalah sisi baik kecendekiawan Abdullah. Menurut beliau Abdullah tidak terlibat dalam apa-apa usaha keagamaan kerana minatnya cuma menggali ilmu dengan syarat dia bantu British memahami Alam Melayu, British bantu dia memahami ilmu dan Alam Barat. 

Namun Baharuddin bersetuju apabila saya melontarkan pandangan bahawa cara Abdullah melihat orang Melayu sebagai rata-rata malas dan ketinggalan seperti disebutkan dalam catatan terkenal beliau iaitu Hikayat Abdullah adalah disebabkan pengaruh Inggeris - beliau melihat daripada kaca mata dan nilai Barat. Oleh itu ia berat sebelah menyebelahi kepentingan penjajah. 

Hal ini pada saya memberikan justifikasi untuk pihak Barat masuk campur dalam hal ehwal kehidupan dan pentadbiran orang Melayu. Kononnya untuk mengajar nenek moyang kita agar bertamadun. Walhal itu semua daripada kaca mata serong Barat yang mana orang Melayu dahulukala sering disebut sebagai buta huruf, tidak tahu membaca. Hakikatnya anak-anak Melayu  telah diajar membaca sejak kecil lagi. Cuma mereka mahir membaca tulisan Jawi, bukan tulisan Rumi yang dibawa Barat lalu dinyatakan sebagai 'buta huruf'...



Tiada ulasan: