Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Januari 31, 2018

Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menelusuri keagungan Ayutthaya, pusat kerajaan Siam lama

Salam semua. Malam ini, ketika dunia sedang kecoh dengan peristiwa Super Blue Moon yang katanya kali terakhir berlaku 150 tahun lalu masuklah kita pada cerita keseluruhan hari ke-6 perjalanan di Thailand 12-23 Disember. Adapun artikel sebelum ini Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Chaiya/Cahaya/Jaya/Grahi : Tempat permulaan Empayar Srivijaya 1,400 tahun lalu? ditamatkan di Chaiya dekat Segenting Kra. Cerita kali ini pula dimulakan terus di Ayutthya, lagi 681 km perjalanan ke utara Thailand. Campur perjalanan dari Surat Thani ke Chaiya, saya telah memandu kereta lebih 720 km untuk hari itu sahaja. Sampai ke Ayutthaya sekitar jam 3-4 pagi Ahad 17 Disember 2017 terus mencari masjid lalu menumpang menginap di dalamnya...




Bukan sahaja ia cukup selesa. Ia memang ada ruang tidur untuk musafir malah tempat memasak sekali.


Kereta saya jenis Kia Carens first edition tahun 2001 diparkir di hadapan masjid. Alhamdulillah kereta yang ketika itu sudah berusia 16 tahun masih dapat bertahan dengan baik. Sejak meninggalkan rumah Selasa malam Rabu 12 Januari ia telah saya pandu sejauh 2,000 km.


Ketika orang lain masih berehat di masjid saya tidak dapat menahan diri daripada berjalan kaki melihat keadaan sekeliling.


Adapun masjid tempat kami tumpang menginap itu terletak di bahagian timur-laut dalam lingkungan kota lama Ayutthaya. Saya pun berjalan kaki ke pekan berdekatan. Lihat artikel Walking in Ayutthaya di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Dalam lingkungan 300 meter ke kiri dan kanan masjid pun saya dapat menjejak beberapa tinggalan lama. Untuk pengetahuan kota Ayutthaya ini pernah menjadi pusat kerajaan dan empayar agung Ayutthaya (juga disebut Ayuthia) bermula tahun 1350. Masihi. Lihat artikel-artikel berikut :-






Pada tahun 1767 kota ini musnah akibat serangan musuh dari Burma. Kota yang ada sekarang dibina di celah puing-puing kota lama. Maka banyak tinggalan dikekalkan, ada yang diperbaiki untuk tatapan generasi sekarang.


Selepas jam 1 tengah hari baru kami semua cukup siap untuk meneruskan penerokaan. Setelah meminta diri daripada penjaga masjid kami pun mula meneroka dengan kereta.


Kelihatan keagungan kota lama Ayutthaya semakin terserlah dengan peninggalan bangunan-bangunan lama yang hebat...


Ternyata ia dapat menarik ramai pelancong luar termasuk dari Barat.








Kami ke bahagian selatan kota mencari kedai makan halal berpandukan Google Map. Dari tempat letak kereta kelihatan bangunan lama ini berlatarbelakangkan bangunan moden.





Makan tengah hari merangkap tampung sedikit sarapan lewat. Tadi di masjid kami cuma dapat makan roti canai susu yang dijual orang Islam di hadapan masjid.


Selesai makan kami menuju ke kawasan pusat kota di mana terdapat banyak bangunan tinggalan sejarah.


Tengok-tengok ramai pelancong pusing-pusing naik gajah.








Tapi bila dapat tahu harga naik gajah adalah 500 Baht seorang kami cuma tengok ajelah...


Kami pun memulakan langkah hendak melihat tinggalan dalam satu kawasan yang digazetkan sebagai "Ayutthaya Historical Park".


Ketika itulah muncul seorang pemandu Tuk Tuk iaitu suatu kenderaan beroda tiga yang belakangnya seperti van terbuka menawarkan perjalanan untuk satu keluarga melihat sekeliling Ayuthayya. Dengan bayaran sebanyak 500 Baht untuk 2 jam sambil dipandu ke tempat-tempat yang dikira paling menarik ia terasa amat berpatutan. Kami pun naik ke belakang Tuk Tuk lalu memulakan perjalanan.


Mula-mula kami dibawa ke tinggalan lama ini.


Selain tinggalan dari abad 14-15 Masihi ada patung Buddha gergasi sedang berbaring. Lihat Wat Lokaya Sutha, Ayutthaya.


Kemudian kami dibawa ke sini...


Saya tak pasti ia dan satu lagi tinggalan kuil berdekatan adalah daripada zama mana. Yang saya tahu tinggalan di Ayutthaya rata-rata berumur 300 tahun ke atas. Lihat Wat Wora Chet Tha Ram diikuti Wat Rakhang, Ayutthaya.


Paling mengkagumkan pada saya adalah satu kompleks tinggalan lama di luar kawasan kota lama.


Kelihatan pada mata saya ia boleh menandingi Angkot Wat di Kemboja yng jauh lebih terkenal di mata dunia. Yang pasti seni bina dan reka bentuknya terasa begitu agung dan hebat. Lihat Wat Chaiwatthanaram.



Sambil bergerak dari satu tempat ke satu tempat kami dapat melihat begitu banyak tinggalan lama merata.


Tiba-tiba baru teringat nak ambil gambar bersama dirham HIKMAH yang isteri bawa. Sesungguhnya terdapat begitu banyak tinggalan sejarah di Ayutthaya sampai boleh rasa jemu melihat. Lihat artikel Tuk Tuk ride around Ayutthaya.


Akhir sekali kami dibawa ke satu kuil besar yang sebenarnya sudah amat dekat dengan tempat kami meletakkan kereta lalu memulakan perjalanan dengan Tuk Tuk.


Untuk yang ini cuma saya dan seorang anak kecil sahaja yang masuk. Yang lain dah penat, tunggu dalam Tuk Tuk. Saya pun mengambil satu gambar bersama dirham HIKMAH.  Tentang dirham ini boleh rujuk artikel-artikel berikut di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) :-






Anak kecil saya memanjat naik ke atas satu tinggalan lalu meminta diambil gambar. Kompleks kuil ini katanya mula didirikan pada tahun 1374 Masihi. Antara tarikannya adalah patung muka Buddha di celah akar satu pokor besar. Lihat Wat Maha That, Ayutthaya.


Selesai itu baru kami dibawa kembali ke arah tempat letak kereta. Kami turun di satu tempat melihat jualan dan suasana meriah yang ada...











Sekitar jam 4.45 petang kami meninggalkan Ayutthaya untuk bergerak 80 km menuju ke Bangkok. Dalam perjalanan ini baru saya terasa begitu penat sehingga tidak mampu lagi memandu lalu bertukar tempat dengan isteri. Beliau menyambung pemanduan sampai ke pinggir pusat bandar raya Bangkok. Lihat Rushing to Bangkok.


Untuk pengetahuan kota Bangkok dibina selepas kejatuhan Ayutthaya 1767. Ia menjadi pusat satu dinasti lain memerintah kerajaan Siam yang kemudian dikenali sebagai Thailand sehingga sekarang. 


Sampai ke pusat bandar raya Bangkokterus menuju ke kawasan Grand Palace atau istana agung. Dekat situ ada meriam besar yang katanya dirampas daripada kerajaan Patani setelah dikalahkan Siam tahun 1785. Lihat artikel Around Bangkok's Grand Palace at night.


Berehat di kawasan berdekatan. Sudah diberitahu dalam satu artikel sebelum ini bahawa sejak sampai ke persekitaran Nakhon Si Thammarat iaitu di selatan Segenting Kra saya deja vu panjang sehingga 3-4 babak setiap hari di Thailand. Di Ayutthaya itu boleh kata hampir separuh masa saya pernah melihat apa yang berlaku, tempat-tempat dan sebagainya entah dalam mimpi mana. Di Bangkok ini sejak masuk kawasan Grand Palace sampai melihat meriam Sri Patani semua saya sudah pernah nampak. Malah ketika terlihat satu tandas mudah alih (mobile) atas kenderaan panjang seperti bas  lalu masuk ke dalam pun sana pun saya deja vu panjang. Sampai dah tak terkata apa dah sebab banyak sangat berlaku begitu sepanjang hari tersebut...


Tiada ulasan: